Tuesday, January 31, 2006

hidup

Ada kawan datang. menceritakan akan kehebatan M. Nasir. Saya mendengar dengan tekun. Bukan kerana saya meminati M. Nasir, tetapi minat memerhatikan kebodohannya. Benar sungguh kata Ustad Ismail Kamus. Untk melihat bodoh atau tidak, tunggu mereka bercakap. (atau dalam kes saya, menulis)

Dia menerangkan kepada saya satu persatu makna sebenar lagu M.Nasir. Penuh dengan pemikiran sufi, katanya. Macam-macam lagu M.Nasir yang di kupasnya. Cuba dengar lagu hud-hud tu, lebih kurang macam sufi lama-lama kata "aku cari Tuhan di mana-mana, akhirnya ku temui di kocek seluarku" kata dia menambah. Saya angguk.

Dalam hati saya kata: yang dalam kocek seluar tu telor kamu, bukan Tuhan.



Orang suruh pi masjid kamu sibuk tengok wayang kongkek. Itu yang bodoh tu.

Sunday, January 29, 2006

ini

Oleh kerana terlalu banyak benar puji-pujian (yang semuanya adalah benar belaka) yang tersebar merata-rata mengenai saya sekarang ini, dengan berat hati saya terpaksa menulis sajak luka di bawah sebagai tanda yang saya adalah insan biasa yang bisa rindu dan bisa terluka. (dua kali bisa bermakna sangat bisa)


khabar (dari) angin

air yang jatuh
dari birai mata
aku biarkan.

biarkan ia bergolek
kepipi dan hapus
diresap angin.

nanti angin akan
khabarkan kepada alam
yang aku
sedang rindu.


p/s: selamat tahun baru semua.
sajak di atas di tujukan khas kepada Keng dan DitH.
terima kasih Pn. Ainon. Moga Gila-Gila keluaran khas
tersebut betul-betul jadi.

Friday, January 27, 2006

bukan

Cerita mengenai Gila-gila rupanya membawa berbagai kenangan kepada kawan-kawan saya. Mungkin kerana ramai di antara kita yang datang dari zaman yang sama. Atau sekurang-kurangnya dalam kes Mat Jan, bapanya datang dari zaman yang sama dengan saya.


Komen Mat Jan layak di calonkan untuk anugerah komen terpanjang untuk perhimpunan geng jurnal akan datang. Sila ambil perhatian dan mulalah membuat pesanan kimono fesyen terkini terus dari Jepun untuk menjamin kemenangan. (pakai kimono! sampai hati sungguh!)

Saya sendiri banyak kenangan dengan Gila-gila.

Saya ada mendengar yang Saadon Ishak dan Tazidi Yusuf melukis di Colmar. Sebenarnya ia sedikit mendatangkan kesedihan kepada saya kerana dua nama besar ini akhirnya hanya menjadi pelukis jalanan. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan yang pelukis jalanan sebagai kelas kedua. Cuma dalam kes Saadon dan Tazidi ianya menjadi satu cerita yang tidak sepatutnya berlaku. Kedua-duanya adalah nama besar satu ketika dulu dalam dunia humor Malaya.

Mungkin ada cerita lain yang berlaku sebalik kisah mereka, tetapi jika kita perhatikan secara luar, mereka adalah kisah malang kebanyakkan pelukis di Malaya. kebanyakkannya hanya menjadi lembu tunai kepada tokeh-tokeh komik.

Dipergunakan sepenuhnya ketika di perlukan.

Saya pernah melihat Ujang melukis muka orang di kompleks beli belah. Sepuluh ringgit sekeping rasanya. Saya malu melihat pelukis ternama seperti Ujang memgambil upah melukis muka orang.

Nan dan Kerengge (Hanafiah rasa saya nama sebenar dia) sedikit beruntung kerana keduanya mempunyai kelulusan akademik. Yang lain hanya mengharapkan bakat dan ikhsan.

aiseyman, otak letih, tak larat mau tulis.

Tolong sampaikan salam saya kepada Kerengge, katakan kepadanya saya sukakan kisah Lembing Pulang Ke Dayang. Dan masih ingatkah kamu semua dengan kisah Awang Incredible? "tambah nasi!, tambah nasi!, tambah nasi!". hahahhaha.

Oh! Wak Dojer, di mana kamu?

Terima kasih sekali lagi zizie.

p/s: Semasa berumur duabelas tahun, saya pernah menghantar komik buatan sendiri ke sebuah penerbitan yang saya dapat alamatnya dari komik-komik yang saya baca. Ianya di kembalikan kepada saya tanpa di buka.

keng, makwe A Mahmud namanya Zainab.

Misyhar abang Sohaimi Meor Hassan, Fatah adik beradik dengan Manan Ngah, abdullahjones sepupu Tom Jones, kecil sungguh dunia.

Jika sesiapa kenal dengan Jaafar Taib, minta dia buatkan Gila-gila edisi khas yang menghimpunkan semua pelukis-pelukis lama Gila-gila. Kumpulan pertama.Buatkan setebal mungkin dan dengan kualiti tinggi. One off. Mahal tidak mengapa kerana peminat Gila-gila dulu, kini semua sudah kaya.

Thursday, January 26, 2006

sekadar

Membaca tulisan zizie mengenai majalah-majalah zaman purba membuatkan saya tersenyum.

Saya di perkenalkan kepada komik Gila-gila oleh Abang Atan. Suami kepada Mah, menantu Jamion.Adik Mah bernama Maziah dan adik Maziah bernama Rozi. Rozi adalah budak cerdik yang bernasib malang. Setelah di pilih melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh dia tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan di serang penyakit yang saya tidak tahu apa. Katanya dia menjadi seakan-akan orang hilang akal.

Abang Mah bernama Sajeri dan adik lelaki Maziah bernama Jani. Sajeri di gelar 'gege' kerana gege semasa kecil. Jani kini pemotong rumput Majlis perbandaran.

Terakhir saya dengar Rozi berkerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit cina. Saya sebaya dengan Maziah. Maziah bernikah dengan Azhar, senior saya di sekolah rendah. Dengarnya dah bercerai. Entah betul entah tidak. Semua diatas kecuali Abang Atan telah lama tidak saya dengar cerita mengenai.Lama benar. Abang Atan ada saya nampak di kedai ekor jika sesekali saya di Malaya.

Dia masih seperti dulu, kehulu kehilir mengayuh basikal ketempat kerjanya di JBA.

Melalut. Maaf.

Sewaktu saya duduk ditangga kayu depan rumah, Abang Atan lalu, saya terlihat buku di kepit di tempat duduk belakang basikalnya.

"Buku apa tu?" tanya saya.

"Gila-gila." jawab Abang Atan. Dia memberhentikan basikalnya.

Saya mengambil komik Gila-gila itu dan membelek. "Pinjam." kata saya.

"Nanti aku habis baca dulu." jawab Abang Atan.

Dan saya mula membeli Gila-gila dari siri kedua.

Kemana agaknya Don dan Kerengge? Saya amat meminati siri Pendekar Mate Tige dan siri Tiga Segi dan Empat Segi. Azman Yusuf terlalu romantis. Zainal Buang tidak kelakar dan Jaffar Taib terlalu MAD. Tetapi mereka semua adalah pelopor kartun Malaya. Penghormatan juga harus di berikan kepada arwah Rejab Had yang banyak membantu pekatun-pekatun baru.

Dari Gila-gila lahir Batu Api apabila Mishar keluar. Kemudian lahir Gelihati.

Kemudian datang Ujang dan segala-galanya hancur. hahahaha.
Atau, kemudian datang Ayie dan segala-galanya hancur. hahahaha.
Atau, kemudian datang Pedang Setiawan dan segala-galanya hancur. hahahaha.
Atau kemudia semua pelukis kartun mahu menjadi Ayie dan segala-galanya hancur.hahahaha.

Al-fatehah untuk Rejab Had dan Rasyhid Asmawi.

Terima kasih zizie.

p/s: ayat yang paling menusuk kalbu saya minggu ini. yang menikam dalam kejiwa saya. yang menghilangkan selera makan saya.yang membantutkan tumbesaran saya. apa sudah saya katakan ianya adalah tulisan yang menikam dalam ke jiwa saya? tak apa, saya katakan sekali lagi. yang menikam dalam ke jiwa saya. aduh. :

"Dolah kalau tak mencarut, guna perkataan lucah dan maki hamun...bukan Dolah namanya...Moga Allah ampunkan kamu Dolah... Jiwa Rasa."

Jiwa Rasa,entri ini untuk kamu.

Tuesday, January 24, 2006

bergelak

Saya benci sungguh mendengar cerita sedih/susah anak (tua) mengenai betapa dahulu ibubapa mereka bercerai semasa mereka kecil.

Bayangkan, anak dah tigabelas masih lagi merintih mengenai betapa susahnya mereka semasa kecil dahulu. Sedih kerana bapa mereka meninggalkan ibu mereka dan bernikah lain. Betapa semasa kecil dahulu terpaksa menjual nasi lemak keliling kampung demi untuk menyambung hidup. Hoi! bangun le, apa yang bapa kamu buat dahulu tidak ada kena mengena dengan kehidupan kamu hari ini. Jika hari ini kamu masih susah papa kedana, itu hasil dari usaha kamu sendiri.

Kemudian anak (tua) yang menjadi 'mangsa' penceraian yang berjaya juga tidak habis-habis menceritakan kepada dunia bagaimana setelah sekian lama hidup susah akhirnya mereka berjaya. Mereka sebenarnya hanya mahu menceritakan kejayaan mereka.

Jika ditakdirkan mereka ini menjadi penulis lagu,lagu mereka akan merayu merintih macam anjing kena baling. Jika mereka mengarah filim, wayang mereka wajib ada babak rogol. Kononnya itu ada metafora kesusahan mereka semasa kecil.Meraih simpati. Tidak boleh hidup jika tidak meraih simpati. Ternganga mulut mintak subsidi. Jika jadi bintang filim, mahukan watak pelacur. Juga sebagai simbolik kesusah mereka dahulu.

Cita-cita semua pelakon wanita Malaya adalah untuk memainkan watak pelacur. Kenapa kak? Ada pengalaman ke? Apa payah sangat berlakon jadi pelacur. Hisap rokok sambil duduk terkangkang. Cakap kasar-kasar. "hah! kamu nak apa?" Pelacur bodoh. Lagi mau tanya nak apa. Jika ada sesiapa yang kenal mana-mana pengarah filim yang mahukan pelakon watak pelacur beritau saya. Saya boleh. Nak suruh telanjang pun saya sanggup. Tapi kena bayar mahal sedikit kerana saya popular.

Bila difikirkan, saya rasa semua penulis lagu, pelakon , penyanyi, pengarah filim melayu adalah anak cerai.Cuba dengar lagu-lagu melayu, lihat filim-filim melayu dan ops! penulis novel melayu juga sama. Jarang yang menulis siri penyasiasatan atau novel satira. Semua sibuk dengan 'drama masyarakat'. A ah, masyarakat dia. Mak dia kena cerai, seumur hidup kita terpaksa mendengar cerita luka dia.

Penulis blog terdiri dari anak-anak yang mempunyai ibubapa dan kaya (saya) atau sederhana (naga).

Bukan kamu seorang sahaja anak cerai, nun seluruh dunia berjuta manusia kena cerai. Berjuta kanak-kanak yang hidup tanpa ibu atau bapa. Yang tidak punya keluarga langsung pun ramai. Kamu bukan istimewa. Tak perlu jaja cerita malang kamu kepada dunia.

Seekor lagi si pondan. Benci sungguh saya kepada pondan. Tapi itu cerita lain. Hari ini saya marahkan anak (tua) 'mangsa' cerai. Nanti senang-senang saya ceritakan mengenai pondan hamjadah.


p/s: Jannah, untuk mengambil peperiksaan SPM, kamu wajip lulus PMR. Tutup aurat adalah PMR.
dr. nurul, sediakan satu tudung khas untuk dipercikkan oleh darah dan pakai setiap kali kamu perlu berdarah. melabuhkan tudung adalah perintah Tuhan.
naga, jangan cemburu, kamu memang tidak berbakat.

pertanyaan yang lain akan saya jawab kemudian.

Saturday, January 21, 2006

ketawa

pergi mampus

pondan yang mengelat
menyimpan zakar dicelah kangkang
mengaku perempuan malah
mengaku gadis setiap kali lubang najis
ditusuk objek tumpul

adalah

politikus yang menipu
menyimpan dosa dicelah-celah nafas
mengaku wali ketika singgah berak
ditandas masjid kami malah
mengaku simpati di lubang kubur
rakyat yang mati kebulur.

pergi mampus.

Friday, January 20, 2006

tidur

Saya tidak berniat untuk menulis hari ini, tetapi demi untuk mengekalkan populariti dan ditambah pula terlihat nama Jimadie Shah di papan nota, saya menjadi sangat teruja-( teruja, lama saya bercita-cita untuk menggunakkan ayat ini. hari ini syukur saya berjaya. -teruja- kali pertama saya mendengar (membaca sebenarnya) ayat ini adalah semasa menonton tivi di Malaya tahun lepas. berpeluh saya bertanyakan orang maknanya). (MAKNA.ha.)

Jimadie Shah adalah antara mereka yang saya sendiri mengelarkan sebagai kawan. Sama seperti MBA, Pak Latip, airmas, amir mukriz dan ramai lagi mereka-mereka di esastera. (untuk menampakkan yang saya ini ahli sastera, mari kita gelarkan kami sebagai Grup Pemuisi E)

Saya sangat mengemari tulisan beliau. Sangat. Dan jika kamu mengemari Faisal Tehrani kamu tidak akan menyukai tulisan beliau. (kesian penulis-penulis muda sekarang ini, semua menyimpan janggut jarang dan mula menulis dan bercita-cita menjadi Faisal Tehrani)

Jimadie Shah adalah penulis pertama (bersama-sama Lutfi Ishak) yang benar-benar menjaja tulisannya. Literally. Dia dan Lutfi Ishak menjual kumpulan sajak-sajak Sperma Amerika mereka kepada orang ramai. Ini adalah antara sebab mengapa saya mengemari mereka berdua.

Di Malaya, penulis sajak sama tarafnya dengan peminta sedekah. Perah idea, tulis dan hantarkan kepada akhbar atau majallah. Tunggu. Jika bernasib baik tulisan kamu akan di siarkan. Dan kamu sangat bernasib baik jika mendapat bayaran untuk tulisan itu dalam masa sebulan.Jika mendapat bayaran. Ramai penulis yang tulisannya di siarkan langsung tidak mendapat bayaran. Rasanya peminta sedekah lebih bernasib baik kerana tidak perlu menulis.

Saya tidak setuju dengan cara ini. Kerana itu juga saya tidak pernah menghantar tulisan saya kemana-mana penerbitan. Mungkin kamu editor akhbar atau majallah dan meng-elehhh-kan tulisan saya ini. Kamu mengatakan yang jika saya menghantar sekalipun, kamu tidak akan siarkan kerana tidak bermutu. Kepada kamu saya katakan- dalam telo British tulen- *kunt.

Kerna, ishhh..kerna, sastera betul saya. Kerana itulah saya amat sukakan cara menjual tulisan. Seperti lukisan, saya mahukan editor akhbar dan majallah membeli tulisan kemudian siarkan. Bukan siarkan dan tiga belas bulan kemudian di bayar. Jika bayar.

Menjadi kaya dengan menulis adalah impian murni setiap penulis. Di Malaya kamu hanya akan beroleh sedikit kemewahan dengan menulis jika baris pertama novel kamu berbunyi 'sephia edora sonya ellis memandang tepat ke mata hisyam dato rais...', dan ramai yang mengaku penulis memulakan novel mereka dengan ayat ini. Kak, boleh tidur malam ke tulis cerita-ceriti romen ni? Jika kamu menulis selain itu, bersedialah untuk hanya menjadi terkenal tanpa bayaran.

Hey Jimadie dan Lutfi, syabbas!


*tukarkan k kepada c.

p/s: zizie ali, saya sukakan sahabat lama kamu.

kepada yang bertanya itu ini maafkan saya kerana tidak menegur atau menjawab, saya sedang melatih diri untuk menjadi sombong kerana ini adalah syarat utama manusia popular seperti saya. tidak seperti kamu. hina.

ralat: ayat 'bakal bini' di bawah sepatutnya di baca sebagai 'bakal mak mertua'.dan tajuk 'meniduri' itu sepatutnya di baca ' bagaimana untuk mengetahui jumlah hantaran pernikah dengan melihat buah dada bakal ibu mertua',harap maklum.

Thursday, January 19, 2006

meniduri

Spencer - Biasanya berapa ekor lembu yang di jadikan hantaran kawin di negera kamu?

Jones - ( nak kena si Spence ni) Biasanya tiga puluh ekor. Tapi sekarang kami dah moden, tak ramai yang pelihara lembu. Jadi kami bagi duit.

Spencer - Jadi berapa banyak duit yang kamu jadikan hantaran biasanya?

Jones - Oh! itu bergantung kepada buah dada.

Spencer - Buah dada siapa? kamu?

Jones - Bukan aku tapi buah dada bakal bini kamu la.

Spencer - oooo...


Spencer - Bagaimana?

Jones - Begini, kamu tahu kan negara aku negara Islam, jadi kebanyakkan perempuan memakai tudung kepala. Jadi untuk mengetahui berapa banyak wang yang kamu perlu sediakan sebagai hantaran perkahwinan, kamu perlu tengok bagaimana dia memakai tudung kepalanya.

Spencer - oooo..lagi?

Jones - Kalau bakal bini kamu tu pakai tudung yang tutup kepala tapi tak tutup buah dada, jenis pakai tudung dengan t-shirt leher besar,maknanya ( MAKNA, haha) kamu bakal di kenakan hantaran yang sederhana tapi mewah. Kamu kena faham betul-betul ni Spence. Tudung dia ikat di leher. Dia belit-belit, lepas tu dia letakkan brooch. Yang ini hantaran dalam 1500-2000 pound. Satu pound dalam 6-7 duit negara aku.

Spencer- ooo...lagi?

Jones - kalau tudung dia tutup kepala kemudian kain hujung tudung tu dia lalukan ke alur buah dada, dia ikat hujung tudung dia macam budak pengakap pakai selendang pengakap, maknanya (MAKNA haha) hantaran murah sikit. Yang ini dalam 900-1200 pound.

Jones - Yang jenis pakai tudung nampak jambul macam burung kakak tua mahal. Dalam lingkungan 3000 keatas.

Spencer - ooo..lagi?

Jones - Yang paling mahal ialah yang jenis tak pakai tudung langsung. Nak nak yang nampak pangkal dada. Kalau di takdirkan jodoh kamu jenis ni, bersedialah untuk berhutang tujuh keturunan.


Spencer - Abis yang pakai tudung tutup buah dada berapa?

Jones - Oh! yang tudung labuh biasanya tak kawin sebab orang tak tau saiz buah dada dia.Orang tak nak. Takut-takut terkena yang kecil. Kami suka yang besar.Jadi andartu la jawapnya kalau pakai tudung tutup buah dada kat negara aku.


Spencer- ooo..oh! terima kasih sebab bagi aku hadiahHari Natal dulu. Tapi kenapa kamu tak ucap SelamatHari Natal kepada aku semasa beri hadiah dulu.

Jones- Sebab aku tak sambut Hari Natal.
Spencer- mengapa?

Jones - (buat dah...)

Wednesday, January 18, 2006

kemudian

Didalam berbilion manusia di atas muka bumi ini, bersyukurlah kerana kamu adalah diantara manusia yang di pilih untuk duduk di rumahNya bersama-sama kumpulan manusia yang sibuk memuji-muji kebesaranNYA.

Apa? Tidak? ok,ok, kita mula balik.

Didalam berbilion manusia di atas muka bumi ini, bersyukurlah kerana kamu adalah diantara manusia yang di pilih untu tekun mengerjakan segala suruhanNya. Tepat pada waktunya.

Apa? Tidak Juga? ok, ok, kita mula balik sekali lagi.

Didalam berbilion manusia di atas muka bumi ini, bersyukurlah kerana kamu adalah diantara manusia yang membenci kepada perbuatan yang di murka Tuhan.

Apa? Tidak Juga? ok, ok, kita mula balik.

Diantara berbilion manusia diatas muka bumi ini...ishhh,tak payah lah. Jom karaoke.

"bila ku kenang ku renung gambar wajahmu.." ishh, lupa. Siapa tahu senikata lagu rindu bayangan?


p/s: tulisan ini adalah penghormatan saya kepada Tuan Keng yang katanya akan mengikut Jemaah Tabligh berdakwah selama empatpuluh hari.

oh! ruang gambar saya telah beroperasi kembali. pergilah kesana dan puji saya.

Tuesday, January 17, 2006

mati

Cuba kamu dictionary-kan perkatan nice. Mana satu agaknya makna (MAKNA, ha.ha) sebenar perkataan ini.

Asalnya perkatan ini membawa maksud yang tidak berapa molek. Lama kelamaan ianya bertukar menjadi suatu ucapan yang membawa maksud setuju. Nice.

Ini agaknya yang di panggil evolusi.

Sama seperti apa yang bakal berlaku di Malaya di dalam beberapa tahun akan datang. Ia itu sujud sajadah akan menjadi wajip pada setiap subuh Jumaat. Nice.


p/s: siapa tahu asal perkataan BOMBA ( tukang padam kebakaran, bukan tukang bom).

Sunday, January 15, 2006

nanti

Saya bertanya Pardon Muquira samada beliau pernah ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolasepak pasukan Chelsea, pasukan kegemarannya. Dia menjawap yang walaupun terlalu gemar dengan Chelsea dan bosasepak, beliau tidak pernah ada keinginan untuk menyaksikan aksi pasukan tersebut di stadium. Dia lebih gemar menonton di rumah. Lebih relak katanya.

Pada saya ini agak pelik.

Tetapi bila di fikirkan semula, saya bersetuju dengan beliau kerana ini tidak ada bezanya dengan kita yang amat meminati 'pasukan' Islam tetapi lebih rela melihat (dan menjerit-jerit) dari jauh tanpa melibatkan diri secara total.

Betul juga, dari ke masjid mendengar ceramah baik duduk di rumah depan tivi. Ada ceramah juga. Tiga ustad sekaligus. Di masjid seorang saja. Ustad PAS pulak tu.

Saturday, January 14, 2006

moga

Saya selalu bertanya pada diri sendiri mengapa saya masih terus menulis blog. Hendak di katakan mencari populariti saya ini sudah teramat popular. Hinggakan Mat Jan dan Tok Rimau sanggup mencemar duli singgah kemari demi untuk mengingatkan pembaca-pembaca blog mereka yang mereka masih lagi menulis. (Rimau, tahniah atas kelahiran anak baru. Mat Jan, kawini perempuan, satu persatu, jangan kawini kembar siam lima beradik, buta mata).

Nama-nama besar dalam dunia blog juga dengar kata sedang cemas. Kepada mereka saya katakan jangan bimbang. Saya sedia berkongsi populariti saya bersama kamu semua. Saya tidak kedekut.

Jadi sebenarnya, apa yang saya mahu/dapat dari menulis blog?

Dan saya mendapat jawapanya apabila membaca pesanan-pesanan pendek yang di tinggalkan oleh kawan-kawan yang membaca.

Saya amat terhibur apabila membaca catatan-catatan tersebut. Semuanya nampak amat mesra. Ada yang memberi nasehat. Memberi pendapat. Bercerita. Ketawa. Berjenaka dan yang terbaru menegur sambil sedikit marah.Saya juga amat berterima kasih kepada kamu semua . Saya tidak akan berlaku adil jika menulis nama-nama kamu di sini tetapi saya yakin kamu semua tahu siapa kamu.Terima kasih semua sekali lagi. Saya terharu. Amat.

Sumpah, tulisan ini tidak ada metafora tersembunyi, tidak ada sindiran sinis dan tiada kontroversi. Saya ikhlas.






pssttttt! naga, tulisan seperti ini akan mencairkan mereka dan kita akan bertambah-tambah popular. hipis rules!

Friday, January 13, 2006

kubur

Walaupun kacak, saya sebenarnya takut juga bila di marah oleh kawan kita dari Seberang Takir-mfazari-. Jadi dalam ketakutan ini saya memohon maaf kepada beliau. Betul kata beliau, bukan semua yang mengambil udang dan rokok itu orang kampung beliau. Orang luar juga ada yang ambil. Pelancong asing juga katanya ambil juga. Jadi hanya sebahagian kecil sahaja yang di ambil oleh orang kampung beliau.

Sekali lagi, mfazari, saya memohon maaf diatas kelancangan jari-jemari saya.

Betul juga, dari di biarkan rosak baik di ambil (bukan kata beliau). Macam pergi ziarah anak dara yang sakit tenat dan tidak pernah nikah. Dari dibiarkan meninggal sebelum nikah baik kita rogol ramai-ramai. Tak adalah dia mati kempunan.


Dan saya sebenarnya tidak ada apa yang mahu di tulis kecuali mahu memberitahu Jannah yang lope benar-benar serius. Cubalah hubungi dia. Saya juga tidak akan menyambung cerita sedih yang terbengkalai di bawah. Cerita itu sebenarnya mengenai bagaimana saya kehilangan angsa peliharaan saya semasa kecil. Dan cerita bagaimana kucing peliharaan saya-juga semasa kecil-pulang kerumah setelah lama menghilang untuk memberitahu bahawa ia akan meninggal dunia. -ingat, saya sakti dan semestinya memahami percakapan haiwan-.

Oh! Pelihara kucing. Kamu pernah ke rumah pencinta kucing sejati? Saya pernah. Dan saya nyaris meninggal dunia dek kerana bulu-bulu kucing yang merata-rata di rumah tersebut. Bila saya sebut merata-rata, saya maksudkan merata-rata. Setiap inci rumah tersebut di penuhi oleh bulu-bulu kucing. Taik kucing cerita lain. Bau kucing juga cerita lain. Ini cerita bulu kucing.

Selain menceritakan bagaimana sayangnya mereka kepada kucing, sebagai orang Islam mereka juga mengingatkan saya yang Nabi kesayangan kita juga sukakan kucing. A' ah, sebab itu ada hades kata *'janganlah kamu buang bulu-bulu kucing kerana sesungguhnya bulu-bulu kucing adalah sebahagian dari kucing'.

pengotor.



*hades adalah kata-kata saya. Hadis adalah kata-kata Nabi s.a.w

Wednesday, January 11, 2006

tidak

Memalukan. Itulah yang saya rasakan apabila membaca berita mengenai penduduk Seberang Takir, Terengganu berebut-rebut mengambil makanan dan rokok dari sebuah kontena hanyut.

Kamu kebulur ke? Begitulah yang akan ditanya oleh mak saya jika saya ini salah seorang dari mereka-mereka yang berlumba-lumba 'mengambil' barangan 'percuma' tersebut sambil mula menyumbat semua udang-udang harimau dan rokok-rokok tersebut bersama-sama bungkusannya ke mulut saya. 'Ini rezeki yang tidak di sangka-sangka di tahun baru' , kata salah seorang dari mereka.

Mengambil hak orang tanpa rasa bersalah adalah suatu budaya yang telah lama berakar umbi didalam masyarakat kita. Memberi rasuah adalah mengambil hak orang. Mencuri adalah mengambil hak orang. Memecah kontena hanyut dan mengambil isinya adalah mengambil hak orang. Membeli/menjual cd/dvd cetak rompak juga adalah mengambil hak orang. Sumpah, tiada keluarga saya yang terlibat didalam kegiatan 'seni' nyanyi atau lakon - dan saya berdoa supaya keadaan itu kekal sehingga kiamat- tetapi apa yang hak adalah hak. Didalam satu segi berzina juga adalah mengambil hak.

Cuba bayangkan, penduduk Seberang Takir memakan udang harimau sambil bergelak ketawa kerana menyangkakan apa yang mereka buat adalah betul. Setelah kenyang mereka menghembuskan asap rokok Texas 5 ke udara sambil bercerita betapa bertuahnya mereka hari ini. Seolah-olah atau mungkin tidak langsung merasa bersalah MENCURI. Cuba bayangkan mak kamu salah seorang dari mereka.

Untuk menambah rasa bersalah penduduk Seberang Takir mari kita reka cerita kononnya semua udang harimau yang mereka makan itu sebenarnya adalah bekalan makanan untuk anak-anak yatim nun di Aceh sana.

Dan yang lebih malangnya adalah kamu yang merasa rugi tidak berada di Seberang Takir pada hari itu. Rugi benar rasanya tidak berbuat dosa.

Tuesday, January 10, 2006

menjadi

negaraku (tidak aman)

negaraku tidak menghukum
Islamku terkurung didalam
botol-botol vodka para raja
para menteriku bukan manusia
imanku tidak aman,

cheers.




abdullahjones
selamat hari raya haji.

tokong

Untuk memperbaharui permit kerja, kami terpaksa datang seawal jam lima pagi. kemudian kami terpaksa beratur selama empat jam di luar bangunan dan ditambah pula dua jam lagi didalam bangunan. Kami juga terpaksa beratur bersama-sama dengan para pelarian perang yang datang untuk meminta perlindungan dan keluarga mereka. Mereka dari seluruh dunia.Cuba bayangkan hiruk-pikuknya. Dengan suara budak menangis. Dengan suara bapa dan mak menangis bila permohonan untuk kekal di negara ini ditolak.

Dan bayangkan tekanan yang di hadapi oleh pekerja jabatan berkenaan. Walau penat, mereka sedaya upaya menolong. Mereka akan uruskan sebaik mungkin. Dan mereka juga akan menyelesaikan semua urusan hari itu dengan segera.

Walaupun keletihan, kami puas kerana semua urusan selesai dan kami cuma perlu datang lagi di hari dan waktu yang sama tahun depan.

Berlainan dengan cawangan jabatan kerajaan Malaya yang ada di sini.

Mula-mula kamu wajib tahu jadual waktu persekolahan anak-anak pegawai kerajaan Malaya di sini. Ini penting kerana untuk meningkatkan produktivi mereka ke tahap maksima. Jika dengan melayan kamu anak-anak mereka lewat sampai ke rumah, maka besar kemungkinan kamu akan di biarkan menunggu lamaaaaaa sangat. Apa-apa borang yang hendak di kemukakan hendaklah di seterika. Ini penting untuk kesihatan pegawai kerajaan Malaya disini. Kerana borang yang tidak diseterika akan mengakibatkan paru-paru pegawai-pegawai yang bertugas berhenti berfungsi. Dan berhati-hati meletak kereta kerana takut tercalar kereta-kereta pegawai kerajaan malaya. Jika tercalar, saya cadangkan kamu minta lucutkan saja kerakyatan Malaya kerana ianya tidak akan ada harga lagi.

Mereka juga tidak peduli yang kamu terpaksa memandu beratus-ratus batu semata-mata untuk menghantar borang. Jika silap pangkah, kamu mesti datang balik esok. Kepala hotak dia.

Dalam dunia yang cepat berubah ini, saya merasa sangat terharu dan amat gembira kerana masih terdapat pegawai kerajaan Malaya yang kekal dengan sifat-sifat ketimurannya.

Jika terdengar mana-mana pejabat kerajaan Malaya cawangan sini yang meletup, bersaksilah yang sayalah yang mengebomnya.

Saturday, January 07, 2006

mana

Saya tanyakan kepada budak gemok samada di kampungnya dahulu ada atau tidak Cina datang menjaja Clorox. Dia menjawap tidak sebelum pertanyaan mudah saya itu bertukar menjadi perdebatan samada saya menggelar dia sebagai stupid atau silly semasa dia meminta saya merakamkan rancangan tivi kegemarannya tiga bulan lepas. Di ulangi, tiga bulan lepas.

Saya pertahankan yang saya HANYA menggelar dia sebagai silly, dia bermati-matian mengatakan saya memanggil dia sebagai stupid. Tetapi itu cerita lain yang tidak ada kena mengena dengan cerita ini. Kita lupakan dia. Silly bird.

Dia ketawa terbahak-bahak sehingga sesak nafas (masalah semua orang gemok) apabila saya bertanyakan samada di kampungnya ada atau tidak lelaki India yang sekali-sekala datang sambil menjerit, 'tajam batu!, tajam batu!'. Dia menggangap saya sebagai cuba mereka-reka cerita. Saya terpaksa memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut kepada dia apabila saya cuba menerangkan yang India tersebut kerjanya adalah mengasah batu giling.

Apabila sedikit reda, saya tanyakan lagi tentang seorang lelaki yang saya lupa bangsanya yang datang mengayuh basikal dan pergi dari rumah ke rumah bertanya samada sesiapa mahu guntingnya di asah. Kali ini dia terdiam dan terus tidak bernafas. Ingatkan meninggal, rupanya dia menahan nafasnya untuk beberapa ketika demi untuk mengelak dari sesak. Menarik, menahan dari bernafas untuk menggelakan sesak nafas. Seperti orang yang berhenti makan untuk menggelakan dari berak.

Dia tidak percaya semua perkerjaan yang saya katakan di atas ujud.

Kami dari zaman berlainan. Dia dilahirkan semasa saya sedang asyik memikirkan bagaimana untuk sama warnakan semua permukaan kiub rubik yang di beli oleh ibu saya. Kami juga dari kampung yang berlainan. Dia dari negeri termiskin di utara, saya err... saya dari tempat lain.

Kesimpulannya Pn. Dr, kita juga dari kampung yang berbeza.

p/s: lope, jannah kembali. :)

Friday, January 06, 2006

rumahnya

Kuasa sakti saya dapat merasakan yang kamu semua kencing tidak lawas. Saya bermetafora dengan rama-rama, kamu semua bantai tanya rama-rama apa, nama apa dapat mana, kenapa dan kucing tak ada kah?

Itulah saya nasehatkan supaya yang lelaki selepas kencing tidak cukup sekadar goyang-goyang dan renjis-renjis di pilis sahaja, kamu yang lelaki dan perempuan perlu berdehem-dehem supaya semua kencing keluar. Jika rajin cuba tanya ustad-ustad tentang senaman melawaskan kencing. Jika malas tak payah.

Selain selamat dari siksa kubur kamu juga akan lebih faham metafora-metafora yang akan saya tulis. Dan lumurkan kunyit hidup ke muka sebelum tidur. Untuk apa? Entah, saya tidak tahu, cuma saya rasa perlu menulis begitu. Biar nampak seolah-olah saya ini serbaserbi pandai.

Kamu juga sebenarnya membuka kesedihan yang amat sangat kepada saya. Sebak dada saya sebenarnya sekarang ini. Maklumlah, selain terlampau-lampau kacak saya juga seorang yang berjiwa sensertif. Apabila difikirkan saya ini sebenarnya impian kebanyakkan wanita. Kacak, sensertif, boleh melukis, handal bersajak.

Kuasa sakti yang ada pada saya sudah dapat saya kesan sedari kecil lagi (sedari kecil, jika kamu bukan ahli sastera kamu tidak akan terfikir untuk menulis ayat ini).

Semasa saya sedang menunding 'kor' ke palang getah, saya merasakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku di rumah. Dengan getah gelang penuh hingga ke siku, saya berlari balik. Di depan rumah saya lihat ramai orang berkumpul. Dan kereta Cina menjual Clorox juga ada.

Dia memang tiap-tiap bulan masuk kampung saya. Untuk memberi hutang Clorox. Hina sungguh orang kampung saya, Clorox pun hutang. Mujur mak saya keturunan bangsawan , jadi tidak pernahlah dia berhutang Clorox. Dan Cina Clorox juga tidak pernah singgah kerumah kami. Dia cuma memecut laju apabila tiba di hadapan rumah saya. Saya pelik mengapa hari ini keretanya ada di hadapan rumah saya.

Rupa-rupa hari ini pecutan lajunya membawa malapetaka kepada saya.

aisayman, lapar. lain kali saya tulis.

p/s: naga, kravitz bukanlah secawan teh saya.

Wednesday, January 04, 2006

jika hidup

Ada yang bertanya adakah saya ini manusia sempurna sehingga saya menulis seolah-olah saya tidak pernah melakukan dosa-dosa.

Begini, saya pernah mendengar ahli-ahli agama berkata yang menceritakan dosa-dosa yang dilakukan adalah satu dosa. Dan antara syarat taubat adalah membenci semua dosa-dosa yang telah di lakukan. Melakukan dosa sendiri dan diam lalu bertaubat adalah lebih baik dari berjemaah melakukan dosa dan kekal di dalamnya.

Sebagai seorang yang tidak pandai agama, saya memegang kuat kata-kata pandai.

Dan saya menulis kebaikkan adalah untuk diri saya sendiri. Saya mendakwah diri saya dengan cara menulis tentang kebaikkan. Nanti diakhirat jika ditanya apakah yang saya buat di masa terluang, boleh juga saya menjawap yang saya menulis blog. Saya juga amat yakin setiap patah perkataan yang saya tulis di blog saya akan meminta tanggungjawap. Sekurang-kurangnya saya tidak malu untuk menjawap di depan Tuhan yang saya menulis tentang kebaikkan dan saya sangat berharap bahasa kasar yang saya gunakan tidak diambil kira.

Dan saya rasa ianya lebih baik dari menceritakan tentang rama-rama peliharaan saya.

kekal dalam

Lama saya mencari jawapan mengapa lelaki Melayu Islam Malaya tidak gemar berjemaah di masjid-masjid. Saya bukanlah pengembara aktif, tapi di kebanyakkan negara yang saya lawati saya dapati kebanyakkan penduduk Islam lelakinya amat senang bersembahyang jemaah di masjid-masjid.

Akhirnya hari ini saya mendapat jawapannya.

Sebabnya adalah lelaki Melayu Islam Malaya adalah pencinta keamanan. Ini adalah kerana di Malaya, musuh utama ahli jemaah mana-mana masjid adalah ahli jemaah mereka sendiri! AJK masjid sentiasa mencari salah ahli jemaah. Jadi untuk mengelakkan permusuhan sesama manusia, lelaki Melayu Islam Malaya lebih senang bersembahyang di rumah. Yang terlebih alim akan berjemaah dengan anak dan isteri.

Walau tidak pernah di buat dek Nabi.

Selamat bersembahyang dirumah saya ucapkan kepada lelaki Melayu Islam Malaya. Syabbas!

Monday, January 02, 2006

ingkar

Saya amat suka kisah perumpamaan ini. Mungkin saya pernah menulisnya, namun saya ingin menulisnya sekali lagi. Kenapa? Kerana saya boleh.

Semasa Musa di tanya oleh Tuhan apakah yang di pegang ditangannya? Baginda menjawab ianya adalah tongkat sambil terus menceritakan faedah-faedahnya. Baginda menceritakan yang dengan tongkat tersebutlah Baginda mengembala kambing-kambing peliharaannya. Menghalau atau mempertahankan diri jika diserang serigala.Bersandar ketika keletihan.

Seperti kita apabila ditanya kereta siapakah yang menjalar diletakkan di tempat letak kereta dihalaman rumah kita. Kita bukan sahaja memberitahu yang kereta itu milik kita malah tanpa di tanya kita akan menceritakan yang kereta tersebut boleh memecut laju di jalanraya. Bagaimana penjimatan minyaknya jika kita terus-terusan menyimpan kenderaan tersebut di halaman rumah. Bagaimana warnanya bertukar setiap kali di lihat dari sudut berlainan. Kita lupa yang ditanya adalah milik siapa. Bukannya boleh buat apa kereta itu.

Lalu Allah memerintahkan Musa agar membuang tongkatnya dan tongkat itu menjadi ular. Kemudian Allah memerintahkan Musa agar mengambil tongkatnya. Musa mulanya mahu menangkap ular tersebut dari ekornya, tetapi Allah memerintahkan supaya Baginda menangkap ular tersebut dari kepalanya. Walaupun sedikit cemas, namun kerana ini adalah perintah Tuhan, Baginda lakukan juga.

Apabila ular tersebut ditangkap oleh Baginda, ianya kembali menjadi tongkat. Lantas Allah bertanya lagi kepada Musa apakah yang ada ditangan Baginda? Baginda menjadi serba salah untuk menjawap. Jika dijawapnya tongkat, baru tadi dia melihat ia bertukar menjadi ular. Mahu di jawap ular, takut-takut ia kekal sebagai tongkat. Lalu Baginda menjawap yang hanya Allah sahajalah Maha Mengetahui.

Sewaktu Musa di kerumuni oleh ular-ular sihir mengapa Baginda tidak terus sahaja membuang tongkatnya? Bukankah Baginda telah tahu yang tongkat Baginda ada keupayaan untuk menjadi ular yang lebih hebat dari ular-ular sihir? Sebabnya adalah Baginda tahu tongkatnya tidak ada sebarang kuasa. Baginda hanya melemparkan tongkatnya apabila ada perintah dari Allah untuk berbuat demikian. Kerana taatnya kepada perintah Tuhanlah maka ular-ular sihir tersebut dapat ditewaskan.

Jika tongkat itu jatuh ketangan kita saya gerenti ianya akan dikerat kecil-kecil dan di jual di kaki lima sebagai tangkal untuk kebal dan untuk err... macam-macam. Tak percaya cuba tanya kawan-kawan kita yang seluruh hidupnya di arahkan untuk mencari harta karun atau yang rajin bersahabat dengan jin.

Kemudian semasa dikepung di pinggir laut dan takala kaumnya merintih dan mengeluh mengatakan mereka kini hampir pasti di tangkap firaun mengapa tidak Baginda buang sahaja tongkatnya kelaut. Mana tahu ianya akan menjadi ular yang besar dan Baginda boleh menunggang ular tersebut untuk menyeberangi laut. Atau mungkin ular tersebut boleh menyerang bala tentera firaun.

Baginda tidak bertindak demikian kerana tidak ada perintah Tuhan. Baginda tahu tanpa perintah Tuhan tongkatnya tidak akan dapat membantu Baginda dan kaumnya. Apabila Tuhan memerintahkah supaya Musa memukul laut, Baginda taat dan laut pun terbelah menjadi laluan kepada Baginda dan kaumnya. Laut yang menyelamatkan Baginda dan kaumnya telah membunuh firaun dan bala tenteranya.

Mengapa Musa tidak mempersoalkan suruhan Tuhan supaya Baginda memukul laut? Dulu Tuhan mengarahkan Baginda supaya membaling tongkatnya, kini di suruh memukul laut pula. Tidak ke pelik tongkat di suruh memukul laut. Apa yang boleh di hasilkan dengan perbuatan yang pada mata kita adalah sia-sia. Sebabnya Musa tahu didalam perintah Tuhan ada manafaatnya.

Kita ini yang tahu segala macam kekuasaan dan betapa kasihnya Allah kepada kita masih lagi teragak-agak. Berapa ramai lelaki yang merasa panas apabila berseluar panjang di padang bola (atau ke pasar malam) dan tidak sedikit perempuan yang mereka bentuk sendiri pakaian yang pada mereka adalah menutup aurat. Kita tidak nampak pentingnya perempuan tidak berwangi-wangi ketika keluar rumah. Yang kita nampak perintah Tuhan adalah penghalang kebebasan dan menekan kemodenan.

Susahla jadi orang Islam ni, makan babi pon tak boleh.


nauzubillah.