Friday, June 30, 2006

jadi

Semasa membetulkan susunatur blog ini seperti yang di cadangkan oleh rem (entri dari bulan ke bulan, bukan hari ke hari), baru saya terperasan yang bulan ini adalah ulang tahun pertama blog ini.

Selamat ulang tahun blog abdullahjones.

Oleh kerana itu, saya akan ulangletak kembali entri pertama saya di sini dengan komen-komen pertamanya sekali. Siapa agaknya sitidakbernama yang menjadi orang pertama meletakkan komen diblog ini dan adakah dia masih membaca tulisan saya? MBA dan Moluska rasanya masih lagi. Terima kasih MBA. Terima kasih Moluska Tatami.

Semoga semua tulisan saya selama setahun yang lalu menjadi amalan baik.

Terima kasih semua kerana rajin membaca tulisan saya.Terima kasih banyak-banyak.


Friday, June 17, 2005

ahhh.

Masa berbual dengan kawan tadi saya dapat tahu yang setiap tulisan ie sajak, puisi atau yang seangkatan dengannya yang disiarkan di majalah atau akhbar dibayar diantara duapuluh hingga seratus ringgit. Ini amat memeranjatkan . Sangka saya setiap tulisan ie sajak, puisi dan yang seangkatan dengannya dibayar melebihi harga yang disebutkan.

Jadi untuk apa para penulis sajak dan puisi memerah fikiran hanya untuk disiarkan dan dibayar dengan satu penghinaan? Jika untuk merubah suasana sekeliling saya rasa ianya satu kerja sia-sia. Berapa ramaikah pembaca sajak dan puisi yang merasa insaf setelah membaca sajak puisi yang islamik? Berapa ramai pula ahli politik yang menukar cara berfikir setelah dikritik melalui sajak puisi? Jawapannya saya rasa tidak ada langsung.

Jadi untuk apa mereka menulis? jawapannya adalah untuk nama. Sama seperti ahli politik yang kaya raya memilih untuk bernikah dengan segala macam selibriti. Bezanya cuma penulis adalah manusia miskin yang bodoh.

Saya juga berpendapat para penulis (sajak dan puisi ) adalah manusia yang syok sendiri yang terlolong-lolong dipentas deklamasi.

Saya sukakan Salleh Ben Joned yang hanya menumpukan perhatian kepada menghasilkan tulisan kemudian dibukukan. Ini ada cara yang lebih berkesan dari berkumpul sesama ahli sastera sambil memuja memuji tulisan sesama kita.

Satu pertanyaan, mengapa hanya ahli politik lelaki yang sibuk mencari selibriti? Apakah ahli politik perempuan tidak terliur untuk meniduri para selibriti ? Lelaki atau perempuan.

posted by abdullahjones at 11:26 PM 6 comments


komen:


Anonymous said...
jika di malaya, di tunas cipta misalnya, cerpen akan dibayar RM200. Jadi mjlh2 DBP yg lain juga lebih kurang itulah.

mungkin ada yang bayar hanya sehingga RM100, malah, yang tak bayar pun ada.

3:44 AM


abdullahjones said...
Berapa pula bayaran yang diberikan kepada penulis kolum di majalah-majalah?

9:03 PM


Anonymous said...
rakan saya pernah tulis artikel dlm tunas cipta sbg reaksi kpd artikel kolumnis tetap. artikelnya pendek saja, tidak sampai semuka dan dpt bayaran sekitar RM200-RM250. umumnya, kalau kita hantar karya ke mjlh terbitan DBP, mmg bayarannya agak ok. suratkhabar saya tak tahu, sbb x pernah hantar. tapi ada kes x dpt bayaran, mngkin editor lupa atau posmen accident tgh jalan.

12:08 PM


mba said...
wah..... pindah lagi, berapa kali mau pindah da...... Agak2nya cukup 7 kali pindah kot ;-).

8:51 AM


abdullahjones said...
mak saya kata kalau tujuh kali pindah bangkrap :)

6:03 PM


moluska tatami said...
tujuh kali pindah = papa
ie papa --> papa duit, ahlak, ilmu, personaliti.

4:01 AM




Sekarang, izikan saya menyendiri sebentar. Saya perlu menenangkan diri.
ouummmmmmm, guruyahyaguruyahyaguruyahyaguruyahyaguruyahyaguruyahya.


p/s: Diesastera.com sekarang ini ada satu laman baru yang di kendalikan oleh Nizam Rusli aka Gitartong. Laman Lagu Puisi. Jika kamu pencipta atau peminat lagu-lagu puisi, silalah kesana.Cipta lagu puisi dan letakkan di sana,mana tahu kamu mungkin akan memenangi apa-apa hadiah untuk lagu puisi kamu di acara penyampian hadiah esastera yang diadakan setiap tahun.

Wednesday, June 28, 2006

hadiah

Peringatan untuk diri sendiri:

Jika dalam usia begini masih payah untuk kekal dalam sembahyang,adalah lebih baik menjadi beruk yang tahunya makan dan berbini kemudian mati.

Lagi peringatan untuk diri sendiri:

Beruk itu boleh saja di tukar menjadi apa sahaja jenis binatang yang tidak bersembahyang.

Peringatan tambahan untuk diri sendiri:

Jangan gantikan beruk dengan perkataan babi kerana pembaca-pembaca budiman tidak gemar bahasa yang kasar.

Doa:

Oh Tuhan, kekalkanlah aku didalam sembahyang.

Makluman untuk rem:

Saya sendiri puas mencari tulisan yang kamu maksudkan dan tidak berjumpa. Maafkan saya.

Sunday, June 25, 2006

dari

Sebagai pejuang Bahasa Melayu dan Sasterawan terbilang, saya merasa sangat bangga apabila mendapat tahu yang semua nama-nama berbau Inggeris di Putrajaya akan ditukar kepada nama-nama Melayu.

Syabas!

Terbukti sekarang ini yang semua tohmahan kepada pihak berwajip adalah fitnah. Semua penyayang-penyayang bahasa sekarang ini terpaksa menelan kahak kotor sendiri.

Terbukti juga betapa pihak berwajip sememangnya mendaulatkan Bahasa Melayu. Syabas sekali lagi! Sila tepuk bahu kalian sendiri.

(Oh! Jika Dollah yang satu lagi membaca tulisan ini, sila ambil perhatian. Syarikat membuat papaniklan milik saya bernama Syarikat Iklan Menantuemas Sdn. Bhd.

Selain membuat papantanda, kami juga membekalkan kertas-kertas kepala surat. Maklomlah, bila semua nama ditukar kedalam Bahasa Melayu, segala kepala surat yang menggunakan alamat lama mestilah diganti.

Syarikat saya juga adalah milik bumiputra sepenuhnya dan, sumpah! kami tidak makan rasuah, eh! silap. Sumpah! kami tidak mengamalkan politik uang.

Borang tender telah kami hantar. Sebagai peringatan, sekali lagi diulang. Nama Syarikat kami adalah, Syarikat Iklan Menantuemas Sdn.Bhd. Harap Maklom.)





p/s:

1. rem, saya tidak faham. Adakah kamu mencari tulisan saya atau kamu mencari tulisan para pondan hamjadah itu?

2. T.Tanah, kamu tidak cukup cantik untuk diberitahu tentang kedatangan saya ke Dublin tempohari.

3. Komenlah dengan baik. Jangan bergaduh.Buah dada dan kote kamu semua belum cukup matang untuk berkelahi.

4. Saya kecewa apabila mendapat tahu Eminem akan melakonkan watak Paladin.Siapa Paladin kamu tanya. Tanya naga jawab saya.

Thursday, June 15, 2006

aku

Dibawah ini adalah petikan dari sebuah novel yang bakal memecahkan semua rekod jualan novel di Malaya. Sebuah novel yang akan menjadikan penulisnya jutawan berkali-kali dan penerbitnya makin merendah diri. Novel yang akan mengakibatkan bertukarnya selera pembaca.Dan yang akan membuatkan para penerbit menarik-narik rambut tanda menyesal kerana tidak 'menjumpai' penulisnya terlebih dahulu.

Novel ini juga akan menjadi alat mengajar wajip di semua institusi pembelajaran di Malaya. Dari yang di sekolah rendah sehinggalah yang di kolej dan universiti. (saya akan uruskan dengan kawan baik saya yang mempunyai kuasa untuk melakukannya setelah dia sedikit lega dari membela Dollah yang satu lagi)

Jangan ditanya bila novel ini akan diterbitkan kerana baik penulis mahupun penerbitnya sendiri tidak tahu bila tarikh lahirnya. Mungkin 3 bulan lagi atau mungkin juga 3 tahun lagi.Yang pastinya novel ini akan diterbitkan.Inshallah.

Nikmatilah.

"Perkenalkan, ini Mira, Mira Kasendra Daniela Binti Abdul Manap", kata Hasnul Hamidi Harun kepada Datuk Ma'amor.

Datuk Ma'amor memandang tepat ke dada Mira. Mira memandang tepat ke mata Datuk Ma'amor. Dadanya bergetar. Mata Datuk Ma'amor makin mengecil. Asmanya mula menyerang. Dia membuka laci mencari 'inhaler'nya.

Setelah nafasnya kembali normal, dia bangun dari kerusi dan menghulur tangan.

"Maaf Datuk, saya ada air sembahyang", kata Mira.

"Oh!" kata Datuk Ma'amor sedikit terkejut. Dan ketika itu juga dia membuat keputusan untuk membatalkan air sembahyang Mira. Jika tidak petang ini, dia akan berusaha untuk melakukannya selewat-lewatnya malam ini.

"Mujur kamu datang hari ini, kita amat sibuk sekarang, kamu mungkin terpaksa kerja lebih masa hari ini" kata Datuk Ma'amor,serius.

Eh! Silap. Itu novel lain. Kadang-kadang saya ada juga menulis novel panduan hidup remaja. Selain sebagai sumbangan kecil saya kepada negara, ianya juga sebagai alat untuk menambah lagi kekayaan saya. Maklomlah, saya manusia biasa dan sebagai manusia biasa saya perlu tamak.

Ini petikan sebenar novel yang hanya akan di jual kepada perempuan-perempuan yang cantik sahaja.

Nikmatilah.


Fire place dan kayu api


“Mana nak dapat kayu api bang?” Tanya Asiah kepada Termizi semasa melihat “fire place” di rumah baru mereka.

Tidak pernah dimimpikannya yang di rumahnya akan ada tempat sedemikian. Jika dulu semua itu hanya dilihat di tivi, kini di rumahnya sendiri ada. Tidak sabar-sabar rasanya dia untuk menyalakan “fire place” tersebut.

“Entah, abang pun tak tau, mungkin ada jual kat supermarket kot?” jawab Termizi ragu-ragu. Dia jarang berlagak pandai. Jika tidak tahu dia terus terang mengaku. “Kalau tak de, abang pi le tebang mana-mana pokok mati” tambah Termizi.

“Mana ada pokok mati sini bang, abang tak tengok ke jalan-jalan masa kita nak kesini, semua bangunan. Mana ada pokok-pokok.” Kata Asiah.

Termizi menganggukkan kepalanya setuju. “Ada lah tu, mesti ada tempatnya. Tak kan orang sini bakar kerusi meja buat pemanas.” Kata Termizi sedikit membentak. Dia mengantuk dan keletihan. Penerbangan tiga belas jam kelmarin mula memberi kesan.

Mereka mengambil keputusan untuk berehat.

Termizi berbaring, tetapi Asiah masih lagi kagum dengan rumah barunya.

“Tak kena bayar ke semua ni bang?” Tanya Asiah bila melihat rumah barunya penuh dengan peralatan. Semuanya ada. Sofa, mesin basuh, televisyen dan perkakas .

“Ada microwave bang!” Kata Asiah separuh menjerit.

Termizi yang hampir lena sedikit terkejut.

“Tak lah kot, si Azmil kata semua termasuk dalam sewa” Jawabnya sambil kembali memejamkan mata. Hassan dan Hasenah telah lama tidur. Sejak dari dalam kereta Azmil tadi. Mereka benar-benar keletihan. Kecuali Asiah yang masih cergas. Melilau matanya melihat keliling rumah barunya.

Hati kecilnya masih tidak percaya yang dia kini di Manchester, England. “Siapa sangka,” katanya didalam hati.

“Alah, ayang lupa nak ingatkan abang supaya beli biji selasih” tiba-tiba Termizi bersuara separuh sedar. Kesal sungguh dia. Sangat kesal.

Sekian.

Mulalah mengumpul wang kerana novel ini akan di jual dengan harga yang amat mahal. (Penulisnya mahu segera kaya-raya)

Thursday, June 08, 2006

keliru

Jones : Buku apa yang kamu beli tu Asad?

Asad Bai: Ni ho, majaloh. URTB dengang Mingguang Perempuang. Aku beli untuk adik ppuang aku, Shamsiah (Mohd Nor), ssiang dia dudok dumoh takde mende nak bace.Buleh jugok hilangkang boring 'mentare tunggu dapak kije.Bio dia dapak idea nukih katong. Dia rajing anto gi komik Gila-Gila.

Jones : Kalau perompak pakai pistol, pi rompak dan dia tembak mangsa rompakan.Lepas tu dia pi hantar mangsa tu ke hospital. Tolong daftar dan hantar sampai dalam wad.Kemudian dia pi balai Polis buat lapuran mangsa tu kena tembak semasa rompakan. Perompak lagu tu kamu panggil perompak jenis apa?

Asad Bai: Propok bengong.

Jones : Macang mung. Hahaha.

Apakah tuan-tuan dan puan-puan juga serupa? Apakah tuan-tuan dan puan-puan seorang perompak yang bengong atau adakah tuan-tuan dan puan-puan adik kepada perompak yang bengong? Yang tidak meletakkan ke-kesian-an tuan-tuan dan puan-puan di tempat yang betul?

Jika ya, maka layak sangatlah tuan-tuan dan puan-puan di perbodohkan oleh saya.

Saturday, June 03, 2006

dan

Misalnya:

Ibu kamu seorang perempuan yang sangat baik. Yang mula bersembahyang dari kanak-kanak dan tidak pernah lewat atau meninggalkannya. Membaca ayat-ayat Tuhan saban hari. Tidak ada apa yang akan membuatkan dia tertekan dan sejarah keluarga kamu sejak dari Nabi Adam alaihissalam memang tidak ada yang sakit jiwa atau gila.

Kamu pula seorang anak yang soleh/solehah. Tidak pernah meninggikan suara apa lagi berbuat jahat terhadapnya (ibu).Kamu tidak pernah terlintas walau sekilas untuk membuatkan ibumu hiba. Pendek kata kamu adalah anak yang bakal menjadi pendoa yang akan memudahkan perjalanan ibumu ke sorga.

Bagaimana jika secara tiba-tiba:

'Hiargggggggghhhhhhhhh! Nah kau! Terimalah tikaman Pendekar Elang Hitam!', Kata ibumu seraya menusuk tubuhmu dengan pisau tajam semasa kamu sedang membantu dia membilas pinggan.(Ingat, kamu anak yang baik dan ibumu perempuan yang teramat baik)

Dia (ibumu) segera mengundur kebelakang dan mengayakan pose 'karate kid'. Tangan di kangkangkan keatas dan kaki dinaikkan sebelah.(Sila bayangkan untuk efek jenaka)

Darah membuak-buak keluar dari luka itu dan kamu menekupnya dengan tangan. Kamu rebah, terduduk menahan kesakitan.Kamu terkejut dan keliru.

Katakanlah yang ibu kamu itu seorang doktor (yang berklinik di Jalan Beserah, kuantan)dan dia tahu dimana tempat yang 'selamat' untuk menikam kamu.

Dalam terpinga-pinga kesakitan itu kamu bertanya,' kenapa ni mak? Kenapa? Apa salah saya?'

'Saje-je, Mak nak rasa tikam orang', jawab ibu kamu sambil mengelap darah pada kain batik Terengganu yang kamu beli.Di baju kurung Kedahnya (juga yang kamu beli) terpalit sedikit darah kamu yang terpercik.

'Ishhhh!! kamu ni, tak senonoh, darah mercik merata-rata' katanya di bawah nafas, mengomel.

Apakah kamu akan marah dan melupai segala kebaikan dan jasanya membesarkan kamu? Apakah kamu akan menjadi anak derhaka yang akan memaki hamun ibumu? Atau kamu akan mengambil apa-apa yang ada dekat dengan kamu dan mula menjadikannya sebagai senjata untuk membalas perbuatan ibumu itu?

Katakanlah kamu tidak melakukan segala yang diatas sana dan ibumu datang mendekatimu dan bertanya,

'sakit-ke?'

Pada masa ini, adakah marah kamu tidak lagi dapat di kawal dan kamu mula menceritakan kesakitan yang kamu alami dengan suara yang tinggi? Atau kamu memasamkan muka dan berpaling darinya dengan perasaan yang amat benci?

Katakan lagi yang kamu tidak juga melakukan apa yang saya cadangkan diatas dan ibu kamu mula merawat luka kamu itu (ingat, dia seorang doktor yang berklinik di Jalan Beserah, Kuantan). Dicucinya segala darah yang membasahi tubuh kamu. Dijahitnya luka dan di balut.Dia kemudiannya mencium ubun-ubun kamu tanpa meminta maaf. Apakah kamu akan mengucapkan terima kasih kepadanya?

Akhirnya, apakah kamu akan melapurkan kejadian itu kepada Polis? Atau kepada akhbar yang sentiasa lapar dengan cerita begini untuk menutup segala hal?






Oh! Sebelum terlupa, bila ditanya apa khabar ibumu, JANGAN jawab 'entahlah, sihat gamaknya'.Berdosa dan bergaya anak derhaka. Hahahahajigohahahaha.


p/s: mba, akan saya cuba acar itu dan selamat bercuti uipts. dan mana Mat Jan?

Thursday, June 01, 2006

kelam

'Mana timunnya?' Tanya saya apabila melihat kari ikan tenggiri dan sambal belacan. Pada saya kari ikan tenggiri, sambal belacan dan ulam timun adalah hidangan paling cocok.

Tidak perlu ada tambahan apa-apa. Cuma jika mahu, kari ikan tenggiri itu ditambah beberapa biji kacang bendi. Jangan ganggu mereka dengan apa-apa. Mereka sudah lengkap. Amat lengkap.

'Ini'. Jawab budak gemok sambil menghulurkan sepiring epal hijau yang dipotong berjuring-juring.

'Gila'. Kata saya di dalam hati.Marah ada lucu juga ada.

Dia memang begitu,sejak tinggal di sini, dia menjadi sedikit Inggeris.Bahkan kadang-kadang terlalu Inggeris. Saya tidak salahkan dia kerana suasana membentuknya menjadi begitu. Tetapi, epal ganti timun? Epal cicah sambal belacan? Gila.

Bila difikirkan, apa bezanya dia dengan kamu. Ber-snow cap di tengahari buta. Berseluar pendek di khalayak. Bercumbu sebelum nikah.Tidak menutup apa yang patut.Ber-inggeris jugalah namanya itu.

Sekurang-kurangnya dia mencicah epal dengan sambal belacan di sini. Di tanah Inggeris.