Wednesday, January 18, 2006

kemudian

Didalam berbilion manusia di atas muka bumi ini, bersyukurlah kerana kamu adalah diantara manusia yang di pilih untuk duduk di rumahNya bersama-sama kumpulan manusia yang sibuk memuji-muji kebesaranNYA.

Apa? Tidak? ok,ok, kita mula balik.

Didalam berbilion manusia di atas muka bumi ini, bersyukurlah kerana kamu adalah diantara manusia yang di pilih untu tekun mengerjakan segala suruhanNya. Tepat pada waktunya.

Apa? Tidak Juga? ok, ok, kita mula balik sekali lagi.

Didalam berbilion manusia di atas muka bumi ini, bersyukurlah kerana kamu adalah diantara manusia yang membenci kepada perbuatan yang di murka Tuhan.

Apa? Tidak Juga? ok, ok, kita mula balik.

Diantara berbilion manusia diatas muka bumi ini...ishhh,tak payah lah. Jom karaoke.

"bila ku kenang ku renung gambar wajahmu.." ishh, lupa. Siapa tahu senikata lagu rindu bayangan?


p/s: tulisan ini adalah penghormatan saya kepada Tuan Keng yang katanya akan mengikut Jemaah Tabligh berdakwah selama empatpuluh hari.

oh! ruang gambar saya telah beroperasi kembali. pergilah kesana dan puji saya.

7 comments:

tuan tanah said...

ouchhh!!!
tertikam ulu hati saya...

dith said...

Insyallah saya tiadak pernah ber karaoke, tidak pernah mngajak, menyuruh org berkaraoke, membeli atau mempunyai dan menyimpan mesin karaoke....dalam kata lain, saya benci aktiviti itu!

Ku Keng said...

AJ, tak jadi keluar kerana mereka tak mau baca kitab selain fadhail. Nak ke haji pulak musim dah abis. Jadi akan ke photoblogmu untuk bertafakur. Boleh tak bagi izin untuk menyebarkan gambar Anak Siapa?

Anonymous said...

semoga saya tidak termasuk dalam golongan yang akhir sekali tu...

zizie ali said...

walaupun tazkirah kali ini penghormatan kpd tuan keng yg tak jadi KELUAR, zizie masih berminat unt menyampuk. bukan nak komen pasal KELUAR, cuma nak tumpang bernostalgia:
"...berputar-putar membelitkan kata-kata
hanya linangan..."
BERPUTAR-PUTAR? macam kipas helikopter ke?

loppiess said...

puas sudah kau menghancurkan..tiada pernah kau...
AJ, kau tau kan lagu tu utk sapa?

Sya said...

AJ.. bersyukur? I have been counting my blessing to keep me sane. The first day that I caught X red handed,

Alhamdullilah.. free air to breath

Forced myself to eat by saying "Alhamdullilah I still have my hand to put my food inside my mouth and my mouth/teeth to chew"..

when i walk " Alhamdullilah I still can walk"

And Alhmadullilah I have been in the first para of the "dlm berbillion manusia..."