Tuesday, January 24, 2006

bergelak

Saya benci sungguh mendengar cerita sedih/susah anak (tua) mengenai betapa dahulu ibubapa mereka bercerai semasa mereka kecil.

Bayangkan, anak dah tigabelas masih lagi merintih mengenai betapa susahnya mereka semasa kecil dahulu. Sedih kerana bapa mereka meninggalkan ibu mereka dan bernikah lain. Betapa semasa kecil dahulu terpaksa menjual nasi lemak keliling kampung demi untuk menyambung hidup. Hoi! bangun le, apa yang bapa kamu buat dahulu tidak ada kena mengena dengan kehidupan kamu hari ini. Jika hari ini kamu masih susah papa kedana, itu hasil dari usaha kamu sendiri.

Kemudian anak (tua) yang menjadi 'mangsa' penceraian yang berjaya juga tidak habis-habis menceritakan kepada dunia bagaimana setelah sekian lama hidup susah akhirnya mereka berjaya. Mereka sebenarnya hanya mahu menceritakan kejayaan mereka.

Jika ditakdirkan mereka ini menjadi penulis lagu,lagu mereka akan merayu merintih macam anjing kena baling. Jika mereka mengarah filim, wayang mereka wajib ada babak rogol. Kononnya itu ada metafora kesusahan mereka semasa kecil.Meraih simpati. Tidak boleh hidup jika tidak meraih simpati. Ternganga mulut mintak subsidi. Jika jadi bintang filim, mahukan watak pelacur. Juga sebagai simbolik kesusah mereka dahulu.

Cita-cita semua pelakon wanita Malaya adalah untuk memainkan watak pelacur. Kenapa kak? Ada pengalaman ke? Apa payah sangat berlakon jadi pelacur. Hisap rokok sambil duduk terkangkang. Cakap kasar-kasar. "hah! kamu nak apa?" Pelacur bodoh. Lagi mau tanya nak apa. Jika ada sesiapa yang kenal mana-mana pengarah filim yang mahukan pelakon watak pelacur beritau saya. Saya boleh. Nak suruh telanjang pun saya sanggup. Tapi kena bayar mahal sedikit kerana saya popular.

Bila difikirkan, saya rasa semua penulis lagu, pelakon , penyanyi, pengarah filim melayu adalah anak cerai.Cuba dengar lagu-lagu melayu, lihat filim-filim melayu dan ops! penulis novel melayu juga sama. Jarang yang menulis siri penyasiasatan atau novel satira. Semua sibuk dengan 'drama masyarakat'. A ah, masyarakat dia. Mak dia kena cerai, seumur hidup kita terpaksa mendengar cerita luka dia.

Penulis blog terdiri dari anak-anak yang mempunyai ibubapa dan kaya (saya) atau sederhana (naga).

Bukan kamu seorang sahaja anak cerai, nun seluruh dunia berjuta manusia kena cerai. Berjuta kanak-kanak yang hidup tanpa ibu atau bapa. Yang tidak punya keluarga langsung pun ramai. Kamu bukan istimewa. Tak perlu jaja cerita malang kamu kepada dunia.

Seekor lagi si pondan. Benci sungguh saya kepada pondan. Tapi itu cerita lain. Hari ini saya marahkan anak (tua) 'mangsa' cerai. Nanti senang-senang saya ceritakan mengenai pondan hamjadah.


p/s: Jannah, untuk mengambil peperiksaan SPM, kamu wajip lulus PMR. Tutup aurat adalah PMR.
dr. nurul, sediakan satu tudung khas untuk dipercikkan oleh darah dan pakai setiap kali kamu perlu berdarah. melabuhkan tudung adalah perintah Tuhan.
naga, jangan cemburu, kamu memang tidak berbakat.

pertanyaan yang lain akan saya jawab kemudian.

13 comments:

Ku Keng said...

Bukan semua ingin meraih simpati kerana ditinggalkan ayah atau suami. Rintihan Halim Yatim kerana meninggalkan isteri.

Anonymous said...

saya mempunyai ibubapa yang tidak bercerai berai. cumanya sesekali aje mereka berselisih faham.dan terimakasih atas ingatan itu.

zizie ali said...

kalau ada orang bikin filim watak pelacur pakai tudung, cakap lemah lembut. Kontroversikah?

Unsunghero said...

AJ...kau mahu menjadi pelacur dalam filem? tentu kau menjadi semakin popular selepas berlakon sebagai 'pelacur lelaki'...

Pegawai Khalwat said...

Keras nadanya bang.... ada gusar terbeku di dada?

Aku kenal orang yang macam abang AJ sebutkan.

Entahlah.... merintih dah merintih... tapi tak mahu nak perbaiki diri sendiri.

(Kena stop kat sini, kang aku pulak jadi amarah)

jiGOMorrison said...

:[

Saya rasa 'hamjadah' tu lebih kasar daripada 'haramjadah'.

'Ham' seingat saya ialah daging paha babi yang disalai. Kalau dah namanya babi, mestilah haram.

Oleh yang demikian, tidak boleh tidak, 'hamjadah' adalah kata makian yang lebih kuasa dua berbanding 'haramjadah'.

Sekian saja, kelas bahasa+matematik untuk hari ini.

sinaganaga said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sinaganaga said...

>>>naga, jangan cemburu, kamu memang tidak berbakat.

Ya ya. Tapi, aku seksi! Pernah Yasmin Ahmad ajak aku berlakon cerita BLUE. Ha ha.

Jannah said...

Kalau tak lulus PMR, tak dapat ambil SPM. Kalau saya mahu kerja dengan kualifikasi dari Ijazah Sarjana Duniawi dengan pengalaman hidup penuh dengan amal kebaikan seperti berbudi bahasa, hormat ibu bapa, dan menjaga tingkah laku dari melakukan perkara terlampau seperti seks bebas?

dith said...

Apa ceritanya kali ini agaknya yg provoke Tuan AJ, marah sebegini rupa sehingga keluar kata haramjadah? Dah lama saya tak dengar perkatan tu, :)

tuan tanah said...

AJ kelihatannya garang sekali...

Unknown said...

Dolah kalau tak mencarut, guna perkataan lucah dan maki hamun...bukan Dolah namanya...

Moga Allah ampunkan kamu Dolah...

dueng said...

cuba ramlie awang murshid, penulis novel thriller. mungkin sedikit mengecewakan tetapi cukup baik utk dijadikan landasan pertama utk thriller novel di tanah malaya ini.

semakin lama, kasar bahasa kamu seakan shahnon ahmad, metafora mu lebih memeningkan dari othman puteh, klasik bahasa mu lebih dari abdul rahim kajai, dan antara realiti dan fantasi bahasamu lebih dari HM Tuah Iskandar. waduh...ganteng.