Untuk memperbaharui permit kerja, kami terpaksa datang seawal jam lima pagi. kemudian kami terpaksa beratur selama empat jam di luar bangunan dan ditambah pula dua jam lagi didalam bangunan. Kami juga terpaksa beratur bersama-sama dengan para pelarian perang yang datang untuk meminta perlindungan dan keluarga mereka. Mereka dari seluruh dunia.Cuba bayangkan hiruk-pikuknya. Dengan suara budak menangis. Dengan suara bapa dan mak menangis bila permohonan untuk kekal di negara ini ditolak.
Dan bayangkan tekanan yang di hadapi oleh pekerja jabatan berkenaan. Walau penat, mereka sedaya upaya menolong. Mereka akan uruskan sebaik mungkin. Dan mereka juga akan menyelesaikan semua urusan hari itu dengan segera.
Walaupun keletihan, kami puas kerana semua urusan selesai dan kami cuma perlu datang lagi di hari dan waktu yang sama tahun depan.
Berlainan dengan cawangan jabatan kerajaan Malaya yang ada di sini.
Mula-mula kamu wajib tahu jadual waktu persekolahan anak-anak pegawai kerajaan Malaya di sini. Ini penting kerana untuk meningkatkan produktivi mereka ke tahap maksima. Jika dengan melayan kamu anak-anak mereka lewat sampai ke rumah, maka besar kemungkinan kamu akan di biarkan menunggu lamaaaaaa sangat. Apa-apa borang yang hendak di kemukakan hendaklah di seterika. Ini penting untuk kesihatan pegawai kerajaan Malaya disini. Kerana borang yang tidak diseterika akan mengakibatkan paru-paru pegawai-pegawai yang bertugas berhenti berfungsi. Dan berhati-hati meletak kereta kerana takut tercalar kereta-kereta pegawai kerajaan malaya. Jika tercalar, saya cadangkan kamu minta lucutkan saja kerakyatan Malaya kerana ianya tidak akan ada harga lagi.
Mereka juga tidak peduli yang kamu terpaksa memandu beratus-ratus batu semata-mata untuk menghantar borang. Jika silap pangkah, kamu mesti datang balik esok. Kepala hotak dia.
Dalam dunia yang cepat berubah ini, saya merasa sangat terharu dan amat gembira kerana masih terdapat pegawai kerajaan Malaya yang kekal dengan sifat-sifat ketimurannya.
Jika terdengar mana-mana pejabat kerajaan Malaya cawangan sini yang meletup, bersaksilah yang sayalah yang mengebomnya.
Tuesday, January 10, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
"akak minggu depan selalu tak ada kat office, nak urus anak sekolah"
mcm tu lah lebih kurang dialog seorang kakitangan kerajaan yang aku sedang berurusan dengannya. hati aku meronta-meronta bila dengar keselambaan dia bercakap begitu. meronta utk apa, itu aku x pasti, tapi, tidak, tidak, bukan aku yang bom. bukan.
(selamat menghayati hari raya korban kepada semua pembaca blog AJ)
aduh, aduh, aduuuuuuuuuuuuuuuuh!
"Maap Cik, org yg incharge pasal masalah Cik ni sedang cuti, dia balik minggu depan. Dtg balik minggu dpn ye! Kami tak boleh buat apa2"
"Borang ni tak boleh lulus lagi sbb pegawai yg nak sain cuti"
Tunggu ikut nombor berjam2, counter dari 4 turun smapai tinggal 2, last tinggal satu, semua kelaur minuh teh tarik...ish...agaknya tak rasa bersalah kelaur sedangkan pelanggan berlunggun2?
Betul lah AJ, syabas kepada org Malaya yg masih mengekal adat ketimuran! Atau kemunduran??
Tapi kalau AJ nak bom nanti pakai apa? Meriam katak? Suicide bombing tak balik modal la....
Alkisah ada seorang India Hindu nak masuk Islam. Maka kawan-kawannya pun dgn ghairahnya membawa beliau ke JAKIM untuk bersyahadah. Jawablah sohibul-sohibul samahah di JAKIM, "Datang balik besoklah kerana pegawai berkenaan tak ada." Alangkah kecewanya teman-teman org yang telah menerima hidayah tadi kerana beliau tu uzur. Mereka pun pulang ke tempat kerja dan bermesyuarat dan mengambil keputusan, "Lakukanlah saja syahdah tu di depan ustaz kita. Itu syarat yang senang dalam Islam". Dan Alhamdulillah bersyahadahlah tuan punya badan tadi. Islam tapi tanpa kartu tukar nama.
Untuk menyambung hikayat si mua'alaf, sakitnya bertambah berat dan akhirnya meninggal. Dan disebabkan beliau tak sempat menghebahkan kepada keluarga sendiri tentang pengislamannya maka berlakulah perebutan ke atas jenazah. Sehingga perkara itu dibawa ke mahkamah. Dan cerita seterusnya kita semua arif.
Itulah kisahnya, yang dinamakan protokol dan pita merah dan kebahlulan, dan, dan, dan .......
Maaf AJ tak dapat saya nak sambung, nak antar anak ke sekolah. Nak dibiarkan dia pi sendiri takut kena culik. Maklumlah saya jutawan.
Excellent, love it!
» » »
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it
» »
Best regards from NY! Gurhan mens palladium jewelry drug wellbutrin Lamictal patient reviews Fast finances money cash emarketing 6-figure millions
Post a Comment