Lama saya mencari jawapan mengapa lelaki Melayu Islam Malaya tidak gemar berjemaah di masjid-masjid. Saya bukanlah pengembara aktif, tapi di kebanyakkan negara yang saya lawati saya dapati kebanyakkan penduduk Islam lelakinya amat senang bersembahyang jemaah di masjid-masjid.
Akhirnya hari ini saya mendapat jawapannya.
Sebabnya adalah lelaki Melayu Islam Malaya adalah pencinta keamanan. Ini adalah kerana di Malaya, musuh utama ahli jemaah mana-mana masjid adalah ahli jemaah mereka sendiri! AJK masjid sentiasa mencari salah ahli jemaah. Jadi untuk mengelakkan permusuhan sesama manusia, lelaki Melayu Islam Malaya lebih senang bersembahyang di rumah. Yang terlebih alim akan berjemaah dengan anak dan isteri.
Walau tidak pernah di buat dek Nabi.
Selamat bersembahyang dirumah saya ucapkan kepada lelaki Melayu Islam Malaya. Syabbas!
Wednesday, January 04, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ayah saya pada satu masa had to pray at home sbb tidak keserasian dgn jemaah surau dkt rumah. When I went for hajj, I prayed that my father will become a diligent jemaah of a masjid. Alhamdulillah he is now! Walau di mana dia akan cari masjid untuk solat waktu. Kalau keluar dgn kami, setengah jam sebelom waktu masuk dia dah gelisah nak siap untuk solat! Alhamdulillah!
Ana tak pergi berjemaah kerana: (i) selipar ana selalu kena curi, (ii) masjid kotor sangat, (iii) tok imam ketika membaca wirid pasang volume pada kadar maksima, bermakna dia tak sedar yang ada orang lain juga sedang solat kerana tadinya bermasbuq, (iv) terlalu banyak orang yang ada-ada saja masalah mereka spt. tertinggal bas ke Seremban la, dompet tercicir di LRT la, baru keluar pusat pemulihan dadah dan belum makan berhari-hari kerana tak mau balik takut-takut dihalau keluarga la... walhal macam-macam. Jadi ana sekarang mau bikin masjid sendiri la. Aman. Aman.
sungguh pedas...
Very nice site! »
Cool blog, interesting information... Keep it UP » »
Post a Comment