Saya tanyakan kepada budak gemok samada di kampungnya dahulu ada atau tidak Cina datang menjaja Clorox. Dia menjawap tidak sebelum pertanyaan mudah saya itu bertukar menjadi perdebatan samada saya menggelar dia sebagai stupid atau silly semasa dia meminta saya merakamkan rancangan tivi kegemarannya tiga bulan lepas. Di ulangi, tiga bulan lepas.
Saya pertahankan yang saya HANYA menggelar dia sebagai silly, dia bermati-matian mengatakan saya memanggil dia sebagai stupid. Tetapi itu cerita lain yang tidak ada kena mengena dengan cerita ini. Kita lupakan dia. Silly bird.
Dia ketawa terbahak-bahak sehingga sesak nafas (masalah semua orang gemok) apabila saya bertanyakan samada di kampungnya ada atau tidak lelaki India yang sekali-sekala datang sambil menjerit, 'tajam batu!, tajam batu!'. Dia menggangap saya sebagai cuba mereka-reka cerita. Saya terpaksa memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut kepada dia apabila saya cuba menerangkan yang India tersebut kerjanya adalah mengasah batu giling.
Apabila sedikit reda, saya tanyakan lagi tentang seorang lelaki yang saya lupa bangsanya yang datang mengayuh basikal dan pergi dari rumah ke rumah bertanya samada sesiapa mahu guntingnya di asah. Kali ini dia terdiam dan terus tidak bernafas. Ingatkan meninggal, rupanya dia menahan nafasnya untuk beberapa ketika demi untuk mengelak dari sesak. Menarik, menahan dari bernafas untuk menggelakan sesak nafas. Seperti orang yang berhenti makan untuk menggelakan dari berak.
Dia tidak percaya semua perkerjaan yang saya katakan di atas ujud.
Kami dari zaman berlainan. Dia dilahirkan semasa saya sedang asyik memikirkan bagaimana untuk sama warnakan semua permukaan kiub rubik yang di beli oleh ibu saya. Kami juga dari kampung yang berlainan. Dia dari negeri termiskin di utara, saya err... saya dari tempat lain.
Kesimpulannya Pn. Dr, kita juga dari kampung yang berbeza.
p/s: lope, jannah kembali. :)
11 comments:
Haaaa, AJ, di kampung saya Si Arab tua yang menjual celak dan kain, tak reti-reti arahan Tok Imam dan Penghulu Kampung supaya jangan melaong-laongkan "Syelak Kain....., syelak kain....." Berniaga tak menjadi masalah tapi pengiklanannya mamnuk!
Tok Bidan tua di kampung hampir-hampir membunuhnya.
ahahahahaa.
masa kecik-kecik dulu, "syelak" saya tak pernah dengar. Yang saya selalu dengar India Salahudin selalu teriak: "biccu, beddaa, pirrambuu.." (gicu, bedak, pin rambut)Kami pun beramai-ramai chorus suara dari perut: "biccu..beddaa..pirrambuu.." Sekali-sekala Mak Ngah Latah turut menguji vokalnya dengan lirik yang sama.
Tajam batu saya tahu lah. Zaman saya dulu sempat saya dgn bagsa india yg mengasah pisau sbgnya.
Tapi seingat saya Rubik kiub tu zaman anak anak saya. Bukan zaman saya. Aik muda lagi AJ ni rupanya!
hahahahhahahahah.. ;)
Jones,
Kiub Rubik? Ha ha. Aku. Paling jauh - kat step/corak IKAN tu saja. Lepas tu dah tak boleh 'pergi' dah...
Ha ha.
Kau?
Saya besar dalam zaman kegemilangan Giant dan Hypermarket besar lain.
Apa saja yang hati inginkan, ada di Giant.
Paling kurang 7Eleven.
Zaman moden, zaman everything centralized, no more small surprises like a Pengasah Pisau guy or the roti putu mayam man. All you can eat under the food court roof.
Zaman saya sudah tidak romantik.
"Karipap! Cok Keria! Masalodeh!"
Errr.... aku tak ingatlah benda-benda lain, benda makan yang paling aku ingat. Sebab waktu orang menjual, aku terjun sungai, jadi komando atau gerilla.
Salam.
Di kampung saya dulu dan sekarang juga, ada dua orang lelaki Pakistan tiap awal bulan datang ke rumah mama saya, menjual bermacam jenis baju. Ada saja yang mama saya beli untuk si polan itu dan ini. Mama saya kata dia suka kalau bermenantukan orang Pakistan itu kerana mereka rajin berniaga. Sejak itu anak-anak perempuan mama pulang cuti cuma pada pertengahan bulan.
Hai tukang jaja membawa banyak cerita pulak. Ini belum dimasukkan kisah Cina tua yang menjaja sayur-sayuran sambil mengkeriau-keriau, "Tolong, tolong, limau busak, limau langkap." Habis keluar satu kampung dengan lembing dan senapang patah, dan Cina keseronokan apabila ternampak merka dari jauh kerana menyangkankan amat efektif sekali laungannya sehingga berlari-lari pelanggan menyerbu.
Ini bukan terjadi di kampung saya.
Eh terlupa saya, Eid Mubarak AJ, jangan lupa melontar.
Post a Comment