Thursday, July 24, 2008

lim hoe lek

Sebelum mula tulisan baru, sila ke
  • sini
  • untuk tujuan berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk sambil mahu menambah penyesalan kamu kerana dilahirkan serba-serbi kurang atau tiada langsung.

    ok. Assalamualaikoum. Kita bertemu lagi. Semoga kamu semua sihat walafiat.

    -hati adalah raja kepada kerajaan diri manusia, kata ustad di masjid semalam.

    Ya, saya memang kaki masjid kerana saya ini apa yang disebut dalam quran, lebih kurang maksud, lelaki yang tidak dilalaikan oleh hartabendanya dari mengingati tuhan.

    Kamu jangan bimbang kerana kamu juga disebut. Terjemahan ayat yang lebih kurang berbunyi, orang miskin yang tidak ingat tuhan maka samalah tempatnya dengan firaun,haman dan ubai bin khalaf adalah ditujukan khas buat kamu semua.

    Miskin, hutang kad kredit banyak, nak ulang alik ketempat kerja pun payah,ansuran kereta selalu tertangguh,bil utiliti sering tertunggak,sibok memikirkan masalah buah dada dan kote para penyanyi dan pelakon, hari-hari bergaduh dengan bini sebab duit,ke masjid seminggu sekali dan ingat tuhan kadang-kadang. Kira ok la kamu semua,masuk quran juga.

    Berbalik kepada kata ustad tadi, apabila hati yakni raja kepada kerajaan tubuh badan manusia mahu atau tidak mahu kepada sesuatu, maka tidak ada kuasa yang boleh menghalangnya.

    Maka apabila raja (kerajaan diri) mahukan dangdut dan rock, maka terpaksalah diri akur walaupun diri seringkali terjerit-jerit memprotes itu ini.

    Maka saya pun malas menulis. Maka kita jumpa di kesempatan lain. Maka wassalam.


    artist: abdullahjones
    title : inul/unfinished
    size : 3'x4'
    media : acrylic on canvas
    price : SOLD

    Wednesday, July 16, 2008

    haji joned

    Kuantan adalah sebuah bandar hampir pupus pengemis. Tempat mereka kini di ganti oleh pelukis.

    Saya tidak tahu tentang daerah lain, namun dari pengamatan, saya dapati Kuantan adalah sebuah daerah yang amat menghina pelukis. Mereka hanya di benarkan beroperasi di tepi-tepi jalan.

    Untuk menyewa bangunan kedai mungkin mereka tidak mampu, namun jika dibina bangunan dikawasan khas dengan sewa minima untuk mereka, rasanya ia bukan hanya membantu pelukis, ianya juga boleh menjadi suatu tarikan. Bandar Kuantan tiada apa yang istimewa kecuali saman letak keretanya. Jadi, mengapa tidak jadikan medan seni sebagai satu lagi tarikan? Sambil menunggu untuk membayar saman letak kereta, pelancong atau orang tempatan bolehlah sekurang-kurangnya menjamu mata dengan hasil seni jika tidak pon membelinya.

    Ada dua tempat yang mana pelukis 'bebas' melakukan aktiviti mereka.

    1. Telok Chempedak

    Pelukis di sini tertumpu kepada kumpulan yang menjadikan potret dan karikatur sebagai sumber pendapatan. Seperti nelayan, mereka hanya dapat kelaut apabila cuaca mengizinkan. Tidak sekali sedang mereka asyik melukis, angin badai taufan melanda. Terpaksalah mereka mengejar rejeki yang berterbangan bersama peralatan melukis.

    Suatu ketika dahulu, terdapat sebuah kompleks seni yang teramat cantik di sini, namun keuntungan yang di bawa oleh kompleks ini tidaklah seberapa jika di bandingkan jika ianya disewakan kepada kumpulan Mc Donalds misalnya. Maka disewakan kawasan itu kepada Kumpulan Mc Donalds. Betuah benar orang Kuantan kerana dapat makan Mc Donalds di Telok Chempedak.

    Tidak lama kemudian, agensi terbabit merasakan yang Telok Chempedak memerlukan sebuah lagi kumpulan makanan segera bagi menampung keperluan makanan manusia yang datang ke sini, lalu dibenarbinakan sebuah lagi restoran makanan segera. Menjilat jari rasanya para pegawai yang meluluskan binaan tersebut. Maklomlah, banyak fadilatnya jika berurusan dengan syarikat-syarikat mega antarabangsa.

    Saya tidak tahu siapa yang terlibat meluluskan kedua-dua restoran makanan segera ini, namun saya mengatakan kamu sangat tonggong kerana membenarkan syarikat tersebut beroprasi di situ.

    Saya mencadangkan supaya sebuah pasaraya, Tunas manja misalnya, dibina di kawasan letak kereta di Telok Chempedak kerana Kuantan tidak cukup pasaraya.

    2. Taman Kerang

    Semenjak lebih 20 tahun dahulu, terdapat seorang pelukis yang sangat tekun melukis di situ dan beliau juga mengalami nasib yang sama dimana terpaksa bergantung pada faktor cuaca untuk melukis dan menjual karya.

    Tidak terlintas di kepala pegawai yang bertanggungjawab untuk membina sebuah pondok dan kemudian disewakan kepada beliau atau bina beberapa pondok dan disewakan kepada mereka yang berminat (untuk melukis) disitu.

    Namun saya tidak hairan jika kawasan ini juga nantinya dibina sebuah restoran rangkaian kerana seperti saya katakan tadi, kebanyakkan pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini semuanya sangat tonggong.

    Selain disini, pelukis juga dibenarkan melukis di belakang Bangunan Pelancungan berhadapan Balai Polis. Namun demikian, pelukis tidak dibenarkan bina-membina. Mereka hanya dibenarkan melukis di bawah langit. Alam adalah sumber ilham para seni dan pihak berwajip tahu akan hal ini.

    Tidak ada pelukis yang melukis disitu. Jadi bolehlah pihak berwajip meluluskan pembinaan sebuah lagi pasaraya Tunas Manja disitu.

    Begitu juga dengan Balai Seni Lukis Negeri Pahang, setelah lebih setahun beroperasi, tanyakan siapa pun, kamu akan dapati mereka tidak tahu dimana letaknya bangunan gelari lukisan tersebut. Tempatnya di tengah-tengah bandar Kuantan, namun tidak ada satu pun papan tanda yang menjuruskan ketempat itu.

    Ini adalah sebuah bangunan yang terlebih tingkap. Galeri lukisan memerlukan dinding, namun apabila urusan bina-membina diserahkan kepada yang bukan ahli, maka ianya menjadi kacau.Sejak diubahsuai, hanya ada satu pameran di sana. Setahun lebih SATU PAMERAN!

    Aktiviti yang sering berlaku di sini adalah merangcang dan menghisap rokok. Jika ada waktu senggang dari itu, maka aktiviti melihat rumput dan lalang dijadikan sebagai satu lagi usaha mengerakkan seni di Kuantan.

    Makcik Maz yang diamanahkan menguruskannya lebih asyik berkaraoke.Maklomlah, suaranya boleh tahan.

    Thursday, July 10, 2008

    wong ah jang

    "kalau tak buat gitu tok pang. pang mesti ganas. ludoh-ludoh masa nyanyi. kena brutel. baru pang.cakap mesti gualu-gualu bior beranok,sekoloh, beso di lepeh pon. tekemut-kemut jubo bangga bila orang cerita pasal siti sebab rumoh mok dekat dengan rumoh ayoh dia. pagi raya awok la orang memula tunggu depan pago rumoh ayoh siti.tu bukan pang, tu kampang, err.. apa barang"

    -Azhan Bin Jalalludin-

    "takde ke kumpulan pang pempuan? kalu ada, aku nokgi tengok. tak bukok seluo, bukok baju pon ok"

    -Mohd Norbi Bin Abu Bakar-

    "alaa..esok luse masuk akademi fantasi la budok tu, bagi la dia peluang untuk insaf (dengan masuk akademi fantasi)"

    -Ahmad Nazri Bin Jimmy-

    "mok dia tok malu ke? sian yek dapat anok lagu tu"

    -Wan Kamarudin Bin Wan Farid-

    "ajis, ada nusantara?"

    -abdullahjones-

    Friday, July 04, 2008

    taman kerang

    Tertengok rancangan majalah di tv3 sabtu lepas dan seperti selalunya, saya akan merasa hiba apabila terapa-apa tentang Mokhtar Dahari.

    Saya berhenti mengikuti perkembangan bolasepak Malaya selepas kumpulan Azizul Abu Hanipah tertangkap makan suap. Kamu harus faham yang makan suap dalam bola sepak telah lama berlaku cuma agak malang bagi bolasepak Malaya, ketika kita mempunyai satu pasukkan yang agak baik selepas kumpulan Mokhtar Dahari, ada yang merasa perlu mengeluarkan berita dan perlu menunjuk contoh teladan. Saya mahu mengatakan kumpulan Azizul Abu Hanipah adalah mangsa, tetapi mereka mungkin makan suap jadi apapun selayaknyalah mereka di buang.

    Terbaru dengarnya pasukkan para sheriff kita di dakwa makan suap. Apalah mahu jadi dengan para Sheriff kita. Disuruh jaga itu, dimakansuapnya.Disuruh jaga ini, dimakansuapnya. Disuruh main bola juga dimakansuapnya! Tanya sikit,Tuan Sheriff Besar, diPELEPOL ada modul latihan makansuap ke?

    Kepada yang tidak tahu kehebatan Mokhtar Dahari, saya katakan kamu telah rugi satu kegembiraan. Pada saya, beliau adalah pemain bolasepak yang sempurna. Baik dari permainannya atau pun susuk tubuhnya.Kesungguhannya dalam permainan adalah legenda. Bermain untuk pasukkan negara adalah tanggunjawab bagi Mokhtar Dahari dan rakan-rakan. Saya rindukan sebuah pasukan bosasepak sedemikian di Malaya.

    Saya tidak pandai menulis memuji beliau, tetapi saya ulangi sekali lagi, seingat saya, Mokhtar Dahari adalah pemain bolasepak terbaik yang pernah saya lihat.Dan saya bukanlah peminat sukan bolasepak!

    Terima Kasih SuperMokh. Semoga rohmu baik dalam pelukan tuhan atas kegembiraan yang kamu berikan kepada kami. Al-fatehah untuk kamu.



    ps: "memang sini bebas ganja,rileks undang-undangnya. kerajaan suka rakyat lupa. mereka angkat bolasepak dan rilekskan undang-undang ganja supaya rakyat lupa masalah dalam negara"- Shamil (bekas pemain bolasepak Maghrib).

    Saya mencuba pendekatan kerajaan Maghrib yakni kala sibuk orang itu-ini membuat surat akuan berkanun,kita hiburkan diri dengan bolasepak dan maafkan saya sementara saya keluar mencari dapur lama.Hubungi saya jika kamu ada menjual ganja.