Cerita mengenai Gila-gila rupanya membawa berbagai kenangan kepada kawan-kawan saya. Mungkin kerana ramai di antara kita yang datang dari zaman yang sama. Atau sekurang-kurangnya dalam kes Mat Jan, bapanya datang dari zaman yang sama dengan saya.
Komen Mat Jan layak di calonkan untuk anugerah komen terpanjang untuk perhimpunan geng jurnal akan datang. Sila ambil perhatian dan mulalah membuat pesanan kimono fesyen terkini terus dari Jepun untuk menjamin kemenangan. (pakai kimono! sampai hati sungguh!)
Saya sendiri banyak kenangan dengan Gila-gila.
Saya ada mendengar yang Saadon Ishak dan Tazidi Yusuf melukis di Colmar. Sebenarnya ia sedikit mendatangkan kesedihan kepada saya kerana dua nama besar ini akhirnya hanya menjadi pelukis jalanan. Jangan salah faham, saya tidak maksudkan yang pelukis jalanan sebagai kelas kedua. Cuma dalam kes Saadon dan Tazidi ianya menjadi satu cerita yang tidak sepatutnya berlaku. Kedua-duanya adalah nama besar satu ketika dulu dalam dunia humor Malaya.
Mungkin ada cerita lain yang berlaku sebalik kisah mereka, tetapi jika kita perhatikan secara luar, mereka adalah kisah malang kebanyakkan pelukis di Malaya. kebanyakkannya hanya menjadi lembu tunai kepada tokeh-tokeh komik.
Dipergunakan sepenuhnya ketika di perlukan.
Saya pernah melihat Ujang melukis muka orang di kompleks beli belah. Sepuluh ringgit sekeping rasanya. Saya malu melihat pelukis ternama seperti Ujang memgambil upah melukis muka orang.
Nan dan Kerengge (Hanafiah rasa saya nama sebenar dia) sedikit beruntung kerana keduanya mempunyai kelulusan akademik. Yang lain hanya mengharapkan bakat dan ikhsan.
aiseyman, otak letih, tak larat mau tulis.
Tolong sampaikan salam saya kepada Kerengge, katakan kepadanya saya sukakan kisah Lembing Pulang Ke Dayang. Dan masih ingatkah kamu semua dengan kisah Awang Incredible? "tambah nasi!, tambah nasi!, tambah nasi!". hahahhaha.
Oh! Wak Dojer, di mana kamu?
Terima kasih sekali lagi zizie.
p/s: Semasa berumur duabelas tahun, saya pernah menghantar komik buatan sendiri ke sebuah penerbitan yang saya dapat alamatnya dari komik-komik yang saya baca. Ianya di kembalikan kepada saya tanpa di buka.
keng, makwe A Mahmud namanya Zainab.
Misyhar abang Sohaimi Meor Hassan, Fatah adik beradik dengan Manan Ngah, abdullahjones sepupu Tom Jones, kecil sungguh dunia.
Jika sesiapa kenal dengan Jaafar Taib, minta dia buatkan Gila-gila edisi khas yang menghimpunkan semua pelukis-pelukis lama Gila-gila. Kumpulan pertama.Buatkan setebal mungkin dan dengan kualiti tinggi. One off. Mahal tidak mengapa kerana peminat Gila-gila dulu, kini semua sudah kaya.
Friday, January 27, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
37 comments:
AJ...bernas sungguh cadangan tentang 'reunion' pelukis-pelukis GG utk satu keluaran khas. kalau ada tidakan susulan pasti ini menjadi satu kejadian yang menarik...
jaafar taib di creative. dia buat novel. gila2 sekarang diterbitkan bukan atas dasar untung lagi. tapi atas dasar sentimen dan nostalgia.
kalau dikira untung, bubarkan saja gila2. tapi jaafar aku kira seorang yg kuat utk teruskan gila2. maksud aku kuat dr segi duitnya.
sampai sekarang, setiap kartun masih menjadi hak cipta majalah, bukannya pekartun.
[aku menulis komen ini ketika kepala masih lagi berbalut macam benggali]
Jones,
Norah Jones tuh perempuan kau?
Zunar pelukis CINTA TAK SEMESTI BERSATU dalam Gila-gila sekarang editor tabloid KEADILAN. Jika dia tidak sibuk, dia akan menyumbang untuk buku AYAH KITA BOS tulisan dua blogger terkenal. Doakan dia punya masa.
Saudara AbdullahJones, saya kenal En. Jaafar Taib, dan kami bersahabat. Apabila saya berjumpa beliau, insyaAllah, saya sampaikan cadangan saudara. Barangkali saya baru dapat berjumpa beliau nanti akhir bulan Mac sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Kami sama-sama membuka booth di sana.
benar tu saudara jones. saya masih tak paham mengapa gila gila masih cuba milking a dead cow instead op creating new IP. (intelectual property). saya naik bosan dengan gila gila yg masih nak sambung anak dara pingitan dan juga Atuk walaupun cabai dan ujang sudah tak lagi melukis untuk mereka. seperti saudara saya juga kesian melihat artis mega dulu sekarang jadi macam sampah. lagi lagi sekarang semua nak melukis ala MANGA hingakan hilang identiti seni komik malaysia. jgn salahkan artis muda kerna meniru stroke artis jepun. kita tiada lagi big role model malaya nak dijadikan contoh. mana pegi semua artis legend kita! dah meninggal baru nak sedar ke seperti allahyarham rejabhad!
benar tu saudara jones. saya masih tak paham mengapa gila gila masih cuba milking a dead cow instead op creating new IP. (intelectual property). saya naik bosan dengan gila gila yg masih nak sambung anak dara pingitan dan juga Atuk walaupun cabai dan ujang sudah tak lagi melukis untuk mereka. seperti saudara saya juga kesian melihat artis mega dulu sekarang jadi macam sampah. lagi lagi sekarang semua nak melukis ala MANGA hingakan hilang identiti seni komik malaysia. jgn salahkan artis muda kerna meniru stroke artis jepun. kita tiada lagi big role model malaya nak dijadikan contoh. mana pegi semua artis legend kita! dah meninggal baru nak sedar ke seperti allahyarham rejabhad!
Wah Zizie dan AJ. "You have hit a soft spot," kalu nok komen dalam bahasa gomen. Sekarang tiba-tiba semua orang jadi hiba. Nantilah saya hubungi Mishar, suruh dia keluar hutan sebentar. "Mishar ooi, ni teman ni? Mana gambar lukisan merak mengawan yang kome janji dulu?"
insyaallah akan saya sampaikan salam pada kerengge @ Hanafiah dan sampaikan pesanan saudara. sekarang dia mengajar art & design (multimedia center) kat MIIM. saya dah tunjuk artikel kamu semalam. dia baca dan dia senyummm.
Jaafar Taib tu yang pandai lukis gambar burung tu kan? lukisannya sungguh cantik dalam kalendar tahun bila entah saya dah lupa.
Saya suka Gila-gila zaman dulu2...masa ada cerita tan tin tun, ayob anak tulakang etc. tapi waktu zaman aku budak minang, atuk dan aca pun saya suka juga. dan pelukis2 lain macam Ambo dan Cabai dan Asan dan Nix PI etc... :)
Memang mengimbau kenangan :)
Saya ingat kartun lukisan Tarzidi Yusuf, ada mirip kartun majalah omputeh rasanya. Kenapa agaknya dia melukis di Colmar? Business bagus agaknya di sana.
masih teringat dikala aku masih kecil, membeli gila-gila secara sembunyi, mengikat perut semata-mata kerna gila-gila. baru darjah 5 (1995) ketika itu. edisi hari raya, ada poskad raya dari gila-gila.
paling memori, PST atau profesor serba tahu (bunyinya seperti kamu, AJ = PST). PJ Boy, 3 dara pingitan mampu bikin hati kecil aku ni ketawa. lepas itu, dimarahi ibu pun aku puas. kata ibu, semua ini membazir.
selepas itu, Ujang, kemudian bila datang Blues Untuk Aku, aku berhenti membaca ujang, terlalu jiwang. kemudian Mastika, nyaman sekali, enak sekali, penuh informasi. masih menahan perut demi membeli senaskah mastika. juga berhenti, mastika terlalu sampah. sedih~~~
kemudian, Gempak dan Star, mula minat komik kembali. dan kemudian, animasi dari tanah matahari terbit. waduh..enak banget. masih meneruskan, menunggu masa expired saja minat gilaku ini. huhu~~
Assalamualaikum buat Abdullahjones dan juga bloggers yang meminati blog ini. Nampaknya disini terhimpun peminat2 GG.Amat molek sekali cadangan AJ sepaya Jafar Taib dapat menghimpunkan semula kartunis-kartunis GG yang lama dalam satu terbitan khas.
http://eyecomix.blogspot.com/
wak zainal buang hussein aku baru jumpe aritu die skarang dah besare dia buat painting kat umah painting die tak ble blah .... kerengge skarang mengajar animation kat MIIM kat wangsa maju
lee enas still buat kartun hidop solo membujang
aku rase gila-gila kene rebranding balik dorang nye mag sbelom pupus
Very nice site! Custom gmc truck Camcorder compare digital video
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
Please write anything else!
C++ should have been called B
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
What is a free gift ? Aren't all gifts free?
Give me ambiguity or give me something else.
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Lottery: A tax on people who are bad at math.
Thanks to author.
Oops. My brain just hit a bad sector.
Wonderful blog.
I'm not a complete idiot, some parts are missing!
Thanks to author.
Oops. My brain just hit a bad sector.
640K ought to be enough for anybody. - Bill Gates 81
Clap on! , Clap off! clap@#&$NO CARRIER
Oops. My brain just hit a bad sector.
Build a watch in 179 easy steps - by C. Forsberg.
When there's a will, I want to be in it.
C++ should have been called B
Post a Comment