Wednesday, January 04, 2006

jika hidup

Ada yang bertanya adakah saya ini manusia sempurna sehingga saya menulis seolah-olah saya tidak pernah melakukan dosa-dosa.

Begini, saya pernah mendengar ahli-ahli agama berkata yang menceritakan dosa-dosa yang dilakukan adalah satu dosa. Dan antara syarat taubat adalah membenci semua dosa-dosa yang telah di lakukan. Melakukan dosa sendiri dan diam lalu bertaubat adalah lebih baik dari berjemaah melakukan dosa dan kekal di dalamnya.

Sebagai seorang yang tidak pandai agama, saya memegang kuat kata-kata pandai.

Dan saya menulis kebaikkan adalah untuk diri saya sendiri. Saya mendakwah diri saya dengan cara menulis tentang kebaikkan. Nanti diakhirat jika ditanya apakah yang saya buat di masa terluang, boleh juga saya menjawap yang saya menulis blog. Saya juga amat yakin setiap patah perkataan yang saya tulis di blog saya akan meminta tanggungjawap. Sekurang-kurangnya saya tidak malu untuk menjawap di depan Tuhan yang saya menulis tentang kebaikkan dan saya sangat berharap bahasa kasar yang saya gunakan tidak diambil kira.

Dan saya rasa ianya lebih baik dari menceritakan tentang rama-rama peliharaan saya.

13 comments:

Tok Rimau said...

Amin.

Unsunghero said...

...niat sememangnya sesuatu yang tak terlihat dek mata dan sering tindakan dan tingkah laku yang diadili. terpulanglah pada si pemasang niat untuk berkelakuan bagaimana agar niat itu tidak disalahertikan...

Tifani Teh said...

semuga kita semua mampu membawa skrip jawapan ketika berhadapan dengan Nya kelak.

tujuh86 said...

Kau pelihara rama-rama? Berapa ekor? Jenis apa?

sinaganaga said...

Jones,
Aku leka mendengar 'Butterfly' si Kravitz. Kau?

lentiform said...

AJ, teruskanlah usaha tulus, suci dan murni mu itu.
bahasa kasarmu pedas tapi menarik, macam cili api!

tuan tanah said...

walaupun AJ bercerita macam dia manusia sempurna, bagi saya AJ adalah seorang penulis yang sempurna.

eh, rama-rama kamu apa namanya?

NBB said...

rama rama? kucing ada bela tak?

basridugongayu said...

bela rama-rama? saya dapat bela diri sendiri pun dah kira ok.

saya aminkan je.. amiiin.

-basri

bunga rampai said...

Salam.

Tidak ada manusia yang sempurna, namun kita perlu selalu membaiki diri agar menjadi manusia yang berguna, menjadikan kehidupan ini lebih bermakna.

Amin.

hana_kirana said...

saya pula sangat suka dengan kisah perumpamaan 10 Budak Hitam.

Perkasa Alam - Satu Kesinambungan said...

Assalamualaikum wbt, sdr abdullahjones. Baru berkesempatan singgah di blog saudara. Dalam masa terdekat akan saya pautkan blog saudara di blog saya.

Anonymous said...

This is very interesting site... his firsta big cock dye paintball Lessons milf lessons sabrina Pamela anderson tommy lee tapes Powerball common numbers List blogs diary redhead lesbian teen Gay black thugs with big dicks Slocumamanda blowjobs Cingular cover phone shemale monster cock Upskirts venus williams texas cash advance 24 hour Georgia patent