Kuasa sakti saya dapat merasakan yang kamu semua kencing tidak lawas. Saya bermetafora dengan rama-rama, kamu semua bantai tanya rama-rama apa, nama apa dapat mana, kenapa dan kucing tak ada kah?
Itulah saya nasehatkan supaya yang lelaki selepas kencing tidak cukup sekadar goyang-goyang dan renjis-renjis di pilis sahaja, kamu yang lelaki dan perempuan perlu berdehem-dehem supaya semua kencing keluar. Jika rajin cuba tanya ustad-ustad tentang senaman melawaskan kencing. Jika malas tak payah.
Selain selamat dari siksa kubur kamu juga akan lebih faham metafora-metafora yang akan saya tulis. Dan lumurkan kunyit hidup ke muka sebelum tidur. Untuk apa? Entah, saya tidak tahu, cuma saya rasa perlu menulis begitu. Biar nampak seolah-olah saya ini serbaserbi pandai.
Kamu juga sebenarnya membuka kesedihan yang amat sangat kepada saya. Sebak dada saya sebenarnya sekarang ini. Maklumlah, selain terlampau-lampau kacak saya juga seorang yang berjiwa sensertif. Apabila difikirkan saya ini sebenarnya impian kebanyakkan wanita. Kacak, sensertif, boleh melukis, handal bersajak.
Kuasa sakti yang ada pada saya sudah dapat saya kesan sedari kecil lagi (sedari kecil, jika kamu bukan ahli sastera kamu tidak akan terfikir untuk menulis ayat ini).
Semasa saya sedang menunding 'kor' ke palang getah, saya merasakan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku di rumah. Dengan getah gelang penuh hingga ke siku, saya berlari balik. Di depan rumah saya lihat ramai orang berkumpul. Dan kereta Cina menjual Clorox juga ada.
Dia memang tiap-tiap bulan masuk kampung saya. Untuk memberi hutang Clorox. Hina sungguh orang kampung saya, Clorox pun hutang. Mujur mak saya keturunan bangsawan , jadi tidak pernahlah dia berhutang Clorox. Dan Cina Clorox juga tidak pernah singgah kerumah kami. Dia cuma memecut laju apabila tiba di hadapan rumah saya. Saya pelik mengapa hari ini keretanya ada di hadapan rumah saya.
Rupa-rupa hari ini pecutan lajunya membawa malapetaka kepada saya.
aisayman, lapar. lain kali saya tulis.
p/s: naga, kravitz bukanlah secawan teh saya.
Friday, January 06, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Sumpah!
Aku suka sangat membaca blog kau. Dan aku suka juga membaca di antara garisan. Cuba menyelinap apa yang kau sendiri pun tak mengerti apa yang kau sudah sembunyikan semasa menulis.
Oh! Sekarang Clorox itu metafora apa pula?
Maafkan kebebalan aku. Namaku Iqbal, bukannya bebal.
Adalah digalakkan juga batuk2 kecil untuk melawaskan kencing.
oh!
rama-rama itu metaforakah?
maaf
bukan sahaja kamu ini kacak, sensertif dan handal bersajak, bahasamu juga terlalu tinggi AJ, tak tercapai dek aqal saya.
Anda bernasib baik Tuan Jones kerana di kampung kamu tak ada Black Metals. Metal dan Clorox tak serasi.
Cerita2 AJ kekadang bunyinya asing sangat bagi saya. COntoh cerita cina clorox ni..tak pernah umur saya dengar?
Aj.
Tulis saja.
Dapat difahami isi hatimu terpulang pada pembaca.
Ini hak mereka sebagai tuan punya otak.
Kamu cuma boleh menulis dan menulis lagi sampai difahami.
Moga berjaya!
kosa kata 'rama-rama' adalah gaya bahasa kata ganda yg boleh pula merupakan satu perlambangan. Perlambangan yang teralu bersifat individu (tidak universal) sering mengundang pelbagai tafsiran. Pentafsir wajar dimaafkan. Metafora adalah kata bandingan yang menggabungkan unsur konkrit dan unsur abstrak, contohnya ialah 'mahligai syahdu' , 'dedaun rindu' 'cahaya keinsafan' etc.
Jones,
Kau bercerita dengan metafora. Dan, pembacamu meninggalkan komen2 semiotik dan berkonotasi.
p/s: Pernah dengar cerita tentang Saleh Ben Joned 'menjawab' teta teki seni Rezza Pyadasa? Ya ya, filsuf yang dijawab dengan filsuf juga... Perlambangan yang dijawab dengan perlambangan juga.
Saudara AJ, saudara mempunyai bakat menulis certot (cerita+kontot, istilah Hishamuddin Rais untuk menggantikan istilah pinjaman anekdot).
Wah.... aku dah terlambat....
Aku sesat! Aku sesat!
Tapi aku bukan hamba Black Metal ajaran 'Sonsang' (ikut istilah siri Gerak Gerak Gerak Khassss......)
Kembalikan aku ke punca cahaya (tak kiralah mentol murah atau light saver)
Enjoyed a lot! Fathers day stationery pamela anderson nude photo galleries Live cam sex cybermate computer lesson plans Vista computer label
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Lexapro image cash time auto and title loans phoenix shaved nudist teen pictures volkl catapult 10 tennis racquets clothes dryers portable usa Sexdoll anal butalbital snort pussy shaved Shaw area rug in new mexico Cialis cialis a b td
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. arizona online aristocrat clown keno Duty gate light opener http://www.viagraalternative5.info/tadalafil.html Front and rear floor mats range rover p38 Middle east cheap phone calls district of columbia best numbers for video keno video keno in casinos Swim waterproof pants Zoloft mega Answering services fall river massachusetts denial insurance claims Clarkston chiefs football All about forex and currency trading Counting black jack online+keno+game jaguar body kit Free 9 line slots Consumer report on weight loss products Soccer fans italian arrythmia lipitor
Post a Comment