Friday, March 31, 2006

bukan

Kebanyakkan doa-doa dan ayat-ayat al-Quran yang kita hafal hari ini adalah apa yang di ajarkan kepada kita semasa kita kecil dahulu.

Sama ada semasa di tadika atau pun di kelas-kelas agama tambahan sebelah pagi atau petang.

Kita harus berterima kasih kepada guru-guru agama kita dahulu. Inilah agaknya yang di katakan ilmu yang bermanafaat. Bertuah benar guru-guru agama. Segala sesuatu yang di ajarkan kemudiannya di amalkan oleh murid, menambah buku amalan baiknya.

Ada ustad-ustad yang menganjurkan supaya para ibubapa mengajar sendiri kepada anak-anak mereka doa-doa dan juga ayat-ayat lazim yang di baca semasa sembahyang, al- Fatehah khususnya, kerana amalan sembahyang dan doa-doa ini kemudiannya akan di kira sebagai amalan baik para ibu bapa.

Saya belajar asas al-Quran dengan Tok Mah, isteri Bilal Jilah yang berhenti ke surau kami kerana berselisih pendapat (tentang agama) dengan Bah Salim. Mereka berdua ini orang agama di kampung saya. Arwah Bilal Jilah ini ibarat Syaidina Abu Bakar, lembut. Bah Salim pula ibarat Syaidina Umar, garang. Saya lupa apa isunya mereka bertelagah, tetapi kesannya kampung kami adalah antara kampung terawal yang kedengaran dua azan setiap kali masuk waktu sembahyang. Satu dari surau, satu lagi dari rumah Bilal Jilah.

Di rumah Tok Mah inilah, ketika belajar al-Quran, saya di fitnah oleh Aini, anak Wak Jenon, yang saya ini suka benar bermain tindih- menindih pehanya ketika menungguh giliran membaca al-Quran. Jangan fikir bukan-bukan. Ayat tindih-menindih di sini tidak membawa makna seperti mana kamu fikirkan. Kami duduk bersila. Sebelah menyebelah.

Budak perempuan memang begitu. Gatal nak menikah. Bayangkan, darjah tiga dah pandai buat fitnah kononnya saya syokkan dia! Darjah tiga!

Kemudian semasa di dalam darjah enam, dia mula menghantar surat cinta kepada saya! Gila. Semasa tingkatan tiga, kencing saya pun belum berapa betul, inikan pula darjah enam!

Kelain pulak jadinya rancangan Pedoman Hidup minggu ini.

Perlakuan yang di latih semasa kanak-kanak biasanya akan membentuk kita semua. Jika semasa kecil dahulu kita ini di latih untuk mentaati perintah agama, insyallah, sesudah dewasa kita akan kekal di dalam amalan yang baik. Begitu juga sebaliknya.

Walau ada yang berubah menjadi lebih baik sesudah dewasa, rajin ke masjid sesudah pencen misalnya, kita takut-takut kita ini para manusia yang di tentukan tidak sampai ke umur pencen.

Oleh yang demikian, kita yang di berikan sedikit peluang oleh Tuhan untuk membentuk diri sendiri dan juga anak-anak kita hendaknya mengambil peluang tersebut.

Sebagai contoh, jika kita ini di takdirkan menjadi Menteri Pelajaran Malaya, dan kononnya nama kita ini adalah Hishamuddin Hussien, kononnya, lalu Tuhan memberi kita peluang untuk mengatakan YA, memakai tudung adalah wajip bagi para pelajar di sekolah, kita sepatutnya merebut peluang untuk berbuat demikian kerana boleh jadi amalan ini sajalah nanti yang akan menyelamatkan kita dari kelam-kabut alam akhirat.

p/s:

1. uipts, terima kasih kerana masih membaca. Saya sentiasa menunggu-nunggu kamu.
2. dith dan halela, (saya senyum)

Friday, March 24, 2006

aku

' Pak Long, petang ni Umi suruh datang rumah. Dia buat mee goreng.' Kata suara anak saudara sepupu saya melalui telefon.

(Kalau anak saudara sepupu saya orang Terengganu, ayat Umi perlu di tukar kepada Mama dan wajip bagi sepupu saya, jika dia orang Terengganu, mempunyai anak lelaki bernama Danial atau Amar dan Aina jika beranak perempuan. Pelik sungguh saya dengan orang Terengganu, bekenan sungguh mereka dengan nama Danial. Agaknya semasa PAS memerintah Terengganu dulu, Haji Abdul Hadi mewajipkan nama-nama itu kepada anak-anak yang lahir semasa pemerintahannya. Macam orang Kelantan sibuk dengan Hannan.Tapi sepupu saya bukan orang Terengganu. Dia dari negeri lain, jadi anaknya bernama Afaf)

Sesiapa yang pernah tinggal di luar negara dan balik sekejap ke negara asal, wajip bagi mereka untuk perasan penting. Pantang ada orang jemput, mesti datang. Ini tidak dapat di elakan. Memang sudah di tentukan begitu sejak azali.

Maka saya pun serupalah, dan saya membatalkan segala rancangan untuk hari itu hanya kerana perasan penting. Pergilah saya kerumah mereka dengan perut yang sedikit lapar. Sepanjang perjalanan terbayang mee goreng yang di selang-seli oleh daging lembu yang di potong dadu bersama taugeh yang di goreng segar dan di tabur daun bawang.

Tiba di perkarangan rumah mereka, saya di sambut mersa oleh anak-anak saudara sepupu saya yang berjumlah 6 orang itu. Tangan saya di cium mereka ketika bersalam.

Saya terperasan ada sebuah kereta yang tidak saya kenali.

' Kereta sapa tu?' tanya saya.

' Kawan Abi ' jawab Aizad, anak ketiga sepupu saya.

Semasa masuk ke rumah, saya ternampak dua lelaki yang memakai kot hitam dan bertali leher.

'FBI ke?' saya bertanya kedua-dua lelaki itu.

Mereka senyum. Pelik sungguh. Tak panas gamaknya.

Saya nampak mee goreng di atas meja. Saya juga ternampak OHP dan layar. Saya juga ternampak beberapa kotak seakan-akan kotak ubat.

'Binawe' kata saya di dalam hati. 'kena lagi'.

Kamu pernah kena tipu pergi 'jamuan' geng jualan langsung?

Jika diadakah hadiah untuk lelaki yang paling banyak menjadi anggota syarikat jualan langsung, rasanya sayalah yang paling layak.

Setiap kali balik Malaya, mesti kena jadi ahli syarikat jualan langsung. Ambil hati kawan-kawan.

'Alah, kamu tak payah jual, jadi ahli je, lain semua kami buat. Bulan-bulan kamu ambil untung'. kata kawan-kawan berkempen. 'rm50 je, tak sampai 10 pound pon' kata mereka lagi. Hendak tak hendak, hulur. Dapat fail, Dapat ubat. Dapat katalog.

Ubat punya la banyak sampai Mak saya tanya, 'kamu nak bukak farmasi ke?' Katalog punyalah banyak, kalau tahu dek para pencinta alam mahu di hukum bunuh saya ni. Fail punyalah banyak, mahu rasanya jadi pemborong dan jualkan kepada Mydin.

Yang cerita ubat atau makanan mereka ada kuasa majik jangan cerita. Sekali makan boleh jadi macam Nabi Isa alaihissallam. Boleh jalan atas air. Boleh hidupkan orang mati. Yang kaki kontot boleh tumbuh balik, mata buta boleh tumbuh lagi tiga. Kacang. Petik jari. Pendek kata semua mujarab. Bila tanya kenapa tidak masuk suratkhabar tentang majik ubatan ini, katanya, 'ni ubat nak bagi Melayu je bang, sama-sama kita'. A ah, kamu je nak hidup. Orang lain biar mampus. Lagi satu bodohnya nak berniaga dengan Melayu sahaja. Tak belajar habis bab niaga.

Bila habis ubat majik keluar pulak alat jimat minyak. Alat jimat angin. Alat jimat asap.

Jika kamu masih tidak berminat, slowwww je dia keluarkan viagra. Made in China atau Made in Sentul. Tongkat Ali Bapu, Tongkat Abu Hassan Pencuri. Semua ada. Semua power.

Lain kali kalau jumpa mamat-mamat MLM ni, terus tanya, 'ubat kuat ada?' Jimat masa kamu, jimat masa dia.

Ini lah jenis perniagaan untuk kumpulan manusia pemalas. Jika tidak tak kan setiap minggu di adakah majlis motivasi untuk ahli. Selepas motivasi, pi kedai kopi. Duduk tujuh lapan jam. Bincang. Balik rumah awal pagi. Esok pi kerja letih. Itu yang kalau kerja berurusan dengan manusia jadi perengus. Marah kiri, marah kanan. Yang dia tidak marah adalah sesiapa yang mahu jadi ahli. Lain kali jika kamu pi TEN bayar bil, tanya kakak kaunter tu dia MLM atau tidak. Jika ya, katakan kamu mahu jadi ahli. Otomatik setiap bulan kamu tidak payah ambil nombor giliran untuk bayar bil.Kalau cikgu sekolah, bagi kerja pada murid, dia pi tidur dalam bilik guru. Siang malam bercerita tentang jualan langsung.

Jika dia penulis blog, setiap tiga patah perkataan yang di taip, dia akan masukkan jualan langsung. (haha)

Satu lagi kakak-kakak yang jual baju ramping. Kasi payudara menonjol. Macam-macam cap. Walhal semuanya di buat di kilang Phek Tuan. Macam Negro jual dompet kulit. Dia kata bawak dari Afrika, kulit gajah. Walhal nun beli di Jalan Petaling.

'Abang beli la satu, untuk Mem'. Kata mereka.

'Tak payah, k*pek Mem kamu dah cukup beso '. Jawab saya.

Phek Tuan kaya raya, kamu rumah tangga porak peranda. Semua mahu kaya segera. Tidak pernah cukup. Mahu ada yang kamu tidak perlu. Gaji seribu mahu makan tiga ribu. Bodoh.

'Awok jadi stokist la, awok duit banyok'. Kata mereka.

'A ah, ccadang ke awok'. Jawab saya.

p/s : Komen yang layak mendapat hadiah di entri lepas adalah komen tujuh86.
Mira, kirim salam abang saudara kamu yang berkerja DBP dan memandu teksi itu.

Wednesday, March 22, 2006

ini

2003/4

'Teksi ni kongsi. Sapa ada free dia bawak.' kata Abang Teksi yang saya ambil dari Puduraya ke Pandan Indah.

Abang-abang teksi selalunya amat rajin berbual. Termasuk abang yang ini.

Dia mendakwa berkerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya lupa namanya. Orang Terengganu atau Kelantan rasanya.

Bagus juga begitu. Berkongsi mencari pendapatan lebih.

Saya bertanyakan tentang sajak Wan Ismail Golok kepadanya kerana saya pernah terbaca di mana-mana yang beliau adalah pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka. Kasut But Baju Kot rasanya judul sajak itu.

Saya mendengar Wan Ismail Golok membacanya di sebuah rancangan tivi. Rancangan sastera yang asal ada. Dengan prop pokok-pokok kering di pancar lampu warna warni, Wan ismail Golok membaca. Saya amat tertarik dengan sajak itu. Sangat menarik. Selesai bacaan sajak, muncul kumpulan Kopratasa menyanyi. Lagu isteri yang baik. Saya lupa judulnya. Permaisuri agaknya.

Ada di antara kamu yang tahu keseluruhan sajak itu? hantarkan kepada saya boleh?

Selang beberapa minggu kemudian, saya sekali lagi 'terduduk' di depan tivi semasa rancangan sastera yang sama. Dengan prop yang sama (mungkin di Malaya lampu warna warni dan pohon-pohon kering adalah seni) dan dengan lagu puisi yang sama. Kopratasa. Agaknya hanya Koptratasa yang puisi di Malaya sana.

Saya sukakan lagu-lagu dari album solo si Sudin. Malangnya Sudin tidak kacak. Jadi albumnya tidak laku.

Lagu itulah yang di ulang-ulang setiap kali Kumpulan Koptratasa di undang kemana-mana majlis. Sungguh malang. Saya suka Masihkah Kau Ingat.

Saya ingin juga berbual lama dengan Abang Teksi pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka itu, sayang sedikit jarak dari Puduraya ke Pandan Indah amat dekat. Pebualan kami tersekat.

'Lapan ringgit' kata Abang Teksi bersastera. Saya membalas puisinya dengan note sepuluh ringgit. Di membalasnya dengan pantun dua ringgit. Lalu kami berpisah.

'Entah betul entahkan tidak pekerja Dewan Bahasa dan Pustaka berkongsi membawa teksi.' Kata saya di dalam hati.

Dalam perjalanan dari tempat yang sama ke tempat yang sama tetapi dengan abang teksi yang lain, saya di beri petua untuk mencari isteri. Mungkin kerana saya kelihatan seperti belum beristeri atau mungkin kelihatan terdesak. Tetapi itu cerita lain. Mungkin akan saya ceritakan di lain kali. Mungkin.

Apa makna tersirat entri ini? Tidak ada. Jika kamu bebas menghabiskan masa menulis beribu-ribu perkatan hanya untuk menceritakan perjalanan kamu mencari ubat lelah atau betapa selesemanya kucing kamu,apa salahnya saya menulis cerita abang teksi dan saya?


p/s: Kamu suka memancing? Saya suka dan cuba memancing . Ikan tak makan. haha. (saya mengenyit mata kepada ikan)

Friday, March 17, 2006

seperti

Semasa menulis ini, blog saya sudah dua hari tidak dapat di masuki. Saya tidak tahu apa masalahnya. Sangka saya blogspot menghadapi masalah.

Saya masih boleh menulis, cuma muka depan yang tidak boleh di buka. Maka saya pun menulislah.

Adakah saya gusar dengan hal demikian? Sudah barang tentu kerana saya adalah seorang yang sangat perihatin terhadap tumbesaran para peminat dan pembaca blog saya.

Tentu kehidupan kamu sekarang ini ibarat cacing kepanasan. Meliuk melentik keresahan kerana tidak dapat membaca tulisan hebat saya.

Tentu juga rumahtangga kamu sedang kucar kacir kerana kamu tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada anak dan isteri dan pembantu rumah atau kepada suami dan anak dan pembantu rumah.

Jaga-jaga, nanti suami mu di curi dek pembantu rumah. Jaga-jaga, nanti anak kamu akan membesar tanpa kasih sayang dan yang paling malang, takut-takut anak kamu membesar dan menjadi penulis blog!

Kamu juga khabarnya tidak lagi bimbang dengan harga petrol. Tidak juga kamu rungsing dengan bakal kenaikkan tarif letrik. Budak manis Kuala Lipis itu pun kamu tidak perduli lagi di nikahi siapa. Bermisai atau tidak.

Yang kamu semua risaukan adalah mengapa blog saya tidak boleh di buka.

Dan khabarnya sudah ada ura-ura beberapa puluh ribu pembaca blog saya akan mula berpiket!

Saya terharu. Anisah juga terharu. Ada air mengalir lesu dari birai mata kami. ( anak mata saya berwarna cokelat cair yang juga akan mencairkan semua yang melihatnya. Di tambah pula dengan tahi lalat di bawah mata kiri, fuh! pengsan wa cakap lu. Sumpah! Tanyalah si bunga rampai). Kami sangat terharu. MALAYA OK!

Terima kasih semua.

Cuma saya bimbang akan pembelajaran anak-anak kamu. Saya bimbang peratusan SPM dan STPM tahun depan akan merundum dek kerana gangguan emosi para pembaca blog saya masih masih bersekolah menengah. Kasihan mereka.

Kepada mereka dan para pelajar universiti atau kolej universiti atau politeknik atau maktab perguruan, saya berharap kamu semua bersabar dah tabah menghadapi dugaan hidup yang amat berat ini.

Tuhan bersama-sama hamba-hamba yang sabar.

Cuba bayangkan, saya menulis di blog yang tidak boleh di ekses. Gila berblog sungguh saya ini.

Thursday, March 16, 2006

tong

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Dullah yang satu lagi, sebab sebenar harga minyak naik adalah kerana kerajaan Malaya bimbang dengan budaya tunjuk perasaan yang semakin berkembang biak dengan amat cemerlang sekarang ini.

Pihak atasan bimbang jika harga minyak tidak di naikkan, para penunjuk perasaan akan mula menggunakan molotov cocktail sebagai jalan untuk melepaskan kemarahan. Jika ini berlaku, banyak kemalangan yang tidak di ingini akan bertambah. Keselesaan rakyat yang anti kepada tunjuk perasaan juga akan tergugat.

Jadi, pihak berwajib yakin jika harga minyak di naikkan, para penunjuk perasaan akan berfikir berkali-kali untuk membazir wang untuk membeli petrol dan di jadikan bom api.

Untuk pengetahuan semua, harga petrol di Malaya masih teramat murah jika di bandingkan dengan harga petrol di Ulam Batur.

Inilah yang di maksudkan dengan MENUKAR GAYA HIDUP. Gaya hidup penunjuk perasaan.

Seperti biasa, rakyat sentiasa tidak tahu atau mungkin memang tidak mahu tahu akan ke ikhlasan hati para pemimpin. Mereka gemar mencari kesalahan ahli-ahli politik yang berhati suci murni. Mereka mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang. Hina sungguh rakyat Malaya.

Demi untuk mengimbangi kenaikkan harga minyak, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan gaji para pekerjanya pada hujung tahun ini sebanyak tiga puluh sen.

Bukan tiga puluh sen je, tapi TIGA PULUH SEN WOO!

Dan tunggakkan kenaikkan tersebut akan di kira bermula dari 1 April 2004.

Rugi sungguh sesiapa yang tidak berkerja dengan kerajaan.

Tuesday, March 14, 2006

kosong

+. uwekkkkkkk!
+. uwekkkkkkk!
+. uwekkkkkkk!

*. Kenapa? mengandung ke?

+. Dak, geli tekak. Loya.

*. Kenapa?

+. Tengok misai Dato K.

*. oooo...

Friday, March 10, 2006

bernyanyi

ada hati yang di tinggalkan jauh
bersama tangan-tangan kecil
yang meminta kasih

tetapi dia lelaki,
dan dia mahu kekal begitu
biarpun sesekali ada air
yang jatuh dari pipi dan hapus.

Dia rindu tetapi dia babir.


Ada khabar angin yang mengatakan yang Jimadie Shah akan bernikah dalam masa dua tiga hari ini. Jika benar, saya mengucapkan selamat bernikah.

Seperti biasa, saya rasa perlu sesekali menulis sajak disini agar kamu semua tidak lupa yang selain dari sangat kacak, kaya raya dan boleh melukis, saya juga handal bersastera. Bukan seperti kamu semua, terencat.


iklan:

esastera sedang menganjurkan sayembara penulisan nonkreatif. Sila ke ruang berita di esastera untuk keterangan lanjut. Hadiahnya akan di sampaikan pada malam hari anugerah esastera nanti. Tidak payahlah kita sebut apa hadiahnya kerana bimbang ada persatuan lain yang terguris.

Saya kurang pasti samada sayembara menulis puisi petrol telah ditutup atau belum. Jika berminat, sila ke ruang penyair di esastera. Pemenangnya juga akan mendapat hadiah yang saya yakin lebih baik dari hadiah tahun lepas persatuan yang tidak boleh di sebut di sini itu. Bunyi nama persatuan yang tidak boleh di sebut itu seakan-akan ayat 'ronggeng zainal'.

Oh! saya terlupa, terima kasih Sayuti kerana menjemput saya ke majlis kamu. Malangnya saya memang tidak akan berada di Malaya untuk jangkamasa terdekat ini. Walau bagaimana sekali pun, saya berjanji akan ke majlis kamu jika kamu bernikah lagi satu nanti. Sumpah.

Mat Jan, hikhikhik. dan Abang D apa cerita?

Thursday, March 09, 2006

ting

Mengapa payah benar untuk bernikah di Malaya? Hantaran sampai puluhan ribu hanya untuk menghalalkan dua manusia yang sebelum bernikah telah lama, bahkan terlalu lama bertelanjang?

Mungkin saya pernah menulis tentang perkara ini, tetapi saya amat kecewa apabila mendengar kawan-kawan di sini bercerita mengenai belanja perkahwinan (sambil minum teh petang hari dan ketawa ala para datin dan datuk walhal belajar berak di tandas duduk pun baru hanya di sini) maka saya tuliskan sekali lagi. Sebagai terapi untuk diri saya sendiri.

Saya tahu kamu akan angguk-anggukkan kepala dan melupakan apa yang akan saya tulis kerana kepada kamu apa yang saya tulis adalah satu hiburan untuk menghabiskan masa terpenjara kamu di pejabat. Atau sementara menunggu para kekasih datang meraba segala penjuru tubuh kamu.

Anak-anak kamu, yang sebelum bernikah asyik ke hulu ke hilir berpegang tangan, jika tidak memegang bahagian lain, kamu masalahkan dengan bermacam-macam hal terutamanya perihal wang ringgit.

Kamu rela mereka melakukan perbagai maksiat. Kamu setuju mereka berdosa selagi tidak cukup wang hantaran yang akan memuaskan nafsu jahat kamu.

Kamu berbelanja besar untuk kenduri dan kamu bebankan semuanya keatas mereka yang mungkin telah lama letih duduk didalam maksiat.

Yang hendak bernikah juga sama bodohnya. Perlu berhabis-habisan. Kononnya sebagai kenangan seumur hidup.

Pergi tanya Tok Rimau, berapa kali dalam setahun dia membuka album gambar kahwinnya? Atau berapa minggu sekali kah dia menonton rakaman video perarakan rombongan meminang awek yang menguratnya dulu?

Perbelanjaan bikin gambar dan video nikah hari ini sangat mahal dan menjadi antara punca pembaziran dan kamu risau tentang harga minyak. Bodoh.

Kemudia kamu sewa para pondan untuk mengecat wajah kamu supaya di benci oleh para malaikat. Hari yang sepatutnya menjadi doa kepada satu kehidupan yang berkat, berakhir menjadi suatu sumpahan. Kamu menolong para pondan menjadi lebih lupa. Dan kamu pening memikirkan mengapa rumahtangga kamu tidak bahagia. Dunggu.

Bersanding hanya untuk keluarga? Bah! jangan bikin saya ketawa. Itu semua pedaah kamu yang mahu memujuk hati supaya merasa tidak berdosa melawan Tuhan.

Yang tua dengan bodoh tuanya. Demi status rela berhutang. Rela anak berzina.

Yang muda lagi bodoh, rela berzina sekali sekala dari bebas membantai sesuka hati setiap masa.

Kemudian buka majalah. Tengok gambar artis menikah. Ambil ikhtibar.

Jika kamu semua bodoh tidak tahu, cara menikah para artis itu adalah cara menikah manusia bangang yang tidak akan kekal lama dalam satu perkahwinan. Baghal.

Kebulur sungguh kamu dengan wang ringgit. Hantaran beribu-ribu. Itu yang pi jual tafsir Al-Quran kepada syarikat kitar semula. BABa!

Hoi! Nikahkan anak, bukan jualkan anak. BODOH!

Tuesday, March 07, 2006

tang

Amboi! amboi! macam-macam you all kata kat i. Menopausal la, pemalas la, 60an la, hensem la, cute la. Tak sayang mulut sungguh you all ni.

You all memang, sikit-sikit marah, sikit-sikit piket. Harga minyak naik 30sen pun marah. Piket. Bukannya naik rm30. Lagi pun you all pakai Iswara je. 1.3 pulak tu. Bising-bising. Tengok YB-YB tu, semua kereta besar. Semua kereta import. You all ingat kereta dia orang pakai air ke? Mana ada dia orang bising-bising. Mana ada piket-piket. Tak reti syukur langsung you all ni. Kalau minyak naik, tak mampu pakai kereta, pakai la basikal, tak pakai minyak pun, hikhikhik...

You mesti faham, you all ingat kerajaan sengaja naikkan? You all ingat kerajaan saja suka-suka naikkan? You all mana tau, ini semua untuk kebaikkan you all jugak. Macam bapa you all, bila you all buat salah, mesti bapa you all marah and then bapa you all mesti rotan you all. Bukanlah maknanya bapa you all tak sayang you all, sayang, tapi demi untuk mengajar supaya you all jadi anak yang baik, bapa you all terpaksa pukul you all. Kadang-kadang you all rasa yang you all tak buat salah pun, tapi bapa you all pukul jugak. Itu maknanya bapa you all tau yang you all akan buat salah, jadi dia rotan you all in advance. Bapa you all kan sibuk.

Apa? You all tak ada bapa? Alah, itu pun nak bagi tau i. Tukar aje la ayat bapa kat atas tu jadi mak. hikhikhik...

Kadang-kadang i tengok you all ni macam bebudak PAS. Sikit-sikit piket. Sikit-sikit piket. Kalah pilihanraya aje, terus kata ada hantu. Bila menang tak pulak you all kata di tolong dek jin Islam. hikhikhik..

Bila Mat Labu buat ceramah, you all sewa bas pi dengar. Bila Ustad Nik buat ceramah agama, you all buat dono aje. Apa la you all ni. Sikit-sikit takbir. Sikit-sikit takbir. Sembahyang lambat jugak.

Anak meninggal kat sekolah asrama terus desak suruh tutup sekolah. Apalah you all ni. Orang nak bagi anak you all pandai, you all sibuk suruh tutup sekolah. You all ingat senang ke kerja cikgu. Mana masa nak masuk kelas, mana masa nak semak buku, mana masa nak jual Cosway, mana masa nak jual muruku. You ingat cikgu-cikgu duduk saje? Sibuk you tau. You all nampak je macam cikgu kerja sekerat hari. You all tak tau. kalau you all nak tau, jadi la cikgu. hikhikhik...

Mandi air bau najis sikit, terus komplen. Habis tokei babi tu nak buang mana air lendir tu? Kalau dia buang kat rumah you all, you all mesti marah. Jadi dia buang la kat sungai tu. Alah, air sungai kan mengalir, suci. You all ingat tokei babi tak tau hukum Islam ke? Apa la you all ni. You all tak tau, Pejabat Agama selalu pi check ladang babi tu bagi memastikan kesuciannya. You all main tudow-tudow (macam Izi Yahya i ni. hikhikhik...) tak baik tau. Tuhan tak suka.

You all ingat senang i nak tulis cerita gangster tu? I kena buat kajian. I kena baca urtv,hai, mangga, media hiburan yang i langgan tetiap minggu. Habis kalau i sibuk tulis blog, bila masa i nak baca artikel-artikel kat semua majalah tu? Sia-sia i bayar sampai 3 tahun sekali gus.

Kalau you all nak tau sangat cerita gangster tu, pi la tanya Rosyam Nor. hikhikhik...

Itu la you all, marah i lagi, kan i dah bebel.

I tak suka la you all marah-marah. Sedih tauuu.

p/s: ccr? bad moon rising!

Friday, March 03, 2006

tong

Dulu, dalam tahun-tahun 70an, (mat jan dan rakan-rakan sila ambil perhatian, ada diantara kamu semua belum lahir semasa ini, jadi sila baca dengan penuh perhatian) apabila di sebut gangster, akan terbayanglah muka-muka pemuda Cina Tanah Malaya.

Yang paling saya ingat adalah lelaki-lelaki Cina yang menaiki motorsikal Yamaha dengan handlebar yang di kepitkan. Handle sejuk. Seluar baggy yang ber-kelepah-kelepek di tiup angin semasa menunggan motorsikal yang di depannya ada seekor helang getah yang ikut serta berterbangan. Baju biasanya melekap di badan. Sangat fashionable para gangster Cina pada masa itu.

Semasa ini, ramai lagi para pemudi dan nyonya Cina yang berkerja sebagai buruh binaan. Setiap pagi dan petang, mereka akan kelihatan menunggan basikal pergi dan pulang dari tapak binaan dengan topi dan 'muncung panjang' buat menutup panas. Sila rujuk komik Lat untuk gambaran jelas pakaian perempuan Cina buruh binaan ini.

ishhh, malas pulak rasanya menulis.

Sebenarnya saya ingin mengaitkan perkara ini dengan kebangkitan gangster India di Tanah Malaya, tapi malas pulak rasanya. nantilah, jika saya rajin akan saya sambung.

Lagipun, sayakan abdullahjones, saya boleh buat apa yang saya suka.

p/s: terima kasih siti katijah. sangat-sangat terima kasih.
naga, kirim salam pada Alin dari Cheras, katakan padanya, saya rela diapasajakan.

Kepada para anonymous, sekurang-kurangnya tinggalkan lah nama. Sangat kurang adap menulis dengan tidak berbuat demikian.

Thursday, March 02, 2006

bunyi

Kawan saya, si Spencer pernah cuba membunuh diri. Dia ke sungai yang dalam dan cuba melemaskan diri. Di cubanya berkali-kali dan setiap kali juga terbayang 4 orang anaknya. Satu dari kesilapan masa remaja, satu dari suami terdahulu isterinya dan dua dari benihnya sendiri.

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membatalkan niat tidak baiknya itu dan pulang kerumah. Isterinya tidak tahu akan peristiwa ini. Dia menceritakan kepada saya setelah setahun ianya berlaku.

Saya bertanya mengapa dia berfikiran sesingkat itu. 'Tekanan' katanya. Dia mula menceritakan satu persatu masalah yang di hadapinya. Masalah paling besar yang hampir tidak tertanggung olehnya adalah isterinya yang amat cergas mengawasi setiap pergerakkannya.

Isterinya langsung tidak percaya akan kesetiaannya. Sehingga hari ini, setiap hari, tidak kurang dari 20 panggilan dan pesanan ringkas yang datang dari isterinya perlu di layan oleh Spencer selama 9 jam berkerja. Semua orang tahu akan perkara yang sering menjadi bahan ketawa di tempak kerja kami ini.

Tidak jarang dia terpaksa pulang segera kerana mendapat pesanan ringkas yang mengatakan si isteri mahu meninggalkanya. Bergegaslah dia pulang dan menjadikan dia seorang pekerja yang tidak boleh di pertanggungjawapkan.

Maka jadilah si Spencer ini seorang pekerja yang tidak stabil .Adakalanya dia seorang yang amat ceria, di hari yang lain dia adalah seorang pekerja yang tidak boleh di buat sahabat.

Hari ini dia tidak mendapat kenaikkan gaji kerana menumbuk seorang rakan sekerja 2 bulan lalu. (Tetapi tadi dia masih ceria mungkin kerana kenaikkan gaji tidak penting baginya, cuma saya risau tentang esok setelah isterinya mendapat tahu tentang berita ini).

Spencer Leach adalah seorang suami yang bodoh.

Kehidupan suami-isteri adalah satu perkongsian yang memang tidak akan aman. Yang meredakan semua keadaan adalah tolaransi.

Untuk hidup aman bersama saya adalah amat mudah. Tidak perlu sembah atau sujud cuma perlu sangat menghormati saya. Tidak perlu masakan enak-enak, cukup sekadar mengenyangkan. Baju seluar saya tidak perlu di seterika, cukup sekadar ada apabila saya memerlukannya. Semua wajip sempurna di rumah saya. Saya amat sederhana orangnya.

Jangan sesekali menggangu kerja saya. (Apabila saya katakan kerja, saya maksudkan apabila saya tidak bercakap dengan kamu).

Tidak setuju dengan saya? Silakan, nun pintu di depan sana.

Jika tidak, bukan saya yang membunuh diri, tapi kamu.

Itu tolaransi ala-saya. MCP? Ya, sayalah rajanya.

Kamu?

Kamu adalah lelaki manja yang ber-ayang malam dan ber-ayang siang. Jika di benarkan membina tokong, kamulah lelaki pertama yang membinanya buat isteri. Kamu hiasi tokong berkenaan dengan limau mandrin dan kamu sembah siang dan kamu sembah malam.



Kamu mengaku lelaki tetapi sebenarnya kamulah jantan yang mengelat.