Saya amat suka kisah perumpamaan ini. Mungkin saya pernah menulisnya, namun saya ingin menulisnya sekali lagi. Kenapa? Kerana saya boleh.
Semasa Musa di tanya oleh Tuhan apakah yang di pegang ditangannya? Baginda menjawab ianya adalah tongkat sambil terus menceritakan faedah-faedahnya. Baginda menceritakan yang dengan tongkat tersebutlah Baginda mengembala kambing-kambing peliharaannya. Menghalau atau mempertahankan diri jika diserang serigala.Bersandar ketika keletihan.
Seperti kita apabila ditanya kereta siapakah yang menjalar diletakkan di tempat letak kereta dihalaman rumah kita. Kita bukan sahaja memberitahu yang kereta itu milik kita malah tanpa di tanya kita akan menceritakan yang kereta tersebut boleh memecut laju di jalanraya. Bagaimana penjimatan minyaknya jika kita terus-terusan menyimpan kenderaan tersebut di halaman rumah. Bagaimana warnanya bertukar setiap kali di lihat dari sudut berlainan. Kita lupa yang ditanya adalah milik siapa. Bukannya boleh buat apa kereta itu.
Lalu Allah memerintahkan Musa agar membuang tongkatnya dan tongkat itu menjadi ular. Kemudian Allah memerintahkan Musa agar mengambil tongkatnya. Musa mulanya mahu menangkap ular tersebut dari ekornya, tetapi Allah memerintahkan supaya Baginda menangkap ular tersebut dari kepalanya. Walaupun sedikit cemas, namun kerana ini adalah perintah Tuhan, Baginda lakukan juga.
Apabila ular tersebut ditangkap oleh Baginda, ianya kembali menjadi tongkat. Lantas Allah bertanya lagi kepada Musa apakah yang ada ditangan Baginda? Baginda menjadi serba salah untuk menjawap. Jika dijawapnya tongkat, baru tadi dia melihat ia bertukar menjadi ular. Mahu di jawap ular, takut-takut ia kekal sebagai tongkat. Lalu Baginda menjawap yang hanya Allah sahajalah Maha Mengetahui.
Sewaktu Musa di kerumuni oleh ular-ular sihir mengapa Baginda tidak terus sahaja membuang tongkatnya? Bukankah Baginda telah tahu yang tongkat Baginda ada keupayaan untuk menjadi ular yang lebih hebat dari ular-ular sihir? Sebabnya adalah Baginda tahu tongkatnya tidak ada sebarang kuasa. Baginda hanya melemparkan tongkatnya apabila ada perintah dari Allah untuk berbuat demikian. Kerana taatnya kepada perintah Tuhanlah maka ular-ular sihir tersebut dapat ditewaskan.
Jika tongkat itu jatuh ketangan kita saya gerenti ianya akan dikerat kecil-kecil dan di jual di kaki lima sebagai tangkal untuk kebal dan untuk err... macam-macam. Tak percaya cuba tanya kawan-kawan kita yang seluruh hidupnya di arahkan untuk mencari harta karun atau yang rajin bersahabat dengan jin.
Kemudian semasa dikepung di pinggir laut dan takala kaumnya merintih dan mengeluh mengatakan mereka kini hampir pasti di tangkap firaun mengapa tidak Baginda buang sahaja tongkatnya kelaut. Mana tahu ianya akan menjadi ular yang besar dan Baginda boleh menunggang ular tersebut untuk menyeberangi laut. Atau mungkin ular tersebut boleh menyerang bala tentera firaun.
Baginda tidak bertindak demikian kerana tidak ada perintah Tuhan. Baginda tahu tanpa perintah Tuhan tongkatnya tidak akan dapat membantu Baginda dan kaumnya. Apabila Tuhan memerintahkah supaya Musa memukul laut, Baginda taat dan laut pun terbelah menjadi laluan kepada Baginda dan kaumnya. Laut yang menyelamatkan Baginda dan kaumnya telah membunuh firaun dan bala tenteranya.
Mengapa Musa tidak mempersoalkan suruhan Tuhan supaya Baginda memukul laut? Dulu Tuhan mengarahkan Baginda supaya membaling tongkatnya, kini di suruh memukul laut pula. Tidak ke pelik tongkat di suruh memukul laut. Apa yang boleh di hasilkan dengan perbuatan yang pada mata kita adalah sia-sia. Sebabnya Musa tahu didalam perintah Tuhan ada manafaatnya.
Kita ini yang tahu segala macam kekuasaan dan betapa kasihnya Allah kepada kita masih lagi teragak-agak. Berapa ramai lelaki yang merasa panas apabila berseluar panjang di padang bola (atau ke pasar malam) dan tidak sedikit perempuan yang mereka bentuk sendiri pakaian yang pada mereka adalah menutup aurat. Kita tidak nampak pentingnya perempuan tidak berwangi-wangi ketika keluar rumah. Yang kita nampak perintah Tuhan adalah penghalang kebebasan dan menekan kemodenan.
Susahla jadi orang Islam ni, makan babi pon tak boleh.
nauzubillah.
Monday, January 02, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
kerana ingkar juga kita akan gagal dalam peperiksaan. jawapan yang betul untuk soalan yang salah
Ini untuk kes2 yg terang salah dan syirik. Bagaimana pula sekarang ada kumpulan yg mendakwa kita di Malaysia banyak melakukan hal bidaah yg juga boleh bawa kepada syirik? Susah juga bila kita org Islam asyik bertelagah hal2 begini.Kita rasa hal2 ni hanya hal2 fikh tapi mereka kata ianya bersangkut aqidah.Berdiri tanda hormat kpd manusia haram, tasbih haram,tunduk cium tgn org tua haram.Susah susah
Jones,
Sungguh indah cerita ini. Belum terdengar oleh saya analisa sebegini. Teringat pula kepada cerita Sh. Abdul Kadir al Jailani sewaktu menolak arahan Iblis untuk meninggalkan yang fardhu dan Iblis menjawab, "Sungguh tinggi ilmumu wahai Abdul Kadir," dan jawab beliau, "Bukan ilmuku yang tinggi, itu hanya semata-mata rahmah Allah SWT kepadaku."
selendang biru, ya.
naga, siapa meninggal?
dr, itu geng bengong.
Minta izin Tuan Jones, saya ingin berkempen sedikit.
Untuk memahami bagaimana bid'ah kaum-kaum bengong dan tongong itu sendiri, sila baca buku "MAKNA SEBENAR BID'AH: Satu Penjelasan Rapi" karangan al Sheikh Al Hafiz Abu Al Fadl Abdullah Al Siddiq Al Ghumari. Buku ini telah diterbitkan oleh Middle East Global (M) Sdn Bhd. (Tel: 03-4143 5659 / http://www.meg-my.com). Buku ini menafi dan menolak tuduhan geng itu terhadap segala amalan-amalan yang telah lama diterima dalam masyarakat kita. Telah disemak oleh antaranya Dato' Mufti NS, dan juga Datuk Hashim Yahya.
(Maaf komen yang asalnya mungkin mengelirukan)
makluman: saya tidak menyebelahi mana-mana pihak didalam hal yang saya rasa adalah mengenai kumpulan yang menghentam amalan yang pada mereka adalah bidaah. saya cuma sangat tidak senang dengan cara mereka menyampaikan dakwah kumpulan mereka.sangat tidak senang sehingga saya sanggup menempeling ahli kumpulan tersebut (yang bertubuh lebih kecil dari saya manakala jika mereka lebih besar, saya akan memandang mereka dengan pandangan benci)
ps: demikian jawapan ala ahli politik saya. ini penting supaya peminat saya dari kumpulan tersebut terus membaca tulisan saya.
AJ, terima kasih kerana peringatan anda.
semoga Allah selamatkan iman kita semua...
Jones,
Makan babi tak boleh. Kalau... pi bagi babi makan boleh tak?
Wat say you?
Ha ha.
Inilah susahnya kalau kita malas mengaji...
Baca buku agama malas. kalau baca pun setakat suratkhabar buruk je..
Ilmu agama setakat yg belajar kat sekolah. sampai bila pun kita takkan faham agama. Orang mengaji kat masjid kita pergi berpoya-poya.
Bertelagahlah kita sampai mati benda yang kita tak faham...
dan kita selalu tak boeh nak ingat nombor E-Codes yang haram tu... E475, E100, E494...
yer, susahnya jadi Islam.
Post a Comment