Thursday, January 19, 2006

meniduri

Spencer - Biasanya berapa ekor lembu yang di jadikan hantaran kawin di negera kamu?

Jones - ( nak kena si Spence ni) Biasanya tiga puluh ekor. Tapi sekarang kami dah moden, tak ramai yang pelihara lembu. Jadi kami bagi duit.

Spencer - Jadi berapa banyak duit yang kamu jadikan hantaran biasanya?

Jones - Oh! itu bergantung kepada buah dada.

Spencer - Buah dada siapa? kamu?

Jones - Bukan aku tapi buah dada bakal bini kamu la.

Spencer - oooo...


Spencer - Bagaimana?

Jones - Begini, kamu tahu kan negara aku negara Islam, jadi kebanyakkan perempuan memakai tudung kepala. Jadi untuk mengetahui berapa banyak wang yang kamu perlu sediakan sebagai hantaran perkahwinan, kamu perlu tengok bagaimana dia memakai tudung kepalanya.

Spencer - oooo..lagi?

Jones - Kalau bakal bini kamu tu pakai tudung yang tutup kepala tapi tak tutup buah dada, jenis pakai tudung dengan t-shirt leher besar,maknanya ( MAKNA, haha) kamu bakal di kenakan hantaran yang sederhana tapi mewah. Kamu kena faham betul-betul ni Spence. Tudung dia ikat di leher. Dia belit-belit, lepas tu dia letakkan brooch. Yang ini hantaran dalam 1500-2000 pound. Satu pound dalam 6-7 duit negara aku.

Spencer- ooo...lagi?

Jones - kalau tudung dia tutup kepala kemudian kain hujung tudung tu dia lalukan ke alur buah dada, dia ikat hujung tudung dia macam budak pengakap pakai selendang pengakap, maknanya (MAKNA haha) hantaran murah sikit. Yang ini dalam 900-1200 pound.

Jones - Yang jenis pakai tudung nampak jambul macam burung kakak tua mahal. Dalam lingkungan 3000 keatas.

Spencer - ooo..lagi?

Jones - Yang paling mahal ialah yang jenis tak pakai tudung langsung. Nak nak yang nampak pangkal dada. Kalau di takdirkan jodoh kamu jenis ni, bersedialah untuk berhutang tujuh keturunan.


Spencer - Abis yang pakai tudung tutup buah dada berapa?

Jones - Oh! yang tudung labuh biasanya tak kawin sebab orang tak tau saiz buah dada dia.Orang tak nak. Takut-takut terkena yang kecil. Kami suka yang besar.Jadi andartu la jawapnya kalau pakai tudung tutup buah dada kat negara aku.


Spencer- ooo..oh! terima kasih sebab bagi aku hadiahHari Natal dulu. Tapi kenapa kamu tak ucap SelamatHari Natal kepada aku semasa beri hadiah dulu.

Jones- Sebab aku tak sambut Hari Natal.
Spencer- mengapa?

Jones - (buat dah...)

11 comments:

Ku Keng said...

Har, kan aku dah bilang, pheromones! Pendedahan dada boleh menyebabkan pheromones disebarkan lebih senang, maka lagi kuat tarikan. Lagi mahal. Tak apa, yang bertudung labuh, kita timbang cara lain. Nanti aku pikirkan.

Tapi aku tak tahan la, minyak attar yang kawan-kawan kamu pakai tu. Pening kepala.

pssst: Aku dah blok ISP kita. Jangan bimbang. Aku dah tahu Dr. punya ISP. Dia tinggal kat WP.

dith said...

AJ- ada-ada saja analogi anda...haru-haru! ish ish. Tapi memang tidk boleh dinafikan ada orang tidak boleh melihat perempuan bertudung terutama yg labuh- masa di uni dulu kami dipanggil gagak. Dan cakap pasal hantaran dan majlis kawin, tahun lepas di Malaya ada seornag ahli peniaga kereta mewah yg diberi lesen AP telah mengadakan majlis perkahwinan paling mewah yg pernah saya lihat (di tv saja), tahta sanding dan dewan makan diselubungi rose warna burgundy yg dijangka menelan belanja ribuan ringgit!!! Masyalah! Bayangkan! Dan duit itu kalau diber makan fakir misin kan lebih bagus???

Spencer- (tapi saya yakin awak tidak baca blog AJ ni)...mengapakah awak tidak mahu faham-faham ??

Keng- IP siapa yg awak hack di WP tu?? It's high time you change your hacking programme! Pirated copy ler tu!

Anonymous said...

tudung saya kena belit di leher supaya tidak terkena percikan darah. walau bagaimana pun dada saya tidak lah terdedah kerana dilitupi overall putih, apron plastik serta baju kalis darah. dengan topeng muka dan cap, orang mungkin sangka saya seorang lelaki...

zizie ali said...

SAHABAT LAMA

bosan menunggu penerbangan
dihiburkan dengan pertemuan
seorang sahabat lama
yang entah bila
kali terakhir bersua.

meski kami tidak lagi bicara
tentang noktah bidayah
atau uzlah syu'uriah tammah
namun dia masih ramah
mendedah jahiliah
dan kebejatan pemerintah.

sebelum berpisah
aku sempat berlawak bodoh
dengan isterinya yang ranggi
aduh, fesyen tudung 'tetek sebelah'
bibir pula ultra merah.

ZIZIE ALI
11.04.04

sinaganaga said...

”77,888.75... 77,888.76... alaaaa, janganlah cuit-cuit I... kan I dah lupa dah berapa... alaaaa...”

“tapi yanggg, kan you boleh kira semula...”

“ok ok ok. I kira semula ye ling. saaatu. duuua. tiiiga. emmmpat... (repeat till fade)”

Bunga Rampai said...

Salam.

Menyiar rindu sebenarnya. Sudah beberapa hari tak merenung hati. Lantas melerai rindu di sini sebelum bermukim di blog sendiri (yang entah apa-apa).

Aiseyman ... bercakap tentang yang indah-indah, yang berseni punya nilai estetik yang tinggi. Anugerah Tuhan perlu dirapi sebaik mungkin.

Namun terpulang pada empunya diri bagaimana merapi untuk terus diindahkan agar dapat dinikmati pada jalan-Nya.

Walau saya ketawa, saya masih waras untuk menilai kelancangan nada suara itu.

Doa saya, semoga Tuhan membuka hati kita semua, menunjukkan jalan kebenaran. Amin.

Terima kasih abdullahjones. Masih ada insan yang akur pada keindahan semulajadi. Syukur.

mba2u said...

AJ,

Peminat kau dah semakin ramai sekarang (ini yg buat aku jeles ni), rupa2nya kau pandai layan peminat ya?.

AP dah dapat ke belum?.

Sepanjang perkhidmatan, aku cuma dapat 6 AL, AP tarak...

Kirim salam pada budak gemuk ya... ;-)

1 said...

Itu soal tudung; bagaimana kalau gadis yang selalu tak pakai apa-apa?

tuan tanah said...

hahahaha...

Aj, cuba bagi petua bagaimana supaya kami yg betul2 tutup dada ni supaya kami dapat kawin juga?

Jannah said...

Kalau tak pakai tudung, Ar-Rahim tak bagi masuk syurga ke?

Anonymous said...

Salam Pak Aj,

..skrg zaman brutal semua tak takut mati..tudung apa ada hal..tutup atas bukak bawah. semua pakai hentam.

Janah,

sesiapa yg kawin dgn u daapat la syurga..u plak..kalau nak mintak duit dgn bos kena la ikut apa dia suruh..