Memalukan. Itulah yang saya rasakan apabila membaca berita mengenai penduduk Seberang Takir, Terengganu berebut-rebut mengambil makanan dan rokok dari sebuah kontena hanyut.
Kamu kebulur ke? Begitulah yang akan ditanya oleh mak saya jika saya ini salah seorang dari mereka-mereka yang berlumba-lumba 'mengambil' barangan 'percuma' tersebut sambil mula menyumbat semua udang-udang harimau dan rokok-rokok tersebut bersama-sama bungkusannya ke mulut saya. 'Ini rezeki yang tidak di sangka-sangka di tahun baru' , kata salah seorang dari mereka.
Mengambil hak orang tanpa rasa bersalah adalah suatu budaya yang telah lama berakar umbi didalam masyarakat kita. Memberi rasuah adalah mengambil hak orang. Mencuri adalah mengambil hak orang. Memecah kontena hanyut dan mengambil isinya adalah mengambil hak orang. Membeli/menjual cd/dvd cetak rompak juga adalah mengambil hak orang. Sumpah, tiada keluarga saya yang terlibat didalam kegiatan 'seni' nyanyi atau lakon - dan saya berdoa supaya keadaan itu kekal sehingga kiamat- tetapi apa yang hak adalah hak. Didalam satu segi berzina juga adalah mengambil hak.
Cuba bayangkan, penduduk Seberang Takir memakan udang harimau sambil bergelak ketawa kerana menyangkakan apa yang mereka buat adalah betul. Setelah kenyang mereka menghembuskan asap rokok Texas 5 ke udara sambil bercerita betapa bertuahnya mereka hari ini. Seolah-olah atau mungkin tidak langsung merasa bersalah MENCURI. Cuba bayangkan mak kamu salah seorang dari mereka.
Untuk menambah rasa bersalah penduduk Seberang Takir mari kita reka cerita kononnya semua udang harimau yang mereka makan itu sebenarnya adalah bekalan makanan untuk anak-anak yatim nun di Aceh sana.
Dan yang lebih malangnya adalah kamu yang merasa rugi tidak berada di Seberang Takir pada hari itu. Rugi benar rasanya tidak berbuat dosa.
Wednesday, January 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
17 comments:
Dan mungking kalau ada anak yang tak bawa balik barang-barang dari kontena itu mok dia akan tanya, "Bakpe awang mung dok gi ambik barang tu. Orang laing ambik belaka!" dan anaknya akan keliru dan gelisah sama ada beliau telah tidak membuat perkara yang betul. Kalau disoal mok dia akan serengeng, "ccara pende? Orang laing ambik belaka!"
Jones,
Makan pulut cicah rendang udang harimau belaka mereka semalam.
Ha ha.
Salam.
Sungguh tidak beradab mereka itu!
Akhlak kecundang.
Ilmu tanpa iman tidak berguna.
salam, saya pengunjung baru di sini. Saya rasa mungkin ada sikap - kalau saya tak buat ada orang lain yang buat. Jadi mari buat sama-sama! Bukan gitu? Tapi macam mana nak kikis sikap begini?
Tapi kalau dibiarkan sahaja barang2 didalam kontena itu dimakan dek laut, bukankah itu membazir namanya?
Perkara yang merugikan sekalian umat Seberang Takir, Terengganu.
Katakanlah kejadian yang hampir sama berlaku berdekatan dengan saudara, tapi kali ini kapal terbang FedEx terhempas belakang rumah dan isi kandungannya barang2 dapur yang tidak tahan lama seperti udang harimau, dan rokok kalau dibiarkan akan terbakar dan membawa kepada pencemaran alam yang mendadak dibandingkan dengan pelepasan asap sedikit2 oleh penghisap rokok..
Apa akan saudara lakukan?
P/s AJ dah kena tag oleh saya.
Terpulanglah kalau mahu buat atau tidak.
Tiada paksaan.
AJ- Anda telah di tag oleh Jannah tapi saya betul2 tak boleh nak bayang yang anda akan lakukannya. Kalau anda ikut serta dgn mainan tag ini, saya akan buat pulut kuning, heheh
tag apa? tak faham.five snacks? hmmm..tak ada idea.
AJ,
Alangkah baiknya kalu dulu kamu berbaik-baik dengan Cina Clorox, kerana Clorox mempunyai kuasa ajaib untuk menghilangkan segala-galanya. Atau usah hiraukan saja tag itu dan hantarlah anak mu ke sekolah. Sekurang-kurangnya alasan ini diterima di pejabat-pejabat pemerintah.
saya dapat ilmu baru. saya katanya wajip bermesra dengan kawan-kawan yg selalu kesini. minta maaf kerana dulu saya kurang arif mengenai ini kerana sangka saya, saya cuma perlu menulis dan biarkan.
terima kasih semua dan selamat datang kak teh. saya rajin juga baca blog kak teh seperti rajinnya saya membaca semua blog kawan-kawan di sini.
jannah, saya tak gemar bermain boyak.
saya ada lah anak seberang takir, lahir dan dibesarkan di sana. keluarga saya juga di sana sekarang, tp saya sedang belajar di negeri orang. rumah saya dan pantai seberang takir hanya 500 meter. dan saya tahu ahli keluarga saya tidak termasuk dalam mereka yang mengambil barang2 kontena itu kerana ibu bapa saya telah mendidik kami dengan baik dan tahu yg mana halal haram dan apa hukum mengambil hak orang lain.
sedikit terkilan kerana seolah-olah saudara menyalahkan semua penduduk seberang takir yg mengambil barang2 tersebut.
penduduk seberang takir adalh hampir 100%melayu muslim. dan saudara telah menuduh mereka mengambil barang2 tersebut. adakah saudara pasti seluruh penduduk sberang takir yg melakukannya. bagaimana dengan penduduk kampung itu yg tidak mengambil barang tersebut. saya harap saudara faham bagaimana perasaan penduduk kampung ini kerana kami juga manusia dan muslim seperti saudara. walaupun ada yg mengambil barang2 tersebut... mungkin mereka datang dari daerah lain. laporan di akhbar ada menyatakannya. jangan la saudara ikut sedap tangan saudara sahaja untuk menaip di atas keyboard... fikirkan juga perasaan mereka yg tidak bersalah tetapi turut disabitkan semata-mata tinggal di kampung yg sama.
adakah saudara pasti penduduk kampung anda tidak melakukan perkara yg sama sekiranya kejadian ini terjadi di tempat saudara? walaupun mungkin keluarga saudara tidak terlibat dengan mereka yg mengambil barang tersebut...
assalamualaikum.
salam ukhuwah.
:)
pakcik zali pesan barang haram kalau jadi darah daging, doa susah nak dimakbulkan..
aik, kasi chan ler orang sbrang takir nak kenduri udang harimau. kalau biar saja pun busuk. tu diantara dia dan tuhan dia.
orang yang gi check dari rumah ke rumah tu jaga-jaga, apa sebenarnya disebalik larangan dan kencaman, jangan pula diraik oleh rasa cemburu dan dengki.
aj, tak enak ko kaitkan aku dengan jannah lagi..aku ni sape, penoreh getah kecil kecilan, tak empunye, tak dak ghupe...biarlah aku pergi..sob sob sob.
Ni apa pasal kontena pun nak bergaduh...
Cerita la pasal kumbang terbang ke... ikan berlaga ke.....
AJ,
Apo kebendonye Boyak nun?
Loppiess suka kat aku? Betul ke?
Post a Comment