Thursday, August 31, 2006

berkali-kali

negaraku / ku ku ku
tanah tumpah / pah pah pah
nya darah ku / ku ku ku

rakyat hidup / dup dup dup
bersatu dan maju / ju ju ju

rahmat bahgia / ia ia ia
Tuhan kurniakan / kang kang kang

raja kita/ ta ta ta
selamat bertakhta / ta ta

rahmat bahgia / ia ia ia
Tuhan kurniakan / kang kang kang

raja kita/ ta ta ta
selamat bertakhta / ta ta

Demikian tadi lagu kebangsaan Negara Malaya Merdeka yang di sampaikan oleh Mawi dengan suara iringan oleh Faizal. Dua remaja yang kini menjadi contoh kejayaan dalam semua segi.

Bertuah benar kita mempunyai dua remaja yang hampir sempurna ini. Saya katakan hampir sempurna kerana hanya Faizal yang telah mengisi borang untuk menjadi ahli Putera UMNO. Jika sekiranya Mawi juga berbuat demikian, akan sungguh sempurnalah mereka.

MERDEKA!


31/08/06 12:00 tengah malam waktu Malaya.

Tuesday, August 29, 2006

kena

Dulu, kalau kamu masih ingat, Dollah yang satu lagi pernah berkata, 'aku sunyi, aku sunyi'. Kemudian budak yang pandai bernyanyi menjawab,' saya sudah bersedia, saya sudah bersedia'.

Malangnya Dollah yang satu lagi lambat bertindak atau mungkin juga dia memang di lahirkan untuk bertenang dan memberi jalan (jalan, bukan jambatan) kepada orang lain. Terlepaslah peluang untuk dia mengisi penuh kesunyiannya itu. Atau mungkin juga dia tidak dapat membaca isyarat yang di berikan oleh budak yang pandai nyanyi itu, maklumlah, dia selalu keliru antara berbuat baik dengan berbuat yang betul.

Hari ini Dollah yang satu lagi kekal perlahan, dalam semua hal.



Dan dia juga kekal sunyi.




.



ps: Jika kamu rasa perlu membuat apa-apa komen tentang mana-mana tulisan saya, emailkan saja kepada saya. Dan kamu juga bebas mencarut atau memaki hamun siapa saja melalui email kepada saya kerana seperti yang kamu semua maklum, saya adalah ahli dalam bidang carut-marut. Dengan demikian kita mungkin bisa berbalas-balas maki dengan lebih mesra dan lebih persenal tanpa melibatkan orang banyak. Saya tahu kamu suka begitu. Bermaki-makian.

Tidak tahu alamat email saya? Pergi cari atau bertanya. Saya terlalu terkenal untuk tidak di ketahui alamat emailnya.

Friday, August 25, 2006

makan

Menjadi idaman kebanyakkan penulis agar buku atau novel tulisan mereka menjadi buku teks disekolah-sekolah. Akan sedikit terjaminlah pendapatan mereka dan walaupun saya memandang cita-cita ini sebagai satu cita-cita yang tidak berapa murni namun apalah yang boleh di harap oleh para penulis dalam dunia serba-serbi jahat di Malaya sana.

Sebut mengenai jahat dan buku teks sekolah, saya ingin memberi berita gembira kepada mana-mana menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal membekal buku sekolah kepada seluruh sekolah di Malaya. Jika menteri berkenaan tidak membaca blog ini, mungkin saudara-mara beliau boleh tolong menyampainya kepada beliau. Selalunya sesiapa yang bersaudara dengan para menteri, walau anak saudara belah mak tiri yang sudah 19 tahun di ceraikan, adalah rapat hubungan kekeluargaannya.

Planet Pluto tidak lagi di iktiraf sebagai sebuah planet. Jika selama ini dikatakan dalam sistem solar ada 9 planet besar, hari ini dengan resminya menjadi 8. Oleh itu semua buku, tidak di khususkan kepada buku pelajaran Sains sahaja, perlu di tukar demi kebahagiaan pembelajaran anak-anak kita.

Buku Matematik, Bahasa Melayu, Cina,Tamil, Kadazan , Murut, Dan Senoi ,Buku Ilmu Alam dan semua buku juga perlu di tukar. Kenapa? Kerana jika setakat membekalkan buku Sains sahaja kepada seluruh sekolah di seluruh Malaya, untungnya sedikit.

Wednesday, August 23, 2006

kita

'She's gospel.' Kata Spencer dengan suara agak kuat dan penuh bangga. Dia menceritakan kepada saya betapa isterinya seorang yang kuat beragama.Berbuih-buih mulutnya bercerita. Bangga sungguh. Dia sendiri lebih senang tidak bertuhan. Kecuali di masa-masa tertentu dia akan menyeru pertolongan dari tuhan puak Viking. Atau mencium tatu Raja Viking di lengannya bila menang £3 wang loteri tanda syukur.

Alah, seperti kamu yang bangga bila mendengar khabar angin yang Michael Jackson dan Neil Armstrong masuk Islam. Bangga tak tentu hala. Kembang hidung tak tentu pasal.

'Aku harap anak-anak aku ikut ibunya.' Tambahnya lagi, sedikit perlahan, sedikit sayu.Mungkin mengantuk. Mungkin mabuk.

Alah, seperti kamu yang kelam kabut menghantar anak ke kelas fardhu ain sedang kamu sendiri kencing tak sudah-sudah berdiri.

Sunday, August 20, 2006

julang

Biasanya jika kita teguh berkawan, apabila kita dapati mana-mana sahabat kita berada didalam keadaan yang tertekan atau ke rungsingan, kita akan cuba menghiburkan mereka dengan apa cara sekalipun hatta melakukan sesuatu yang agak luarbiasa.

Memberi berbagai gelaran untuk menaikkan semangatnya misalnya. Bapa Simpan Pandai misalnya.

Nanti bila giliran kita pula kerungsingan atau tertekan, mungkin sahabat kita atau sesiapa pun yang duduk lebih tinggi dari kita tahu pentingnya menyelamatkan kita dari tenggelam dalam ombak laut politik yang sampai kiamat tidak akan aman jika kita tidak benar-benar mahu berpolitik mengikut perintah Tuhan misalnya.

Menjadi badut ada masanya amat menguntungkan walaupun kini sarkas tidak lagi di minati.

Wednesday, August 16, 2006

tinggi

Mujur benar di dalam kekecohan bintang filim yang tidak mahu menghormati bahasa ibunda ini, masih ada lagi segolongan remaja yang mahu kekal dan bangga dengan bahasa kebangsaan.

Lihat sahaja betapa lunak dan manjanya suara mereka. Pandang betul-betul kelembutan tarian melayu asli yang mereka gayakan.

Moh kita jelirkan lidah kepada bintang filim itu dan mari kita memberi tepok sorak kepada Jawani Merpati Kuning dan Erna Permata Biru. Syabbas!

Perhatian khas harus diberikan kepada Jawani yang mempunyai bakat luarbiasa dalam bidang menggegarkan kepala.

klik di bawah.

http://www.youtube.com/watch?v=a8UJHEjKQDY

tinggi

4 comments

Sunday, August 13, 2006

baju

Bila tengok budak-budak baru menikah, kadang-kadang saya kesian. Mereka fikir setelah tamat mengaji, menikah, dapat anak, beli motokar dan beli rumah, mereka fikir hidup mereka telah lengkap dan secara otomatis akan menjadi amat bahagia. Tidak ada apa lagi yang harus mereka fikir kecuali menunggu masa untuk mati dan masuk sorga tanpa hisab.

Jarang yang berfikir lebih dari itu.

Mereka lupa akan statistik perceraian yang amat tinggi. Tentang kemungkinan akan bangkrap dek kerana kad hutang. Tentang jatuh cinta sekali lagi. Para isteri mungkin mempunyai peratusan yang amat rendah untuk jatuh hati kepada selain sang suami kerana kita semua tahu yang kepada kebanyakkan perempuan, suami mereka adalah jantan yang paling sempurna tidak kira jika tubuhnya berbintik atau berbelang. Ini adalah ketentuan dari Tuhan untuk melindungi lelaki. Jika ada pun perempuan yang ingkar dengan ketentuan ini, jumlah mereka adalah kecil.

Berlainan dengan lelaki. Tidak menjadi sesuatu yang ajaib jika lelaki jatuh cinta pada gadis (atau tidak) selain isterinya hatta pada hari pernikahan. Lelaki yang menafikan perkara ini adalah lelaki yang boleh di curigai.

Walau bagaimana pun, ketaatan para perempuan biasanya akan di batasi oleh keupayaan kewangan sang suami. Isteri yang paling sempurna di dunia hari ini biasanya tidak ada upaya untuk kekal bersama suami yang tidak mampu menyediakan bekalan kewangan yang cukup.

Bukan sedikit perempuan yang menyatakan punca perceraian mereka adalah kerana suami tidak mampu untuk 'menunaikan' tanggungjawab. Dan mereka juga sanggup di ceraikan jika sang suami sanggup 'menunaikan' tanggungjawab. Kata kunci setiap perceraian adalah 'tunai'.

Apabila suami mahu mengambil satu lagi isteri, awalnya yang terfikir adalah pandangan masyarakat. Malu apabila di madu. Kemudian, kononya mereka kasihan. Katanya suami mereka berpendapatan sedikit dan mereka berkorban demi kebahagian suami. Takut suami tidak mampu. Peda'ah.

Jarang yang perempuan yang memikirkan anak-anak apabila berlaku masalah akan bercerai. Kepentingan diri mereka menjadi kepentingan yang paling atas.

Biarkan sahaja jika suami kamu mahu bernikah berapa yang dia suka. Mampu tidak mampu bukan masalah kamu. Masalah dia. Nanti di depan Tuhan biarkan dia yang menjawabnya. Masalah biasanya berlarutan apabila kamu rajin mengambil 'kerja' Tuhan.

Kamu mungkin memikirkan saya memihak kepada lelaki. Namun jika kamu mahu berfikir lebih jauh, saya rasa kamu semua akan setuju.

Untuk anak-anak yang akan atau baru menikah, saya katakan: 'Hidup tidak bermula di hari pernikahan kamu. Persiapannya bermula di hari kamu mula berperasaan bukan-bukan apabila melihat jenis yang berlawanan dengan kamu.'


ps: OK airmas, saya dah tulis. Suruh isteri kamu baca. Saya yakin dia akan tandatangan borong itu.

Thursday, August 10, 2006

kurung

Satu kampung tahu yang Azmi, anak Mok Cik Yoh seorang penagih dadah. Dia tidak mencuri (Azmi, bukan Mok Cik Yoh) dan jika mahukan wang membeli dadah, dia akan meminta pada ibunya.

Adalah bertegang-tegang leher sedikit dengan ibunya, tetapi Azmi tidak lah sampai mahu memukul atau berkasar. Dia juga tidak pernah memberitahu ibunya yang dia mahukan wang itu untuk membeli dadah. Berbagai alasan yang di berikan dan Mok Cik Yoh percaya.

Mok Cik Yoh saya rasa adalah menantu Mok Yang Mee yang saya ceritakan dulu. Itu cuma andaian saya kerana dia memanggil Mok Yang Mee 'Mok'. Saya yakin Mok Yang Mee bukan 'mok' dia.

Yang paling sedihnya adalah Mok Cik Yoh amat tidak percaya jika ada orang datang kepadanya dan memberitahu yang anaknya seorang penagih dadah. Mati-mati dia akan mempertahankan anaknya. Walau 2-3 kali dia terpaksa berhutang untuk membayar wang jaminan apabila anaknya itu di tangkap, dia tetap percaya yang anaknya tidak bersalah.

Saya berpendapat yang Mok Cik Yoh tahu anaknya seorang penagih tetapi demi kasih dia cuba menafikannya. Dia semahu-mahunya tidak ingin percaya yang anaknya tergamak berkelakuan begitu.

Begitulah kasih seorang ibu. Seorang bapa juga begitu. Bahkan kadang-kadang bapa mertua juga begitu. Lebih-lebih lagi seorang bapa mertua!

ps: Minta tolong hadiahkan al-Fatehah untuk Azmi, Mok Cik Yoh dan Mok Yang Mee. Keluarga Mok Cik Yoh adalah kalangan termiskin di kampung saya.

Juga al-Fatehah untuk rakan se-esastera kami, Saudara Romy Mohamad @ invisible yang meninggal dunia pada 09/07/06 yang lalu.

" di depannya masjid, di belakangnya mini market ", 786, kamu adalah kawan komen paling cerdik untuk entri yang sudah. Tepuk bahu kamu sendiri, atau jika mahu, suruh saja budak mata kuyu itu melakukannya.

Tuesday, August 08, 2006

kedah

"Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Dulu yang rajin ke hulu ke hilir dengan humvee menangis. Hari ini kamu pula. Jika tengok minggu lepas, kamulah heronya. Terjerit-jerit. Macam rela mati jam tu juga. Hari ini tersedu-sedu menangis.

Sikit-sikit merajuk, sikit-sikit merajuk.Kalau nak berhenti, berhentilah. Tak payah ugut-ugut. Kamu ingat aku peduli. Banyak lagi orang yang sanggup ganti kamu. Tu! Yna sanggup,Amor sanggup. Tata Isko pon sanggup.

Semua macam pondan lahir dengan kote besar. Takde guna . Pembela bangsa konon, harkkhhhhhh! pttuiiiii! "


Demikian tadi petikan dari drama No 5 Persia... eh! Silap.

Demikian tadi petikan dialog drama alih bahasa, Pangako Sa 'Yo.


ps: Klik link di bawah ini untuk mendengar lagu "orang panas" versi yang sangat funky. Musik dan nyanyian si Samsul Zakaria, bakal kawan baik WS Rendra.

http://www.bolt.com/abdullahjones/audio/1858143?cn=STREAM_abdullahjones_audio_large_PAGE1

Friday, August 04, 2006

kain

dari email:

Yo! Bro AJ.

Camna nak tau kalu kite dah buat silap dan apa nak buat?

You Rock!
Adios.

MIMI.

jawab email:

Yo! Yo! Ma!

Macam kamu pakai seluar dalam terbalik. Orang tidak tahu tapi kamu tahu. Dan jika mereka tahu sekalipun mereka tidak peduli kerana orang sekarang ramai yang tidak memakai seluar dalam. Yang telanjang pun ramai.

Apa Nak buat? Pergi cari tempat yang sunyi-sunyi dan segera mentidakterbalikkan seluar dalam itu.

No! I did not berak in the rok!
Angley-angley-ariba.

AJ.


Ishhhh, kadang-kadang rasanya mahu segera pulang dan menetap dan membuka pusat kaunseling dan motivasi di Malaya kerana nampaknya ramai di antara kamu yang bermasalah dan sangat bodoh. Mahu bertambah-tambah kekayaan saya agaknya. Kemudian masuk politik. Kalau UMNO tak mahu, saya masuk PAS. Mana tahu Kalau PAS menang bolehlah saya jadi Menteri Besar Selangor.