Saya selalu bertanya pada diri sendiri mengapa saya masih terus menulis blog. Hendak di katakan mencari populariti saya ini sudah teramat popular. Hinggakan Mat Jan dan Tok Rimau sanggup mencemar duli singgah kemari demi untuk mengingatkan pembaca-pembaca blog mereka yang mereka masih lagi menulis. (Rimau, tahniah atas kelahiran anak baru. Mat Jan, kawini perempuan, satu persatu, jangan kawini kembar siam lima beradik, buta mata).
Nama-nama besar dalam dunia blog juga dengar kata sedang cemas. Kepada mereka saya katakan jangan bimbang. Saya sedia berkongsi populariti saya bersama kamu semua. Saya tidak kedekut.
Jadi sebenarnya, apa yang saya mahu/dapat dari menulis blog?
Dan saya mendapat jawapanya apabila membaca pesanan-pesanan pendek yang di tinggalkan oleh kawan-kawan yang membaca.
Saya amat terhibur apabila membaca catatan-catatan tersebut. Semuanya nampak amat mesra. Ada yang memberi nasehat. Memberi pendapat. Bercerita. Ketawa. Berjenaka dan yang terbaru menegur sambil sedikit marah.Saya juga amat berterima kasih kepada kamu semua . Saya tidak akan berlaku adil jika menulis nama-nama kamu di sini tetapi saya yakin kamu semua tahu siapa kamu.Terima kasih semua sekali lagi. Saya terharu. Amat.
Sumpah, tulisan ini tidak ada metafora tersembunyi, tidak ada sindiran sinis dan tiada kontroversi. Saya ikhlas.
pssttttt! naga, tulisan seperti ini akan mencairkan mereka dan kita akan bertambah-tambah popular. hipis rules!
Saturday, January 14, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Sama-sama AJ.
Sudikah kamu berkongsi populariti kamu dgn saya?
:)
jones...camne ni?..dia dah bagi signal..tapi err..aku tak pandai..isshkkk!
Jones,
Mereka sudah berani menelefon dan ajak aku keluar dating.
Groovy dude!
Ha ha.
Saya juga ingin terus membaca blog mu - jadi teruskan.
hahahahahahahaaaaaaaaaaaaa. Suratmu yang sungguh telus itu sayangnya tak bolos. Datanglah bertandang untuk secawan dua kopi luwak. Sambil-sambil memakan tom yam udang harimau dan menghisap rokok dari kontena.
Lope,
Mulakan dengan Bismillah.
Diteruskan dengan Assalamualaikum.
:)
jones ... boleh buka kelab mencari jodoh ni ... ko nampaknya ada ketokohan...
Salam.
Sebab kenapa orang menulis blog:-
Pertama, si penulis blog itu tiada teman berbicara maka dia berbicara seorang diri di depan pc. Kemudian dia baca komen-komen orang lain - dia sengeh, ketawa, marah. Ada gaya sewel sikit.
Kedua, memang penulis blog itu sewel. Contoh: dia tidak kacak sebenarnya tetapi mengaku dia kacak sekali tiada tandingannya.
Ketiga, penulis blog itu punya dua personaliti. Di alam maya dia Superman, tapi di luar sana hanya supir man yang bernama Suparman.
Sebenarnya, sesiapa saja penulis blog itu, dia telah mengilmukan orang lain. Paling tidak dia menghibur. Syukur.
kalau AJ kata dia ikhlas... saya mula curiga, perlu dibaca tulisannya berulang kali. takut-takut ada maksud tersorok di sebalik kata-kata.. ;)
makkk.. tolonggg.. aku nak kawin dgn abdullahjones... dia kacakkkk..!!
Cool guestbook, interesting information... Keep it UP
Christian colleges ancient hebrew greek wedding dress discounters http://www.software-store-1.info Miniature wedding dresses
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!
Post a Comment