Membaca tulisan zizie mengenai majalah-majalah zaman purba membuatkan saya tersenyum.
Saya di perkenalkan kepada komik Gila-gila oleh Abang Atan. Suami kepada Mah, menantu Jamion.Adik Mah bernama Maziah dan adik Maziah bernama Rozi. Rozi adalah budak cerdik yang bernasib malang. Setelah di pilih melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama penuh dia tidak dapat meneruskan pelajaran disebabkan di serang penyakit yang saya tidak tahu apa. Katanya dia menjadi seakan-akan orang hilang akal.
Abang Mah bernama Sajeri dan adik lelaki Maziah bernama Jani. Sajeri di gelar 'gege' kerana gege semasa kecil. Jani kini pemotong rumput Majlis perbandaran.
Terakhir saya dengar Rozi berkerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit cina. Saya sebaya dengan Maziah. Maziah bernikah dengan Azhar, senior saya di sekolah rendah. Dengarnya dah bercerai. Entah betul entah tidak. Semua diatas kecuali Abang Atan telah lama tidak saya dengar cerita mengenai.Lama benar. Abang Atan ada saya nampak di kedai ekor jika sesekali saya di Malaya.
Dia masih seperti dulu, kehulu kehilir mengayuh basikal ketempat kerjanya di JBA.
Melalut. Maaf.
Sewaktu saya duduk ditangga kayu depan rumah, Abang Atan lalu, saya terlihat buku di kepit di tempat duduk belakang basikalnya.
"Buku apa tu?" tanya saya.
"Gila-gila." jawab Abang Atan. Dia memberhentikan basikalnya.
Saya mengambil komik Gila-gila itu dan membelek. "Pinjam." kata saya.
"Nanti aku habis baca dulu." jawab Abang Atan.
Dan saya mula membeli Gila-gila dari siri kedua.
Kemana agaknya Don dan Kerengge? Saya amat meminati siri Pendekar Mate Tige dan siri Tiga Segi dan Empat Segi. Azman Yusuf terlalu romantis. Zainal Buang tidak kelakar dan Jaffar Taib terlalu MAD. Tetapi mereka semua adalah pelopor kartun Malaya. Penghormatan juga harus di berikan kepada arwah Rejab Had yang banyak membantu pekatun-pekatun baru.
Dari Gila-gila lahir Batu Api apabila Mishar keluar. Kemudian lahir Gelihati.
Kemudian datang Ujang dan segala-galanya hancur. hahahaha.
Atau, kemudian datang Ayie dan segala-galanya hancur. hahahaha.
Atau, kemudian datang Pedang Setiawan dan segala-galanya hancur. hahahaha.
Atau kemudia semua pelukis kartun mahu menjadi Ayie dan segala-galanya hancur.hahahaha.
Al-fatehah untuk Rejab Had dan Rasyhid Asmawi.
Terima kasih zizie.
p/s: ayat yang paling menusuk kalbu saya minggu ini. yang menikam dalam kejiwa saya. yang menghilangkan selera makan saya.yang membantutkan tumbesaran saya. apa sudah saya katakan ianya adalah tulisan yang menikam dalam ke jiwa saya? tak apa, saya katakan sekali lagi. yang menikam dalam ke jiwa saya. aduh. :
"Dolah kalau tak mencarut, guna perkataan lucah dan maki hamun...bukan Dolah namanya...Moga Allah ampunkan kamu Dolah... Jiwa Rasa."
Jiwa Rasa,entri ini untuk kamu.
Thursday, January 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
aku membesar dgn Gila-Gila.
ayah aku beli Gila-Gila sejak keluaran pertama 1 April 1978. tidak pernah miss.
dan kemudian dia beli Batu Api juga. sekejap. dan kemudian Gelihati juga. sekejap. dan kemudian Humor (juga terbitan Creative Enterprise) juga. sekejap.
dan kemudian Dewan Masyarakat (bermula isu Natrah tak silap aku) juga. agak lama. dan kemudian Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa dan Dewan Kosmik (ketiga-tiganya terbitan DBP) juga.
itulah majalah-majalah yg aku baca masa kanak-kanak/remaja. Gila-Gila, Batu Api, Gelihati, Humor, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Dewan Kosmik. majalah-majalah yg ayah beli.
(ayah tak pernah beli URTV untuk anak-anaknya, haha!)
Gila-Gila ayah tak pernah miss langsung. majalah-majalah lain tu ayah beli on/off.
sayangnya, majalah-majalah itu ayah tidak simpan dan arkibkan. setiap tahun majalah-majalah tu dikumpul dan dibawa ke rumah tok. pakcik/makcik sepupu-sepipit pakat ambil sorang sikit.
lepas SPM, aku belajar (A Level) di Cheras. around masa ni lah, ayah berhenti beli Gila-Gila. masa aku kat KL tu, masa tu orang baca Ujang. Gila-Gila dah tak in lagi. masa awal-awal, aku suka jugak lawak merapu majalah Ujang. sebab dia sesuatu yg baru. tapi lama-lama aku boring. aku rindukan balik Gila-Gila. Gila-Gila lawak dia lebih berilmiah dan bermesej.
macam tulisan Adi Alhadi. Pak Sako dan Pak Samad (A Samad Ismail) pun menulis dalam Gila-Gila. Prof Diraja Ungku Aziz pun baca Gila-Gila (dalam keluaran Hari Raya, Pak Ungku ada tulis ucapan dalam Gila-Gila). kira Gila-Gila ni majalah kartun untuk intelektual la, haha!
aku juga suka ruangan lagu parodi oleh Mazemie Maz. antara yang aku ingat, lagu "Sampaikan Salam" (Alleycats) dia buat jadi "Langsaikan Hutang". lirik: Langsaikanlah hutanggg padaku segeraaa... bla bla
Gila-Gila (dan majalah-majalah kartun yang ayah beli) memupuk minat aku menulis humor. masa belajar, aku pernah menulis untuk majalah kartun Rileks. aku dapat kolum tetap. tapi aku sempat buat empat isu saja. majalah Rileks kojol selepas isu ke-13.
lepas Rileks kojol, aku tulis di internet sajalah. (penghujung 1998: beberapa website). (start jun 2000: start buat degree di uitm shah alam, start tu buat blog Jongkang Jongket.)
punca kekojolan majalah Rileks (dan majalah-majalah kartun yang baru) adalah: REFORMASI. majalah kartun yang lama, walaupun hidup, tapi sales jatuh. ya ya, selepas september 1998, majalah kartun tidak in lagi. semua orang mahu baca majalah reformasi. maka tumbuhlah Detik, Tamaddun, Wasilah, etc. majalah Aliran, yang dah wujud sejak lama, tapi tak popular, tiba-tiba dikenali kerana kandungannya yang memang bersifat reformasi.
lepas 10 orang aktivis reformasi kena tangkap ISA, reformasi jadi sejuk. majalah-majalah reformasi pulak kojol satu persatu. dan ada yang "dikojolkan" Akta Penerbitan, contoh: Detik, Wasilah dan Eksklusif.
lepas tu orang baca majalah komik+hiburan macam Gempakz etc. aku tak terikut aliran ni, sebab memang bukan secawan teh akulah komik-komik macam ni.
sekarang ni aku rindu balik Gila-Gila. tapi dah tak semua kedai mamak jual Gila-Gila lagi. tak macam dulu. susah nak dapat. lagi senang dapat ganja.
majalah-majalah Dewan pun susah nak dapat sekarang. dulu-dulu tiap-tiap kedai mamak ada.
majalah kartun mati. majalah reformasi mati. majalah isu semasa (contoh: Massa, terbitan Utusan) mati. yang hidup: majalah hiburan dan majalah seks/tahyul (bersaiz Mastika).
tapi majalah-majalah tu (hiburan dan seks/tahyul) aku malu nak beli, haha! tapi kalau ada kawan yang beli, aku baca jugak :)
(bila sepupu aku Ayi, baca Jongkang Jongket, dia kata: "aku tau pasai apa tulisan hang macam ni. pasai masa hang kecik-kecik dulu, ayah bagi hang baca Gila-Gila!")
sekian, komen terpanjang aku dalam blog Jones :)
zaman aku sekolah; gila2, gelihati dan batu api tak dibenar masuk sekolah. merosakkan bahasa melayu. kononnya.
ketika aku di akhir sekolah rendah, zaman komik hong kong. tak ada arahan tak bertulis melarang komik hong kong masuk. even cikgu disiplin aku pun kelek komik hong kong tu.
hanya bila ada gambar hero buat kung fu tangan budha (mcm dalam filem Kung Fu Hustle), baru cikgu disiplin tu berkhutbah. tapi dia masih kelek komik hong kong juga.
dalam gila2 aku paling suka kartun cinta tak semestinya bersatu. ya si zunar itu yg lukis. simple tapi mendalam. sama macam sekarang. kartunnya simple tapi pedih.
aku juga suka from taiping with love.
Majalah Gila Gila lah yang menimbulkan minat saya semasa kecil untuk membaca. Dan membaca lagi.
MatJan,
Kau lupa sebut seorang lagi. AKULA MD.
Jones,
Kalau pulang ke Malaya. Sekali2 singgahlah di Colmar. Saadon di sana. Melukis muka orang.
Aku? Aku suka baca BACARIA (Ragam Seks Orang Ternama). Ha ha.
AJ saya membesar dgn Gila-Gila malah Gila-Gila keluaran Pertama masih dalam simpanan walaupun keadaannya tak sebaik mana.
Bila saya menjadi AJK Penerbitan utk Buletin Fakulti saya membuat lawatan ke Creative Enterprise di Bangsar.. masih ada dalam simpanan gambar saya bersama arwah Rejab Had.
N3 u kali ni mengimbau kembali kenangan lalu
AJ..
sekarang kerengge jadi pensyarah. bilik dia macam studio. still melukis. aku baru 8 bulan kawan dengan dia
Lupa nak tanya, A Mamud tu jadi ke kawin dengan Mak We dia? Habis orang kampung dah tau dia dok merendek merata-rata.
nazmi,aku suka cinta tak semestinya bersatu.kesian kaduk menanti cinta dari liza.hahaha.
siapa ek pelukis kartun bisu dlm gila-gila dulu?.aku lupa ah.
kartun oleh kartunis long pun orait gak.
yer,gila-gila mmg gerek tapi hancus bila datang gayour!.hahaha
Kenangan bersawa arwah Rejabhad. Itulah yang petama. Itulah yang terakhir. Bertembung di jejantas menuju ke stesen LRT Bandar Tasik Selatan. Aku kenal muka dia. Aku cam dia. Sebab dulu aku gilakan majalah Gila-gila. Arwah tahan aku. Dia nak pinjam telefon bimbit aku. Nak telefon anaknya. Nasib baik ada kredit. Dia kata dia tak sihat nak berjalan kaki balik ke rumah. Hati aku tak sedap. Aku melihat dari jauh hingga anaknya sampai membawanya masuk ke perut kereta. Dan keesokan harinya terpampang berita "Rejabhad meninggal dunia". Ini kisah benar aku. Kenangan yang takkan dilupa.Al-fatihah.
he he..takkan komen sebaris pun boleh menikam dalam kejiwa.
TQ. Saya suka entri ni...
saya mangsa komik hong kong... raja rimba & pedang setiawan disogok dari edisi 1 sampai la sekarang tak pernah habis... dah lebih 10 tahun... tak tau lah dah berapa banyak komik dijadikan koleksi.. ada sesiapa yang nak baca komik, boleh lah singgah ke rumah... koleksi komik hong kong lebih 1 almari.
jap..jap.. dalam gila-gila ke siri 3 dara pingitan? hoho... lupe dah, yang pasti gila-gila dulu disogok oleh bapa saudara.. =D
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. small business liability insurance Baytown cosmetic dentistry infiniti mobile Petite women with hairy pussy Huge dicks litte chicks free pamela anderson topless pics
Best regards from NY! Hummer h2 custom parts call center offshore outsourcing
Looking for information and found it at this great site... » » »
emmm
Post a Comment