Saturday, February 26, 2011
buat-buat hALIM
Namun apa yang berlaku hari ini membuatkan saya mahu keluar dari syarat itu dan menulis tentang ini.
Banyak orang agama di Malaya ini mungkin tidak tahu betapa besarnya sorga yang tuhan jadikan untuk mereka-mereka yang mahu berusaha kearah itu. Lalu mereka pun berebut-lah. Seolahnya tempat disana adalah terhad kapasitinya.
Maka timbul-lah perang sesama pengamal agama.
Dituduhnya si-anu kurang islamik dari si-inu.Dan hanya si-inu yang layak kepada sorga yang pada sesetengah adalah harta waris bapa mereka.
Bergaduh-lah mereka,wahabi mengaku salafi,sunni mengaku duduk ditempat paling tinggi serta syiah memukul-mukul dada mengaku paling utama dan bertepuk tangan-lah setan.
Saya berpendapat,selama mana seseorang itu tidak menolak tuhan serta nabi yang mulia maka selama itu-lah seseorang itu wajip dihormati. Amalan dia biar tuhan yang adil-kan.
Mahu bertahlil-kah dia,mahu ber-qunut-kah dia,hortmati dia.
Satu soalan kepada teman-teman yang anti amalan diatas,datuknenek serta ibubapa kamu dahulu,yang telah mati sebelum kamu mendapat 'hidayah' dan mengamalkan bidaah itu apakah akan dihumbamkan keneraka?
Jika dalam mengingati tuhan serta nabi kecintaan saya serta membina tugu teko sebagai pengantara,mahu dibunuh,kuasa bukan ditangan kita,maka jauhi-lah ia.
*penyanyi paling comot di malaya ini juga menulis pasal tuhan. pergi sini dan baca.
Thursday, February 24, 2011
ironis bangsamu
Kemudian berperahulah kamu ke Tanah Jawa dan cari semua catatan atau jika kamu memang jenis manusia yang rajin,tanya semua 300juta penduduknya tentang pendekar mereka yang kamu gelar Taming Sari,nescaya kamu akan kecewa tentang tiadanya bukti akan ujud dia.
Melayu memang begitu.Suka mereka-reka dan menjaja cerita lalu kemudiannya mereka akan katakan ia adalah fakta yang harus dipertahankan walau dibunuh mati.
Saturday, February 19, 2011
entri yang di bayar oleh Restoran Kak Bedah Ting-ting
Ada benarnya kata-kata dia. Sebahagian besar rakan-rakan kami mati kerana dadah dan yang tinggal kebanyakannya menjadi orang masjid-masjid.
Tadi saya agak terkejut bila masuk saf dimasjid yang jarang-jarang saya pergi dan melihat imannya adalah kawan lama saya.Dua rakan kami (setakat yang saya tahu) termasuk yang tadi menjadi imam masjid dan yang kedua itu pula jika kamu kenal dari jaman mudanya kamu pasti tidak mahu berimamkan dia.hahaha.
Saya melawak. Kawan saya yang kedua itu,ketika remajanya memang hanyut sehanyut-hanyutnya. Tetapi sebelum melangkah keusia yang lebih dewasa,beliau telah merelakan dirinya belajar agama dengan serius. Bertahun-tahun beliau kemerata tempat belajar agama dan hari ini yang ada cuma cemburu kami melihat kesungguhan beliau dalam mengamalkan agama.
Oh! dia paling suka lagu six bladed knife oleh kumpulan dire straits. Jangan pandang rendah imam masjid kamu! Entah-kan lebih hip-hop dari kamu!
Lalu jika saya beritahu kamu seorang penceramah yang terkenal masa kini dulunya adalah anggota kumpulan musik blues bernama The Bastard Blues Band,kamu wajip terkejut.
-bastard pun bastard-lah,jaman jahiliyah, nok wat guane-kata beliau.
Rasanya,begitu-lah putaran hidup. Tidak selamanya kita mahu horey-horey. Wajip ada tempat berhentinya,atau sekurang-kurangnya memperlahankan kerja yang kita rasa penting lalu memberi lebih tumpuan kepada kehidupan yang satu lagi.
Yang kita risau adalah jika dahulunya kita geng masjid-masjid,hari ini kita menjadi penyembah matahari.Kehulu-kehilir mencari sunrise dan sunset untuk difoto misalnya.ahaks.
Apa pun yang kita juangkan,mati kita tiada siapa pun yang boleh tolong selain kita sendiri. Apa guna mahu dikenang sesudah mati?
Untung juga sebenarnya jika kita sempat keluar dari angan-angan mahu menjadi agung.
-berapa tin-kah selama hidup kamu wahai bedah ting-ting,kamu telah membuka tin tamato puri? akak rasa tuhan tak tanya soalan tu jones bila akak mati. takut jugak akak bila fikir-fikir- kata Kak Bedah Ting-ting,tokey restoran makanan barat yang lazat itu kepada saya bila kami berbual tentang hidup yang satu lagi.
Saturday, February 12, 2011
runtun dan lain-lain

Kerana simpati akan kedhaifan kamu,miskin kamu,sengsara kamu bilaman tidak dapat meiliki karya agung Rajawali,kami dengan ini mempersembahkan,T-SHIRT STUDIO RAJAWALI yang pertama!
Murah,bahkan tersangat murah jika kamu bandingkan dengan harga minyak dinegara-negara lain selain Malaya. Kami yang meletakkan harga merasakan seperti memberi percuma jika dikira tenaga,kreativiti dan juga masa yang kami terpaksa luangkan dalam proses pembikinan T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini.
Dan tentunya ianya sangat cantik. padan dipakai oleh semua golongan dalam semua keadaan. Jadi gila agaknya jika kamu tidak memilikinya.
Untuk memilikinya,kamu perlu bayar RM25 kedalam akaun bendahari kami iaitu Nur Najihah Lee Abdullah di MAYBANK 1645 8400 2943 dan maklumkan kepada kami dengan menalifon mana-mana nombor yang tertera di www.rajawaliartgallery.blogspot.com (kami pilih beliau sebagai bendahari kerana beliau adalah cina dan kita tahu bagaimana akrabnya cina dengan duit).
Kami tidak peduli samada kamu datang sendiri atau menyuruh kami menge-pos-kan T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini,Kami tetap dengan harga RM25.

Kami juga tidak mahu memeningkan kepala kamu dengan masalah,jadi kami dengan penuh ikhlas telah memilih warna untuk T-SHIRT STUDIO RAJAWALI iaitu warna kelabu seperti contoh diatas. Mana kamu mahu cari satu kumpulan yang masih hidup dan menjadi lagenda lalu sanggup pula bersusah payah memilih warna yang sesuai untuk kamu?
T-SHIRT STUDIO RAJAWALI yang pertama ini bakal menjadi collector's item dan tidak salah jika kamu beli dan bingkaikan. Jika kamu mahu semua ahli kumpulan hebat ini menandatangani T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini,dengan penuh rasa menolong sesama insan kami akan melakukannya.
Ayuh! jangan berlengah lagi,entah esok lusa sudah kiamat. Bertaubat-lah dan beli T-SHIRT STUDIO RAJAWALI dengan segera!
Sunday, February 06, 2011
dua yang meruntun-jiwa

Ini Abdullah Hamdan atau lebih dikenali sebagai Acai.
Agak rasis bunyinya memanggil seorang lelaki melayu yang berkulit gelap dengan panggilan nama yang biasanya dikhaskan kepada kaum cina. Namun,kita kini duduk dalam negara yang meng-hero-kan penghapusan bangsa-bangsa asal dan diganti dengan satu bangsa yang direka demi sevival politik,maka panggil apa sahaja kepada sesiapa pun,akan dimaafkan.
Atau dibawah tulisan ini akan diletakkan glosari bagi menjaga hati. Penghinaan kepada karya,jika kamu tanya saya,namun,politik begitu-lah,hulur apa yang dimahukan oleh pemilih dan kamu akan kekal berkuasa.
Acai adalah lelaki yang mensia-siakan kehidupan seninya dengan memberi terlalu lebih tumpu kepada agenda hatinya atau kamu boleh baca sebagai -Acai terlalu asyik mencari cinta- dan juga membuang masa memasak dan menunggu pujian hasil dari airtangannya itu. Ya,benar masakannya mendapat pujian hingga ke Muar sana namun Acai lupa yang pujian tidak membolehkan talifonnya di-topap.
Saya mengenali Acai sewaktu beliau bertugas dengan Balai Seni Lesu Negeri Pahang. Ketika itu beliau adalah Penolong Kurator dan juga tukang sapu,tukang potong rumput,penyambut tetamu,penghapus anai-anai,tukang halau monyet,tukang bercakap dengan jin,tukang jawab talifon dan juga tukang kena marah. Semua tugas itu dilakukan dengan penuh ikhlas atau jika kamu suka, boleh saja kamu katakan yang beliau kadang-kadang dibayar gaji dan banyak kadangnya beliau langsung tidak dibayar gaji.
Nasib yang sama juga sedang dialami oleh petugas di Balai Seni Lesu Negeri Pahang ini, dibawah pimpinan Dato Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Sumber manusia yang sangat dihormati itu. Khabarnya sudah 9 bulan belum dibayar gaji.
-pasir cicah kicap sedap jugok jones,kata petugas itu kepada saya kali terakhir kami bertemu.
Jika kamu kenal atau terbertemu dengan Dato diatas,beritahu beliau STUDIO RAJAWALI kirim salam dengan ucapan, kalau ada projek,pas-pas-lah kepada kami.
Acai kemudiannya dengan rela menganggotai Studio Rajawali.Bayangkan! STUDIO RAJAWALI menyambar pekerja BALAI SENI LESU NEGERI PAHANG.Kami memang terrer.
Beliau antara pelukis hasil didikan pelukis terkenal dan juga presiden SENIKA iaitu Persatuan Seni Lukis Dan Seni Reka MELAYU Pahang, En.Shaimy Hashim.
Dan kami di Studio Rajawali mengakui yang jika Acai tidak sibuk melayan jiwa dan memasak sedap-sedap,beliau adalah pelukis yang sangat hebat. Kami sangat berharap Acai akan lebih menumpukan kepada seni lukis lebih dari menumpukan kepada kerja sia-sia itu tadi.
Jika The Beatles ada Yoko Ono dan Nirvana ada Courtney Love,Studio Rajawali ada Nur Najihah Lee Abdullah, pengamal kitar semula tegar.
Sebelum menjadi guru dan pelukis,beliau boleh dilihat dilorong-lorong belakang pasaraya-pasaraya,mengutip kotak kertas untuk dijual. Dan beliau juga pernah merakam suara kepiring hitam. Jika kamu terdengar jeritan-mai jiu bao zhi- dari lori surat khabar lama dikawasan kamu,besar kemungkinan suara dari pita itu adalah suara beliau.
Dimasa lapang beliau gemar memanjat pokok.
Dibawah adalah antara karya beliau yang amat birah dan gatal yang akan dipamerkan dalam pameran RUNTUN yang akan diadakan di STUDIO RAJAWALI bermula jam 2:30 petang pada 12/02/11 bersama Abdullah Hamdan.
Acai tidak membenarkan kami merakamkan karya terbaru beliau. Nak bagi suprise,kata beliau. Rahsia sebenar adalah kerana beliau belum siap melukis.Sibuk melayan kekasihnya yang banyak itu barangkali. Jika kamu adalah kekasih beliau ketika ini,sayugia diingatkan yang kamu bukan satu-satunya kekasih beliau.
kami dengan rendah hati ingin menjemput semua untuk hadir pada hari tersebut. Tidak ada maki-makian jika kamu tidak datang cuma kami akan mengambil kedatangan pada hari tersebut.
Ianya sebagai panduan kepada kami untuk menilai siapa kawan dan siapa sahabat dan juga sebagai ingatan kepada kamu siapakah yang akan kami beri untung kelak bila kami telah terlalu kaya.
Kumpulan jurugambar yang biasanya banyak memberi sokongan kepada kami juga dijemput hadir. Kami sayang kamu.ahaks.
Thursday, January 27, 2011
ajar cikgu ghani
Sebenarnya,Cikgu Ghani (gambar bawah) memang stylo. Waktu persekolahan,rambut afronya tampak amat kemas.Bila beliau datang untuk aktiviti sukan, afro-nya menjadi sangat ranggi kerana segala jenis sepit rambut yang dipasang waktu persekolah akan dilepaskan. Rambutnya akan mengurai sampai kepinggang.
Kami panggil beliau Mat London kerana semasa mula-mula masuk ke kelas kami,beliau meminta semua memperkenalkan diri. Beliau belum lagi mengenalkan diri beliau waktu itu.
Bila sampat giliran Ahmad Faris,satu-satunya pelajar dalam sejarah Malaya yang membawa pistol (bapanya) kesekolah bagi mengugut guru yang memarahi beliau, Cikgu Ghani pun berkata; ooooo Mat Paris,hah! saya Mat London dan kekal-lah nama itu sehingga kami habis sekolah.
Beliau mengajar seni lukis dan amat garang. Waktu disekolah,kami tidak suka beliau. Saya sendiri pernah dihempat dengan buku rekod beliau dikepala semasa berbaris masuk kelas hanya kerana saya mengatakan;pagi selamat cikgu semasa saya bertemu beliau diluar sekolah!
Itu pun nak marah sedangkan beliau guru lukisan bukannya guru bahasa!
Dan cuba kamu bayangkan, pernah sekali ketika bertekak,beliau telah mencabar kami. Kata beliau; kalau tak puas hati,kita jumpa luar. Kamu bawak geng kamu.saya bawak geng saya.Kita lawan.
Jika hari ini ada cikgu yang berani berkata demikian,wajip jadi berita utama semua media tetapi kami sebagai murid jaman itu dan seperti semua tahu,murid jaman itu mempunyai jatidiri yang amat kental lalu kami pun menyahut seruan Mat London itu.
Setelah dikenalpasti waktu dan tempat,kami pun bersiap-sedia. Kami waktu itu semuanya pendekar jadi senjata bukan pilihan. Kami lebih berbangga dengan tulang empat kerat anugerah tuhan.
Lalu berkobar-kobar-lah kami menunggu harinya bila kami akan membelasah Mat London.Harus diingat,kami sebelum ini belum pernah memukul guru maka keluh kesah semestinya. Ada yang mahu menarik diri tetapi setelah dipujuk (diugut sebenarnya) kembali masuk dalam perancangan.
Kami sudah berbincang dengan geng kami dari luar dan mereka semua setuju untuk turut serta. Geng luar kami adalah lepasan sekolah yang tidak lepas sekolah.
Tiba harinya,kami pun berangkat ketempat yang dijanjikan. Kami sudah bersedia untuk lebam-lebam. Juga kami telah merancang jika berlaku patah anggota,bomoh mana yang akan kami tuju untuk usaha baik pulih.Membunuh beliau tidak pernah ada dalam perancangan kami. kami sekadar mahu ajar Cikgu Ghani.
Tiba ditempat yang dituju,kami tergamam. Rupanya,geng kami adalah juga geng Mat London! Pundek sungguh. Kami kansel acara bergasak dan menukarnya kepada acara minum-minum. Setelah itu kami semua ke panggung wayang gambar REX untuk menonton cheap matinee. Cikgu Ghani ikut serta. Beliau juga yang membayar harga tikit untuk kami semua.
Lama selepas sekolah,saya berhenti sembahyang di satu masjid di Maran,Pahang dan disitu saya terjumpa dengan Cikgu Ghani. Beliau masih kenal saya. Kami berbual agak lama. Beliau masih afro sedangkan saya err..tidak.
Beliau kini mempunyai beberapa ekar ladang getah dan masih melukis. Beliau juga kadang-kala mengambil upah membuat papan tanda.
Itu baru kisah Cikgu Ghani,belum lagi kisah Puan Zainab Bee Ismail yang selalu digigit tebuan bila datang kesekolah pada hari Jumaat. Dengarnya Puan Zainab Bee kini bergelar Dato dan mengajar disebuah sekolah di Kuala Lumpur. Rindu benar saya kepada beliau. Kamu kenal dia?
-ini pula interlok versi jaman saya.saya tulis tahun 2007.
-sinaga-naga juga sedang bernostalgia- cuba kesana dan baca.
Gajah dalam tulisan lama saya itu meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kanser darah.
Tuesday, January 25, 2011
kawan sebenar adalah lawan sebenar.sabar sebenarnya susah.ahaks.

Selepas dari itu,saya tidak pernah mendengar siapa pun mengatakan yang saya ini kawan baik sesiapapun. Rindu benar ingin mendengarnya.(baca dengan nada sayupilu)
Saya faham,bukan senang untuk berkawan dengan saya yang banyak kelebihan ini.Namun jika kamu sanggup memikirkan yang semua,apa sahaja yang ada,adalah ujian kepada kehidupan kita semua, maka kamu akan redha dengan kejadian saya dan akan seperti selalu ,sentiasa tersenyum. Seperti kata pepatah,tidak-kan lari gunung dikejar,tidak dapat panjat hari ini,selagi belum kiamat dan kerajaan belum sangat tamak,gunung itu insya ALLAH akan ada disitu
Dan,cuba fikirkan gunung-gunung yang telah kamu panjat sebagai hiburan kepada hati yang meradang itu. Pandang saya dengan kasih dan kasihan. Insya Allah kamu dan saya masuk sorga.
Hari itu,selepas zohor, saya terserempak dengan Kasween,kawan sekolah. Timothy dah meninggal,beritahu dia kepada saya. Meninggal di Johor,sakit jantung. tambah Kasween .Timothy meninggal pada 30Dis.2010. Saya mendapat berita dua minggu selepas itu.
Sedih hati saya bila mendengarnya. kawan yang berpuluh tahun tidak berjumpa,alih-alih hanya mendapat khabar telah tiada.
Mungkin kerana itu, kebetulan kerja di luar kawasan,saya menghubungi Yan Aswad,junior kami semasa disekolah dan menyarankan agar kami berjumpa dan minum-minum. Yan menghubungi beberapa kawan dan bertemulah kami . Kami rapat semasa disekolah dan menjadi sibuk taktentupasal selepas itu. Tahu dimana semua ada,tapi masa dan malas tidak menemukan kami sehingga-lah malam semalam.
khairol kucing.yan aswad.joe fendi.nobi.azmi toyol.shahreezaTimothy baik orangnya. Tidak bercakap banyak,seperti saya juga (waktu itu) yakni sebelum saya tahu yang saya ini sangat handal orangnya. Beliau berdiri dibarisan tengah no 5 dari kanan dalam foto kelas kami diatas sana. Waktu itu kami ditingkatan 3.
Tuesday, January 18, 2011
tunjuk hebat
Dan kamu jadi penyibuk bertanya,siapa min?siapa min?
harap
harapnya diwaktu ini
ada sebuah lagi
planet bumi
yang serupa ini
yang berpusing keliling matahari
harapnya disana
ada aku ada engkau
yang satu lagi
dan disana kita saling cinta
menyintai
sunday/12april/2009
Thursday, January 13, 2011
iklan perkhidmatan
Tetapi,setelah melihat market mengambil gambar pasangan yang dilamun cinta, gambar majlis pertunangan,pernikahan,mengandung dan gambar kelahiran anak pertama,saya menjadi sedikit insaf. Saya tahu mereka berkerja keras untuk merakamkan saat-saat manis pasangan yang harapnya bahagia sehingga mati dan kerja suci mereka ini amat harus diberi penghargaan yang paling tinggi.
Namun saya merasa banyak jurugambar-jurugambar ini lupa satu saat yang paling penting yang amat perlu dirakamkan.
Untuk itu, saya dengan ini mengistiharkan diri saya sebagai jurugambar persetubuhan halal pasangan yang baru bernikah. Kamu semua tahu betapa handalnya saya dalam mengfoto dan jesteru,saya yakin kamu semua tidak akan kecewa.
Saya juga akan menyediakan khidmat memaparkan gambar-gambar berkenaan di facebook saya. Ya,saya akan ber-facebook kembali sejurus mendapat pelanggan pertama. Apakah lagi kebanggaan selain dari meletakkan gambar-gambar paling intim untuk dipertontonkan kepada umum?
Saya juga berjanji untuk hanya menumpukan kepada khidmat ini demi menjaga kualiti kerja saya dan harga yang saya sediakan insya allah akan sentiasa lebih rendah dari pesaing.
Kepada pasangan pengantin lama,yang bernikah pada era SFB (sebelum facebook) dan terkilan kerana tidak dapat mengabadikan gambar intim mereka,saya juga sedia melakukannya walau pun terpaksa muntah hijau melihat aksi mereka. Ini sumbangan ikhlas saya dalam menghubungkan insan sesama insan agar hidup manusia sejagat lebih bererti.
Untuk menempah khidmat saya,sila hubungi rakanniaga saya; Tinta Creative di nombor 019-930-9995 dan minta bercakap dengan si abang lawa Saudara Wanoridz,dia pakar dalam bab aksi-mengaksi.
Jadi-lah pelanggan pertama abdullahjones dan dapatkan diskaun istimewa!
Monday, January 10, 2011
lapuran pameran foto berjudul ALAM
Kami melakukan pameran hanya dengan niat untuk memberitahu seluruh alam betapa kami ini sangat handal.Dengan bujet yang teramat sedikit dan kerjasama yang teramat banyak,lalu kami pun mengabdikan diri kepada seni,kununnya.
Geng Maskara tahu apa yang kami rasa.
Mereka-mereka yang terlibat dalam menerbitkan majalah seni nombor satu Malaya,SENTaP mungkin boleh faham situasi kami. Jika kamu belum mendapatkan majalah SENTaP yang terkini dan terlibat atau tidak dalam dunia seni,kote kamu 2inci.
Sila ke http://sendawamalaysia.blogspot.com/ untuk beli.
Kami bukan sahaja mengadakan pameran untuk ahli,bahkan kami mengundang siapa sahaja yang mahu berkerjasama untuk datang berseni bersama kami. Malang sedikit kerana jika kamu belum meminta tarikh untuk berpameran,kamu perlu menunggu sehingga Januari tahun 2012 untuk mempamerkan karya kamu distudio kami.
Baru-baru ini kami telah mengadakan pameran foto yang pertama. Walaupun memandang rendah terhadap semua jurufoto (kera cacat akal jika diberika kamera sekalipun akan boleh mengambil gambar,kata sesetengah orang. Kebanyakan pengfoto adalah seperti kera yang cacat akal,kata kami)
abdullah hamdan sedang memarahi abu yusof tanpa sebabPameran foto berjudul ALAM ini disertai oleh jurufoto-jurufoto dari seluruh Malaya.Awalnya,jurufoto diminta menghantar gambar untuk pemilihan. Kami menerima terlalu banyak penyertaan namun setelah diasingkan kera cacat akal dan tidak,kami memilih 30 gambar foto untuk dipamerkan. Kerja-kerja pemilihan dilakukan oleh DR.Jamal Rahman,penunggang basikal rekreasi profesional sepenuh masa yang diwaktu senggangnya pergi mengajar di Universiti Islam Angtarabangsa cawangan Kuantan dan juga dR.Ali,jantan alpha dalam hiraki kumpulan kera cacat akal.
tetamu yang datang dari kuala lumpur Setelah pemilihan, Abdullah Hamdan,lelaki paling moody didunia yang sering dilanda angin lintang tidak tentu masa dan kadang-kadang melukis telah sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk mengantung karya-karya (saya kata karya,tapi,foto?karya? seperti memanggil batu sebagai intan rasanya) tersebut.
Seperti biasa,walaupun melakukan kerja dengan perbagai alasan yang mungkin akan membuatkan kamu seperti ingin menggigit telur beliau walau pun kamu tidak gay dan tidak ok,kami merasakan beliau memang selayaknya diiktiraf sebagai tukang pamer karya yang paling baik yang pernah kami temui.
liew WK turut hadir
DR.Jamal Rahman (kopiah putih) memberi penerangan.kepala jarang Shahreen ditengah fotoPameran foto berjudul ALAM boleh dikatakan sebagai antara pameran yang paling berjaya setakat ini distudio kami. Dengan tetamu yang datang dari seluruh Malaya dan juga ada satu rombongan kecil dari Singarura yang diketuai oleh Puan ELLA ANDY (terima kasih kerana sudi datang dari jauh puan,terima kasih teramat banyak).Tambahan pula dengan kehadiran pelajar-pelajar madrasah hafiz yang berhampiran,kesombongan kami seperti terpijak. Kami harap boleh bangun dan sombong kembali dalam masa terdekat.
pelukis terkenal,stephen menon hadir di pameran ALAM. bertudung yuna dan berbeg sandang serta kelihatan amat garang itu adalah Raudzah,si ibu tinggal.Harus diingat yang Rajawali Art Group bukanlah satu perkumpulan yang berteraskan keuntungan. Biasanya,kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapa yang ingin berpameran ditempat kami dan juga kami tidak juga mengambil sebarang peratusan dari hasil jualan.Apa yang kami mahu adalah komitmen dalam berpameran.Jika kamu berpameran ditempat kami,cuba tunjukkan kesungguhan. Kami sediakan tempat dan sedikit promosi yang termampu. Kamu bertanggungjawab untuk membawa siapa yang kamu fikirkan patut. Tergantung kepada niat kamu berpameran.Jika kamu mahu karya kamu terjual,maka cari pembeli. Kerana kami tidak memikirkan keuntungan apabila berpameran,maka kami tidak mahu dipertanggungjawab dalam memasarkan karya kamu.
Pameran foto berjudul ALAM menjadi pameran yang berjaya jika jumlah karya yang terjual diambil sebagai tandaras. Rekod jumlah wang yang dikumpul dalam satu pameran masih dipegang oleh Abu Yusof.
antara karya yang dipamerkanTerima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam pameran ini.Dan kepada tetamu yang hadir memberi sokongan,kami dengan rendah hati berterima kasih atas kesudian tuan-puan kemajlis kami.
Untuk pengetahuan sekali lagi,kami mengadakan acara sebegini setiap bulan dengan RUNTUN,pameran lukisan karya Abdullah 'Acai' Hamdan,lelaki paling moody didunia yang hanya tahu apa yang dia rasa tanpa peduli perasaan orang lain dan Ahsoo Nur Najihah Lee Abdullah,cina gila yang paling susah dikawal pada 5Febuari 2011 akan datang.
Kami beranggapan RUNTUN adalah pameran yang paling ditunggu-tunggu dek kerana dua pelukis ini adalah antara pelukis yang paling hebat pernah dikeluarkan oleh studio kami.Sila pastikan kamu hadir dipameran mereka.

antara taliban yang hadir. ketua kera cacat akal berkemeja tee dan berkopiah.
ps: sila cari kami di facebook untuk mengetahui tentang aktiviti kami. cari rajawali art group.
Tuesday, January 04, 2011
keluhan dan luahan hati seorang jejaka paling romantis abad ini

1.Betul,saya kaya,sombong,kacak dan pendek namun setelah membuat muasabah diri,saya dapati saya tidak pernah seumur hidup menggunakan perkataan ini sebagai maki-maki kepada sesiapa atau apa-apa-pun.
Bila difikir balik,saya memang tidak pernah memaki sesiapa sebenarnya. Baik juga orangnya saya ini rupanya.Betuah Mok saya dan beruntung mentua saya.
Dan jika Mok saya tahu saya menggunakan perkataan ini,dia akan cili mulut saya.Kamu wajip tahu yang saya anak kesayangan (atas sebab-sebab yang tidak ada pada kamu semua) dan tentunya saya tidak pernah dijentik oleh Mok hatta sekalipun.Pernah satu ketika semasa saya berusia 17tahun,seekor nyamuk telah mengigit saya dan ia dilihat oleh Mok. Seperti kerasukan Mok menangkap nyamuk berkenaan. Disiat-siatnya serangga yang berdosa itu dan dibekukan didalam peti sejuk (pertama dikampung saya) dan disimpanya berhari-hari. Saban hari Mok akan membuka peti sejuk dan mengeluarkan nyamuk berkenaan lalu dimarahnya seperti baru semalam nyamuk berkenaan menggigit saya.Namun maki-maki terutama perkataan ini adalah biadap yang tidak akan dimaafkan oleh Mok saya.
Ini perkataan jahat Melayu. Perkataan paling hina. Akan jatuh kelembah melarat paling bawah bangsa melayu jika di-maki menggunakan perkataan ini.
Lalu apabila dR.Ali memberi tahu saya yang -esok harga minyak naik lagi- sepontan terkeluar dari mulut saya:
BABI!
BABI!
BABI!
Tiga kali saya mengucapkan perkataan itu. Dan dada saya terasa sangat lapang. Lalu saya ingatkan diri saya untuk sentiasa memaki-maki. Terapi barangkali. Padan-lah ahli parlimen Malaya gemarkan maki-hamun.
Setelah itu,saya ke stesyen minyak untuk mengisi petrol,kebetulan memang minyak kereta saya hampir habis.
2.Pada hari sabtu ini,bersamaan dengan 08/01/11,bermula jam 2.30petang,Studio Rajawali akan mengadakan pembukaan pameran foto berjudul ALAM.
Kami dengan ini menjemput semua datang untuk memeriahkan pameran ini. Ianya diambilbahagian oleh jurufoto-jurufoto terhandal masa kini dan Nurhasanah Mazalan.dR.Ali dan DR.Jamal Abdul Rahman adalah bertanggungjawab atas pemilihan gambar foto yang bakal dipamerkan.
Saya tidak diminta menghantar foto hatta untuk dipertimbangkan oleh dR.Ali.Saya rasa dR.Ali tidak suka saya.Saya rasa saya tidak berdosa apa-apa-pun dengan beliau.Saya sangat sedih.
Thursday, December 23, 2010
saya ok
Lelaki-lelaki yang tidak suka kepada tulisan saya tidak langsung saya pedulikan kerana saya tahu mereka berkote kecil dan dengki. Yang suka pula biasanya terdiri dari mereka-mereka yang kurang-daya -yakin- diri dan hanya mahu menumpang ke-gah-an saya.
Samada kamu percaya kepada tuhan atau tidak,bukan masalah kepada saya atau semua manusia kerana semua pun akan pulang kepada tuhan yang itu. Kamu cuma perlu berusaha untuk tidak mati agar tidak bertemu dia.
Lagi-pun,cuba kamu pejamkan mata dan bayangkan saya sedang menyetubuhi dR.Ali. dR.Ali mungkin suka tetapi tuhan tidak dan tidak-kah trauma seluruh alam namanya itu.

ps: dijemput semua datang ke BALAI SENI LESU PAHANG pada 28/12/10 seperti yang tertulis pada poster diatas. Kolej Cosmopoint dengan sedikit kerjasama dari RAJAWALI ART GROUP akan mengadakan pameran seni lukis.
Perasmian akan diadakan pada 28/12/10 jam 10pagi oleh YB SHAFIK FAUZAN.
Wednesday, December 22, 2010
Sunday, October 24, 2010
kemaskini
harap maklum.

(poster terbaru karya Meor Lantera di Ipoh sana. Gua tak tahan tengok poster Raju Sukairi buat-kata Meor)
1.Sedikit kemaskini mengenai Pameran 'art under 500'.
Terbaharu,beberapa rakan pelukis dari Kuala Lumpur terutama Kumpulan Pelukis Jalan Conlay telah bersetuju untuk mengambil bahagian dan juga beberapa rakan lain,juga dari Kuala Lumpur, bersetuju untuk hadir.
Perghhhhhh! kolompo tu!
Untuk makluman, sebarang penyertaan mesti sampai kepada kami pada atau sebelum 01/11/10 bagi.
2.Berikut pula adalah acara-acara yang dirancang setakat ini di Studio Rajawali;
i. 06/11/10- art under 500
ii. december 2010- pameran solo pelukis munif mohd. nor.
iii. january 2011- pameran fotografi oleh Kumpulan Luarbiasa dan rakan-rakan.
iv. febuary 2011- pameran duet oleh abdullah-butaseni-hamdan dan nur najihah lee.
v. march 2011- pameran solo oleh pelukis zakaria adam.
vi. april 2011- pameran pelukis lama pahang; shaimy hashim.osman limat. haji aman. cikgu mat nor .
vii. may 2011- pameran kumpulan pelukis Istana Budaya.Kuala Lumpur.
3. Saya tahu setelah membaca senarai acara diatas,kamu akan tertanya-tanya bila-kah pula giliran saya berpameran. Maka sayugia saya cadangkan kamu semua yang miskin hina itu untuk melihat cermin muka kerana kamu semua sedia maklum yang kamu tidak mampu untuk memiliki karya agung saya. Jadi dari membuang masa berpameran untuk kamu,adalah lebih molek sekiranya saya duduk saje.
4. Pelukis-pelukis Studio Rajawali hanya akan mula berkarya pada 07/11/10 untuk pameran 'art under 500' kerana mereka sudah teramat kaya kecuali Sukairi Shahri. Beliau mula berkarya untuk acara tersebut sejak tahun 1984 lagi. Jika kamu orang Pahang, kamu akan mengatakan yang beliau adalah seorang yang selork kere.
5.Menyebut fasal Sukairi Shahri,pengurus kami yang perlu kamu hubungi jika kamu berminat menyertai mana-mana acara kami, maka hari itu saya telah mencadangkan kepada beliau agar mereka sebuah poster bagi tujuan mempromosi acara 'art under 500'.
Cadangan saya mudah sahaja.
Pertama,saya mahukan ayat; mixed bag of artist with mad mixed of arts. everything under rm500.miss it and you'll die standing dimasukkan kedalam poster berkenaan.
Kedua: Gayakan poster tersebut seperti poster yang direka oleh kaum india. jika perlu letakan pokok pisang,sila.jika mahu letakkan daun mempelam,sila. dan meriahkan dengan warna-warni.
Itu sahaja yang saya cadangkan untuk poster berkenaan.Mudah bukan? Tetapi Sukairi Shahri ini jemur kain tidak kering orangnya (baca:lammimbaba).
Maka lahirlah karya maha agung sang pengurus berkote kecil ini.Sila lihat dibawah. Segala penambahan ayat selain yang saya cadangkan diatas adalah hasil dari tipudaya otak Sukairi Shahri dalam usaha untuk memalukan diri sendiri dan juga kami di Studio Rajawali.

Sekarang,katakan kepada saya yang poster yang direka oleh beliau adalah tidak bodoh.Poster rekaan beliau saya tolak sambil menghina peribadi beliau dan mereka sendiri poster yang kamu lihat disebelah kanan sana.
Kolej Shahputra Kuantan,terutama COO-nya ,Encik Hisyam Rahman patut memikirkan sedalam-dalamnya perihal mengekalkan Sukairi Shahri sebagai pereka grafiknya.
Mentelah pula Encik Hisyam Rahman akan berangkat ke tanah suci awal bulan hadapan.Berdoa-lah agar Encik Hisyam Rahman mendapat petunjuk yang benar.
Selamat berangkat Encik Hisyam Rahman.Semoga mendapat haji yang mabrur.Doakan kami semua mendapat keredhaan tuhan dalam apahal sekalipun minus Sukairi Shahri.
Roast Goat korok keringmu.
6.Bersempena dengan pameran 'art under 500' Abu Yusof yang berkelulusan pentakbiran ladang dan bukannya kepandaian membuat grafik kelas pertama seperti Sukairi Shahri telah bekenan mereka design untuk kemeja tee.
Sila lihat contoh dibawah.
Jika ada diantara kamu yang berminat,sila email beliau di silangbunga@yahoo.com untuk keterangan lanjut.

7. Gambar paling atas yang menjadi header blog ini di ambil oleh Matahati,seorang penyair dan penulis yang hebat dan kadang-kala memandu teksi.Beliau tidak-lah berapa kacak.
Wednesday, October 13, 2010
sukairi shahri; pengurus baru studio rajawali

Izinkan kami memperkenalkan Sukairi Bin Shahri IC 740201 09 6119,pengurus baru studio kami bagi menggantikan Engku Amir.
Seperti kamu,Engku Amir juga akan mendapat tahu mengenai keterberhentian beliau melalui tulisan ini.Talifon beliau selalu rosak.
Anak kelahiran Pekan,Pahang ini kini bertugas sebagai pereka grafik untuk Kolej Shahputra,Kuantan.
Sebelum ini,beliau pernah bertugas dengan akhbar Harakah,namun setelah bertaubat,beliau meninggalkan akhbar berkenaan.Barisan partai politik yang memerintah Malaya patut memberi perhatian khas kepada beliau kerana kami yakin beliau banyak menyimpan rahsia pihak Harakah dan seperti yang kami semua tahu,beliau sangat tidak boleh menyimpan rahsia. Dibayar atau tidak.
Bapa beliau Imam masjid dan penyokong Harakah. Kami baru mendapat berita yang bapa beliau kini tidak mengakui beliau sebagai anak kandung. Kemana-mana pergi, bapa beliau akan mengatakan yang Sukairi Shahri adalah anak angkat beliau.Ia sebagai simbol betapa terbukanya orang Harakah menerima pembelot.
Sukairi Shahri memegang rekod sebagai satu-satunya ahli Studio Rajawali yang lukisannya dipulangkan setelah dibeli. Walau pun ia kerana sebab-sebab teknikal dan membawa malu yang teramat besar kepada studio kami,demi polisi semasa memulakan studio ini,iaitu,menerima siapa sahaja,berdosa atau tidak,huduh atau kacak,kami telan juga keaiban itu.
Terbaru,lukisan beliau dibeli oleh DYMM Sultan Ahmad Shah,Sultan Pahang.
Salah satu ciri penting kaum yang dilahirkan di daerah Pekan,Pahang adalah Melayu. Dan Melayu Pekan biasanya bermusuh dengan alam.Mungkin ada sejarah yang tidak kami ketahui mengenai permusuhan itu.
Sebagai contoh,jika kamu berjanjitemu dengan mana-mana orang Pekan,walau sudah tepat masa yang dijanjikan dan orang Pekan itu juga sudah bersiap sedia untuk memenuhi janjitemu itu, alam akan segera menjadi marah. Hujan,kilat dan halilintar akan bermaharajalela,bumi akan terbelah,banyak manusia akan menderita kehilangan dan ini akan secara tidak langsung akan mengendalakan janjitemu kamu dengan mana-mana orang Pekan. Dan ciri ini sangat tebal pada diri Sukairi Shahri.
Pernah sekali kami berselisih semasa memandu dan beliau memberikan isyarat mengajak minum di restoran yang hanya satu minit jarak dari tempat kami berselisih.
Saya bersetuju dan segera ke tempat yang dijanjikan. Tiga jam saya menunggu namun dia tidak kunjung tiba. Lama kemudian datang pegawai polis mengatakan yang beliau dipanah petir.
Jadi,nanti jika kamu mahu berurusan dengan kami dan Sukairi Shahri adalah pegawai yang bertugas,bersedia-lah untuk memaafkan beliau.
Dengan perolehan oleh Baginda Sultan dan juga segala kecekapan beliau dalam menjalankan tugas di studio,kami dengan ini menganugerakan gelaran PELUKIS DI RAJU PAHANG kepada beliau. Beliau kini boleh menggunakan DEI RAJU dihadapan nama beliau.
Berkat kerja keras,hari ini beliau dilantik sebagai pengurus dan kami seluruh anggota Kumpulan Rajawali mengucapkan syabbas kepada beliau.
Sebarang pertanyaan mengenai kegiatan Studio Rajawali boleh-lah diajukan kepada beliau. Berikut adalah nombor talipon dan juga emel beliau;
tel -014 8484 010
emel -agoradigit@gmail.com
Sekali lagi kami di Studio Rajawali mengucapkan tahniah kepada Sukairi Shahri diatas perlantikan ini. Semoga studio kami akan lebih maju dibawah pengurusan beliau.
Thursday, October 07, 2010
Monday, October 04, 2010
buta kerna cinta
Silat practitioners third line of nation's defence - Najib
Sunday, October 3rd, 2010 10:48:00
KUALA LUMPUR: Practitioners and members of the silat martial arts can be regarded as the third line of defence prepared to safeguard the nation's sovereignty from enemies, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said yesterday.
He said the military and the police were the first line of defence while the Territorial Army was the second.
Semasa membesar,kita banyak lakukan perkara bodoh terutama ketika dalam cinta.Kita berjanji itu ini dan kita keluarkan kata-kata manis agar cintahati itu jatuh terpedaya demi untuk memiliki.
Kita rahasiakan kata-kata ini dari kawan terdekat.Bimbang mereka tahu dan kita bakal malu. Ini bisikkan atas katil,gurauan suami dan isteri yang khusus untuk mereka berdua.Haram dihebahkan kepada dunia.
Untuk menjeritkan kata-kata bodoh ini dihadapan beribu manusia demi untk memenangi hati mereka adalah ultimate-kebodohan. Lupa agaknya mereka kepada apa yang berlaku kepada para ninja dan samurai di Hiroshima dan Nagasaki dulu.
Silat? yeah,come lick my balls.
Tuesday, September 28, 2010
radzuan yangku kenal

-kalau maghi nok duduk ssaje,baik dok payoh maghi- kata saya pada Radzuan seminggu selepas saya kenal dia. Dia datang ke Studio Rajawali setiap malam setelah kami berkenalan disatu seminar seni lukis.
Esoknya, dia datang dengan peralatan dan mula melukis. Radzuan adalah pelukis pertama yang menyertai saya di Studio Rajawali.
Dia kemudiannya dengan rajin datang hampir setiap malam untuk berkarya. Lama sebenarnya dia bercuti dari melukis sebelum adanya studio kami. Dibawanya karya-karya lama beliau untuk dipamerkan distudio kami dan semasa awal penubuhan studio ini,karya-karya beliau sangat mendapat perhatian dari pengumpul seni lukis.
Bertugas sebagai guru seni bagi murid tingkatan enam di salah sebuah sekolah di Kuantan,beliau banyak memberi sumbangan dalam melahirkan genarasi pelapis dalam bidang ini.
Akibat dari kesibukkan mejalankan tugas sebagai guru,akhir-akhir ini dia amat jarang datang kestudio lalu mesti-lah kami terperanjat apabila beliau mengumumkan untuk mengadatang pameran solo setelah berakhirnya pameran oleh Abu Yusof.
Rupanya,dalam sesibukkan itu, beliau masih sempat mencari waktu untuk menghasilkan karya-karya baru dan kerana itu, hujung minggu ini akan berlangsung-lah pameran solo beliau seperti tertera di poster dibawah ini.

Kami di Studio Rajawali dengan ini menjemput semua untuk hadir dan bersempena dengan itu,kami juga mengadakan sedikit jamuan hari raya.
Datang-lah beramai-ramai. Tidak cukup makanan,kita makan dikedai.
Friday, September 24, 2010
rupa-rupanya dia seorang yang LEMAH dan LEMBUT
Saya buka pintu dan masuk,mencari suis.
dan menghampiri suis.
Tetapi,apa itu hampir dengan suis?
Saya perlahankan langkah.
Betulkah apa yang saya lihat?
Oh!
Li,maafkan kawan,kawan tak tahu. Ni sebab jatuh main futsal dulu ya?
Thursday, September 16, 2010
pelamin anganku senak
-alah,anak aku boleh buat.kalau macam ni,nenek aku lukis sambil kencing pon boleh- itu antara kata-kata yang sering didengar apabila memperkatakan tentang lukisan yang kabur (kepada banyak orang),anstrak kata orang yang tahu sedikit.
Benar sungguh kata-kata mereka itu. Memang ada kanak-kanak dan nenek-nenek yang boleh melukis dengan baik namun mengatakan anak kamu atau nenek kamu boleh melukis sebaik pelukis Awang Damit misalnya adalah satu penyataan yang amat dengkal. Kalau dikampung saya,orang begini dipanggil biul batu sebutir.
Seni itu luas,apa sahaja yang kamu lihat ada seninya. Membuka mata untuk membaca tulisan ini juga adalah seni dan semua jenis seni ada harganya. Harga membuka mata untuk membaca tulisan ini adalah dengan rajin sembahyang.
Namun demikian,tinggi rendah harga sesebuah karya seni itu sangat terbuka untuk diperbincangkan.
Tetapi,TETAPI!apa yang kamu akan lihat dibawah ini adalah satu kerja gila yang disamarkan (baca seperti menyamar) sebagai sebuah hasil seni.
Dalam gambar pertama,kamu lihat ruang tamu sebuah rumah yang sisipandang utamanya menyerupai sebuah pelamin. Sayugia diingat,tidak berlaku sebarang majlis pernikah dirumah ini.Semua anak-anak tuan rumah sudah menikah. Cucu paling tuanya pula baru berusia 6 tahun.
Tuan rumah juga tidak menjalankan apa bentuk perniagaan yang berkaitan dengan upacara pernikahan.
Pelamin itu dijadikan titiktumpu sebagai tanda seni. Ini adalah keterlampauan yang sangat melampau dan sangat-sangat menggangu emosi siapa sahaja yang datang sebagai tamu,mentelah pula seorang ahli seni yang sangat hebat seperti saya.
Perhatikan pula lansirnya. Langsir panggung wayang. Bagi kamu yang sedang galak (baca sebagai muda dan teramat bodoh),kamu mungkin tidak pernah kepanggung wayang yang sebenar. Thearter kata orang dulu-dulu. Dan sebelum gambar dipancarkan kelayar,lansir akan diangkat terlebih dahulu. Lansir dirumah dalam gambar dibawah persis langsir dipanggung wayang satu masa dahulu.
Saya tahu,kamu yang seronok membaca novel cinta melayu adalah golongan yang bercita-cita untuk mempunyai lansir yang sedemikian tetapi dengar-lah kata saya, kamu adalah malapetaka jika melansirkan tingkap dan pintu rumah kamu sedemikian rupa.
Labu sayung tidak seni walau apapun yang dikatakan oleh kerajaan. Ianya hanya sebuah bejana untuk mengisi air. Sama seperti botol kicap yang sifat dan tugasnya adalah untuk mengisi kicap.
Lalu botol kicap itu kamu pakaikan dengan bunga dan diletakkan diatas meja yang beralas ropol sebagai hiasan. Seni? Bukan sayang,itu namanya biul batu sebutir.
Bulu merak sangat cantik semasa masih ada pada burung merak. Ianya satu pakej. Burung dan bulu. Dicabut atau tercabutnya bulu itu,kemudian diletakkan kedalam pasu yang dibeli di Air Hitam (jika kamu ada cita-cita untuk memiliki pasu Air Hitam,kamu adalah kemalangan dalam kehidupan manusia) sama seperti kamu menyimpan kulit lebihan semasa kamu berkhatan didalam botol lamu kamu pamerkan kepada umum.Isteri yang selalu membelai err..itu pun akan muntah melihatkan kulit itu apatah lagi orang banyak.
Apa sahaja yang plastik adalah dosa dizaman manusia semakin hijau ini. Banyak negeri kini menyambut hari tanpa plastik sabang bulan. Kita cuma menunggu masa hari berkenaan diistiharkan sebagai cuti umum sedikit masa lagi.
Maka,bunga plastik,pasu plastik dan kuda plastik bukan seni yang sunat dijadikan hiasan. Malah,entahkan haram menjadikan objek ini sebagai tontonan umum. Jika kamu menjemput Saudara Nasir Baharuddin kerumah ini,saya hampir pasti beliau akan memikirkan dengan serius untuk membunuh diri.
Jika kamu seorang pelukis dan kamu melukis sebuah gambaran tentang neraka lalu sesudah siap kamu akan mengatakan yang lukisan kamu itu cantik,maka kamu adalah pelukis yang perlu ikut jemaah tabligh.
Neraka tidak boleh cantik. Ianya tidak dijadikan untuk hiburan walaupun kamu pengikut aliran musik paling hitam atau pengamal foto infra-merah tegar (baca dR.Ali). Ianya tempat paling huduh,paling tidak mesra. Ianya dijadikan sebagai siksa. Melihatnya sahaja adalah siksa seperti mana kamu melihat gambar-gambar infra merah dR.Ali. Mana mungkin sesuatu yang sememangnya jahat (baca syaitan) digambarkan sebagai keindahan. Mungkin ada seninya disitu,tetapi memanggil neraka sebagai cantik adalah mutlak kesilapan.
Kemudian kamu pakaikan tong sampah dengan ropol dan anggap itu sebagai cantik.Aduh!
Mungkin kamu akan mengatakan yang keindahan itu tergantung siapa yang melihatnya dan kamu tentu akan silap disitu.
Yang indah tetap akan indah siapapun yang melihatnya (baca Nabi Yusuf alaihissalam) dan yang jelek tetap akan jelek siapapun melihatnya (baca neraka).Yang membezakannya adalah citarasa kamu.
Lalu jika kamu sama cita rasa dengan tuan rumah diatas (saya mahu menipu dengan mengatakan yang rumah berkenaan adalah rumah dR.Ali,namun dalam kezaliman,saya masih ada kasih sayang), kamu adalah punca kemusnahan tamadun manusia.


