Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia-wikipidia-
-alah,anak aku boleh buat.kalau macam ni,nenek aku lukis sambil kencing pon boleh- itu antara kata-kata yang sering didengar apabila memperkatakan tentang lukisan yang kabur (kepada banyak orang),anstrak kata orang yang tahu sedikit.
Benar sungguh kata-kata mereka itu. Memang ada kanak-kanak dan nenek-nenek yang boleh melukis dengan baik namun mengatakan anak kamu atau nenek kamu boleh melukis sebaik pelukis Awang Damit misalnya adalah satu penyataan yang amat dengkal. Kalau dikampung saya,orang begini dipanggil biul batu sebutir.
Seni itu luas,apa sahaja yang kamu lihat ada seninya. Membuka mata untuk membaca tulisan ini juga adalah seni dan semua jenis seni ada harganya. Harga membuka mata untuk membaca tulisan ini adalah dengan rajin sembahyang.
Namun demikian,tinggi rendah harga sesebuah karya seni itu sangat terbuka untuk diperbincangkan.
Tetapi,TETAPI!apa yang kamu akan lihat dibawah ini adalah satu kerja gila yang disamarkan (baca seperti menyamar) sebagai sebuah hasil seni.
Dalam gambar pertama,kamu lihat ruang tamu sebuah rumah yang sisipandang utamanya menyerupai sebuah pelamin. Sayugia diingat,tidak berlaku sebarang majlis pernikah dirumah ini.Semua anak-anak tuan rumah sudah menikah. Cucu paling tuanya pula baru berusia 6 tahun.
Tuan rumah juga tidak menjalankan apa bentuk perniagaan yang berkaitan dengan upacara pernikahan.
Pelamin itu dijadikan titiktumpu sebagai tanda seni. Ini adalah keterlampauan yang sangat melampau dan sangat-sangat menggangu emosi siapa sahaja yang datang sebagai tamu,mentelah pula seorang ahli seni yang sangat hebat seperti saya.
Perhatikan pula lansirnya. Langsir panggung wayang. Bagi kamu yang sedang galak (baca sebagai muda dan teramat bodoh),kamu mungkin tidak pernah kepanggung wayang yang sebenar. Thearter kata orang dulu-dulu. Dan sebelum gambar dipancarkan kelayar,lansir akan diangkat terlebih dahulu. Lansir dirumah dalam gambar dibawah persis langsir dipanggung wayang satu masa dahulu.
Saya tahu,kamu yang seronok membaca novel cinta melayu adalah golongan yang bercita-cita untuk mempunyai lansir yang sedemikian tetapi dengar-lah kata saya, kamu adalah malapetaka jika melansirkan tingkap dan pintu rumah kamu sedemikian rupa.
Labu sayung tidak seni walau apapun yang dikatakan oleh kerajaan. Ianya hanya sebuah bejana untuk mengisi air. Sama seperti botol kicap yang sifat dan tugasnya adalah untuk mengisi kicap.
Lalu botol kicap itu kamu pakaikan dengan bunga dan diletakkan diatas meja yang beralas ropol sebagai hiasan. Seni? Bukan sayang,itu namanya biul batu sebutir.
Bulu merak sangat cantik semasa masih ada pada burung merak. Ianya satu pakej. Burung dan bulu. Dicabut atau tercabutnya bulu itu,kemudian diletakkan kedalam pasu yang dibeli di Air Hitam (jika kamu ada cita-cita untuk memiliki pasu Air Hitam,kamu adalah kemalangan dalam kehidupan manusia) sama seperti kamu menyimpan kulit lebihan semasa kamu berkhatan didalam botol lamu kamu pamerkan kepada umum.Isteri yang selalu membelai err..itu pun akan muntah melihatkan kulit itu apatah lagi orang banyak.
Apa sahaja yang plastik adalah dosa dizaman manusia semakin hijau ini. Banyak negeri kini menyambut hari tanpa plastik sabang bulan. Kita cuma menunggu masa hari berkenaan diistiharkan sebagai cuti umum sedikit masa lagi.
Maka,bunga plastik,pasu plastik dan kuda plastik bukan seni yang sunat dijadikan hiasan. Malah,entahkan haram menjadikan objek ini sebagai tontonan umum. Jika kamu menjemput Saudara Nasir Baharuddin kerumah ini,saya hampir pasti beliau akan memikirkan dengan serius untuk membunuh diri.
Jika kamu seorang pelukis dan kamu melukis sebuah gambaran tentang neraka lalu sesudah siap kamu akan mengatakan yang lukisan kamu itu cantik,maka kamu adalah pelukis yang perlu ikut jemaah tabligh.
Neraka tidak boleh cantik. Ianya tidak dijadikan untuk hiburan walaupun kamu pengikut aliran musik paling hitam atau pengamal foto infra-merah tegar (baca dR.Ali). Ianya tempat paling huduh,paling tidak mesra. Ianya dijadikan sebagai siksa. Melihatnya sahaja adalah siksa seperti mana kamu melihat gambar-gambar infra merah dR.Ali. Mana mungkin sesuatu yang sememangnya jahat (baca syaitan) digambarkan sebagai keindahan. Mungkin ada seninya disitu,tetapi memanggil neraka sebagai cantik adalah mutlak kesilapan.
Kemudian kamu pakaikan tong sampah dengan ropol dan anggap itu sebagai cantik.Aduh!
Mungkin kamu akan mengatakan yang keindahan itu tergantung siapa yang melihatnya dan kamu tentu akan silap disitu.
Yang indah tetap akan indah siapapun yang melihatnya (baca Nabi Yusuf alaihissalam) dan yang jelek tetap akan jelek siapapun melihatnya (baca neraka).Yang membezakannya adalah citarasa kamu.
Lalu jika kamu sama cita rasa dengan tuan rumah diatas (saya mahu menipu dengan mengatakan yang rumah berkenaan adalah rumah dR.Ali,namun dalam kezaliman,saya masih ada kasih sayang), kamu adalah punca kemusnahan tamadun manusia.
Thursday, September 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Oh NOOOOOOO memang rumoh ini merupakan satu kemalangan petaka maha dahsyat kepada segala manusia di mukabumi ini owh owh ouchhh!! **sakit dado den**
Rasa macam nak bako jer ... (maap ya tuan rumoh but heh....)
Dan saya sempat jugok tengok wayang ada langsir2 cam gitu....aiyiyiyiyi!!!
Tapi AJ still sayang dalam zalim----poyo + chomel sungguh!!! : ))))
abstrak jugak perasaan bace entri ni..cheh!!tapi sedap untuk dibace
segala kesenakan dekorasi rumah ini akan terhapus jika pemiliknya menggantung beberapa keping lukisan karya abdullah jones. heh heh heh..
Cantik hiasan dalaman. Rumah saya tidak berpeluang hendak berhiasan kerana anak-anak masih kecil.
Nice one Abdullah Jones :)
Bro, kalau nak galakkan orang bunuh diri bolehlah ke rumah ini ya?
Tak perlu gantung diri lagi.
ini lah y d katakan, mengutuk dlm lembut. pedih nye tetap terasa. hahaha!
>>Labu sayung tidak seni walau apapun yang dikatakan oleh kerajaan. Ianya hanya sebuah bejana untuk mengisi air. Sama seperti botol kicap yang sifat dan tugasnya adalah untuk mengisi kicap.
Labu Sayung = kraf (bukan karya seni). Kerana, bendealah itu mempunyai fungsi seperti yang telah disebut.
Rujuk buku TANPA TAJUK tulisan Tengku Sabri Ibrahim. Ada disebutkan (secara santai) tentang perkara ini.
tp tong sampah itu mmg cantik.
Bulu Merak lazimnya perhiasan Pura dan Candi,bersebelahan Dupa setanggi..warna neraka memang ngeri..he..he
Setelah membaca entri encik saya bersumpah akan membuang labu sayung yang dihadiahkan oleh mak mertua kepada saya.
Dan,
Sebagai gantinya, suatu hari nanti saya akan datang juga ke geleri Rajawali untuk membeli hasil lukisan encik yang paling termampu oleh saya yang tidak berapa kaya ini.
Sekian,terima kasih.
tak jadi nak pergi Ayer Itam sebab entry en.jones ini :D
banyak jugak yang serupa-serupa ini boleh ditemui pada interior pejabat kerajaan...terutama majlis daerah
dunia perhiasan juga permainan sajje je
Post a Comment