-cikgu sekolah stylo lah! kata weed something out yang saya rasa juga seorang cikgu yang stylo.
Sebenarnya,Cikgu Ghani (gambar bawah) memang stylo. Waktu persekolahan,rambut afronya tampak amat kemas.Bila beliau datang untuk aktiviti sukan, afro-nya menjadi sangat ranggi kerana segala jenis sepit rambut yang dipasang waktu persekolah akan dilepaskan. Rambutnya akan mengurai sampai kepinggang.
Kami panggil beliau Mat London kerana semasa mula-mula masuk ke kelas kami,beliau meminta semua memperkenalkan diri. Beliau belum lagi mengenalkan diri beliau waktu itu.
Bila sampat giliran Ahmad Faris,satu-satunya pelajar dalam sejarah Malaya yang membawa pistol (bapanya) kesekolah bagi mengugut guru yang memarahi beliau, Cikgu Ghani pun berkata; ooooo Mat Paris,hah! saya Mat London dan kekal-lah nama itu sehingga kami habis sekolah.
Beliau mengajar seni lukis dan amat garang. Waktu disekolah,kami tidak suka beliau. Saya sendiri pernah dihempat dengan buku rekod beliau dikepala semasa berbaris masuk kelas hanya kerana saya mengatakan;pagi selamat cikgu semasa saya bertemu beliau diluar sekolah!
Itu pun nak marah sedangkan beliau guru lukisan bukannya guru bahasa!
Dan cuba kamu bayangkan, pernah sekali ketika bertekak,beliau telah mencabar kami. Kata beliau; kalau tak puas hati,kita jumpa luar. Kamu bawak geng kamu.saya bawak geng saya.Kita lawan.
Jika hari ini ada cikgu yang berani berkata demikian,wajip jadi berita utama semua media tetapi kami sebagai murid jaman itu dan seperti semua tahu,murid jaman itu mempunyai jatidiri yang amat kental lalu kami pun menyahut seruan Mat London itu.
Setelah dikenalpasti waktu dan tempat,kami pun bersiap-sedia. Kami waktu itu semuanya pendekar jadi senjata bukan pilihan. Kami lebih berbangga dengan tulang empat kerat anugerah tuhan.
Lalu berkobar-kobar-lah kami menunggu harinya bila kami akan membelasah Mat London.Harus diingat,kami sebelum ini belum pernah memukul guru maka keluh kesah semestinya. Ada yang mahu menarik diri tetapi setelah dipujuk (diugut sebenarnya) kembali masuk dalam perancangan.
Kami sudah berbincang dengan geng kami dari luar dan mereka semua setuju untuk turut serta. Geng luar kami adalah lepasan sekolah yang tidak lepas sekolah.
Tiba harinya,kami pun berangkat ketempat yang dijanjikan. Kami sudah bersedia untuk lebam-lebam. Juga kami telah merancang jika berlaku patah anggota,bomoh mana yang akan kami tuju untuk usaha baik pulih.Membunuh beliau tidak pernah ada dalam perancangan kami. kami sekadar mahu ajar Cikgu Ghani.
Tiba ditempat yang dituju,kami tergamam. Rupanya,geng kami adalah juga geng Mat London! Pundek sungguh. Kami kansel acara bergasak dan menukarnya kepada acara minum-minum. Setelah itu kami semua ke panggung wayang gambar REX untuk menonton cheap matinee. Cikgu Ghani ikut serta. Beliau juga yang membayar harga tikit untuk kami semua.
Lama selepas sekolah,saya berhenti sembahyang di satu masjid di Maran,Pahang dan disitu saya terjumpa dengan Cikgu Ghani. Beliau masih kenal saya. Kami berbual agak lama. Beliau masih afro sedangkan saya err..tidak.
Beliau kini mempunyai beberapa ekar ladang getah dan masih melukis. Beliau juga kadang-kala mengambil upah membuat papan tanda.
Itu baru kisah Cikgu Ghani,belum lagi kisah Puan Zainab Bee Ismail yang selalu digigit tebuan bila datang kesekolah pada hari Jumaat. Dengarnya Puan Zainab Bee kini bergelar Dato dan mengajar disebuah sekolah di Kuala Lumpur. Rindu benar saya kepada beliau. Kamu kenal dia?
-ini pula interlok versi jaman saya.saya tulis tahun 2007.
-sinaga-naga juga sedang bernostalgia- cuba kesana dan baca.
Gajah dalam tulisan lama saya itu meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kanser darah.
Thursday, January 27, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
"Tiba ditempat yang dituju,kami tergamam. Rupanya,geng kami adalah juga geng Mat London! Pundek sungguh. Kami kansel acara bergasak dan menukarnya kepada acara minum-minum. .."
hahahahaha!
Tak letihkah sdr menulis panjang-panjang begini, ada lucu dan pelik. adakala orang jadi saspen sedangkan pada akhirnya sdr tidak dapat untung sekadar ketawa berdekah-dekah.
pak hashim, hidup pun bukan selalunya untung. ketawa berdekah-dekah pun untung besar juga.
sekarang musim blogger bernostalgia
Hey, I am checking this blog using the phone and this appears to be kind of odd. Thought you'd wish to know. This is a great write-up nevertheless, did not mess that up.
- David
Post a Comment