Saturday, February 26, 2011

buat-buat hALIM

Antara syarat yang saya berikan kepada diri saya semasa mahu mula menulis dulu adalah,saya tidak akan menulis mengenai orang agama. Pada saya,siapa sahaja yang mahu beragama (islam) wajip dihormati. Lalu saya merasakan yang saya telah mematuhi syarat yang saya tetapkan itu.

Namun apa yang berlaku hari ini membuatkan saya mahu keluar dari syarat itu dan menulis tentang ini.

Banyak orang agama di Malaya ini mungkin tidak tahu betapa besarnya sorga yang tuhan jadikan untuk mereka-mereka yang mahu berusaha kearah itu. Lalu mereka pun berebut-lah. Seolahnya tempat disana adalah terhad kapasitinya.

Maka timbul-lah perang sesama pengamal agama.

Dituduhnya si-anu kurang islamik dari si-inu.Dan hanya si-inu yang layak kepada sorga yang pada sesetengah adalah harta waris bapa mereka.

Bergaduh-lah mereka,wahabi mengaku salafi,sunni mengaku duduk ditempat paling tinggi serta syiah memukul-mukul dada mengaku paling utama dan bertepuk tangan-lah setan.

Saya berpendapat,selama mana seseorang itu tidak menolak tuhan serta nabi yang mulia maka selama itu-lah seseorang itu wajip dihormati. Amalan dia biar tuhan yang adil-kan.

Mahu bertahlil-kah dia,mahu ber-qunut-kah dia,hortmati dia.

Satu soalan kepada teman-teman yang anti amalan diatas,datuknenek serta ibubapa kamu dahulu,yang telah mati sebelum kamu mendapat 'hidayah' dan mengamalkan bidaah itu apakah akan dihumbamkan keneraka?

Jika dalam mengingati tuhan serta nabi kecintaan saya serta membina tugu teko sebagai pengantara,mahu dibunuh,kuasa bukan ditangan kita,maka jauhi-lah ia.

*penyanyi paling comot di malaya ini juga menulis pasal tuhan. pergi sini dan baca.

4 comments:

the artist and i said...

:)

setuju amat sangat!

dulu masa kecik2 tanya ustaz "takan orang asli masuk neraka jugak?"

dia agak marah dan tension. suruh duduk diam katanya. jangan bertanya.

Hashim Zabidi said...

Mungkin sama, besarnya
syurga dan neraka yg Tuhan cipta
untuk nisbah orang beramal kerana pahala dengan orang berdosa.

Jadi,
usah dibincang kehendak mereka, kerana kehendak kita (siapa saja)
adalah kehendak Tuhan juga.

meowku said...

salam hehehe kalu boleh tlg tunjuk ajar ye sye budak baru,,,huhuhuhu

Dy said...

You know, dulu I posted something about Islam, Iluminati and all. Then ada this anonymous kononnya, cakap I tak layak nak nasihat orang, dakwah orang. I was really ashamed at that time.