Saturday, February 12, 2011

runtun dan lain-lain

Kerana simpati akan kedhaifan kamu,miskin kamu,sengsara kamu bilaman tidak dapat meiliki karya agung Rajawali,kami dengan ini mempersembahkan,T-SHIRT STUDIO RAJAWALI yang pertama!


Murah,bahkan tersangat murah jika kamu bandingkan dengan harga minyak dinegara-negara lain selain Malaya. Kami yang meletakkan harga merasakan seperti memberi percuma jika dikira tenaga,kreativiti dan juga masa yang kami terpaksa luangkan dalam proses pembikinan T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini.


Dan tentunya ianya sangat cantik. padan dipakai oleh semua golongan dalam semua keadaan. Jadi gila agaknya jika kamu tidak memilikinya.

Untuk memilikinya,kamu perlu bayar RM25 kedalam akaun bendahari kami iaitu Nur Najihah Lee Abdullah di MAYBANK 1645 8400 2943 dan maklumkan kepada kami dengan menalifon mana-mana nombor yang tertera di www.rajawaliartgallery.blogspot.com (kami pilih beliau sebagai bendahari kerana beliau adalah cina dan kita tahu bagaimana akrabnya cina dengan duit).


Kami tidak peduli samada kamu datang sendiri atau menyuruh kami menge-pos-kan T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini,Kami tetap dengan harga RM25.

Kami juga tidak mahu memeningkan kepala kamu dengan masalah,jadi kami dengan penuh ikhlas telah memilih warna untuk T-SHIRT STUDIO RAJAWALI iaitu warna kelabu seperti contoh diatas. Mana kamu mahu cari satu kumpulan yang masih hidup dan menjadi lagenda lalu sanggup pula bersusah payah memilih warna yang sesuai untuk kamu?


T-SHIRT STUDIO RAJAWALI yang pertama ini bakal menjadi collector's item dan tidak salah jika kamu beli dan bingkaikan. Jika kamu mahu semua ahli kumpulan hebat ini menandatangani T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini,dengan penuh rasa menolong sesama insan kami akan melakukannya.


Ayuh! jangan berlengah lagi,entah esok lusa sudah kiamat. Bertaubat-lah dan beli T-SHIRT STUDIO RAJAWALI dengan segera!



1.Berulang-ulang menteri paling tinggi jawatannya di Malaya ini mengulangi betapa apa yang berlaku di Tunis dan Mesir tidak akan berlaku di sini dan beliau adalah benar.

Kita semua sedia maklum betapa rakyat negara kecil dan kaya-raya ini tergolong dalam kelompok manusia yang dikenali seluruh dunia sebagai satu bangsa yang teramat santun,mudah tersenyum,rela dan redho serta paling selesa dengan apa yang sedang mereka alami,baik sedang senang mahupun tercekik untuk hidup.

Realiti hidup hamba-rakyat Malaya menjadi agenda utama politikus yang pegang kuasa. Lalu seperti yang digembar-gembur,kita rakyat negara serba-serbi disapu bawah permaidani ini adalah bahagia tidak terhingga tanpa perlu takut apa jua.

Walau selangkah keluar dari rumah adalah belanja,kita tetap akur dan terima ini sebagai harga yang perlu dibayar untuk hidup aman.

jurugambar profesional Fauzi Oslaini bersama Najihah Lee. kami berjanji akan menghadiahkan sebuah lukisan besar yang muat kereta dihari pernikahan beliau nanti. beliau adalah jurugambar yang paling kami sayang.

Lalu selayaknya-lah menteri paling atas itu sepatutnya tidak perlu menggunakan semua saluran media untuk memberitahu betapa negara seribu pilihanraya kecil ini tidak mungkin tumbang dek suara rakyat. Atau jika suka,jadi saja seperti Temasik yang lebih selesa kunci mulut rakyat.

Mengenai pilihanraya kecil, rakyat Malaya mengundi partai,bukan individu. jadi sepatutnya bila mati atau pincang mana-mana wakil rakyat,maka partai yang dipilih hanya perlu menukar wakil tersebut dengan wakil yang masih hidup atau tidak pincang. Boleh sahaja kamu tafsirkan makna masih hidup dan tidak pincang itu mengikut suka hati kamu. Dengan yang demikian berjuta-juta ringgit yang dibazirkan untuk pilihanraya kecil itu boleh disalurkan kepada pembangunan rakyat. Kaki bazir dan kaki suap juga tentu gembira dengan segala macam projek hasil dari penjimatan pilahanraya itu.

Itu pun nak kena ajar.Bodoh.
tamu dari kolej IKIP

2.Runtun menjadi satu pameran yang agak mencabar bilamana karya hanya siap digantung 30minit sebelum tetamu pertama sampai. Kami tipu sebenarnya. Karya masih dalam proses pengantung sedangkan tamu sudah ramai.

Kami ralitkan tetamu yang datang dengan jamuan dan seperti semua sedia maklum,jamuan kami tidak pernah mengecewakan.

Seperti selalu,khalayak yang hadir seperti kerasukkan apabila menyaksikan karya-karya hebat Najihah Lee dan juga Acai.


Presiden SENIKA yang pertama kalinya datang kepameran kami tepat pada masanya bersama Cikgu Tajuddin yang cool dan handsome.

Banyak kali kami dinasihatkan untuk mengambil sedikit keuntungan dari pameran-pameran yang kami adakan dan banyak kali juga kami hampir terpengaruh untuk melakukannya.

Namun bila difikirkan,kami jadi malu kerana,biar-lah kami berterus terang bagaimana kami melakukan pameran.

Biasanya,apabila sudah ditetapkan tarikh,kami akan bermesyuarat. Dan agenda utama mesyuarat kami adalah jamuan dan khemah serta sedikit bahan bercetak.

Khemah selalunya ditanggung oleh kami,iaitu siapa diantara kami yang menjual karya pada masa itu misalnya akan menanggung kosnya. Mengenai jamuan,ada ketikanya kami memasak sendiri dan ada masanya kami membayar upah kepada orang lain untuk menyediakannya.

Kos jamuan juga seperti khemah adalah dari sesiapa yang sudi diantara kami.
saudara Ujang dan Pian dari kolej IKIP

Kecuali pameran foto ALAM dimana segala kos ditanggung oleh jurufoto-jurufoto yang terlibat,perbelanjaan kami untuk berpameran adalah sangat minimal.Maka mencari untung dari kerja orang lain adalah sesuatu yang agak merisaukan kami. Kami hanya mahu memeriahkan suasana seni sekitar bandar ini dan mungkin dengan menganjurkan acara sebegini,orangramai akan sedikit faham dan mula menghargai apa itu kerja yang dipanggil pelukis.

Untuk jangkamasa panjangnya,pelukis yang dihadapan akan mendapat untungnya. Kami ini umpama lilin yang membakar diri..eh! itu cikgu. Maaf,silap perumpamaan. Sebenarnya,kami buat sebab kami suka buat,itu sahaja dan jika kamu banyak wang dan mahu samaserta dengan kami,kami ada pogram setiap bulan sehingga Januari 2012. Datang,bawa wang banyak-banyak dan tanggung perbelanjaan pameran kami.
3.Bulan hadapan adalah pameran karya Nazri Chot,iaitu pelukis yang terkenal dengan siri ayam seramanya. Beliau juga adalah pelukis kulit novel keluaran Creative Enterprise. Bersama beliau adalah Zakaria Adam,pelukis yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Kami berharap kamu akan setia memberi sokongan kepada dua pelukis ini seperti mana sokongan yang kamu berikan kepada apa juga pameran yang kami anjurkan.

No comments: