Sunday, October 24, 2010

kemaskini

MAKLUMAN PENTING: PAMERAN ART UNDER 500 AKAN DIADAKAN DI MUZIUM SENI PAHANG,JALAN MASJID,BUKAN DI STUDIO RAJAWALI.
harap maklum.

(poster terbaru karya Meor Lantera di Ipoh sana. Gua tak tahan tengok poster Raju Sukairi buat-kata Meor)



1.Sedikit kemaskini mengenai Pameran 'art under 500'.

Terbaharu,beberapa rakan pelukis dari Kuala Lumpur terutama Kumpulan Pelukis Jalan Conlay telah bersetuju untuk mengambil bahagian dan juga beberapa rakan lain,juga dari Kuala Lumpur, bersetuju untuk hadir.

Perghhhhhh! kolompo tu!

Untuk makluman, sebarang penyertaan mesti sampai kepada kami pada atau sebelum 01/11/10 bagi.

2.Berikut pula adalah acara-acara yang dirancang setakat ini di Studio Rajawali;

i. 06/11/10- art under 500
ii. december 2010- pameran solo pelukis munif mohd. nor.
iii. january 2011- pameran fotografi oleh Kumpulan Luarbiasa dan rakan-rakan.
iv. febuary 2011- pameran duet oleh abdullah-butaseni-hamdan dan nur najihah lee.
v. march 2011- pameran solo oleh pelukis zakaria adam.
vi. april 2011- pameran pelukis lama pahang; shaimy hashim.osman limat. haji aman. cikgu mat nor .
vii. may 2011- pameran kumpulan pelukis Istana Budaya.Kuala Lumpur.

3. Saya tahu setelah membaca senarai acara diatas,kamu akan tertanya-tanya bila-kah pula giliran saya berpameran. Maka sayugia saya cadangkan kamu semua yang miskin hina itu untuk melihat cermin muka kerana kamu semua sedia maklum yang kamu tidak mampu untuk memiliki karya agung saya. Jadi dari membuang masa berpameran untuk kamu,adalah lebih molek sekiranya saya duduk saje.

4. Pelukis-pelukis Studio Rajawali hanya akan mula berkarya pada 07/11/10 untuk pameran 'art under 500' kerana mereka sudah teramat kaya kecuali Sukairi Shahri. Beliau mula berkarya untuk acara tersebut sejak tahun 1984 lagi. Jika kamu orang Pahang, kamu akan mengatakan yang beliau adalah seorang yang selork kere.

5.Menyebut fasal Sukairi Shahri,pengurus kami yang perlu kamu hubungi jika kamu berminat menyertai mana-mana acara kami, maka hari itu saya telah mencadangkan kepada beliau agar mereka sebuah poster bagi tujuan mempromosi acara 'art under 500'.

Cadangan saya mudah sahaja.
Pertama,saya mahukan ayat; mixed bag of artist with mad mixed of arts. everything under rm500.miss it and you'll die standing dimasukkan kedalam poster berkenaan.

Kedua: Gayakan poster tersebut seperti poster yang direka oleh kaum india. jika perlu letakan pokok pisang,sila.jika mahu letakkan daun mempelam,sila. dan meriahkan dengan warna-warni.

Itu sahaja yang saya cadangkan untuk poster berkenaan.Mudah bukan? Tetapi Sukairi Shahri ini jemur kain tidak kering orangnya (baca:lammimbaba).

Maka lahirlah karya maha agung sang pengurus berkote kecil ini.Sila lihat dibawah. Segala penambahan ayat selain yang saya cadangkan diatas adalah hasil dari tipudaya otak Sukairi Shahri dalam usaha untuk memalukan diri sendiri dan juga kami di Studio Rajawali.

Sekarang,katakan kepada saya yang poster yang direka oleh beliau adalah tidak bodoh.Poster rekaan beliau saya tolak sambil menghina peribadi beliau dan mereka sendiri poster yang kamu lihat disebelah kanan sana.

Kolej Shahputra Kuantan,terutama COO-nya ,Encik Hisyam Rahman patut memikirkan sedalam-dalamnya perihal mengekalkan Sukairi Shahri sebagai pereka grafiknya.

Mentelah pula Encik Hisyam Rahman akan berangkat ke tanah suci awal bulan hadapan.Berdoa-lah agar Encik Hisyam Rahman mendapat petunjuk yang benar.

Selamat berangkat Encik Hisyam Rahman.Semoga mendapat haji yang mabrur.Doakan kami semua mendapat keredhaan tuhan dalam apahal sekalipun minus Sukairi Shahri.

Roast Goat korok keringmu.

6.Bersempena dengan pameran 'art under 500' Abu Yusof yang berkelulusan pentakbiran ladang dan bukannya kepandaian membuat grafik kelas pertama seperti Sukairi Shahri telah bekenan mereka design untuk kemeja tee.

Sila lihat contoh dibawah.

Jika ada diantara kamu yang berminat,sila email beliau di silangbunga@yahoo.com untuk keterangan lanjut.


7. Gambar paling atas yang menjadi header blog ini di ambil oleh Matahati,seorang penyair dan penulis yang hebat dan kadang-kala memandu teksi.Beliau tidak-lah berapa kacak.

9 comments:

N Faizal Ghazali said...

Oh Kalau Matahati yang tuan maksudkan tidak kacak itu adalah pemandu teksi sepenuh masa. Memang sah dia tidak kacak! ha ha ha..

the artist and i said...
This comment has been removed by the author.
the artist and i said...

Oh pameran ini untuk semua yang sudah ada nama? atau orang-orang miskin-amatur seperti saya(hehehe) akan diberi peluang kelak? haha, sekadar tanya

Unknown said...

lammimbaba + roast goat.

HAHAHAHAHAHAAAAAHAHAH!!! Memang tobak korok!!!!

matahati said...

luar biasa! hahahaha

zizie ali said...

+ roast cow + roast cock + hahaha...

Anonymous said...

pabila org pandai menulis mengunakan kelebihannya tanpa memikir kesannya kpada org lain dan telah menokok tambah informasi sewenang wenangnya bagi memuaskan nafsu diri sendiri cuba berselindung kesalahan diri sendiri..manusia apakah ini....ataupun ini adalah babi yang menulis...kerana penulisan badan binasa...cuba fikir fikirkan...kalau bodoh sekalipun tidak boleh memikir jgn sampai mengaibkan org lain...hargailah usaha dan sumbangan yang tak seberapa...bukannya memperlekehkan dan memalukan orang mengunakan teknologi canggih ini...
susah nak maafkan kali ini...
letihhh
saya sukairi

Anonymous said...

takbur dan sombong penulisan ini
semoga allah sahaja yang membalasnya
saya sukairi

Anonymous said...

never heard art for sale.. coz art is never for sale.. paintings yes, drawings yes, sketches yes, songs yes, movies yes, books yes, artworks, yes.. but art for sale.. come on.. it sound so much like heart for sale..

lato