Saturday, February 19, 2011

entri yang di bayar oleh Restoran Kak Bedah Ting-ting

-kawan-kawan kita, kalau tak mati sebab dadah mesti jadi tok imam- kata kawan lama semasa kami bertemu tempohari.Kami ketawa.

Ada benarnya kata-kata dia. Sebahagian besar rakan-rakan kami mati kerana dadah dan yang tinggal kebanyakannya menjadi orang masjid-masjid.

Tadi saya agak terkejut bila masuk saf dimasjid yang jarang-jarang saya pergi dan melihat imannya adalah kawan lama saya.Dua rakan kami (setakat yang saya tahu) termasuk yang tadi menjadi imam masjid dan yang kedua itu pula jika kamu kenal dari jaman mudanya kamu pasti tidak mahu berimamkan dia.hahaha.

Saya melawak. Kawan saya yang kedua itu,ketika remajanya memang hanyut sehanyut-hanyutnya. Tetapi sebelum melangkah keusia yang lebih dewasa,beliau telah merelakan dirinya belajar agama dengan serius. Bertahun-tahun beliau kemerata tempat belajar agama dan hari ini yang ada cuma cemburu kami melihat kesungguhan beliau dalam mengamalkan agama.

Oh! dia paling suka lagu six bladed knife oleh kumpulan dire straits. Jangan pandang rendah imam masjid kamu! Entah-kan lebih hip-hop dari kamu!

Lalu jika saya beritahu kamu seorang penceramah yang terkenal masa kini dulunya adalah anggota kumpulan musik blues bernama The Bastard Blues Band,kamu wajip terkejut.

-bastard pun bastard-lah,jaman jahiliyah, nok wat guane-kata beliau.

Rasanya,begitu-lah putaran hidup. Tidak selamanya kita mahu horey-horey. Wajip ada tempat berhentinya,atau sekurang-kurangnya memperlahankan kerja yang kita rasa penting lalu memberi lebih tumpuan kepada kehidupan yang satu lagi.

Yang kita risau adalah jika dahulunya kita geng masjid-masjid,hari ini kita menjadi penyembah matahari.Kehulu-kehilir mencari sunrise dan sunset untuk difoto misalnya.ahaks.

Apa pun yang kita juangkan,mati kita tiada siapa pun yang boleh tolong selain kita sendiri. Apa guna mahu dikenang sesudah mati?

Untung juga sebenarnya jika kita sempat keluar dari angan-angan mahu menjadi agung.

-berapa tin-kah selama hidup kamu wahai bedah ting-ting,kamu telah membuka tin tamato puri? akak rasa tuhan tak tanya soalan tu jones bila akak mati. takut jugak akak bila fikir-fikir- kata Kak Bedah Ting-ting,tokey restoran makanan barat yang lazat itu kepada saya bila kami berbual tentang hidup yang satu lagi.

6 comments:

Hashim Zabidi said...

belum pernah atau memang tidak peranh,ada orang yg telah mati selama ini bawa balik cerita tentang hidup yg satu lagi itu.

satu cerita abstract, gaya pelukis moderen - orang tidak tau tengok apalagi baca.

sama pariah saja yg tau iaitu antara Muthu dan Manickam.

Anonymous said...

The Bastard Blues Band - Ustaz yg kena heart attack baru ni ke?

sinaganaga said...

power

mizi said...

best..

Anonymous said...

best lah tulisan kamu ni cik dolah...
i likeeee

Bunga Rampai said...

Meredup rasa ...

Salam Pak AJ :)