Tuesday, March 31, 2009

kecanduan

oleh: Shaira Amira
(www.legasisembilanbelas.blogspot.com)


Khairul berjalan terhuyung-hayang ke arah komputer ribanya yang terletak atas meja. Dengan mata yang masih terpejam, jemarinya yang kurus panjang menekan punat kecil pada komputer riba itu. Khairul menoleh ke belakang, melihatkan Melur yang sedang tidur mengiring atas katilnya yang bersaiz Super Single.


'Kalau nak beli katil jangan yang besar-besar, baru perempuan tak boleh nak lari jauh-jauh.', sengih Khairul dalam mamai.


Sambil menunggu sambungan internet untuk stabil, Khairul berjalan perlahan dan berpada-pada ke arah bilik air, takut-takut sebarang pergerakan yang biasa akan mengejutkan Melur yang sedang nyenyak tidur. Setelah menutup pintu, Khairul melunaskan segala hajat, mencuci apa yang patut dan menyegarkan nafasnya- sebagai langkah berjaga-jaga apabila kembali ke katil untuk berbaring bersama gadis tinggi lampai itu.


Melur..bukan saja tinggi lampai,tapi juga memiliki tubuh yang selalu diimpikan oleh Khairul , potongannya yang sempurna, dengan rambut yang ikal mengurai. Pendek kata, bukan jenis perempuan yang akan mengecewakan atau memalukan air muka seorang lelaki tatkala dibawa berjalan keluar.


Selesai urusan dalam kamar mandi, Khairul duduk di atas bangku rotan yang dimilikinya sejak awal tahun persekolahan menengah, hasil daripada duit upah memotong rumput yang melata tumbuh di perkarangan rumah jirannya, Cik Suhana yang janda lagi bergetah itu. Jemarinya mengetik-ngetik papan kekunci yang ada di atas komputer ribanya, sehingga tertulis perkataan 'sharpnyaaku' - nama blog Khairul yang pada masanya banyak dihabiskan untuk menulis-menulis nukilan yang berbaur urban dan narisistik. Bagus, banyak ulasan yang telah diberikan tentang nukilan terbarunya yang berkisar tentang acara Sunburst.


Ya, menulis blog. Kalau tidak penyanyi bawah tanah yang digilai ramai itu menulis blog, Khairul pun takkan mahu menulis, takut-takut dianggap sebagai seorang pemuda yang berjiwa romantis oleh kawan-kawannya.


Tapi setelah diangkat menjadi satu budaya, apa salahnya, Khairul fikir, boleh juga dia berkenal-kenalan dengan ramai lagi gadis yang cantik dan intelektuil. Gadis-gadis yang serupa Melur, lena dibuai mimpi, wajahnya tenang dek tidur yang tidak terganggu.


Ah, ternyata, bunga bukan sekuntum untuk kumbang mengadu untung.

Friday, March 27, 2009

kampong melayu sungei lembing

oleh: abdullahjones
http://www.abdullahjones.blogspot.com (hahaha)

Jika ditakdirkan, malam ini tsunami melanda dan tempat yang paling selamat adalah masjid-masjid,maka esok pagi akan bergelimpanganlah mayat-mayat melayu islam Malaya.

Betapa tidak,sebaik selesai sembahyang isya,maka bergegaslah petugas mengunci masjid. Di buka balik sekonyang-konyang sembahyang subuh. Itu pun jika ada jemaah. Lalu sebelum sempat isyark atau duha masjid dikunci kembali.

Namun apa mahu dihairankan,kebanyakkan masjid adalah milik peribadi ajk nya.Bukan hanya pintu masjid yang dikunci,tandas masjid juga. Jangankan mahu beriktikaf,mahu berak juga adalah masalah.

Banyak juta agaknya harta yang tersimpan didalam masjid milik melayu islam Malaya ini.

Maka sayugia saya mensyorkan agar kamu berdoa jika sekiranya tsunami melanda Malaya ini,mohon agar yang kuasa menyelamatkan juga kuil dan tokong.Kuil sikh misalnya,bukan hanya terbuka,bahkan ada makanan percuma tanpa mengira ramadhan sudah sampai kah atau belum.Syaratnya kamu cuma perlu menutup kepala apabila berada didalamnya.

Bukan seperti kamu yang berebut bubur lambuk sekali setahun kemudian bangga mengaku pengikut agama suci.

Bodoh.

Tuesday, March 24, 2009

Hari ini aku berbahasa Melayu

oleh: hani momo
http://hanimomo.tumblr.com/

Aku rasa semenjak lima tahun yang lepas, aku kerap berbahasa Inggeris dalam penulisan dan perbualan aku. Ok, aku tak mempraktikkan bahasa Inggeris dalam keseluruhan perbualan aku, tapi when it comes to conveying my message, or when I am in the middle of presenting my thoughts or ideas, I usually use English as my main language.
Seperti apa yang aku tulis di atas, itulah maksud aku.

Dan aku baru sahaja perasan yang aku sudah hampir lupa segala nahu, tatabahasa dan aku turut menghadapi kesukaran dalam ejaan aku. Nak eja keseluruhan pun terpaksa diperbetulkan beberapa kali. Perkara ini sedikit sebanyak merungsingkan aku, sebab masa SPM dulu aku dapat satu dalam Bahasa Melayu.

Kenapa tiba-tiba tergerak hati aku nak menulis dalam Bahasa Melayu?

Sebab utama, aku rasa aku hendak cuba melatih diri menjadi multilinguist. Aku terbaca tulisan Datuk Johan Jaafar berbunyi, bahasa dan pemikiran seseorang itu haruslah selari, barulah segala idea dapat direalisasi.

Mengambil contoh, orang Jepun berfikir menggunakan bahasa dan budaya mereka, maka mereka mencari idea untuk memperbaiki kehidupan mereka, tanpa dipengaruhi orang lain.

Lebih kurang macam tulah. Dan beliau turut menulis beberapa rangkap ulasan beliau dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bunyinya sama, maknanya berbeza.

Jadi aku rasa aku ingin mencuba berfikir dan menulis dalam bahasa Melayu dan dalam pada masa yang sama aku akan meneruskan usaha aku untuk memperbaiki, menulis dan berfikir didalam bahasa Inggeris.

Sebab kedua, aku cuma nak membuktikan diri aku bahawa aku bukan orang yang lupa diri dengan bangsa dan bahasa aku sendiri.

Dari dulu lagi, aku dituduh oleh beberapa kenalan yang aku berpotensi menjadi pengkhianat bangsa, pertama, sebab keluarga nenek aku berasal dari Singapura dan disebabkan aku mempunyai minat yang mendalam terhadap Jepun dan budayanya, serta sikap keterujaan aku terhadap sub-budaya British dan fesyen serta karya-karya mereka.

Kesimpulan kenalan aku, aku takkan sayang bangsa dan negara aku sendiri seperti mana mereka mampu.

Aku sebenarnya malas nak beritahu mereka supaya Fuck Off and Die sebab aku tau manusia suka menilai daripada apa yang mereka lihat. Bukan daripada apa yang mereka tahu.

Aku rasa tidak perlu bagi aku mendengar lagu-lagu patriotik, berdiri dan melaung-laungkan sajak, berdemonstrasi untuk melaungkan betapa Melayunya aku kalau dalam hati sendiri aku tidak tau erti maksud menjadi Melayu itu sendiri.

Dan aku rasa tak semestinya aku kena berbuat semua itu untuk membuktikan keMelayuan aku.

Dan aku sebenarnya malas nak jadi trying too hard untuk beritahu semua orang yang aku tau siapa aku, dan apa yang sedang aku lakukan.

Sebabnya, sejauh mana aku sayang dan hargai bangsa dan negara aku sendiri, (walaupun mungkin bangsa dan negara aku tak akan sayang kepada aku) biarlah aku seorang yang tahu.




ps: yop, emailkan tulisan kamu kepada saya-jones

Monday, March 23, 2009

indera mahkota dua

suara dari radio disuatu tengah malam..

(bunyi seruling) papa, walau pun kote papa kecil sahaja, (bunyi seruling) mama redha. (bunyi seruling) mama terima papa seadanya.(bunyi seruling) tidak ada apa yang dapat memisahkan kita.(bunyi seruling) mama tidak sabar menanti masa (bunyi seruling)kita disatukan sebagai (bunyi seruling) isteri dan suami yang sah. (bunyi seruling)

Saya berpendapat, selain drama melayu di tivi,rancangan luahan perasan di radio adalah penyumbang terbesar kejahatan yang berlaku dalam masyarakat melayu hari ini.Dan seperti biasa, pendapat saya selalunya amat bernas.Saya sendiri pun mengatakan begitu.

Dan, papa? mama? Macam bodoh benar bunyinya. Eh! silap. Bodoh benar bunyinya. Yang papa mama inilah esok yang akan berusaha sungguh-sungguh membeli perabot jati dan langsir dari Nilai 3 sambil mengharapkan sebuah air terjun buatan dihalaman rumah mereka. Kemudian mama akan menjadi sangat gemok. Hutang kad kredit mereka banyak.

Sepatutnya ada undang-undang yang menghalang perempuan menjadi sangat gemuk setelah bernikah. Hukum bunuh misalnya.

Friday, March 20, 2009

fear not these fears (A sonnet)

by: mohd faiez bin mohd ali
http://www.reveriemalaya.blogspot.com/

Fear not of the three same number
It's just a symbol and just a sign
For those without faith and in deep slumber
Or fake faith as what they find
It's them who'll give the ending words
That their faiths are fake and how fake their faiths are

Fear not the say of other man
Nor the slander nor the curse
For no harm can be fan
As their blood is never redder than us
And to Him will then they go
Never different than thee

Fear not of the great Kings
If their words are not holy sword
Swallow not and listen not to what they brings
When the ancestors had written it broad
That every great kings shall die
And lie beneath the same soil as you

But Fear the One from where you came
As it's to Him thee shall bow
Pronto thee and the greatest kings are just the same
Then we will know the secret now
That the greatest
Is just greater than dust

Reference: Fear No More by William Shakespeare

Wednesday, March 18, 2009

estate

Oleh: Ubilepih
Dari: Ceritawayang.blogspot.com

Harga getah semakin menurun,itu merungsingkan hatinya,tetapi dia mengharapkan
lelehan susu getah itu menurun dengan tepat.Lelehan itu jika tak turun tak masuk
ke mangkuk bermakna rezeki daifnya tak masuk.Sakuntala a/p Annadarajah pewaris
ke 3 menekuni kerja menoreh getah di perladangan ini.Sumber dari cecair putih likat
itu menjadi sumber mendenyutkan nadi dia dan 8 orang anak2nya termasuk
yang di dalam kandungan,kini berusia hampir 3 bulan.

Sakuntala tidak tahu dan tak mahu ambil tahu bahawa dari hasil torehan beliau itu sebenarnya telah menghasilkan alat pencegah hamil.Tidak pernah sampai ke benaknya tentang betapa mewahnya hidup sang kapitalis tokey2 kilang kondom.Yang mana barangkali salah satu kondom itu terhasil dari getah torehan dia.Khabarnya terkini sudah ada stoking anu itu yg beperisa strawberi…ohhh…untuk penjelasan kena lah bertanyakan kepada anak2 sekolah menengah yang selalu berkunjung ke kedai 7sebelas.

Sebelum masuk penjara akibat merogol dan membunuh kanak2 bawah umur Raman
sempat memancut kan getah likatnya ke mangkuk Sakuntala.Kelikat getah itulah
yang menghasilkan benih ke8 di dalam kandungan rahimnya kini.Raman jantan manco
ala Sivaji itu tidak pernah mampu untuk Sakutala menolak kehendak birahinya. Tengik peluh masam beraroma todi Raman selalu membius Sakuntala Meski mangkuk Sakuntala
sudah sedikit usang dan ayun nya pun tidak sekencang dan sepanas dulu tetapi suaminya itu tetap beselera.Lebih2 lagi sewaktu air sarat di kepala.

Raman sememang lelaki panas.Sengsara Sakuntala ialah panas baran si Raman.
Ransangan dari kegemaran memakan kari Biawak air gamaknya membuatkan
kepanasan di dalam diri Raman sentiasa begelora.Todi dan sex ketagihan Raman
paling tegar,sehingga hilang kawalan langsung membuat onar.Sakuntala tidak
menyesali nasibnya yang kehilangan suami,malah di bermohon kepada lord Siva
agar Raman mati secara mistri di penjara.Paling manis lagi jika Raman terpilih
menjadi dummy kepada salah seorang peledak bom itu.Sekurang2 nya
dipenghujung nyawa Raman dia berbuat jasa kepada pemerintah.

Anak2, dia sanggup membesarkan mereka secara besendirian biar pun bejerih payah.
Sakuntala menyimpan agan-agan agar salah seorang dari anaknya kelak bakal
mendapat 20 A dalam peperiksaan,sekarang ini jika ada anak cemerlang orang akan
pandang, secara langsung dapat menaikan mertabat hidup.Dia akan cuba bertanya atau
minta kawan2 nya dari kalangan orang melayu macamana nak jampi agar anak2 cemerlang peperiksaan.Orang2 melayu memang handal dalam bab jampi2.(end)

P/s: Ada sesiapa yang sanggup bikin pilem Estate versi ini..ha..ha-ubilepih-

Sunday, March 15, 2009

minyak dan air

oleh;
hannah sullivan


Aku rasa kadang-kala pemikiran masyarakat zaman sekarang ini tidak adil. Minda tertutup; senang citer. Ini aku dapat lihat sendiri tentang apa yang terjadi kat opis aku; secara khususnya di department aku.Sejak lebih 3 bulan ditukar disini, disamping dapat boss yang banyak songel; aku dapat saksikan perbedaan taraf kumpulan hidup berdasarkan jawatan dan pangkat yang disandang seseorang. Racists??

Aku tidak boleh mengatakan begitu kerana kami masih lagi boleh bekerja dibawah satu bumbung. Aku lebih senang untuk katakan perbezaan kasta dan pangkat. Aku metaforakan keadaan ini sebagai ‘minyak dan air’. Minyak aku kategorikan untuk kumpulan eksekutif keatas yang berperangai macam bagus dan berlagak yang kadang-kala lebih dari boss aku secara tidak tentu pasal. Mungkin dengan memegang segulung ijazah, mereka sudah rasa bagus lebih dari orang lain dan memandang rendah diatas kemampuan orang bawahan mereka. They look down on people!! Sad but true my dear.

Bagi air pula, aku kategorikan mereka yang berada didalam kelompok pembantu tadbir ke bawah hinggalah ke tea-lady. Pada aku mereka nih lah yang paling banyak buat kerja dan bertungkus lumus menolong orang-orang yang berada dalam kelompok ‘minyak’ dalam menjalankan tugas mereka.

Secara dasarnya, kita boleh melihat 2 golongan atau kelompok ini boleh bersama dalam membuat kerja, tapi itu hanya krana tanggungjawab yang diamanahkan. Aku pernah juga alami dimana ada manager ini punya tunjuk lagak sambil mengarahkan membuat kerja dia. Apa hal pulak?? Aku buat bodoh jer. Aku tak buat pun. Pedulik apa aku dengan dia. Kalau nak minta tolong pun, biarlah minta baik-baik. Ini main mengarah jer macam arahkan kambing masuk kandang; apa kes?? My blood pun boleh go upstairs.

Pada aku senang, aku hanya repoting kat boss aku. So orang lain yang tiada kena mengena dengan aku jangan haraplah aku nak tolong lebih-lebih lagik orang berlagak nak mampus. Memang orang macam tuh boleh pergi mampus pun. Aku bukan tak nak tolong, tapi kalau kena dengan nilai dan etikanya. Aku nak jugak tolong. Inilah golongan ‘minyak’ yang aku katakan itu. Pathetic. Again, they look down on people memandangkan pangkat yang dijawat oleh mereka yang tak seberapa itu.

Perkara itu sering terjadi especially kat golongan ‘air’. Since mereka ini golongan support staff, aku kadang-kala kesian tengok mereka dimarahi dimaki berdasarkan perkara yang bukan salah mereka pun. Golongan ‘minyak’ ini pun satu; kalau nak berikan arahan itu biarlah terang dan jelas supaya tidak timbul misunderstanding dikemudian hari. Ini tidak, semua anggap golongan ‘air’ macam faham apa yang mereka nak. Bila dah salah, booomm.. bom pun meletup lah. Oh..

Itu dalam bab kerja; semua tuh biasa terjadi. Bila masuk bab bersosial pula, golongan ‘minyak’ ini akan membuat border dimana aktiviti yang mereka anjurkan tidak boleh join dengan golongan ‘air’ ini. Mungkin golongan ‘minyak’ ini rasa tak sama standard; so apa hal nak join-join aktiviti beriadah ini bersama-sama. Jadi golongan ’air’ ini akan rasa terpinggir bila ada aktiviti social yang dianjurkan. Pity them.

Bagi aku kalau nak bersosial dengan golongan opis ini. Minta maaflah. Aku tak minat Aku ada kawan-kawan bersosial diluar. Apa hal, dah lah kerja bersama, takkanlah lepas kerja pun nak jumpa muka yang sama jugak. Boring..

Pada pemikiran aku; golongan ‘air’ ini walaupun dipandang kelas bawahan tapi golongan macam nihlah penting. Bayangkanlah, hidup korang tak ada air..dahlah kecut, kering, dahaga, busuk dan gersang. Mesti pada akhirnya korang still memerlukan golongan ‘air’ ini. Walaupun ‘minyak’ ini harga mahal, tapi takkan lah kita asyik nak menadah air jer untuk minum. Kalau semua orang nak jadi boss, sapa pulak nak jadi kuli. Lu pikirlah sendiri..

Adakah ini scenario yang aku dapat lihat bila bekerja di MNC?? Dulu time aku kerja dengan GLC, tidak pula aku berjumpa dengan scenario seperti ini. Pada mulanya aku agak terkejut dengan budaya seperti ini. Tapi lama-kelamaan, aku dah boleh terima keadaan ini. Aku lebih bersikap neutral. Aku tidak masuk mana-mana pihak. I just keep my ass done. Aku lebih senang untuk berbaik dengan dua-dua golongan ini kerana motif aku satu; ini akan memudahkan kerja aku. Aku malaslah nak jaga-jaga hati orang ini. Kalau aku jaga hati orang ini, siapa nak jaga hati aku?

p/s : aku harap jangan ada orang pulak yang terasa. Ini apa yang aku rasa jer daripada apa yang aku lihat kat opis aku ini. Bak kata Kak Ogy dan raja Azura; kalau tak suka, tikamlah diri sendiri. Auuw..


-kepada penulis jemputan, elak gunakan bahasa slanga dan jika masih merasakan perlu,sila bezakan. mencampurkan dua bahasa atau lebih dibenarkan,tetapi sila bezakan juga. bukan soal memperjuangkan bahasa, tetapi sebagai pelukis hebat, saya melihatnya sebagai tidak cantik dan untuk perkara lain, saya berdoa agar pokok hujan itu tidak ditebang kerana perbuatan itu akan kelihatan sangat bodoh dan juga kerana saya suka pokok dan lagi, saya juga mencari penulis yang makcik untuk menulis disini supaya kita dapat menyelami isi hati para makcik.dith, ada berani?-jones

Thursday, March 12, 2009

novel cinta dan aku

Oleh: Razaisyam
http://www.iamstradust.blogspot.com/



“The End of History and The Last Man”

Aku terpegang buku tersebut pada tahun pertama pengajian hasil daripada pergeledehan di perpustakaan.

Pengarangnya bernama Francis Fukuyama.

Mata aku memandang buku itu atas dua faktor; pertama, buku lain berhabuk serta kulitnya tidak pernah menarik untuk dibaca; kedua, tajuknya seperti catchy untuk diselidiki.

Lagi pun, tahun berkenaan aku memerlukan sesuatu bacaan yang bersifat inspirasional [?]. Lelaki lemah seperti aku perlukan satu tiang yang boleh menahan semangat ini dari roboh. Jika ada awek, mungkin mereka boleh memberi sedikit sokongan. Istilah “mereka” kerana aku suka mempunyai ramai kekasih. Tapi sayang, seorang pun aku belum punya lagi. Tak mengapa, nanti sampai waktunya. Oh… ayat seperti mahu menyedapkan hati sendiri.

Berbalik kepada cerita buku.

Aku terus ambil di rak dan ke kaunter pinjaman, kerana masa mengejar aku untuk ke kuliah lain. Biasalah, pelajar tahun pertama tak berani lagi mahu ponteng kelas. Rambut masih lagi disikat tepi. Jiwa masih bersih dari serangan anasir kota. Itulah anak kampung yang baru ke Kuala Lumpur.

Sesudah tamat kuliah.

Aku pulang ke hostel. Hanya berjalan kaki sambil menghayun beg galas berwarna merah darah ikan.

Masuk dalam bilik, aku baring-baring atas katil, kemudian ambil beg gelas warna merah darah ikan tu.

Terus aku belek muka surat pertama buku yang dipinjam dari pustakaan tadi. Isi dalamnya banyak tulis pasal kapitalisme, komunisme, globalisme, feudalisme, merkantalisme, liberal demokrasi, blok ekonomi dunia, Perang Dingin, dan bla-bla-bla-bla-bla.

Dushhhhhhhhhhhh.

Aku baling buku itu ke atas meja. Buku gila!. Tak faham apa-apa pun. Tajuk aja indah, tapi isinya tak romantik sedikit pun.

Kemudian aku sambung semula novel melodrama, “Kemana Hatimu”. Sampai menagis-nagis aku baca novel tu.

Generasi mahasiswa macam aku tak suka lagi membaca benda yang ada “ism-ism” ni. Susah nak paham. Sebab tu lah aku ni bodoh!.

Monday, March 09, 2009

wong pe kan

satira
oleh: shaira amira


Di gedung beli-belah ibu kota, berjalanlah sepasang kekasih, berbaju sedondon ungu berbelang coklat. Maka berhentilah sang perempuan di suatu gedung menjual tudung, dan berkatalah ia kepada sang lelaki:

Perempuan: Abang, awak tengoklah sini..

Lelaki: Mana, Ayang?

Perempuan: Ni,lah. (bibir menjuih ke arah tudung-tudung yang dipamer) Cantik kan?

Lelaki: Em,cantik (sambil jari kemas memegang akhbar KOSMO!).

Perempuan: Abang, kalau Ayang beli yang ni, nak pakai dengan kebaya yang beli dekat The Mall haritu, mesti ok kan? Sebab sekarang, Ayang tgk dah ramai orang pakai, tudung Ikin ni.

Lelaki: Oh,mana? Ikin? Ikin Mawi ke Ayang?

Perempuan: Ha'ah. Dia lah yang start Abang. Ayang nak beli lah.


Lelaki: Beli lah, kalau dah berkenan.


Perempuan: Saaaayyaaannnggg Abang!


Lelaki: Cepat, pilih. Abang nak balik awal ni. Ada lawan bola Kelantan dengan Selangor ni. Dah janji dengan Atoi.


Perempuan: (muncung) alah, tak bagitau Ayang pun!


Lelaki: Inilah, nak bagitahu ni. Eh, cepat!


Perempuan:Ya, ya.. Terima kasih, Abang.


Tudung dibayar dan berlalulah pergi dua orang kekasih itu ke parkir kereta. Mereka langsung menaiki kereta wira yang diubahsuai menyerupai kereta Evo, berwarna hitam. Dari dalam kereta itu, terdengarlah kuat lagu 'Lagu Untukmu'. Kereta tersebut menderam kuat dan pergi meninggalkan bangunan pusat beli-belah tersebut.

Friday, March 06, 2009

wong beng tong


Are you special for not being 'special?'
by:reverie malaya
http://www.reveriemalaya.blogspot.com/


I was sitting at one side of the cafeteria when the bell rang. It was recess time for the upper secondary school students. For 20 minutes the cafeteria was in havoc. Pupils were screaming everywhere. There were plates of food being thrown. Most of them were not queuing to buy food. They were more like pushing and ‘himpit’ing. (Haih. Mengeluh. Ini pelajar2 yang berusia 16 tahun ke atas kah?) There were also some teachers (mostly females) struggling and trying to book their ‘lauk-pauk’ because they were afraid the dishes will finish soon.

After the 20 minutes the bell rang again. It was a sudden peace in the area. I continued my work there. I concentrated until I heard some noise which were the noise of people chattering. These were the pupils from special education classes. I began to observe. They were queuing to buy food. Eating their meals properly and quietly. Some of them were even helping each other out to buy food. They gave way to some of their friends who were really ‘special’.

Then I said quietly to myself. When will we began to learn from these special children?

(Haih. Mengeluh)

*gambar yang sertakan ini merupakan salah seorang pelajar pendidikan khas.

Wednesday, March 04, 2009

777,jalan bentong

Ayat-ayat Cinta.
oleh: ubilepih

Gemersik alunan azan magrib masjid Putrajaya mengakibatkan sang syaitan becempera lari menyembunyikan diri ketakutan.Menyelinap mereka bersembunyi di celahan rongga kelangkang pasangan2 anak adam yang lagi asyik bercengkerama di pingiran tasik.Tasik yang damai dan permai.

Celahan rongga kelangkang merpati remaja ini merupakan benteng ampuh buat syaitan berlindung diri.

Serabut bulu ari-ari yang barangkali telah diwarnakan merah,biru atau anika warna2 punk menjadi sarang sejahtera untuk syaitan berteduh.

Elusan angin birahi semakin mendingin,dakapan semakin erat...ketenangan tasik mula terusik.Sang syaitan megalunkan lagu lena di persembunyian mereka mengakibatkan seruan azan tidak sampai ke telinga para kekasih.

Tuli lah mereka leka dalam mahsyuk.

Dan pusat pun berlaga,jongkang-jongkit pun berayun seirama dengan tinkah ketawa sang syaitan.

Episod jahanam anak adam pun berulang.(end)

Sekiranya suara saya bisa menembusi dindin pejal tingkat 4,ingin saya merayu kepada pembesar-pembesar disana sudi apalah kiranya keluarkan sedikit peruntukan,pacakkan lah papan2 tanda di segenap penjuru Putrajaya dengan kata2 amaran seperti berikut:

ZINA ADALAH DOSA-DOSA BESAR atau barangkali untuk lebih liberal kerana kita negara Hadari tuliskan saja ayat yang sebegini
DI LARANG BERZINA DI KAWASAN INI.(tender kerja itu bagi pada saya...sebagai bumiputra saya juga ingin merasa duit kerajaan...he..hee..ee)




ps: harap maaf, saya tersilap nama pengarang. penulis artikel diatas adalah ubilepih,bukannya benludin. benludin juga dijemput untuk menulis disini.ada berani ben?

Monday, March 02, 2009

jalan dato rusmadi

Banyak perkara menarik yang saya temui sepanjang zoom malaya ini. Namun melihat dan mendengar sendiri kanak-kanak kecil bercakap loghat utara adalah perkara yang amat pelik bagi saya.Ralit saya dibuatnya.

Memang saya biasa melihat dan mendengar orang dewasa berlohgat utara, namun melihat anak kecil bercakap sesama mereka menggunakan loghat utara adalah sesuatu yang baru dan saya sangat hairan melihat keletah mereka. Macam tengok boria kanak-kanak.

Dan satu lagi pelik utara adalah, mereka makan nasi sebagai sarapan dengan segala macam lauk-pauk. Gila! hahaha.

Maka tamatlah jelajah semenanjung saya. Terima kasih syed omar,hanim,rahmat haron,samsul,azalan,haji halim,bri,fazalah dan semua yang saya temui sepanjang perjalanan.

Minggu depan akan bermula pula zoom borneo. Jumpa di sana.