oleh: Shaira Amira
(www.legasisembilanbelas.blogspot.com)
Khairul berjalan terhuyung-hayang ke arah komputer ribanya yang terletak atas meja. Dengan mata yang masih terpejam, jemarinya yang kurus panjang menekan punat kecil pada komputer riba itu. Khairul menoleh ke belakang, melihatkan Melur yang sedang tidur mengiring atas katilnya yang bersaiz Super Single.
'Kalau nak beli katil jangan yang besar-besar, baru perempuan tak boleh nak lari jauh-jauh.', sengih Khairul dalam mamai.
Sambil menunggu sambungan internet untuk stabil, Khairul berjalan perlahan dan berpada-pada ke arah bilik air, takut-takut sebarang pergerakan yang biasa akan mengejutkan Melur yang sedang nyenyak tidur. Setelah menutup pintu, Khairul melunaskan segala hajat, mencuci apa yang patut dan menyegarkan nafasnya- sebagai langkah berjaga-jaga apabila kembali ke katil untuk berbaring bersama gadis tinggi lampai itu.
Melur..bukan saja tinggi lampai,tapi juga memiliki tubuh yang selalu diimpikan oleh Khairul , potongannya yang sempurna, dengan rambut yang ikal mengurai. Pendek kata, bukan jenis perempuan yang akan mengecewakan atau memalukan air muka seorang lelaki tatkala dibawa berjalan keluar.
Selesai urusan dalam kamar mandi, Khairul duduk di atas bangku rotan yang dimilikinya sejak awal tahun persekolahan menengah, hasil daripada duit upah memotong rumput yang melata tumbuh di perkarangan rumah jirannya, Cik Suhana yang janda lagi bergetah itu. Jemarinya mengetik-ngetik papan kekunci yang ada di atas komputer ribanya, sehingga tertulis perkataan 'sharpnyaaku' - nama blog Khairul yang pada masanya banyak dihabiskan untuk menulis-menulis nukilan yang berbaur urban dan narisistik. Bagus, banyak ulasan yang telah diberikan tentang nukilan terbarunya yang berkisar tentang acara Sunburst.
Ya, menulis blog. Kalau tidak penyanyi bawah tanah yang digilai ramai itu menulis blog, Khairul pun takkan mahu menulis, takut-takut dianggap sebagai seorang pemuda yang berjiwa romantis oleh kawan-kawannya.
Tapi setelah diangkat menjadi satu budaya, apa salahnya, Khairul fikir, boleh juga dia berkenal-kenalan dengan ramai lagi gadis yang cantik dan intelektuil. Gadis-gadis yang serupa Melur, lena dibuai mimpi, wajahnya tenang dek tidur yang tidak terganggu.
Ah, ternyata, bunga bukan sekuntum untuk kumbang mengadu untung.
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
pertama
yeah..blog itu dah semacam budaya, ada betulnya.
Ternyata kecanduan berblog sama dengan keagihan orang berzina ya.
Berzina mmang sah dosa besar,tapi berblog terpulang kepada niat si penulis dan apa yang ditulisnya. :)
ke mana story ni nak bawak kita?
terima kasih Pak Jones :)
Tahniah Shaira,aku sependapat dgn Lili air..ha..ha..kamu pegi selamatkan melor2 lain tu dari pemblog yg terlampau tu..he..heee
haha kelakar
Tumpang promote...jom tengok MIMPI adapatasi dari Shakespeare's Midsummer Nights Dream
tarikh: 3, 4 dan 5 April 2009(8.30 malam)
matinee pada 4 dan 5 April (3 petang)
Tempat: lambang Sari, Istana Budaya
Arahan: Prof Jim Connor
bayaran masuk: RM10 dan percuma buku program
lets do it.
Assalamualaikum dan salam ziarah,ape khabar?sye hrp sihat ok,erm kalau ade mase,silalah jenguk blog saya ini yer(http://blufairyklasick.blogspot.com)ok,wasslm
Hahaha. Blog blog blog.
Post a Comment