satira
oleh: shaira amira
Di gedung beli-belah ibu kota, berjalanlah sepasang kekasih, berbaju sedondon ungu berbelang coklat. Maka berhentilah sang perempuan di suatu gedung menjual tudung, dan berkatalah ia kepada sang lelaki:
Perempuan: Abang, awak tengoklah sini..
Lelaki: Mana, Ayang?
Perempuan: Ni,lah. (bibir menjuih ke arah tudung-tudung yang dipamer) Cantik kan?
Lelaki: Em,cantik (sambil jari kemas memegang akhbar KOSMO!).
Perempuan: Abang, kalau Ayang beli yang ni, nak pakai dengan kebaya yang beli dekat The Mall haritu, mesti ok kan? Sebab sekarang, Ayang tgk dah ramai orang pakai, tudung Ikin ni.
Lelaki: Oh,mana? Ikin? Ikin Mawi ke Ayang?
Perempuan: Ha'ah. Dia lah yang start Abang. Ayang nak beli lah.
Lelaki: Beli lah, kalau dah berkenan.
Perempuan: Saaaayyaaannnggg Abang!
Lelaki: Cepat, pilih. Abang nak balik awal ni. Ada lawan bola Kelantan dengan Selangor ni. Dah janji dengan Atoi.
Perempuan: (muncung) alah, tak bagitau Ayang pun!
Lelaki: Inilah, nak bagitahu ni. Eh, cepat!
Perempuan:Ya, ya.. Terima kasih, Abang.
Tudung dibayar dan berlalulah pergi dua orang kekasih itu ke parkir kereta. Mereka langsung menaiki kereta wira yang diubahsuai menyerupai kereta Evo, berwarna hitam. Dari dalam kereta itu, terdengarlah kuat lagu 'Lagu Untukmu'. Kereta tersebut menderam kuat dan pergi meninggalkan bangunan pusat beli-belah tersebut.
Monday, March 09, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
27 comments:
Salam bro,
gua syak ikin dapat royalti kot.
tapi cerita bro tuh memang kena batang idung melayu.
hahahaha!!
lalalala~~~
hahahah..tergelak aku...hahahaha
syukur...si perempuan masih ingin bertudung...
:)
bos, terima kasih.
p/s: haritu kawan balik kuantan baru tahu cenderawasih tu boleh tahan besar.
tokeh wong tu bubuh nama anak2 dia ikut nama bandar kat pahang, sekarang ramai org ingat bandar2 di pahang dinamakan sempena anak2 tokeh wong, terutama nya kuantan.
mcm..jln wong ah jang
nauseatingly hilarious!
malaya ni pun milik wong...economically..
dan juga tero wong karak..hehe!
haha..
damn..
Bagus arr.. bf dia belikan tudung gak akhirnya.. ingat bf dia kedekut... huhu
tipikal eh
www.chronicgerilla.blogspot.com
selain wong ah jang, saya tak pernah tahu ada jalan bermula dengan 'wong' juga di pahang ini.
pernah jadi fasi di sebuah sekolah dekat jalan wong ah jang masa first year dulu.
tudung ikin,kereta evo wanabe,lagu untukmu..trendy sungguh.. Malaysia mmg byk pak turut mak turut..
semua org pernah dengar nama tengku wong kan?
tuan snake,
aku tak penah...tengku rak penah le..
sebab tak kenal penulisnya, aku syak dia baru umur dalam pertengahan 20an.
En Jones, kita tukar DUA LAUK dengan Sajak-sajak suci boleh? Senang lagi, kan?
salah. orang suka teka umur saya sebegitu.
hahhahahahah
Fenomena ni. Bagus juga ada idola begini.
En Jones,
Kalau macam itu ceritanya, boleh saja, saya terima apa saja :) Cuma, sekarang En Jones menetap di mana? Kalau di dalam Malaysia, tak ada aralnya nak menghantar buku, tapi kalau di luar, ha ha ha ha.....
baju belang2 ungu & coklat?
perghh..kaler bangla beb..
nasib baik saya tak minat tudung ikin tu..
ni baru Melayu!
ke Melayu baru?
;)
wong tu kena bagi ikin tu royalti la. hahahhaa
Post a Comment