Sunday, March 15, 2009

minyak dan air

oleh;
hannah sullivan


Aku rasa kadang-kala pemikiran masyarakat zaman sekarang ini tidak adil. Minda tertutup; senang citer. Ini aku dapat lihat sendiri tentang apa yang terjadi kat opis aku; secara khususnya di department aku.Sejak lebih 3 bulan ditukar disini, disamping dapat boss yang banyak songel; aku dapat saksikan perbedaan taraf kumpulan hidup berdasarkan jawatan dan pangkat yang disandang seseorang. Racists??

Aku tidak boleh mengatakan begitu kerana kami masih lagi boleh bekerja dibawah satu bumbung. Aku lebih senang untuk katakan perbezaan kasta dan pangkat. Aku metaforakan keadaan ini sebagai ‘minyak dan air’. Minyak aku kategorikan untuk kumpulan eksekutif keatas yang berperangai macam bagus dan berlagak yang kadang-kala lebih dari boss aku secara tidak tentu pasal. Mungkin dengan memegang segulung ijazah, mereka sudah rasa bagus lebih dari orang lain dan memandang rendah diatas kemampuan orang bawahan mereka. They look down on people!! Sad but true my dear.

Bagi air pula, aku kategorikan mereka yang berada didalam kelompok pembantu tadbir ke bawah hinggalah ke tea-lady. Pada aku mereka nih lah yang paling banyak buat kerja dan bertungkus lumus menolong orang-orang yang berada dalam kelompok ‘minyak’ dalam menjalankan tugas mereka.

Secara dasarnya, kita boleh melihat 2 golongan atau kelompok ini boleh bersama dalam membuat kerja, tapi itu hanya krana tanggungjawab yang diamanahkan. Aku pernah juga alami dimana ada manager ini punya tunjuk lagak sambil mengarahkan membuat kerja dia. Apa hal pulak?? Aku buat bodoh jer. Aku tak buat pun. Pedulik apa aku dengan dia. Kalau nak minta tolong pun, biarlah minta baik-baik. Ini main mengarah jer macam arahkan kambing masuk kandang; apa kes?? My blood pun boleh go upstairs.

Pada aku senang, aku hanya repoting kat boss aku. So orang lain yang tiada kena mengena dengan aku jangan haraplah aku nak tolong lebih-lebih lagik orang berlagak nak mampus. Memang orang macam tuh boleh pergi mampus pun. Aku bukan tak nak tolong, tapi kalau kena dengan nilai dan etikanya. Aku nak jugak tolong. Inilah golongan ‘minyak’ yang aku katakan itu. Pathetic. Again, they look down on people memandangkan pangkat yang dijawat oleh mereka yang tak seberapa itu.

Perkara itu sering terjadi especially kat golongan ‘air’. Since mereka ini golongan support staff, aku kadang-kala kesian tengok mereka dimarahi dimaki berdasarkan perkara yang bukan salah mereka pun. Golongan ‘minyak’ ini pun satu; kalau nak berikan arahan itu biarlah terang dan jelas supaya tidak timbul misunderstanding dikemudian hari. Ini tidak, semua anggap golongan ‘air’ macam faham apa yang mereka nak. Bila dah salah, booomm.. bom pun meletup lah. Oh..

Itu dalam bab kerja; semua tuh biasa terjadi. Bila masuk bab bersosial pula, golongan ‘minyak’ ini akan membuat border dimana aktiviti yang mereka anjurkan tidak boleh join dengan golongan ‘air’ ini. Mungkin golongan ‘minyak’ ini rasa tak sama standard; so apa hal nak join-join aktiviti beriadah ini bersama-sama. Jadi golongan ’air’ ini akan rasa terpinggir bila ada aktiviti social yang dianjurkan. Pity them.

Bagi aku kalau nak bersosial dengan golongan opis ini. Minta maaflah. Aku tak minat Aku ada kawan-kawan bersosial diluar. Apa hal, dah lah kerja bersama, takkanlah lepas kerja pun nak jumpa muka yang sama jugak. Boring..

Pada pemikiran aku; golongan ‘air’ ini walaupun dipandang kelas bawahan tapi golongan macam nihlah penting. Bayangkanlah, hidup korang tak ada air..dahlah kecut, kering, dahaga, busuk dan gersang. Mesti pada akhirnya korang still memerlukan golongan ‘air’ ini. Walaupun ‘minyak’ ini harga mahal, tapi takkan lah kita asyik nak menadah air jer untuk minum. Kalau semua orang nak jadi boss, sapa pulak nak jadi kuli. Lu pikirlah sendiri..

Adakah ini scenario yang aku dapat lihat bila bekerja di MNC?? Dulu time aku kerja dengan GLC, tidak pula aku berjumpa dengan scenario seperti ini. Pada mulanya aku agak terkejut dengan budaya seperti ini. Tapi lama-kelamaan, aku dah boleh terima keadaan ini. Aku lebih bersikap neutral. Aku tidak masuk mana-mana pihak. I just keep my ass done. Aku lebih senang untuk berbaik dengan dua-dua golongan ini kerana motif aku satu; ini akan memudahkan kerja aku. Aku malaslah nak jaga-jaga hati orang ini. Kalau aku jaga hati orang ini, siapa nak jaga hati aku?

p/s : aku harap jangan ada orang pulak yang terasa. Ini apa yang aku rasa jer daripada apa yang aku lihat kat opis aku ini. Bak kata Kak Ogy dan raja Azura; kalau tak suka, tikamlah diri sendiri. Auuw..


-kepada penulis jemputan, elak gunakan bahasa slanga dan jika masih merasakan perlu,sila bezakan. mencampurkan dua bahasa atau lebih dibenarkan,tetapi sila bezakan juga. bukan soal memperjuangkan bahasa, tetapi sebagai pelukis hebat, saya melihatnya sebagai tidak cantik dan untuk perkara lain, saya berdoa agar pokok hujan itu tidak ditebang kerana perbuatan itu akan kelihatan sangat bodoh dan juga kerana saya suka pokok dan lagi, saya juga mencari penulis yang makcik untuk menulis disini supaya kita dapat menyelami isi hati para makcik.dith, ada berani?-jones

17 comments:

anumz sarah said...

Sebegitu sekali metafora? Minyak dan air kena interdependence. Kalau tidak susah nk buat emulsion. Otak pandai patut makin merendah diri. Kejayaan dgn segulung ijazah ja? Haha. Dlm penjara pun boleh ada ijazah. It's the attitude that determine success. Hidup tak selamanya di atas beb.

reverie said...

It depends on people juga.
but most of the time you are right. lumrah alam. manusia tak akan pernah bersyukur dengan apa yang ada. Including me. =p

Hannah Sullivan said...

Bro Jones, terima kasih kerana menegur saya especially dalam pengunaan dwi bahasa dalam penulisan.

cheers. :)

rahmat haron said...

tapi minyak perlu ingat...AIR ADALAH TENAGA MASA DEPAN

INGAT H2O

HIDROGEN!!!

Anonymous said...

kalau dah payah sangat,berniaga sendiri je dik..

Anonymous said...

cik AJ, kenapa saya tak boleh email? Arghk.

Pegawai Khalwat said...

Air pemangkin kehidupan.

Snakebite said...

bab kerja seme org ada komplen, peon komplen cara peon, kerani komplen cara kerani, pegawai komplen cara pegawai, bos komplen cara bos, pendek kata seme komplen lah. yang takde komplen ialah org takde keje

abdullahjones said...

mungkin kerana kamu tidak cukup cantik atau jika kamu mahu, boleh cuba hantar lagi ke jonesabdullah@yahoo.co.uk hani.

Snakebite said...

takot nak cakap sebeno nya...takot org marah. ada org ckp kat saya...org yg tak komplen tu org yg bersyukur serta redha akan kekurangan manusia.

ma'af la ye, jgn marah saya...saya cakap apa yg saya dengar je, apa makna saya pun tak tau.

Hannah Sullivan said...

heheheh..manusia memang suka komplen, tapi kalau tak komplen tentang kerja. tentu ada something wrong.

:)

Anonymous said...

baeklah uncle.ngahahaha

ubilepih said...

minyak yaaa...emmm..cucuh api je biaq tebakar pejabat..ha..ha..ha

Shitworker said...

kelompok pemikiran sesat macam ini adalah dicipta oleh organisasi itu sendiri.

Anonymous said...

Sekarang baru faham makna "naik minyak"... eheks... Maka hampas-hampas di kalangan eksekutif yang eksekutif sendiri tak mahu tu pula adalah "taik minyak" ek?

Anonymous said...

manusia mmg cenggitu,...
kiter sumer sama..

Pa'chik said...

orang temasek tu tak nak menulis kat sini ke??