Thursday, March 12, 2009

novel cinta dan aku

Oleh: Razaisyam
http://www.iamstradust.blogspot.com/



“The End of History and The Last Man”

Aku terpegang buku tersebut pada tahun pertama pengajian hasil daripada pergeledehan di perpustakaan.

Pengarangnya bernama Francis Fukuyama.

Mata aku memandang buku itu atas dua faktor; pertama, buku lain berhabuk serta kulitnya tidak pernah menarik untuk dibaca; kedua, tajuknya seperti catchy untuk diselidiki.

Lagi pun, tahun berkenaan aku memerlukan sesuatu bacaan yang bersifat inspirasional [?]. Lelaki lemah seperti aku perlukan satu tiang yang boleh menahan semangat ini dari roboh. Jika ada awek, mungkin mereka boleh memberi sedikit sokongan. Istilah “mereka” kerana aku suka mempunyai ramai kekasih. Tapi sayang, seorang pun aku belum punya lagi. Tak mengapa, nanti sampai waktunya. Oh… ayat seperti mahu menyedapkan hati sendiri.

Berbalik kepada cerita buku.

Aku terus ambil di rak dan ke kaunter pinjaman, kerana masa mengejar aku untuk ke kuliah lain. Biasalah, pelajar tahun pertama tak berani lagi mahu ponteng kelas. Rambut masih lagi disikat tepi. Jiwa masih bersih dari serangan anasir kota. Itulah anak kampung yang baru ke Kuala Lumpur.

Sesudah tamat kuliah.

Aku pulang ke hostel. Hanya berjalan kaki sambil menghayun beg galas berwarna merah darah ikan.

Masuk dalam bilik, aku baring-baring atas katil, kemudian ambil beg gelas warna merah darah ikan tu.

Terus aku belek muka surat pertama buku yang dipinjam dari pustakaan tadi. Isi dalamnya banyak tulis pasal kapitalisme, komunisme, globalisme, feudalisme, merkantalisme, liberal demokrasi, blok ekonomi dunia, Perang Dingin, dan bla-bla-bla-bla-bla.

Dushhhhhhhhhhhh.

Aku baling buku itu ke atas meja. Buku gila!. Tak faham apa-apa pun. Tajuk aja indah, tapi isinya tak romantik sedikit pun.

Kemudian aku sambung semula novel melodrama, “Kemana Hatimu”. Sampai menagis-nagis aku baca novel tu.

Generasi mahasiswa macam aku tak suka lagi membaca benda yang ada “ism-ism” ni. Susah nak paham. Sebab tu lah aku ni bodoh!.

17 comments:

Shaira Amira said...

haha. intellectualISM itu seksi bagi saya

Shemmi said...

aku tak fikir kau bodoh...
bahan bacaan yg ada "ism ism" bkn susah utk difhmkan tp borink untuk difahamkan..haha..


* sampai sekarang hanya satu novel yg suka dibaca..Jibam! itu pun terselit sedikit aje soal cinta...cinta dlm novel?..x best!

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Gua selalu juga baca novel cinta pinjam kat perpustakaan. Adik gua pinjam. Gua cilok senyap-senyap baca dalam bilik kunci pintu.

Snakebite said...

rendang rimbun buat berteduh,
besar banir buat bersandar,
yang cerdik buat berunding,
yang bodoh di suruh arah,

pepatah melayu yang telah di lupakan. bermaksud semua orang itu berguna ikut keupayaan masing masing.

masalah zaman sekarang, yang cerdik tak boleh bawak berunding, yang bodoh pulak pemalas tak boleh di suruh buat kerja.

wahyudi my said...

Suatu hari nanti buku2 ahadiat akashah akan menjadi bahan komsas.haha

Anonymous said...

Kat mana yang romantiknya judul buku tu?

Sufian said...

En Jones,

Ya, saya amat menyesal (ni pun menulis dengan bercucuran air mata) tak ikut perkembangan mutakhir En Jones.

Malam ini saya akan bakar colok dengan tokong-tokong sekali untuk En Jones.

Tentang alamat tu, boleh tak di-fesbuk-kan saja. Kan lagi senang... kalau fesbuk hari ini, esok saya hantar :)

Anonymous said...

kalau tak nak boring,baca majalah APO? la..

Mak Su said...

hik hik... :D, rambut sikat tepi?

itu bukan budak kampung, itu budak jaman belum merdeka bung.

ubilepih said...

Buku yang tak borink "Permata Yang Hilang"

Anonymous said...

ubi..
gua setuju hundred persen..

kulupSakah said...

ubilepih betul..

bebudak u la ni sibuk tengok AF

reverie said...

Jiwa kamu jiwang dan tak sama dengan jiwa mereka yang lain.

Intelectualism itu penting juga ya.
=)

rahmat haron said...

masalahnya Fukuyama memang bangangpun..ha..ha

tok guru neo-con..amacam bush dah gagal..ha..ha

iamstradust said...

aku rasa rahmat seorang sahaja faham maksud aku

yeah rahmat harun

you are the man

hancur kapitalisme...

semua jangkaan francis fukuyama salah..tengok pada hari ini, siapa yang menang.. aku rasa antesis jangkaan manusia karl marx ada betolnya

rinn asri said...

razaisyam, tulisan ini berbaur sinical.

idk y, bt i think it's fresh. sempoi, relax, tp agak deep la. oh, and sinical.

*suddenly tegerak hati nk bukak ur blog*

pencinta sastera setiap bangsa said...

saya sukakan karya anda!
sarat.