Wednesday, March 04, 2009

777,jalan bentong

Ayat-ayat Cinta.
oleh: ubilepih

Gemersik alunan azan magrib masjid Putrajaya mengakibatkan sang syaitan becempera lari menyembunyikan diri ketakutan.Menyelinap mereka bersembunyi di celahan rongga kelangkang pasangan2 anak adam yang lagi asyik bercengkerama di pingiran tasik.Tasik yang damai dan permai.

Celahan rongga kelangkang merpati remaja ini merupakan benteng ampuh buat syaitan berlindung diri.

Serabut bulu ari-ari yang barangkali telah diwarnakan merah,biru atau anika warna2 punk menjadi sarang sejahtera untuk syaitan berteduh.

Elusan angin birahi semakin mendingin,dakapan semakin erat...ketenangan tasik mula terusik.Sang syaitan megalunkan lagu lena di persembunyian mereka mengakibatkan seruan azan tidak sampai ke telinga para kekasih.

Tuli lah mereka leka dalam mahsyuk.

Dan pusat pun berlaga,jongkang-jongkit pun berayun seirama dengan tinkah ketawa sang syaitan.

Episod jahanam anak adam pun berulang.(end)

Sekiranya suara saya bisa menembusi dindin pejal tingkat 4,ingin saya merayu kepada pembesar-pembesar disana sudi apalah kiranya keluarkan sedikit peruntukan,pacakkan lah papan2 tanda di segenap penjuru Putrajaya dengan kata2 amaran seperti berikut:

ZINA ADALAH DOSA-DOSA BESAR atau barangkali untuk lebih liberal kerana kita negara Hadari tuliskan saja ayat yang sebegini
DI LARANG BERZINA DI KAWASAN INI.(tender kerja itu bagi pada saya...sebagai bumiputra saya juga ingin merasa duit kerajaan...he..hee..ee)




ps: harap maaf, saya tersilap nama pengarang. penulis artikel diatas adalah ubilepih,bukannya benludin. benludin juga dijemput untuk menulis disini.ada berani ben?

38 comments:

Pyanhabib said...

benludin salah masuk ke?

abdullahjones said...

penulis jemputan beb. :)

reverie said...

Setuju dengan dia.

benludin said...

hahaha...lu silap org tu bro..
gua rasa ubilepih..

seumur hidup gua tak pernah tulis mcm tu...haha

benludin said...

Pyanhabib pun tau gua tak akan menulis se sastera macam itu...haha

A said...

:)

Lily Abdullah said...

Aku pernah melihat dan tasik itu menjadi saksi.

Seorang remaja(perempuan) dipeluk lelakinya,hampir setengah jam tanpa silu. Hingga aku sendiri naik malu.

Kemudian azan bertalu-talu dan si gadis dengan muka selamba masuk solat bersamaku.

Ahh! Ajaran sonsang apakah?
(aku pun berdosa,kerana berat mulut mau menegur)

Tahniah untuk tulisan ini sdra Benludin

benludin said...

water lily,
ia bkn tulisan aku...AJ belum edit lagi...aku tak sehebat mcm depa utk menulis tulisan yg begitu indah.. :)

segan la plak aku...

komrad said...

dah ade gaya penulisan ala2 AJ dah ni....

ubilepih said...

ha..ha..ha..Bro Pyan wa tabik lu begitu perihatin sih...

Ben kita maaf jer En.AJ atas kesilapan yg tidak di segajakan...yg penting msg itu sampai kepada khalayak..

AJ...:)subuh2 pyan dah sergah lu..he..hee

ubilepih said...

Bro wa gemar amat soundtrack Blog lu nih...layan...

Anonymous said...

persoalan tambahan..

apakah diterima solat para jemaah di masjid tersebut sekiranya mereka tidak terlebih dahulu mencegah kemungkaran itu sebelum mengangkat takbir solat?

benarlah seperti pesan agama..di akhir zaman nanti,jika kamu ingin menjaga matamu dari kemungkaran,maka larilah ke dalam gua..

pesanan itu tidak menyeru kita agar lari ke masjid kerana persekitaran masjid juga akan / sedang / telah bergantungan kemungkaran..

wallahualam..

PS-gua tersebut tidak termasuk gua batu caves dan gua caya sama lu..

reverie said...

Pernah di stesen kereta api Seremban. Amat sibuk. Awal cuti sekolah.
Sedang tunggu orang di food court di situ.
Ada seorang gadis bawah umur berpakaian sekolah. Tudung labuh. Bagus. Sejuk perut ibu.

Tapi sejenak selepas itu nampak pula gadis tadi, bersandar pada seorang BUDAK lelaki yang duduk di atas tiang. Tangan lelaki itu puas.

Di depan aku pula ada seorang uncle India sedang duduk. Uncle itu kata pada aku. "Ini budak sekolah MELAYU, tak tahu hormat orang."

*Gadis dan BUDAK lelaki itu baru aku rasa tingkatan 3 atau 4.
*Uncleitu biarpun India, masih tahu tatasusila.

Haih! ini kebanggaan anak bangsa?

Anonymous said...

anak adam jahanam..
adess..

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

Dekat je dengan rumah gua tu. Gua duduk 764 Jalan Bentong.

Anonymous said...

AJ,
nanti la gua menuntut ilmu dgn ubi atau pyanhabib dulu....insyaAllah...
(tak pun gua rasuah lu dengan mengeteh) haha!

anumz sarah said...

Tulisan yg unik. Terkesima membaca kelantangan.

iYda Juhar said...

tulisan penoh keterbukaan.

Anonymous said...

bang..

sejuta ampun.Bila naga bagitahu hendak ke mari. Aku kira, kamu tentu tak mahu diganggu.Kata naga, ada urusan peribadi.

Hajat untuk mengajak nasi dagang chendering, aku kuburkan.

tapi tak mengapa, sentiasa ada lain kali dengan izin Ilahi.

Anonymous said...

bang..

sejuta ampun.Bila naga bagitahu hendak ke mari. Aku kira, kamu tentu tak mahu diganggu.Kata naga, ada urusan peribadi.

Hajat untuk mengajak nasi dagang chendering, aku kuburkan.

tapi tak mengapa, sentiasa ada lain kali dengan izin Ilahi.

Hannah Sullivan said...

bro, ada email lain tak?..aku cuba email kat ko tapi email yahoo.co.uk itu tidak direcognisedkan lah..

:)

Hannah Sullivan said...

tiba-tiba dah boleh email..sila check email akaun anda..:)

blackpurple @ jowopinter said...

Saya suka no 7. 777 lagi-lah.

ubilepih said...

kerna saya tidak sehandal dia AJ meminta sya melayan komen2 anda maka saya usahakan sedaya sya..ha..ha

1)revrie..kenalkan saya degan Anil tu!

2)Sarah sya selalu terlentang dlm kelantangan.

3)Juhar...terBUKA?!!! he..hee

4)JP minta izin dengan tuan rumah AJ

Anonymous said...

woow.

Anonymous said...

ubi..
JP tu gua ka?

Shaira Amira said...

bila nak tulis pasal taman guru?

Hannah Sullivan said...

cayalah...:)

Anonymous said...

ubi..
seperti kebanyakan kontraktor bumiputera yang lain,kalau lu dapat projek buat papan tanda tu,sub la kat gua..gua kasi harga special..

PS-jawa pun diklasifikasikan sebagai bumiputera kah?

Pegawai Khalwat said...

Pasang CCTV, kat lebuhraya bole je pasang.

benludin said...

jp,
ia dikelaskan sebagai jawaputera...

tuan tanah said...

Bagus tulisan ni.

Lagu latar pun best.

Snakebite said...

yea, good one

Anonymous said...

ben..
lebih tepat PUTRAJAWA..
lebih kurang PUTRAJAYA..

ubilepih said...

Tuan Tanah n Snake Tq...tapi AJ lah yang terhandal...ha..ha..ha..

Jawa Peranakan..org dulu2 ada bikin pantun kalo roboh kota melaka papan di jawa kami diri kan...so org jawa memang kontraktor handal...bikin lah papan tanda dari jawa kat putrajaya..ha..ha

Anonymous said...

gua paling suka mee jawa

rahmat haron said...

ubi lepih ROCKS!!!

pencinta sastera setiap bangsa said...

ubilepih, saya suka fikiran anda. bravo! you're oh-so-cool, brother.