Di sukan Olimpik Musim Sejuk akan datang, akan ada satu penyertaan dari Jamaica di dalam acara luncur salji. Ini bukan lah kali pertama Jamaica membuat kejutan dengan menyertai sukan yang teramat asing bagi penduduk sebuah negara yang terkenal dengan reggae dan ganjanya. Pada tahun 1988 dulu, Jamaica telah menghantar sebuah pasukan bobsleigh ke Sukan Musim Sejuk di Calgary.
Pasukan pertama bobsleigh Jamaica tidak memenangi apa-apa hadiah tetapi ianya membuka jalan kepada beberapa lagi pasukan bobsleigh Jamaica. Empat tahun kemudian mereka berjaya menduduki tempat ke empatbelas. Seterusnya pasukan bobsleigh Jamaica bertambah maju dan mereka tetap menghantar pasukan untuk setiap kejohanan olimpik sehingga penyertaan terakhir mereka adalah pada tahun 2002 di Salt Lake City, Utah.
Cerita mengenai bagaimana pasukan bobsleigh pertama dari Jamaica itu di dramakan oleh Studio Filim Disney di bawah judul Cool Running.
Saya jadi terfikir. Tidak adakah rakyat Malaya yang bercita-cita untuk mewakili negara didalam sukan olimpik musim sejuk? Kerana peluang untuk bertanding dalam sukan olimpik musim panas nampaknya agak tipis.
Jadi sukan olimpik musim sejuk adalah pilihan terbaik. Samada untuk mengharumkan nama negara atau keluarga. Raja-raja Tanah Melayu juga tidak akan keberatan untuk mencemar duli menganugerahkan pangat kebesaran kepada peserta pertama sukan musim sejuk Malaya. (dengan nasihat dari kerajaan memerintah)
Kerajaan Malaya tentu tidak mempunyai masaalah untuk menaja bakal-bakal atlit ini kerana kerajaan Malaya amat biasa menaja kerja-kerja yang tidak berfaedah sebegini. Apalah sangat harga sepasang kasut luncur salji jika di bandingkan dengan kos menghantar tiang layar Datuk Azhar Mansur dulu.
Ini juga akan memberi manafaat yang besar kepada Malaya dan rakyatnya. Malaya akan lebih di kenali (dengan itu akan membawa lebih banyak pelaburan) dan rakyat bisa ke Bukit err..saya lupa, tapi bukit yang ada rumah empat musim untuk bermain salji. Hah? Sudah ditutup?
Sudah tutup tidak mengapa kerana apabila ada peserta sukan musim sejuk dari Malaya yang menyertai Sukan Olimpik sudah pasti rakyat Malaya akan di landa demam salji. Sebagai sebuah kerajaan yang peka dengan kehendak rakyat, saya pasti akan ada 'kakitangan kerajaan' yang sanggup mengambil tanggungjawap membina rumah salji untuk kegunaan rakyat.
Walaupun bukan percuma dan sedikt mahal,(cue iklan PROTON disini) rakyat perlu menyokong segala projek kerajaan demi untuk mengkayakan lagi... ops! silap, demi untuk pembangunan negara.
Majulah MAS untuk negara.
Satu pertanyaan, mengapa MAS perlu menjual dan menjamu arak kepada pelanggannya? Banyak sangat ke untungnya? Atau demi menjaga perpaduan bangsa-bangsa di Malaya?
Review: Freewell The Real Multi Tripod 5in1
4 hours ago