Thursday, December 01, 2005

awok

Catatan tentang ibubapa.

Manakan sama kesedihan seorang anak yang kematian ibu dengan kesedihan seorang ibu yang kematian anak.

Ibubapa bukan Zoo Negara yang hanya di jenguk setelah puas dan letih melawat segala macam tempat.

Wang yang kamu hantar setiap bulan bukan ansuran membeli tiket ke sorga.

Kepada ibubapa, anak mereka adalah manusia paling sempurna. Kacak dan bergaya. Walau kamu sehodoh mana sekalipun. (kecuali ibu saya yang beruntung mempunyai anak lelaki yang berlebih-lebihan kacaknya. Malang sedikit adik perempuan saya tidak mewarisi kecantikan saya dan ibu. Tidak percaya sila ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jinjang dan cari guru yang bertahi lalat ala Latifah Omar. Nescaya kamu akan bersetuju yang tahi lalat itu sahajalah yang cantik. Kemudian dia mengambil keputusan untuk bernikah dengan seorang budak lelaki yang amat tidak kacak. Tidak percaya sila ke Muzium Isl.. ish, jadi kisah lain pulak. Sikit lagi. Keputusan mereka (adik dan ipar) untuk bersama mengakibatkan musnah terus ciri-ciri kekacakan yang lama di pertahankan oleh keluarga kami).

Meminta wang daripada ibubapa semasa kanak-kanak atau remaja adalah lumrah. Meminta pinjam wang dari ibubapa setelah berkeluarga walau pun tidak haram adalah muka tidak tahu malu.

Tidak membayar wang pinjaman dari ibubapa juga muka tidak tahu malu.

Ibubapa mencium kamu semasa kecil. Bila kali terakhir kamu mencium mereka? (perhatian penting: jangan cium bibir ke bibir ibu atau bapa kamu sekiranya kamu telah dewasa kerana di khuatiri akan menimbulkan rasa kurang enak terutama jika kamu atau bapa kamu bermisai. Memasukkan lidah ke mulut ibubapa semasa bercium adalah di larang sama sekali. Memadai hanya mencium pipi mereka sahaja).

Kamu di bolehkan mencium bibir anak kecil. Pergi belajar doanya. ( Walau bagaimana pun, adalah di galakan untuk mencium bibir anak sendiri kerana jika mencium bibir anak orang lain di khuatiri di tangkap polis)

Mencium isteri juga di galakan, di pipi atau di bibir. Memasukan lidah ke mulut isteri juga tidak di larang. Isteri, bukan kawan perempuan, bakal tunang atau tunang.

Jangan membenci ibubapa, seburuk mana sekalipun mereka, agama apa sekalipun mereka.

Masakan ibu biasanya adalah masakan yang paling lazat. (Mungkin kerana kamu memakannya sedari kecil). Masakan isteri biasanya tidak.

Menghantar ibubapa kerumah orang-orang tua hanya boleh di lakukan dalam keadaan terpaksa. iaitu apabila kamu adik beradik semuanya meninggal dunia.

Mak saya sangat cantik. Adik perempuan saya tidak.

9 comments:

Tok Rimau said...

Kecil hati adik perempuan kau.

Saya tidak mahu menyusahkan emak saya.

June said...

saya masih meminjam wang ibu wpun dah bekerja, saya juga mencium tangan ibu setiap kali pergi kerja, saya juga cantik ...

sinaganaga said...

Dude,
Tetapi. Kalau emak bapa kau. Meminta-minta uang. RM1000 setiap bulan. Sedangkan gaji kau. Cuma RM1002.43 sen - boleh JIWA KACAU dibuatnya, alahai!

Ada emak bapa yang sebegini. Adakah kita masih perlu. Menyalahkan anak-anak?

hana_kirana said...

walaupun emak saya meng'offer' wang kepada saya, tetapi saya menolaknya. kerana hutang saya kepada emak dua-tiga tahun dulu masih belum lunas. ya, walaupun saya juga cantik rupa-rupanya saya ini juga muka tidak tahu malu.

oh.

Anonymous said...

mungkin emak dan adik perempuan awak dua duanya cantik, di dalam cara mereka yang tersendiri.

dith said...

Hehehe...AJ..tak gheti lah nak komen yang ni...adik yg bertahi lalat ala Latifah Omar tu baca tak blog ni?

ayobkelubi said...

aku tak nak kena humban.

jadi

aku jadi kacak
dan sayang mak aku.

adik-adik aku?.

no komen.kalau abg dia kacak?

adiknya?

tuan tanah said...

saya mungkin tidak cantik, tapi saya masih tahu malu :)

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Far infrared kit sauna the prisoner dance of the death