Di sukan Olimpik Musim Sejuk akan datang, akan ada satu penyertaan dari Jamaica di dalam acara luncur salji. Ini bukan lah kali pertama Jamaica membuat kejutan dengan menyertai sukan yang teramat asing bagi penduduk sebuah negara yang terkenal dengan reggae dan ganjanya. Pada tahun 1988 dulu, Jamaica telah menghantar sebuah pasukan bobsleigh ke Sukan Musim Sejuk di Calgary.
Pasukan pertama bobsleigh Jamaica tidak memenangi apa-apa hadiah tetapi ianya membuka jalan kepada beberapa lagi pasukan bobsleigh Jamaica. Empat tahun kemudian mereka berjaya menduduki tempat ke empatbelas. Seterusnya pasukan bobsleigh Jamaica bertambah maju dan mereka tetap menghantar pasukan untuk setiap kejohanan olimpik sehingga penyertaan terakhir mereka adalah pada tahun 2002 di Salt Lake City, Utah.
Cerita mengenai bagaimana pasukan bobsleigh pertama dari Jamaica itu di dramakan oleh Studio Filim Disney di bawah judul Cool Running.
Saya jadi terfikir. Tidak adakah rakyat Malaya yang bercita-cita untuk mewakili negara didalam sukan olimpik musim sejuk? Kerana peluang untuk bertanding dalam sukan olimpik musim panas nampaknya agak tipis.
Jadi sukan olimpik musim sejuk adalah pilihan terbaik. Samada untuk mengharumkan nama negara atau keluarga. Raja-raja Tanah Melayu juga tidak akan keberatan untuk mencemar duli menganugerahkan pangat kebesaran kepada peserta pertama sukan musim sejuk Malaya. (dengan nasihat dari kerajaan memerintah)
Kerajaan Malaya tentu tidak mempunyai masaalah untuk menaja bakal-bakal atlit ini kerana kerajaan Malaya amat biasa menaja kerja-kerja yang tidak berfaedah sebegini. Apalah sangat harga sepasang kasut luncur salji jika di bandingkan dengan kos menghantar tiang layar Datuk Azhar Mansur dulu.
Ini juga akan memberi manafaat yang besar kepada Malaya dan rakyatnya. Malaya akan lebih di kenali (dengan itu akan membawa lebih banyak pelaburan) dan rakyat bisa ke Bukit err..saya lupa, tapi bukit yang ada rumah empat musim untuk bermain salji. Hah? Sudah ditutup?
Sudah tutup tidak mengapa kerana apabila ada peserta sukan musim sejuk dari Malaya yang menyertai Sukan Olimpik sudah pasti rakyat Malaya akan di landa demam salji. Sebagai sebuah kerajaan yang peka dengan kehendak rakyat, saya pasti akan ada 'kakitangan kerajaan' yang sanggup mengambil tanggungjawap membina rumah salji untuk kegunaan rakyat.
Walaupun bukan percuma dan sedikt mahal,(cue iklan PROTON disini) rakyat perlu menyokong segala projek kerajaan demi untuk mengkayakan lagi... ops! silap, demi untuk pembangunan negara.
Majulah MAS untuk negara.
Satu pertanyaan, mengapa MAS perlu menjual dan menjamu arak kepada pelanggannya? Banyak sangat ke untungnya? Atau demi menjaga perpaduan bangsa-bangsa di Malaya?
Friday, December 30, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Tuan Jones,
Saya rasa untuk permulaan di adakan dulu Peraduan Bergelungsur Dengan Upeh. Itu terbaik untuk mengelakkan dari kemalangan yang berat-berat. Selepas itu tingkatkan pula kepada Peraduan Lompat-lompat Atas Kekabu. Sekiranya peserta-peserta sudah mahir dalam kedua-dua acara ini bolehlah menumpang pasukan Pulau Maldive dalam acara skiing, dll.
Harap semua yang merayakan tahun baru, selamat selamat belaka. Kalau ada selimut lebih, tolong bawakan ke Bangsar atau ke Dataran Merdeka untuk menyelimutkan budak-budak lelaki, perempuan dan pondan yang terbaring kemabukan dan kesejukan di kaki lima dan di tepi longkang.
Saya mula munyukai Tuan Keng. :)
Betul tu...
Agaknye sebab bawa arak nilah flight MAS yg aku naik dari New Delhi pada 16/12/05 tu ada problem. Lepas tu flight pada 18/12/05 pun dengarnye terkandas selama 30jam di Delhi..
selamat tahun baru..2006
Bolehkah saya menjadi Agen Tuan Jones untuk menjual koleksi gambar-gambar Tuan kepada Malaysia Airlines Berhad aka MAS? Sekiranya boleh, bolehkah Tuan merahsiakan pembelian mereka?
Sekurang-kurangnya tahun baru ini akan membawa perhiasan dinding yang baru pula ke ruang pejabat dan ruang First Class Lounges mereka. Taklah hambar sangat!
nama bukit itu ialah bukit cahaya seri alam.
Soalan retorik tak perlu dijawab. :|
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Keyword bextra law firm baikal conference calling training mortgages apr vs interest rate Intravenous+ultram cod didrex shipping I hate proactiv 2005 c6 corvette body kits Ricambi alfa romeo duetto http://www.peter-north-gay.info/pregnant-sexy-girls.html Zyban istruzioni in italiano Botox injections neck spasms Blackberry bluetooth adapter berman female sister study viagra Playstation parental control resetting conferencing carrier providers Klonopin and alcoholism http://www.nationwideinsurance7.info/Lord-of-the-ring-sheet-music.html The antibiotic zithromax broke haven kitchen cabinets queen size waterbed
Cool blog, interesting information... Keep it UP » » »
Post a Comment