Friday, December 02, 2005

sayang

' bang, Jah ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit la ujung minggu ni '. kata Kak Jah pada Abang Man semasa siaran iklan takala mereka menonton rancangan kegemaran mereka, al-Kuliyyah. Perbincangan al-Kuliyyah hari ini bertajuk ' Betapa Pentingnya Sumbangan Besar Proton Wira Terbaru Didalam Pembebasan Masjid al-Aqsa '. Bersemangat sungguh ustad janggut oren memberi hujah membenarkan tajuk itu tadi.

' kenduri kesyukuran? anak kita yang mana lulus perisa? ' tanya Abang Man. Ada rasa terkilan di hatinya kerana tidak di beritahu tentang kejayaan anaknya di peperiksaan.

' ishh abang ni, abang ingat kene nanti anak lulus periksa je baru boleh buat kenduri? Kita ni orang Islam bang, mesti sentiasa bersyukur. Banyak nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. ' Kata Kak Jah. Abang Man terharu. Memang tepat pilihannya dulu walau di tentang hebat oleh ibunya sendiri. Inilah dia isteri mithali, katanya di dalam hati.

' Habis tu nikmat yang mana kita nak bersyukur hujung minggu ni? ' tanya Abang Man.

' alah, kan kad kredit abang yang baru dah di luluskan, lagi pun kan Kak Cik dah ada boifren, kene la kita buat majlis sikit, bersyukur. ' jawab Kak Jah.

' boifren? sapa? ' tanya Abang Man sedikit terkejut dalam gembira.

' tu yang datang hari raya dulu tu, ' terang Kak Jah.

' yang bawak kereta makan tanah tu? ' tanya Abang Man minta kepastian.

' bukan makan tanah la bang, lo-werd la, looo-werd. ada ke makan tanah, apa la abang ni ' jawab Kak Jah. Tersenyum-senyum dia melihatkan kebodohan suaminya itu. ' makan tanah, ishh, hubby aku ni, jahil merokap ' katanya di dalam hati. Geli hati benar dia.



Demikian tadi FAJAR DI BUMI PERMATA (suara Nuri Angkasa) ...eh silap. Demikian tadi gema Jumaat untuk kali ini. Majlis menjemput kumpulan KEMPUNAN* untuk menyampaikan senamrobik.


* Kumpulan Para Datin Yang Suami Mereka Kalah Pilihanraya (kecil atau umum).

7 comments:

Mat Jan said...

ustad janggut oren kata dia minat puisi. "penyair kegemaran saya adalah... abdullah ahmad badawi," katanya.

penyair agung kegemarannya itu telah menghasilkan sebanyak... SATU... puisi. mencari damai abadi.

tahun itu ustad janggut oren menang "tokoh maal hijrah".

June said...

suami kata isterinya mithali,
bini kata lakinya jahil merokap,
inilah pasangan secocok dunia akhirat.

tuan tanah said...

hehehe...
patutlah mak aku belum buat kenduri kesyukuran. sebab anaknya ini masih belum ada kredit kad dan boifren...:)

nbn said...

Aku gelak sorang2....

kelakarlah....


:)

hana_kirana said...

ye tuan tanah. nampaknya keadaan kita serupa.

sinaganaga said...

MatJan, Jones,
Dengar cerita, Ustaz janggut oren tu pun ada laman blognya sendiri.

www.orengenna.blogspot.com

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP guide coq10 and lipitor boards Used auto parts wheel covers buick 13 inch summit outdoor refrigerator universal parental control code xbox 36 built in refrigerator Wooden commercial display cabinets montgomery ward refrigerator parts No audio from mic into headphones Mtorcycle license plate frames defrosting freezers Asthma diet in children nissan http://www.onlinegamblingbaseball.info/origin_of_table_tennis_pictures.html life insurance companies http://www.butts-1.info/Live_lesbian_web_cam.html be quiet polar freezer Tooth whitening newyork ejaculate volume clomid