Sunday, December 25, 2005

cerita

Kamu tidak akan boleh menjadi pencinta sejati dan berpijak di bumi nyata didalam masa yang sama. Itu kata Bob Dylan dan itulah yang saya rasa apabila membaca berita tentang seorang perempuan yang sanggup bersanding sendirian kerana tunangnya maut didalam kemalangan jalanraya.

Cinta (uda dan dara) adalah penutup mata kepada kehidupan dialam nyata. Mestinya mahu yang indah dan biasanya yang indah itu datangnya dari apa yang ditusuk ke kepala dari awal membuka mata.

Saya mahu mengatakan apa yang akan/telah dibuat oleh perempuan itu sebagai satu kerja bodoh tetapi dalam masa yang sama saya merasa simpati dengan ke bendulan gadis tersebut.

Yang malang sedikit adalah tanda mata yang menjadi lambang kesetiaan perempuan tersebut adalah perbuatan yang dipersetujui oleh semua pandai hukum sebagai dilarang.

p/s: saya mempelajari ucapan baru hari ini. 'Have a merry non-christmas' adalah ucapan yang di tulis diatas kad dari Lucy kepada saya. Seperti biasa, hanya para gadis yang memahami saya.

3 comments:

Ku Keng said...

Orang (Melayu) sekarang terlampau hidup dalam khayalan. Sudah lupa kenyataan. Nak kata Islam pun tidak keJawen pun tidak. Entah apa? Moga-moga selepas sembilan bulan bersanding ibu-bapa mereka pun dapatlah menimang cucu. Dan mereka tak akan bergembira kerana mereka akan berkata pula "kesian, lahir yatim".

dith said...

Sebenarnya perempuan itu bukan gadis. Dia janda anak satu.

dith said...

AJ, what is your feedback on the latest islamic-family law act?