Friday, December 23, 2005

malang

Kak Jah duduk di almari solek. Dari jauh kedengaran suara dari radio..,'kau kunciiiiii (lip.lap.lip.lap) cintakuuuuu (lip.lap.lip.lap.) didalammm hatimuuuu..'(lip.lap.lip.lap) .Dia mencalit sedikit gincu kebibirnya. Sedikit bedak ke pipinya. 'Untuk suami' katanya didalam hati.

Kak Jah bingkas bangun sesudah bersolek dan keluar dari bilik. Di ruang tengah Kak Cik sedang menunggu. 'Lama sangat la mak ni bersolek, letih orang tunggu'. Kak Jah cuma diam. Dia tahu Kak Cik masih belum faham bagaimana untuk mengembirakan suami.

Mereka berjalan keluar dari rumah.

Jiran : Eh! Kak Jah, nak kemana lawa-lawa nih?
Kak Jah: Nak pi Balai Polis sat.
Jiran : Balai? Nak buat apa? ic hilang ke?
Kak Jah: Dak. (sambil berjalan merapati jiran dan berbisik kepada Jiran) Kak Cik kena rogol. Dah empat bulan mengandung.
Jiran : (terkejut) Hah! Sapa buat?
Kak Jah : Kamu ingat budak yang bawak kereta kuning yang selalu datang ambil Kak Cik tu? Dia la. Tak sangka ye, baik je muka dia.
Jiran : a ah.
Kak Jah: Kamu jangan bising-bising, malu Kak Jah.
Jiran : a ah. ( tidak semena-mena muka Makcik Gemok hujung jalan melintas di fikirannya).

Jiran : Habis tu Kak Jah tak pi la undi kutu tengahari nanti?
Kak Jah : Tengok la, kalau sempat Kak Jah datang la, kalau tak sempat kamu tolong la cabut undi Kak Jah.
Jiran: ok.

Kak Jah dan Kak Cik meneruskan perjalanan.

tamat.

Drama itu tadi di bintangi oleh:

Asmahani Husain sabagai Kak Jah
Kiera Knightley sebagai Kak Cik
Azizah Mahzan sebagai Jiran
Musthapa Kamal sebagai Abang Man
Afdlin Shauki (tanpa solekan) sebagai Makcik Gemok


Demikian sahaja gema Jumaat untuk tahun ini. Kami akhiri gema Jumaat tahun ini dengan tiga pertanyaan.

Pertama: Semenjak Jumaat terakhir tahun 1996 sehingga Jumaat terakhir tahun 2005, berapa kalikah kita membaca al-Quran?

Kedua: Semenjak Jumaat 1984 sehingga Jumaat terakhir tahun 2005, berapa kalikah kita makan biskut tawar cicah kopi-o?

Ketiga: tidakkah kita teringin melakukan kedua-duanya?

selamat menyambut apa-apa yang tuan-tuan suka.


p/s: saya malu dengan unsunghero.

5 comments:

tuan tanah said...

ih... ih ... kak jah, dah empat bulan 'kena rogol' baru nak report polis?

p/s: saya rasa saya khatam Quran baru dua kali. yang lain-lain tu baca sampai tgh2, lepas tu lupa. lepas tu repeat balik Al-Baqarah. huhuhu...
insaf sungguh...

dith said...

Untuk solan pertama, AJ berapa kali?

Ku Keng said...

Saya kagum dengan sikap Kak Jah. Rela melepaskan peluangnya untuk giliran mendapat kutu, demi menjaga nama baik Kak Cik. Tetapi kenapa buat cerita rogol? Mungkin orang kurang nak percaya. Lebih elok Kak Jah hebahkan bahawa Kak Cik ditiduri jejaka bunian. Anak sedara Puteri Gunung Ledang.

Jadi Kak Cik ni masih 'minor' lagi kah? Seandainya Kak Cik masih bersekolah, beliau akan berpeluang untuk dididik dengan 'Pengajaran Seks' di sekolah di bawah kurikulum baru nanti.

June said...

baru pagi tadi baca Surah Waqiah... sindrom hujung bulan... hah!

sinaganaga said...

Setiap kali sembahyang Jumaat - budak2 lelaki kecil membuat bising di saf paling belakang. Selepas habis sembahyang, aku nak menegur - aik! dah cabut????!!!!!!!!!

Sah sembahyang Jumaat itu ada rukunnya. Tanggungjawab siapa hendak memberi tahu kpd. khariat???? Aku?