Saya dapati ada persamaan pemikiran seorang jururawat di klinik desa Malaya dengan orang-orang Inggeris. Mereka sama-sama memandang rendah terhadap sesiapa yang mempunyai anak lebih dari dua orang.
Tanyalah kakak-kakak yang sedang mengandungkan anak ketiga atau lebih apakah yang paling di takuti oleh mereka,nescaya mereka akan mengatakan yang mereka amat tidak senang apabila tiba masanya untuk menghadiri hari pemeriksaan kandungan.
Jururawat desa akan mengeluarkan bermacam kata yang sedikit menghina jika kakak-kakak kita ini datang untuk pemeriksaan kandungan yang ke tiga atau lebih.
Masyarakat Inggeris juga akan memandang rendah terhadap sesiapa yang mempunyai anak lebih dari dua. Ini di anggap sebagai penanda kemunduran.
Mengapa?
Di Malaya saya boleh faham kerana jururawat-jururawat desa biasanya di tempatkan di suatu daerah bagi jangka masa yang panjang, dalam sesetangah kes sehingga pencen. Jadi mereka mengenali hampir semua pelanggan mereka. Apabila terlebih mesra, mereka jadi bebas untuk memberi kata perangsang untuk tidak melahirkan anak kepada pelanggan mereka. Saya juga beranggapan mereka (jururawat desa) mempunyai konspirasi sesama mereka untuk menahan kelahiran demi untuk meringankan beban kerja mereka. Maklumlah, mereka teramat sibuk. Dan berkerja adalah suatu dosa kepada kebanyakkan pekerja di jabatan kerajaan. Kebanyakkan saya kata.
Ini juga satu persamaan dengan masyarakat Inggeris. Mereka juga kurang anak kerana mereka adalah masyarakat yang amat sibuk. Anak yang ramai di lihat sebagai penghalang kemajuan.
Melahirkan anak di usia tigapuluhan? Kamu secara otomatik di masukan di dalam golongan manusia kaki main oleh jururawat desa. Empatpuluhan? Sah kamu memang gila s*ks.
Jururawat desa dan masyarakat Inggeris sama-sama beranggapan Tuhan tidak ada campurtangan didalam memberi rezeki. Baik kepada ibubapa atau pun kepada anak-anak. Mereka juga beranggapan anak-anak adalah pembawa kemiskinan.
Oleh itu, untuk mengembirakan jururawat desa dan masyarakat Inggeris marilah kita sama-sama pakai 'stokin'. Saya cadangkan yang berperisa.
Thursday, December 22, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
'Stokin' pun mungkin lebih mahal dari harga getah di desa.
Berapa kupang sepeket?
Senario :
Pakcik melayan game strategi peperangan ala multiplayer...first timer...so , pakcik kurang arif tentang meng"advance"kan troops pakcik kepada advance level...
1 askar + tak advance = kekuatan 1 fire power .
1 askar + advance = kekuatan 3 fire power
maknanya , advance ialah , kurang askar tetapi lebih fire powernya...
tapi , pakcik ada 300 askar + tak advance , dapat kalahkan 100 askar + advance...
sebab , askar + advance , proses pembikinan nya memerlukan banyak sumber , masa dan sebagainya...
pakcik menang dalam multiplayer room tu dgn bergaya...
so , bigger manpower = produktivity = victory...
kenapa susah?
buat je la kerja tu...
pakcik kata lah kan...
Jones,
Dah pakai 'stokin', kena pakai kasut juga ke?
Saya mencadangkan 'stokin' yang bukan sahaja berperisa, tapi mempunyai yang ada biji-biji kecil?
Perisa untuk mulut. Perasa untuk mulut. Yang satu lagi.
Sekian saja drama radio "Takbir di permatang" untuk hari ini.
pengotor sungguh budak-budak sekarang ini.
...bapak borek anak rintik ;)
Post a Comment