Puan dr in the house bertanya pendapat saya mengenai Rang Undang-Undang Keluarga Islam yang baru saya perasan sedang menjadi isu hangat di perbincangkan.
Seingat saya, lama dahulu ada seorang perempuan yang membawa keputusan mahkamah syariah ke mahkamah sivil kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah syariah. Saya lupa nama perempuan itu tapi namanya berbunyi bagai nama orang-orang popular dan jika saya tidak silap, beliau telah memenangi kes tersebut.
Mula-mula sebelum hal harta benda suami-isteri di perbincangkan, saya berpendapat perihal nafkah anak perlu di selesaikan. Di Malaya, walau sesudah mahkamah syariah memutuskan yang suami perlu membayar nafkah anak-anak, tidak ada sebarang tindakan di lakukan jika suami memutuskan untuk tidak membayar. Keputusan mahkamah syariah biasanya dianggap sebagai pengadilan kelas dua.
Berapa banyak perempuan (tidak berkerja) yang di ceraikan hidup dalam kesusahan dan tidak kurang juga yang tidak berapa kuat imannya terjun ke dunia maksiat. Kita selalu melihat ini sebagai alasan kebanyakkan perempuan untuk membuat kerja tidak senonoh tetapi didalam kehidupan yang semuaduit ini ditambah dengan sifat tidak peduli kita, apakah lagi pilihan yang ada kepada mereka?
Masyarakat Inggeris yang kita tohmahkan sebagai penzina dan kaki arak ini mempunyai satu sistem yang amat bagus. Bapa-bapa (anak halal atau haram) yang meninggalkan keluarga mereka wajib membayar sara hidup anak yang di tinggalkan dan mereka akan segera di penjarakan jika gagal berbuat demikian.
Seorang kawan saya yang menceraikan isterinya telah dengan relahatinya membenarkan wang gaji bulanannya dipotong dan dimasukkan terus ke akaun bekas isterinya. Beliau hanya berpendapatan sekitar RM1000 sebulan. RM400 di peruntukan untuk dua anaknya. Beliau telah bernikah dan mempunyai dua anak ditambah dengan tiga anak yang sedia ada isteri barunya. Dengan baki RM600 itulah dia menanggung keluarga barunya. Yang menjadi bonusnya adalah kawan saya ini amat rajin. Suruhlah lakukan apa kerja sekalipun akan dia lakukan. Dari membuat kimpalan kepada pergi mengail ikan keli untuk dijual, semuanya dia lakukan.
Berapa banyak lelaki yang sanggup berbuat demikian? Kebanyakkan lelaki akan 'melupakan' keluarga lama untuk membesarkan keluarga baru. Dan saya berpendapat lelaki yang melupakan keluarga lama ini perlu di err.. penjarakan. (saya ingin menulis 'perlu di kerat-kerat anunya dan di berikan makan kepada anjing tetapi saya berjanji kepada diri sendiri untuk tidak lagi menggunakan kata-kata kurang ajar disini).
Di Malaya juga kes-kes keluarga ini mengambil masa yang terlalu lama. Bertahun-tahun. Saya rasa mahkamah syariah menunggu perempuan atau anak-anak yang ditinggalkan mampus baru mereka akan selesaikan kes mereka. Ke Islaman mahkamah syariah di Malaya berada di tahap yang amat miskin. Mereka cuma gembira apabila ada selebriti bercerai-berai atau di tangkap khalwat.
Saya tidak faham bagaimana seorang lelaki yang bercerai sanggup membenarkan anak-anak ini hidup didalam kesusahan. Mungkin cinta kepada isterinya telah pupus,tetapi bolehkan kasih sayang seorang bapa terputus begitu saja hanya kerana dia mempunyai isteri baru?
p/s: 31 dis. tengok anak bulan? raya haji bila? raya haji tengok anak bulan?
Sunday, December 25, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Keputusan mahkamah syariah biasanya dianggap sebagai pengadilan kelas dua kerana mereka sering beri ra'ayat jenaka kelas satu!
Ha ha ha harakah.....:)
Terima Kasih kerna respons cukup provoking ini.
Tentang Amendment Undang2 Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) itu , antaranya ialah jika seorang wanita diceraikan, beliau diwajibkan memilih samada hendak saraan hidup atau hasil sepencarian hidup. Sebelum Amendment, seorang wanita Islam yg diceraikan berhak kedua2nya sekali emngikut Syariah Islam.
Antara lain tentang Amendment itu, seorang suami juga berhak tuntut Fasakh...
Amcam AJ?
Actually this all rose from gender equity- tumtutan hak samarata gender- kata Menteri di Jab PM.
Kalau perempuan boleh fasakh, lelaki pon bolehlah....
Lepas tu ada pulak yg sampok, macam tu, perempuan pon boleh tuntut talaq lah!!
Masyallah!
bodoh! mereka tidak mahu faham erti hak.
Undang yang telah memberi KEKUASAAN kepada lelaki untuk: Berpoligami tanpa sebab dan izin; menceraikan isteri tanpa sebab dan kouselling; menuntut tanpa sebab harta sepencarian termasuk yang diusahakan oleh isteri; dan pilihan untuk isteri tentang bagaimana hendak disarakan sekiranya dicerai suami.
Tetapi jangan bimbang Puan-puan. Mengikut kata Sharizat, Menteri yang berkenaan, "We need to keep up our end of the bargain and adopt the law. This is Government protocol. When this Bill is passed, the last hurdle will be cleared. Once that is done, we will go all out to make amendments and revamp the system."
Jadi bertenanglah. Bermain-main dengan hukum dan hakam itu satu kepandaian kita di Malaysia.
Di atas tadi adalah apa yg saya dapat dari akhbar. Mungkin akhbar saja nak sensationalize the issue but below is the real thing:
http://www.parlimen.gov.my/Undang/DR%20222005.pdf
AGak berbelit dan mengelirukan
Tuan AJ,
Hari ini ramai yang menjadi keliru. Angkara dari undang-undang yang sepatutnya melindungi ibu-ibu. Undang-undang Kekeluargaan Islam adalah bersabit dengan kuasa dan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Dan Mahkamah ini adalah dibawah bidang kuasa Sultan ataupun Gobernor. Jadi semenjak bilakah undang-undang shariah memerlukan perbahasan dan kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Apakah jenis udang di sebalik batu ini? Hai sungguh saya keliru dan bercelaru pikiran saya.
Post a Comment