Oleh: Hanimomo.
http://hanimomo.tumblr.com
Kadangkala kita terlalu leka menidakkan kewujudan orang lain sampai kita melakukan banyak perkara atau mengeluarkan kata-kata yang memperbodohkan diri kita.
Dikalangan teman-teman, aku agak terkenal dengan beberapa attributes yang tak patut ada dalam diri seorang gadis muda.
Pembetulan, anak dara. Terpulanglah sejauh mana tahap kalian ingin percaya, aku sudah lali dengan pandangan penuh makna kalian, sudah cukup bosan juga dengan sindiran-sindiran bodoh itu.
Salah aku juga. Kalau aku betul-betul hidup seperti gadis Muslim sejati yang mempelihara setiap tutur kata dan perbuatan daripada mengundang fitnah dan dosa, aku tahu aku tak perlu dan tak akan berhadapan dengan perkara-perkara sebegitu.
Berbalik kepada attributes tadi, aku tahu pada pandangan mereka, aku seorang yang gila-gila, manja kalau bukan mengada-ngada, tutur kata penuh dengan ayat-ayat lucah dan caci maki serta agak bebas pergaulannya.
Sekali lagi, salah aku juga. Aku yang membenarkan mereka berfikir begitu. Paling tidak, aku memberi ruang kepada mereka untuk berfikir begitu tentang aku.
Cumanya aku agak terkilan bila mereka kata aku cukup berpura-pura di hadapan orang tua.
Kata mereka, aku tidak perlu berlakon untuk menunjukkan rasa hormat kepada orang tua, lakonanku merupakan sesuatu yang amat memualkan bagi mereka.
Reaksi pertama aku bila diberitahu sebegitu,
“What the funk?”
Seperkara yang membuat aku rasa terkilan adalah apabila teman-temanku ini menidakkan kepercayaan aku didalam agama dan Tuhan.
Kata mereka, orang macam aku ini langsung tidak wujud ciri-ciri orang yang mengamalkan suruhan Tuhan, mengingatiNya jauh sekali.
Jadinya apabila aku menyeru orang lain supaya sentiasa mengingati Tuhan ketika aku diwawancara di sebuah rancangan di TV beberapa bulan lalu, aku dijadikan bahan ketawa.
“Diri kau pun belum tentu Tuhan nak terima, ada hati nak nasihat orang lain,” kata mereka.
Reaksi pertama aku bila diberitahu begitu,
“Tak apalah, Kau bukannya tuhan pun.”
Bila mereka sering mengasak perkara-perkara sebegini kepadaku, aku selalu terfikir samada aku telah memberi mesej yang salah kepada mereka selama ini.
Aku tau, adakalanya kata-kata mereka berbaur gurauan, tetapi hati mana tidak sakit kalau asyik dijadikan bahan cercaan, bukan?
Mereka tidak sedar yang kata-kata mereka turut menonjolkan kebodohan mereka sendiri- (bagi aku lah).
Menyentuh tentang ‘lakonan” di hadapan orang tua.Sudah pastilah bila kita bersama dengan berlainan orang, akan berbezalah cara pergaulan dan interaksi sosialnya. Dengan rakan-rakan, aku bergaul dan bergurau sesuka hati tetapi aku bukanlah bodoh untuk bersikap sebegitu dengan orang yang lebih tua.
Lebih-lebih lagi bila aku telah dididik untuk mempunyai rasa hormat terhadap golongan yang lebih tua. Pastilah aku akan membataskan perbuatan dan kata-kata. Itu namanya adab.Dari rasa hormat itu akan datanglah perbuatan yang menzahirkannya. Fikir-fikir semula, walaupun kau sebaya atau lebih muda dari aku, aku akan tetap menghormati kau, walaupun cara aku menzahirkannya berbeza,
Takkanlah dengan kau yang aku berguling-guling ketawa, merapu bersama, tiba-tiba aku nak berlemah lembut dan manis tutur kata sentiasa?
Aku tak nafikan seeloknya aku bersikap begitu, tetapi bukankah ini akan mewujudkan kejanggalan antara kita? Sedarkan aku lain kali jikalau aku melanggar adab persahabatan dan menyinggung perasaan kau. Mampukah kau terima jika aku lakukan perkara yang sama?
Tentang Tuhan dan agama pula, sebenarnya aku malas nak menyentuh tentang perkara ini. Kalau aku bicarakan semuanya,kelihatannya seolah-olah aku menghakimi dan mengadili tindakan sendiri. Cukup bagi aku jika hanya Tuhan dan ahli keluargaku tahu terhadap pendirian, amalan dan kepercayaanku. Aku seadanya aku, dan kau tidak perlu tahu.
Aku rasa ianya tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya aku mengajak manusia berbuat baik, walaupun aku jahat, sekurang-kurangnya aku tidak mahu orang lain turut serta jadi jahat macam aku. Sekurang-kurangnya aku sedar yang aku jahat dan kalau diizinkan Tuhan, aku cuba mengubah diri aku juga. Bolehkah kau mengakui benda yang sama?
Sedarkah kau?
Apapun, janganlah kau melakukan perbuatan yang memperbodohkan diri kau di hadapan aku. Kau juga yang akan malu walaupun aku berpura-pura tidak tahu.
(Oh celakanya, lampu bilik aku masih lagi tidak menyala dan aku masih keseorangan tanpa teman sebilik malam ini. Takut juga.
ps: sila ke www.uludongrangers.blogspot.com. kamu pasti terhibur membaca cerita Aki ke majlis pernikahan kaum asli-
2. kepada yang menghantar entri berbentuk gambar tempohari,minta hantar sekali lagi. email kamu saya tersilap padam.