empat loceng
ketika telinga dicerobohi pohonan bambu
yang beku, dingin, berdetik umpama jam
hanya suluhan cahaya hitam, dan empat lonceng
dan empat lonceng
ketika telinga dicerobohi pohonan bambu
yang beku, dingin, berdetik umpama jam
hanya suluhan cahaya hitam, dan empat lonceng
dan empat lonceng
jimadie shah
via facebook chat
12/05/09
Saya tahu kamu semua tidak faham apa yang ditulis oleh Jimadie dan memang sebenarnya kamu tidak akan faham kerana kamu mahu jauh dari seni. Kerana apa? Kerana bagi kamu seni adalah makanan insan yang lahir diplanet nun jauh entah dimana.
Mengapa terjadi demikian? Sebab utamanya adalah kerana kamu melihat dan tidak nampak seni akan mendatangkan banyak wang.Dan wang adalah segalanya bagi banyak insan.
Belajar seni apa juga sebenarnya bukan mesti penjadi pengiat. Kamu masih boleh makan suap dan gaya makan suap kamu akan lebih versatil sekiranya kamu tahu seni.
Seni mengajar kamu supaya lebih peka dan kreatif.
Misalkan kamu ini menerima perempuan sebagai suapan,maka bila ditangkap,nescaya kamu tidak mengeluarkan alasan sebodoh 'orang memberi kita merasa'.
Rupa-rupanya mata pelajaran seni bukan lagi mata pelajaran semua murid. Ianya hanya dijadikan pilihan. Alangkah malangnya. Lalu lahirlah manusia-manusia yang hanya mahu berjaya dalam kata yang dipersetujui massa.
Yang gagal peperiksaan hari ini adalah pariah. Yang berjaya dijadikan tauladan. Menjadi tandatahap. Tidak hairan sekiranya satu atau dua tahun mendatang ini,akan dibina tugu mereka-mereka yang lulus cemerlang dalam peperiksaan. Langkah ke seratus tahun kemudian, tugu berkenaan akan dijadikan tuhan.
Seni adalah makanan rohani. Menghayati keindahan mendatangkan keindahan.
Dan kebanyakkan bentuk seni adalah percuma. Di blog rajawali,kami tidak meletakkan harga karya yang dipamerkan demi mengalakkan orang bertanya tentang karya,bukan harganya. Namun berapa kerat dari kamu yang mahu bertanya?
Atau sekurang-kurangnya berkata 'saya suka karya ini' sebagai satu bentuk galakkan.Kamu tidak akan rugi apa-apa.
Cuba luangkan sedikit masa untuk menghayati apa juga bentuk seni kerana saya sangat percaya kamu lebih bodoh seninya dari mbok-mbok yang kamu gaji untuk membasuh berak anak kamu itu.
Tuesday, May 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
jo,
gua buta sini.
seni itu makanan rohani, itu gua setuju.
manusia itu lebih pentingkan wang dan wang di perak lebih bernilai gamaknya.
Untuk sesuatu karya yang tidak saya fahami,saya akan cuba sedaya upaya untuk memahami.
Saya menyukai,walau saya agak buta seni. Terutam aseni lukis.
Dan,terima kasih kerana mengingatkan saya untuk bertanya.
mahal la jones, banyak pakai duit.. materiels yang diperlukan untuk membuat sesuatu projek dan presentation, terutama sekali yang mengambilnya di peringkat diploma dan sarjana..kat tempat saya..
benarkah seni boleh buat saya jadi lebih pandai? ada logik nya juga, tetapi kadangkala apabila melihat orang seni ni, saya jadi ngeri juga, kerana mereka tidak menunjukkan sikap seperti org pandai, munkin mereka pandai tapi tidak nampak pandai mereka, atau munkin mereka pandai tapi pandai mereka tidak boleh pakai. contoh nya orang seni yang asyik nak menyongsang arus, semua yang mereka tak setuju adalah tak betul, orang lain bodoh pada mereka. perangai liar mcm babi hutan, itu seni mereka kata. tak perlu ikut adap dan ugama, itu seni mereka kata. pakai tatu, itu seni. berbogel itu seni. memberontak itu seni. seks bebas, itu gaya hidup seni. makan dadah, minum arak, parti sana parti sini, itu seni. kata mereka atas nama seni kita mesti merayakan kehidupan dan bebas berbuat apa saja, atas nama seni kita mesti bebas dari segala sekatan, samada dari ibubapa, masyarakat, negara dan juga bebas dari sekatan oleh Tuhan. mari kita buat karya karya agung meraikan perlakuan seks macam babi malam tadi.ini kehidupan seni. mari kita tonggang kuda penghidupan yang paling laju, kata mereka. maka jadilah aku orang yang paling tidak berseni dan paling bodoh dari pandangan orang seni, kerana aku memilih untuk berkhidmat bukan untuk diri aku sendiri. aku memilih untuk menjadi hamba.
Pak Jones, dalam laman sembang fesbuk pun jadi. Salut!
4 loceng jer?
Seni kita dah di pedih matakan...
mat rempit juga ada seni. Seni mencilok dan seni memboloskan diri dari polis trafik..
bohsia juga ada seni. Seni menjalangkan diri..
dolahjon memang berseni, tiga minit dalam kafe aircond, dalam kepala sudah terbayangkan asap rokok berkepul-kepul keluar dari serombong!
saya paling minat seni bela diri..
kelihatan macho tatkala beraksi..
saya ajar seni di sekolah menengah.
:)
apa yang dimaknakan dengan 4 loceng?
:)
Good one, AJ.
(Maaf mula bicara dengan bahasa kolonialis.)
Seni itu indah, indah itu seni.
Bogel itu indah, bogel itu seni?
Atau bogel yang indah itu seni?
Post a Comment