Dewi
Engkaukah
yang memalu genderang dan
meniup nafiri
tika aku
sedang menari;
mengusung kavadi cinta imaginari.
hujan sore-sore,
Menara O, Kuala Lumpur.
13 April 2009.
Jika kamu membaca sajak diatas dan menganggap prestasi penulisan sajak saya menurun,maka kamu silap besar.Tulisan diatas adalah hasil karya,saya kata hasil karya,sebenarnya hanya sebuah tulisan picisan seorang yang tiba-tiba mahu kembali rindu,hampa,kecewa,mahu dicinta lalu kecewa dan mahu didatangi cinta lagi dan kecewa lagi dan mahu kelihatan romantis dan kecewa lalu dicintai lagi lagu rindu lalu pusingan itu tidak berhenti seperti roda kehidupan iaitu Sinaga-naga.
Wah! pembuka kata kepada ulasan sajak ini saja sudah amat bagus.
Katanya dia tidak mempunyai blog khas untuk sajak-sajaknya dan dia hanya menulis sajak-sajaknya di kotak komen sesiapa yang dia suka. Suka di sini membawa maksud cinta.
Namun kerana diminta mengulas,saya lakukan juga walau pun ianya menjatuhkan airmuka saya. Susah menjadi penyajak,penulis dan pelukis hebat seperti saya dan saya yakin kamu semua tidak akan dapat merasakannya.
Mari kita ulas sajak ini ;
1. Engkaukah
Pengunaan kata Engkaukah dengan huruf besar di permulaan membawa gambaran seolah-olah sajak ini berunsurkan ketuhanan,namun bila melihat judulnya,kita menjadi keliru atau mungkin setuju jika kamu beragama yang bertuhankan seorang perempuan.
Maka dibaris pertama ini kita tahu yang penulis sajak ini adalah seorang pemuja perempuan dan ini tidak melanggar hukum alam kerana penulisnya sah seorang lelaki.
(mengapa naga selalu diibaratkan sebagai lelaki?)
2. yang memalu genderang dan
Seperti yang diketahui umum,'memalu genderang' adalah kata bidalan lama sebagai ganti kata perlakuan seksual. (ruj: buku bidalan lama karangan Ainon Mohd halaman 13 cetakan ke6 terbitan 2007)
Jelas disini penulis mengibaratkan sidewinya sebagai pelepas kehendak seksualnya walau pun cuba dicantikkan ayat seksualnya dari gendang kepada genderang.Penulis juga seakan mengambarkan 'kehausan'nya pada masa menulis. Kita cadangkan penulis perlu banyak minum air yang belum dimasak kerana air yang dimasak telah kurang isi oksigennya.
Maka disini kita harus setuju,penulisnya berada didalam dunia luar sedar ketika menulisnya. Samaada disengajakan,yakni meminum arak sebelum menulis atau dilanda pitam seketika dan terus menulis selepas sedar tanpa rehat yang cukup.Maka kita wajip memaafkan kekhilafaan beliau.
3. meniup nafiri.
Menurut buku Proverbs And Idioms karangan Mick Miller (SDI Press.England) terbitan 1713, kata blowing the nafiri membawa maksud perlakuan seksual diluar tabii dan kata blowing kini diringkaskan kepada blow yang membawa maksud yang kamu semua sedia maklum.
Nafiri pula adalah perkataan sanskrit bagi kemaluan lelaki.
jelas sekali lagi disini,penulis cuba mengelirukan pembaca dengan kata seakan insaf namun sebaliknya mengambarkan perlakuan seksual luar tabii. Ini perbuatan yang sama sekali tidak dapat dimaafkan.
4. tika aku
Penulis sengaja menulis secara ambiguiti disini. Ayat 'tika aku' sebenarnya sengaja diterbalikkan dan sengaja dihilangkan huruf 'm' didalam 'tika'. Maka ayat tersebut seharusnya dibaca sebagai 'aku tikam (kau)' dan jelaslah sekali lagi perlakuan seksual digambarkan disini.
Sebelum usai ulasan ini,saya ingin meminta maaf bagi pihak penulis sajak diatas tidak sopannya tulisan beliau.
5. sedang menari;
Nah,disini jelas pengambaran seksualnya. Jarangnya ditemui penari yang kesorangan walau pun ada err.. diwaktu terdesak. Penulis mengambarkan sedang menari setelah memberi gambaran-gambaran perlakuan sumbangnya.
Dalam kata lain,penulis gembira berlaku sumbang.
Titik bertindih dihujung ayat diatas itu sendiri mengambarkan perlakuan seksual sepertimana simbul :) digunakan sebagai ganti tanda senyum. (ruj: tanda wakilan internet. http//www.bunchoffoolwillclickthis.com)
6. mengusung kavadi cinta imaginari
Perbuatan mengusung kavadi adalah pelambangan kepada kepatuhan dan ketaatan serta penyerahaan. Walaupun menyakitkan,ianya dilakukan demi pembuktian cinta kasih sayang.
Saya mensyaki penulis menyintai seseoang yang amat muda atau sekurang-kurangnya lebih muda dari beliau. Dan mereka akan melakukan penyerahan sebagai pembuktian walau menyakitkan.
Kata 'imaginari' dihujung hanya sebagai penyelamat diri dari dituduh dan didakwa. Ianya digunakan sebagai senjata bagi mempertahankan diri jika tertangkap ketika melakukannya.
7. hujan sore-sore
menara O
kuala lumpur
13 April 2009
Ini adalah penutup standard kebanyakkan penulis. Ianya ditulis sebagai membangga diri. Sering kelihatan penulis yang menutup tulisan mereka dengan 'cape hope,australia' misalnya walhal sajak tersebut ditulis sewaktu penulis sedang berada di ulu yam misalnya. Kerana apa? Kerana banyak penerbit mengangap tulisan yang dihasilkan di luar negara lebih baik dari didalam.
Rumusan dari sajak yang diulas,saya dapati seperti apa juga,jika diusahakan betul-betul dan tekun,penulis sajak ini berpeluang baik untuk maju. Cuma kita berharap beliau berhenti dari menghasilkan tulisan dwi-lapisan yang menjurus kepada perlakuan seksual.
Seperti kata bidalan lama,kelambu yang mengekang nyamuk .
Akhir kata,semoga penulis Sinaga-naga menempa nama sebagai penyair pula setelah berjaya sebagai blogger.(walaupun secara jujurnya,saya tidak nampak jalan bagaimana beliau boleh maju sebagai penyair seperti saya)
ps: sila lawati blog kawan saya www.artismadi.blogspot.com dan tinggalkan kata-kata semangat. beliau seorang pelukis dan baru belajar berblog.
Tuesday, May 05, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
First!
1.Weh, mane ade keh suruh aok ulas sajak keh - kan ke aok je yang beria-ia nak ulsa? Ha ha.
2. Ha ha, bila masa keh guna tanda :)? Keh guna ; la, weh! Tanda ; - 'dan'.
HAHAHAHAHAHAAAA. Cilakak!
wah, walaupun berbentuk kiasan dan dalam konteks mengenakan rakanya, ulasan yang kamu buat amat jelas dan terima kasih untuk memfahamkan saya tentangnya.
pelik keh bila tgk naga cakap loghat pahang..ingatkan org urban..haha
Uhhh! nampaknya sajak ini berunsur seks semata.. aku kagum! haha!
'cape hope' kat ostolia? mesti penyajak yang berkenaan tak belajar geography masa sekolah dulu, penerbit pun sama gak bebal geography kot...
AJ,
Dia bukan nak masukkan sajak tu dalam KOMSAS ka, dalam penerbitan DBP ka. Kan dia kata sajak tu untuk ayat pempuan yang dia suka. Oklah tu.
Ge
100% ok dah tu. Nak bagi kat yang macam Ustazah felem Awal Asahari dan Heliza tu pun ok. Ko memang sesuai dengan yang macam-macam itu. Tapi baca lah ayat aku lupalah... Ko pi tanya al Kurawi eh.. Ali Imran dengan surah yusuf tu... sorilah dude aku tak ingatlah ayat berapa.
AJ,
Tulah ngkorang nih...asal orang tu menulis jah korang kata dah masukkan dia sebagai penulis. Premature judgement betullah.
Saya sangat terhibur membaca ulasan ini.
:D
erm...mmg susah bg org seperti km untuk merasakannya...huhuhu
Setelah membaca ulasan sajak ini sedari pagi membawa ke dini hari,maka dengan berat hati saya terpaksa mengakui Encik Jones adalah lelaki yang bijak serba-serbi :)
Sayugia diingatkan,ulasan yang lebih ke arah(mengenakan kawan) ini juga adalah salah satu bentuk publisiti, bersesuaian dengan slogan 'menyuntikan unsur pop dalam seni'.
Maka, saya yakin ramai yang tercari-cari,di mana Encik Naga telah mencicirkan sajaknya ini
haha!
Water Lily
hujan sore-sore itu lagu lama
Lily... aku fikir kat yang tembam dan suka pakai baju ketat dan mendakap cermin sambil bertelanjang dan menagis tu ok kut. 2x aku mai maskara sekali kat geng jurnal, aKu skodeng korang semua dan pink Platun, aku rasa Ketua Pink pun tak berani oooohhhh melanggar tabiee ooooohhh.
Tak pun yang nak letupkan aku dalam the naked climatologist tu. Budak tu memang nekad dan sanggup buek apa saja demi cinta. Kalau dia sanggup letupkan aku, setakat tiup nafiri tu apale sangat eh?
saya pemerhati jauh saja..saya menggemari tulisan jones, bersahaja
dan penuh satira. Erk! satira tu apa...?
Keh ingat tajuk blog memang cerita pasal orang dok selok hal Malay Town kat Kuantan tu.
Waktu hujan sore-sore
kilat sambar pohon kenari
E jujaro deng mongare
mari dansa dan manari
Bole quote dalam tesis ni.
Saya akui,
saya semakin
meminati
AJ.
Ohh ya, Titinada I Luv You jika kena ulas dengan AJ, mesti saya akan terus menempah keranda... (baca: insaf)
bravo
bravo
uiiiyoooo, ngeri sungguh ulasan ini.
Post a Comment