Saturday, May 02, 2009

tunas manja

-aku terima nikahnya sifulan binti sifulan dengan mas kahwinnya sekian-sekian tunai dan redhalah aku dia menjaga dan mencintai aku selamamana aku berharta dan redhalah dia aku mencintai dan menjaga dia selama mana aku hanya mampu beristeri satu dan menuntutlah dia harta sepencarian selama mana aku memilikinya (harta) dan redhalah aku dia tinggalkan jika sekiranya aku jatuh papa dan memilihlah dia untuk bebas apa sahaja hatta untuk telanjang dihadapan mata aku sahaja atau didepan siapa sahaja dan kerana itu tuhan mengetahui didalam hati kami hanya ada dia dan anak-anak kami nanti akan kami tanamkan kebebasan mutlak sepertimana hak manusia mengikut perlembagaan negara dan bebaslah mereka memilih dan mengamalkan agama mengikut selera mereka tanpa ada periksa dan paksa sehingga mereka mencapai umur dewasa mengikut akta negara dan jika sekiranya berpisah kami suami dan isteri,anak-anak akan diserahkan kepada isteri bersama tanggungjawab membesarkan tanpa ada aku campurtangan sama ada dari segi materil mahupun rohaniat dan tidak menuntut akan dia sebarang hak wajip dan sesungguhnya,tuhan bersama kita,dulu-dulu,kini-kini dan selama-lamanya.

Demikian bunyi lafaz nikah yang harus dibaca oleh semua umat manusia Malaya dalam masa terdekat ini.Tanpa mengira agama atau pun bangsa.

Langkah mengseragamkan lafaz akad ini dibuat sesuai dengan rencana pemerintah untuk mencapai matlamat MALAYA NAN SATU. Dan saya amat setuju kerana dengan lafaz berkenaan,maka banyak perkara dapat dijimatkan. Kita tidak perlu lagi mahkamah syariah misalnya.

Panjang sedikit tidak mengapa. Alah bisa tegal biasa,kata orang-orang lama. Kongkek sekali memang rasa berdosa,kalau hari-hari buat tak rasa apa,kata pemuda-pemudi zaman sekarang.Dan saya suka kata-kata orang muda kerana nampak terkini,saya menjadi sebahagian mereka.

Maka berdoa kita agar perkara ini disegerakan dan apabila diwartakan,kita minta agar semua kes tertunggak secara otomatis jatuh dibawah lafaz akad yang baru ini.

Dengan itu harapnya rakyat Malaya tidak menaruh syak-wasangka sesama mereka dan saya amat yakin ianya akan berjaya.

Selamat bernikah dan berkahwin (jika kamu belum berkahwin sebelum bernikah) kepada semua. Semoga tuhan melindungi saya,keluarga saya dan kamu semua.

Selamat pengantin baru juga untuk reza dan yalin.

14 comments:

benludin said...

pandangan para-para mufti yang bijaksana dan bijaksini tidak laku lagi...hidup anak Nordin!

azie said...

terkejut baca baris2 lafaz tu tapi relevan. entahlah malaysia..

Lily Abdullah said...

I do :)

hanimomo said...

the next best entry after the nyanyisn some crazy old man's post.
:)

Anonymous said...

owh ini area Indera Mahkota ker?

matahati said...

aj, hidup mesti mengikuti arus kemodenan. itu tandaaras kemajuan bangsa agama dan negara. kheh!

Pa'chik said...

ado doh lafaz taklik kang... apo nok jawak nikoh gitu plok...

zizie ali said...

sahhhhhhhhhhhhhhhhhh...

mohamad ismadi sallehudin said...

yang ni lagi afdhalll..

mohamad ismadi sallehudin said...

yang ni lagi afdhalll..

mohamad ismadi sallehudin said...

yang ni lagi afdhalll..

jawa peranakan said...

"YOU MAY KISS THE BRIDE" ujar Tuan Kadhi setelah tiba waktu untuk upacara membatalkan air sembahyang..

U.B said...

ONEMALAYA tidak perlukan Agama lagi hatta ianya Hadari sekalipunnnnnn....

Pegawai Khalwat said...

Ini jatuh bawah taklik atau masa ijab kabul?