Tuesday, May 26, 2009

chendering

Dalam perjalanan kehutan tempoh hari,saya terdengar suara dari radio,rancangan berita barangkali,yang pihak polis bercadang untuk menukar nama gelaran mat rempit.

(sila baca dengan suara bergema)

Berita itu membawa ingatanku jauh ke suatu masa tak-kala ku masih kecil. Waktu itu telah kelihatan kelibat kehebatanku. Mok menjadi amat bimbang kerana didesa kelahiranku ketika itu tiada anak-anak yang lebih menonjol dariku. Segala tentangku adalah hebat. Dari bentuk parasrupa sehingga kepada moleknya perkerti dan budi bahasa.Disamping kekayaan keluarga kami yang lagenda itu.

Ditenggah-tengah keributan akhlak,aku menjadi udara nyaman yang membelai dan menghembus. Menjadi harapan sebuah kehidupan.

Lalu Mok bimbang. Takut jika aku diapa-apakan orang hasil dari kehebatan semulajadiku.Hasad dan dengki adalah makanan manusia.Dan seperti mana kebiasaan waktu itu,Mok mengambil keputusan untuk menukar namaku.Harapnya dengan penukaran nama,kehebatanku tidak akan sangat menonjol.Walaupun nyata tidak berjaya,namun sekurang-kurangnya Mok mencuba.

Begitu sekali kasih sayang seorang ibu. Demi keselamatan cintahatinya,dia sanggup lakukan apa sahaja,asalkan cintahatinya selamat sejahtera.Aku percaya kasih ibuku jauh melebihi kasih ibumu kepadamu.

Tidakku salah ibumu,apa sajalah yang dapat mereka banggakan denganmu. Huduh dan tidak berilmu. Miskin papa,akhlak dan rupa.

Hingga kehari ini, jika kau kedesa kelahiranku dan bertanya,'kenal kennedy?',mereka akan mula menceritakan perlihal luarbiasanya aku.Biasanya kamu perlu luangkan lebih kurang tiga hari untuk mendengar cerita mereka tanpa henti. Jika ada waktu,cuba-cubalah ke Kampung Kubang Buaya dan bertanya.


(tamat suara bergema)

Berbalik kita kepada kisah para sheriff dan mat rempit.

Pihak polis ingin gelaran mat rempit ditukar kepada samseng jalanan.Lalu terus ianya menjadi masalah kerana pihak polis tidak datang meminta cadangan kepada ahli bahasa,saya misalnya.

Kata samseng jalanan berbunyi sangat cool! Dan tentu kita tidak mahu sesuatu yang cool disabitkan dengan golongan remaja dungu ini.

Kita tidak mahu hanya kerana silap penjenamaan semula maka berduyun-duyun remaja berazam dan berikrar menganggotai kumpulan samseng jalanan.

Ini juga masalah besar Malaya. Semua pun berlagak pandai. YB yang semalam lulus ijazah pembuatan perabut,hari ini dilantik exco tumbuh-tumbuhan,esoknya adalah jurulatih pasukan bola tampar negara. Tidak tahu tanya orang pandai,saya misalnya,baru kemungkinan digelak orang berkurangan.

Maka dengan itu saya mensarankan gelaran mat rempit hari ini ditukar kepada para babi.

Nah! tentu kamu semua terkejut sambil sangat setuju dalam ketakjuban akan pandainya saya dalam bahasa.

Gelaran tersebut sangat lengkap. Sangat kena pada tempatnya dan saya amat yakin para bahasawan juga akan memuji-muji akan sasteranya gelaran yang saya cadangkan itu.



ps: hi! midon.hi! duan,i love you.

25 comments:

benludin said...

midun?
duan??

mat rempit ke tu??

jawa peranakan said...

PARA BABI..ya!! nama yang amat cocok buat mereka..

PS-dan untuk mereka yang merempit sambil meragut,darjat mereka ini lebih tinggi maka gelarannya juga sepatutnya lebih tinggi..maka PARA TAHI BABI dilihat sesuai untuk golongan ini..

Unknown said...

chendering?
tu kg sy..ehehehe

Luv.Red.Angel said...

sy sgt setujuuuuu...dh la merempit, meragut pula. buat malu kt babi.

Unsunghero said...

...orang lain dah bertahun-tahun sampai ke bulan, kita masih 'berdebat tentang tuah dan jebat'...

Pegawai Khalwat said...

Babi pun orang tak heran dah.
Siap boleh pegang-pegang lagi.

the artist and i said...

para-para sakura.



isu tukar nama untuk melariskan akhbar mereka?


atau, dah tadak isu?


atau, buat buat tak mau amik port isu yang lebih besaq?

bosanlah dok malaya.

Ornella Abdullah said...

kerna laku mereka sudah seperti babi?
tengik dan mudharat?

p/s : aku link kamu

bokbon said...

para babi, hahaha!

Ornella Abdullah said...

terima kasih kasitahu pasal ruang komen aku.
sudah aku baiki.

Maryam said...

babi pun jijik dengan mereka...

binjidan said...

aku dan ibu adalah lautan kasih sayang yang tiada bertepi..

AloyCaricature said...

hehe..
:-)

Ubi said...

POLIS=Pasal Oramg Lain Ia Susah/ini pun harus di jenama barukan semula kut...:)

En romzi said...

Hehe..'Para babi'..memang sesuai sekali tu..merempit,meragut menyusahkan orang..

hamka said...

dah lama tak balik chendering tengok mat babi.

zizie ali said...

samseng jalanan kira-kira macam seniman jalanan jugalah. sungguh sastera penjenamaan semula tu.
ptuih!

psychopath said...

mat rempit mmg prangai mcm sial..
hahahaha nie lg best...
dak2 baru bljar nak layan muzik
g gig... depa pun nak trun gig gak..
tapi xtaw pape...hahahahahaa

Pyanhabib said...

eh, gua tak ada komen ka? alamak!

razwa said...

hah...molek jugak tuh..

mat rempit mengganas di jalanraya / para babi mengganas di jalanraya

100 mat rempit ditahan atas kesalahan lalu lintas / 100 babi ditahan atas kesalahan lalu lintas.

oit...tak keluar merempit ke malam ni mat? / oit...tak keluar membabi ke malam ni mat ?

ramai betul budak merempit kat benteng pagi tadi / ramai betul budak membabi kat benteng pagi tadi

selayang clear tak? nak gi merempit ah / selayang clear tak? nak gi membabi ah

R@duan said...

http://suteramalaya.blogspot.com/2008/08/rempit-ialah-suatu-seni_03.html

ni cerita lama aku .dicatat pada 3.8.2008. lepas baca, sapa-sapa nak hantuk kepala kat helmet, silakan....ha ha ha

shuhada said...

Salam,

Saya rasa para babi akan memberontak kerana disamakan dengan golonagn itu. Sungguh, mereka pun tak rela.

mohamad ismadi sallehudin said...

jangan la begitu... golongan mat rempit ni bukan la jahat sangat jika dibandingkan dengan babi yang najis tu...cuma kite je tak puas hati ngan dia orang.dia org tak kacau apa pun.. kebanyakannya buat keje pun tengah malam..itupun kalau line dah clear.mungkin sejarah dia sbb tak nak bagi orang bawak keta mengantuk tengah malam. sekali sekala hilang gak mengantuk tengok superman...jadi adalah halwa mata dan telinge masyarakat sikit...kite pun merempit jge sekali sekala dulu laaa..

cia said...

...assalamualaikum... tak baik beb ckp rempit ni babi najis mumashitah@ ..sebenor nye BN yg babi ..BNBABI ..budak rempit kadang lebih baik dr kita...btl x ismadi...

mohamad ismadi sallehudin said...

setuju sgttttt....para babi..