Monday, May 18, 2009

padang garuda

Dulu, jika Ustazah Naimah sibuk,tugasan mengajar kelas al-quran jatuh kebahu Faridah dan Wok. Maka itulah waktu-waktu yang saya suka.Mereka tingal bersama Ustazah Naimah. Anak saudara ustazah barangkali.Mereka lebih tua sedikit dari saya. Satu tahun barangkali.

Faridah dan Wok sekolah arab. Mereka pandai mengaji.

Wok cantik. Putih dan sedikit galak.Wajahnya kemerah-merahan tak kala malu atau tersenyum. Saya suka.

Faridah lain. Dia melayu benar. Dengan muka bujur sirih. Dengan rambut yang kadang-kadang mengintai keluar dari tudung. Dia saling tidak tumpah bintang Rose Yatimah.Saya pun suka.

Mereka amat gembira jika Ustazah Naimah sibuk.Saya juga kerana jika mereka yang ajarkan,maka saya 'di-alih' panjang-panjang. Sehingga kadang-kadang jika kebetulan didengar ustazah,ditegurnya mereka. Mereka gelak-gelak nakal bila ditegur ustazah.

Ayah Chik,suami ustazah akan batuk-batu secara sengaja bila melihatkan Faridah dan Wok hampir melangkah garisan biang.

Entah dimana mereka sekarang.Kadang-kadang datang juga rindu kepada mereka,terutama kepada Ustazah Naimah.

Bila terkenangkan zaman itu,maka tahu-lah saya mengapa saya amat setuju untuk bernikah lebih dari satu.

14 comments:

benludin said...

bini deme dah baca ke entri ni?


hehe

Ahmad Belia said...

gua sokong lu jones!

MSI said...

tambah lagi satu...oyeah

tai tai said...

chee ko pek

Lily Abdullah said...

Sudah ada calon? :)

mardhiah said...

Aku punya kes, itu hari nikah lebih dari satu adalah jalan penyelesaian, tapi aku pun tak faham kenapa pilih untuk melukakan lebih banyak hati.

Smart people sometimes choose a dumb end eh. ha ha ha

SM Sabri@Bomox said...

"Bila terkenangkan zaman itu,maka tahu-lah saya mengapa saya amat setuju untuk bernikah lebih dari satu."

so let's be written so let's be done... tapi susah bila time bini tak takut kita, bukan kita takut bini.

Anonymous said...

eh...
lebih dr satu pulak yg dipikirnya brader aj nih..

Mak Su said...

dialih panjang-panjang? apa maksudnya?

tak fahamlah... saya inesen benar. benar.

hanimomo said...

amboi-amboi!

jawa peranakan said...

nikah lebih dari 1 itu sunnah..
berlaku adil itu wajib..

kebanyakan kita sentiasa ingat akan perkara sunnah namun sering lupa akan perkara wajib itu..haha..

Anonymous said...

Encik Jones

Dalam versi saya,ada juga kenangan manis yang sama.

Tapi hukum menetapkan, perempuan wajip ada SATU sahaja.

lily

joegrimjow said...

hehe
cam xbesh je kawen leby satu ni
huhu

Pyanhabib said...

jantan sial, buaya paya!