Friday, May 15, 2009

tolak pisang

Jika disebut nama Michael Jackson hari ini,orang akan teringatkan perilaku pelik yang sering dikaitkan dengan beliau.

Begitu juga dengan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan yang walau kemudiannya dinafikan oleh mahkamah masih terus menjadi hantubayang yang sentiasa mengekori beliau.Bukan satu,bukan dua,bahkan bermacam tuduhan yang akhirnya 'terbukti'memihak kepada dirinya.

Para konspirator berkata ini adalah kerana mahkamah adalah 'milik' beliau,namun siapa-lah kita yang mahu menghina mahkamah hingga ketahap itu.

Genarasi hari ini mungkin mendapati payah untuk percaya yang suatu masa dahulu Michael Jackson adalah pencetus revolusi musik. Gandingan bersama Quincy Jones membawa kepada satu sejarah dalam industri musik dunia dan lagu-lagu dari album Triller masih diperdengarkan dibanyak tempat diseluruh dunia sehingga hari ini yakni selepas lebih duapuluh tahun album itu dikeluarkan. Malah ada kajian yang mendapati lagu Billie Jean dimainkan setiap 30minit diseluruh dunia. (uhuk!)

Namun semua kegemilangan yang beliau kecapi dahulu kini hanya menjadi sebuah kenangan. Beliau kini dilanda zaman gerhana. Apa saja yang beliau lakukan untuk kembali kezaman atas menemui jalan buntu. Hari demi hari kita dapati beliau semakin ditelan dek arus baru yang melanda dunia musik. Beliau masih berusaha dengan kerasnya untuk membuktikan yang beliau adalah pilihan terbaik,penyatu peminat musik semua bangsa dunia.Tetapi dunia ada idea lain.

Yang paling malang adalah beliau masih berada dialam mimpi dengan merasakan diri masih relevan,masih mempunyai peluang untuk bangun dan cemerlang.Merasakan apa yang beliau tawarkan kepada massa adalah yang terbaik.Wajip bagi massa memilih beliau untuk kekal terhibur.Kononnya.

Semua pun ada pusingannya. Setelah lebih lima puluh,eh! silap. Lebih kurang tiga puluh tahun menghiburkan peminat,masa beliau kini hampir malah boleh dikatakan sudah tamat.Mungkin satu masa nanti,beliau akan kembali gah,kembali menjadi pilihan genarasi mendatang. Seperti apa juga. Namun bukan hari ini. Hari ini penduduk dunia semakin celik dan cerdik. Mereka lihat dan berfikir.Apa saja tipudaya dan muslihat tidak bisa lagi disorok seperti suatu masa dahulu.

Memperbodohkan manusia itu sendiri sebenarnya SATU kerja oleh ahli dungu.

Semoga beliau sedar dan mahu berubah.Segera bertaubat atas dosa-dosa beliau kepada masyarakat. Membuang jauh-jauh amalan-amalan songsang dalam kehidupan seharian dan kembali kepada fitrah sebenar manusia yang bertuhan.Tidak korap dan membuang kepentingan diri lalu utamakan kebajikan masyarakat misalnya. Jangan cakap tetapi buat. Barulah AMNU kembali maju.

13 comments:

benludin said...

hahaha

MJ mmg relevan dgn yg 50 tahun tu..lupa diri

bokbon said...

ah..beliau memang begitu, tidak sedar-sedar lagi dirinya. dah masuk zaman gerhana pun, bertempik lagi mengerah saka untuk mahu kembali menyinar.

Anonymous said...

nk tnya...apa kaitan AMNU tu dgn MJ? emmm....

tapi rasa2nya fhm...

MJ berkulit hitam tapi nk putihkan diri, manakala AMNU berkulit putih telah menghitamkan diri di mata msyarakt....emmm

the artist and i said...

MJ dan AMNU kaitan pelik.

hehe

Lily Abdullah said...

Aduh, pedasnya masakan encik hari ini.

saya said...

smooth criminal

zizie ali said...

kalau kedut dah teruk sangat, plastic surgery pun tak jalan. plastic surgery pun ada limitnya.

Anonymous said...

adoiiiii ayat....

Pa'chik said...

sebak tu bunying kate maikel masuk islang tu... kikikiki...

SM Sabri@Bomox said...

"The child is not my son"

tuan tanah said...

Hari itu dalam surat khabar, dua penari MJ kata (selain muka MJ yang berubah-ubah) muka beliau juga glow in the dark.

Snakebite said...

Syabas Encik Jones. Mesej yg berguna untuk para MJ

ubilepih said...

Ada orang suka makan pisang tak berkupas....