Tuesday, May 30, 2006

malam

Siti kesal dakwaan cari wali
Oleh Ismail Mat, Farihad Shalla Mahmud dan Rokaid Chik
KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin kesal dengan dakwaan yang tersebar luas, terutama di Kelantan kononnya beliau sedang mencari bapa kandungnya di Pasir Puteh, untuk menjadi wali pernikahannya.Sambil menafikan dakwaan kononnya beliau adalah anak angkat ibu bapanya sekarang, Tarudin Ismail dan Siti Salmah Bachik, Siti berkata: “Merepek sangat, memang tak masuk akal. Ini pertama kali Siti dengar cerita macam ini.”Siti, yang lagu terbarunya Biarlah Rahsia amat popular kini, mengulas dakwaan yang tersebar sejak minggu lalu kononnya beberapa lelaki, dikatakan wakil keluarganya, mencari Ibrahim Deraman, 81, di Pasar Besar ketika angka kematian akibat gempa bumi di Jawa Tengah (se)lelaki potong kemaluan buktikan tidak curang Oleh Wan Faizal Ismayatim dan Betty Subaryati KOTA BHARU: Seorang kontraktor berusia 41 tahun dikatakan bertindak nekad dengan memotong kemaluan sendiri semata-mata bagi membuktikan dia tidak curang terhadap isterinya.
Dalam kejadian di Kampung Gong Nering dekat Besut, Terengganu kira-kira jam 10 malam Jumaat lalu, lelaki itu dikatakan mengambil pisau memotong kemaluannya hingga hampir putus selepas berlaku pertengkaran dengan isterinya.Dia dibawa ke Hospital Jertih dalam keadaan berlumuran darah oleh isterinya sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.Sumber memberitahu, mangsa selamat menjalani pembedahan menyambung semula kemaluannya







ps: Ada sesiapa nampak sinaganaga? Naga! Angkat tangan!

Friday, May 26, 2006

masih

Jika selama ini kamu masih sangsi, masih was-was tentang betapa hebatnya saya, maka bersedialah untuk menghapuskan segala prasangka kamu itu.

Dengarkanlah lagu-lagu di bawah ini. Dan menangis.

Saya yakin kamu akan katakan dunia ini tidak adil. Mengapa semuanya di berikan kepada abdullahjones. Jawapannya mudah, kerana kamu melengah-lengahkan sembahyang.

Semua lagu adalah ciptaan Shamsul Zakaria aka airmas sz kecuali lagu 'membenarkan kebodohan' ciptaan Nizam Rusli aka gitartong.

Semua sajak adalah ciptaan Shamsul Zakaria aka airmas sz kecuali 'dia, rindu. ruang terluang. orang panas dan membenarkan kebodohan' adalah tulisan saya.

Dengan berat hati saya terpaksa mengucapkan terima kasih kepada Shamsul Zakaria dan Nizam Rusli. Saya akhiri blog berlagu ini dengan kata-kata kepada mereka, tanpa saya apalah sangat bakat menulis lagu kamu itu.




dia rindu
jauh di hujung talian/ada suara yangberkeluh-kesah/menyatakan betapa/rindu menggangu mimpi menggangu/jaga/jauh di negeri asal/ ada jasad/yang sering-sering/menangis memintaaku pulang /meminta aku datang /(rohnya tidak aman) /katanya dia mahu lengkap/katanya dia mahu jadi dua yang satu/
ku tahan tangisku telan sebak /yang mendadak mahu keluar/aku menjadi lelaki yang/terlalu sombong /yang terlalu agung
ku tertunggu-tunggu esaknya terhentin/amun tidak dalamwaktu yang dekat ini.



Sentimen
Benar yang salahkan benar/Salah yang benarkah salah/Dunia sentiasa berubah /Benar salah bertukar segala/Ada yang gembira pada yang berduka/Ada yang menangis dalam sangkar derita /Di kumpul kumpul segala berita/Yang mana yang benar yang mana yang salah/Di depan matamu berita terpancar /Kau terima kau tolak kau telan kau termuntah/Akhirnya engkau yang menentukan/Dimana pendirianmu/Sentimen /Satu didalam berjuta/Tiada yang sama sekata/Jikalau semuanya sama/Tiada kita sengketa/Hari ini dia gagah jadi raja/Entah esok lusa siapa yang menduga/Meminta-minta belas dan kasihan/Bila tentera jatuh di serang di tawan/Tersebar berita betapa jijiknya /Dia yang dahulu di puji dan di puja/Di hina-hina semahu-mahunya/Seolah maruah tiak pernah ada harga



ruang terluang / di ruang yang terluang/ada cinta yang terbuang/ada nyala/api yang gemilang/ada rasa sayang yang hilang/ada mesra yang diulang./di ruang yang terluang/ribuan peluang datang/jutaan gelisah tidak terbilang/namun masih berbaki/khauf kepada-Mu Tuhan./di ruang yang terluang/aku terkenang kasihnya orang.



orang panas
mereka orang panas/di siram air/mendidih/di simbah ais /cair//di ajar/tidak masuk/di tunjuk /sesat arah/mereka orang buas/di tegur/sangkanya marah/di sayangi/sangkanya benci/biarkan sahaja mereka/tunggu mereka sedikit dewasa/biarkan sahaja mereka/mana tahu mungkin/mereka tidak akan mati



Kau pilihlah aku
Aku ingin ketawa bila kau berjenaka/Aku ingin menangis bila kau terluka /Aku mahu kau manjakan aku /Bagaimanakah hendak ku sentuh kasihmu /Aku ingin menarikan lagu kegemaranmu /Aku ingin terjun bila kau minta bergitu /Aku ingin mencuba baju cantik itu /Bagaimanakah agaknya mirip wajah kita /Aku ingin belajar setiap suatu /Aku ingin tidur bila aku letih /Aku ingin engkau beri tunjuk ajar /Bagaimanakah aku bila besar nanti /Aku dalam rahim aku ada roh /Aku ingin hadir di dunia ini /Aku ingin bersamamu /Hidup atau matiku /Kau disini /Pilihlah dengan bijak untukku







MEMBENARKAN KEBODOHAN
siapa agaknya/yang membenarkan/kebodohan/tidur terlentang/dalam kehidupan/menjerit-jerit/tentang kematian/pekik lolongnya
kosong/siapa agaknya/yang memberi izin/kepada kebodohan/datang ke rumah kami/semadikan diri di jiwa kami/bicaranya bohong/janjinya bohong/semangatnya bohong/juangnya bohong/siapa agaknya/yang meletakkan kebodohan/di tempat yang amat tinggi/tentu saja siapa itu
adalah kami yang/berjalan berkaki ayam/kerana sepatu kami/tertinggal di rumah bapak menteri

Wednesday, May 24, 2006

tidak

Sekiranya semua laporan yang di buat kepada pihak polis berkenaan kes memasukkan anu ke anu secara tidak halal di halusi , (kamu semua kan sopan, malu meyebut atau membaca perkataan 'rogol'. Kamu bimbang berdosa) saya percaya cuma satu atau dua sahaja kes yang benar-benar menepati kehendak kes.

Selebihnya adalah kes memasukkan anu ke anu secara rela dan laporan polis hanya di buat setelah ibubapa si perempuan mendapat tahu akan hal itu. Aci potong anu saya kalau ada ibubapa pihak lelaki yang membuat laporan polis jika mengetahui anak mereka meng-anu-kan anak perempuan orang.

Inilah sebenarnya punca masalah. Ibubapa yang mempunyai anak perempuan.

Kerajaan sepatutnya mendidik ibubapa yang mempunyai anak perempuan. Mereka (ibubapa) wajip di ajar mengenai hak asasi manusia. Meng-anu adalah naluri manusia, seperti makan nasi. Selepas berhenti menyusu, Ditahan lagu mana sekali pun, di hantar atau terlantar kemana sekalipun, walau makan sekarung kentang goreng sekali pun, orang Melayu tidak akan merasa kenyang selagi tidak makan nasi.

Begitu juga dengan meng-anu, apabila sampai masanya, semua manusia tidak dapat tidak mesti meng-anu. Tidak boleh di tahan-tahan. Bahaya. Ada yang menjadi gila kerana menahan naluri itu. Sungguh! Pi tanya Dr. Ismail Thamby (Mat Jan, kali ini saya tidak salah) jika tidak percaya.

Ibubapa yang mempunyai anak perempuan harus di ajar, harus di beri pendidikan tentang anu. Kerajaan melakukan kesilapan besar apabila mencadangkan pendidikan anu d sekolah. Semua, saya ulangi, semua pelajar sekolah tahu tentang anu. Tidak perlu di ajar. Yang bangang tentang anu adalah ibubapa mereka. Ajar mereka. Bawa mereka kesekolah. Atau paparkan di segala media milik kerajaan ( itu bermaksud semua media).Ulang siar barang dua tiga juta kali sehari di tivi. Beli iklan di semua majalah separa telanjang keluran kumpulan kerangkeras. Ceritakan betapa pentingnya ibubapa yang mempunyai anak perempuan faham yang meng-anu adalah seperti makan nasi. Berdosakah makan nasi? Tentu sekali tidak, bahkan kadang-kadang menjadi haram tidak memakan nasi. Begitu juga meng-anu.

Jika semua ibubapa yang mempunyai anak perempuan faham tentang pentingnya meng-anu di dalam kehidupan anak-anak perempuan mereka, saya yakin statistik jenayah memasukan anu-ke-anu secara tidak halal akan menurun secara mendadak.

Masih ingat slogan hari merdeka tahun lepas? Saya yakin kamu lupa. Saya yakin kamu lupa semua slogan-slogan kempen kerajaan. Kamu memang tidak tahu di untung. Oleh itu saya mencadangkan kepada kerajaan supaya slogan hari merdeka tahun ini sebagai ANU IALAH NASI. Atau jika kamu bercakap berdepan-depan dengan saya, saya akan katakan begini:
'saya mencadangkan slogan hari merdeka tahun ini sebagai 'kocak ialah nasi'.

Kamu mungkin marah, kamu mungkin menggangap saya pengotor, kaki lucah atau apa saja, tapi saya percaya jauh di sudut hati kamu setuju yang slogan hari merdeka itu tidak akan kamu lupakan selagi hayat kamu di kandung badan.

Dengan slogan ini, kerajaan akan dapat menanamkan pentingnya meng-anu. Dan ini akan membantu kerajaan membanteras jenayah memasukkan anu-ke-anu secara tidak halal.

Selamat hari merdeka.


p/s: pak Keng. agar-agar hanya ada satu warna, biru.

Sunday, May 21, 2006

ingat

Arwah Cik Nab : Excuse me Cik Malaikat, why is my kubur extra bright hari ni?

Malaikat : Well, you ingat tak the other day you ajar Puan Sa'adiah lagu mana to make agar-agar?

Arwah Cik Nab : A ah, ingat. Kenapa?

Malaikat : Well, semalam Puan Sa'adiah ajar Puan Zurina, and then Puan Zurina buat. And then Puan Zurina ajak orang makan kat rumah dia. Ramai orang datang dan makan agar-agar tu. That's why your kubur is extra bright today.

Arwah Cik Nab : Oh! Subhanallah.*


Berikut adalah resepi agar-agar Arwah Cik Nab.

Agar-agar yang dibuat untuk di bawa jauh dari rumah:

1 mangkuk agar-agar yang dibasuh
3 mangkuk air
gula secukup rasa.

Agar-agar yang dibuat untuk segera dimakan:

1 mangkuk agar-agar yang dibasuh
3 1/2 mangkuk air.
gula secukup rasa.

Perhatian: Jika ingin menggunakan santan sebagai bahan tambahan, sila kurangkan sukatan air supaya menyamai sukatan di atas.

Oh! Mari hadiahkan al-Fatehah untuk arwah Cik Nab.


* kata 'subhanallah' itu adalah satu usaha untuk mengislamkan tulisan di atas. macam Bank Islam, Parti Islam dan juga Sister's in Islam. Sila maklum.

Wednesday, May 17, 2006

dalam

Kamu semua memang. Tidak boleh langsung saya bereksperimen. Sekarang saya tahu bagaimana perasaan Bob Dylan apabila di-boo kerana mengelektrikkan persembahannya.

Sebelum saya tulis perkara lain, saya ingin (secara ringkas) menghabiskan cerita di bawah.

'Ada babi,' kata saya dengan perlahan, kerana takut berdosa,semasa menunggu Mak Yang membungkus mee untuk saya. Kesilapan besar kerana Wak 'makan tanah' Rani juga ada di situ. Kemudian Wak 'makan tanah' Rani mengamuk. Dia mengajak seluruh kampung mengamuk.Orang kampung ikut. Segala macam jenis senjata peninggalan datuk nenek di keluarkan. Keris, pedang dan lembing. Cangkul, cakar dan apa sahaja yang tercapai tangan di jadikan senjata. Orang kampung serang babi. Babi lari keliling kampung. Luka banyak. Babi, bukan orang kampung.

Samba Capek (lelaki Cina) lalu dan tanya, 'apa hal? gaduh ka?'

Pak Buyung Tukang Urut terangkan kejadian kepada Samba Capek. Samba Capek err.. mencapek-capek dengan laju balik ke kampung Cina.

Tuan punya babi datang. Pujuk orang kampung supaya berhenti menyerang babi. Wak 'makan tanah' Rani berdegil mahu membunuh babi. Tuan punya babi menangis,sambil hulur 3 ringgit. Wak 'makan tanah' Rani kasihan dan memberi amaran jika babi masuk kampung lagi dia akan bakar seluruh kampung Cina.

Tuan punya babi berjanji kejadian tidak akan berulang sambil bersusah payah memasukkan babi kedalam sangkar. Sambil menangis sambil menolak bakul babi keatas belakang basikal. Sambil menangis sambil menolak basikal kembali kerumah.

Wak 'makan tanah' Rani puas hati, lembing pusakanya yang telah lama dahaga hari ini makan darah, darah babi.

Tamat.

Sebenarnya saya ingin menceritakan siapa Wak 'makan tanah' Rani. Siapa Samba Capek dan siapa Pak Buyung Tukang Urut. Tapi kamu asyik 'beri salam' kepada saya, tak jadilah. Dan saya yakin kebanyakkan kamu tidak tahu apa itu bakul babi. Kebanyakkan saya kata, bukan semua.

Menjawab beberapa kemuskilan.

Pak Keng, Keling Panjang berkedai di bandar dan duduk sekampung dengan saya.

Kedai Keling Panjang sebaris dengan kafe paling 'cantik' di bandar kamu wahai Puan Doktor.

Buat cerpen kena ada penyelidikan? Tak Melayu la Azalan.

p/s: tolong hadiahkan af-Fatehah untuk arwah Wak Rani. Pak Buyung saya tidak tahu samada masih ada atau tidak. Samba Capek ada saya jumpa lama dahulu. Masih seperti dulu. Baju jenis yang sama, seluar dan topi yang serupa cuma lebih tua.

Sedikit tambahan:

Khas untuk Cikgu Puan Zainab Bee binti Ismail (cikgu tawarikh saya), i love you. Di mana juga cikgu berada.

Sunday, May 14, 2006

mengingati

Pagi itu, semasa mahu kerumah Mak Yang Mee. Semasa berjalan dalam gelap, saya tersepak sesuatu. Pelik kerana semalam semasa bermain-main di kawasan itu, tidak pula saya terperasan ada tunggul baru atau ada pohon kayu yang terjatuh.

Saya dekati dan alangkah terkejutnya saya kerana sesuatu itu adalah seekor babi!

Kampung saya sebuah kampung Melayu kecil yang di kelilingi oleh kampung Cina. Di kiri dan kanan di penuhi dengan kebun sayur dan di sebelah paling hujung ada sekeluarga Cina yang memelihara beberapa ekor babi sebagai hasil sampingan.

Interagerasi nasional kami hanya setakat dengan keluarga Ah Boong dan Keling Panjang. Sampai sekarang saya tidak tahu apa nama sebenar Keling Panjang kerana itulah gelaran kami kepadanya. Dia tidak mempunyai anak yang bercampur-gaul dengan kami. Tidak seperti keluarga Ah Boong. Ah Boong dan adik perempuannya masuk Islam.

Keling Panjang tauke kedai gunting di bandar kami. Tempat saya bergunting sehingga sekolah menengah. Kemudian dari itu saya berhenti memotong rambut.

Akibat dari akrabnya hubungan Keling Panjang dengan masyarakat Melayu, dia mengambil seorang budak muda yang datang dari Melaka sebagai pekerjanya. Ini cerita anak dagang di rantau. Abang Mat Nor datang dari Melaka untuk mengadu nasib di bandar kami dan ketika bertemu Keling Panjang dan menceritakan kisahnya, dia diambil sebagai pembantu kedai gunting Keling Panjang.

Dari berumur 6 tahun saya menjadi pelanggan tetap kedai gunting Keling Panjang dan saya cuma akan mahu di gunting oleh Abang Mat Nor.

kedai Keling Panjang masih ada sehingga kini walau sudah disewakan sebelah kepada kedai jahit jika tidak silap saya. Cuma saya rasa kedai itu bukan lagi miliknya.

Abang Mat Nor sekarang ini mempunyai kedai gunting sendiri. Semasa saya balik tempoh hari dan bertemu dia, dia menceritakan yang isterinya menderita sakit kanser. Saya mendoakan isterinya segera sembuh.

Keluarga Cina yang lain jarang ada hubungan dengan kami. Cuma sekadar melambai tangan atau menganggukkan kepala apabila berselisih di jalan besar untuk menunggu bas ke bandar.

bersambung.

Wednesday, May 10, 2006

mu

Sah! Dia tengok dengan mata kepalanya sendiri. Dua objek tergedik-gedik. Ada nyawa belum punya roh. Bukan kerana kini terbukti dia jantan tetapi dia gembira kerana pengesahan itu menambah syukur dia, syukur perempuan itu.

Kelmarin,perempuan itu, keluar dari tandas dan hampir-hampir menjerit. Meluru memeluknya. Menciumnya bertubi-tubi. Kemudian tergesa-gesa sujud berkali-kali.Tanpa di beritahu pun dia tahu mengapa perempuan itu sujud di luar sembahyang. Tanpa wuduk tanpa mengkana. Dia senyum. Bukan kerana terbukti dia bukan pondan tetapi gembira kerana melihat perempuan itu menjadi nanar.

Kemudian perempuan itu meluru ke talipon. Membuat temujanji dengan tabib untuk pengesahan.

'Melekatkah?' Tanya dia kepada tabib. Bukan, bukan dia tidak percaya, cuma dia bimbang di uji berulang-ulang.Lima tahun lamanya dia menunggu. Dia bimbang dua nyawa itu berkongi apa-apa organ. Dia bimbang tidak tahan cubaan.

Tabib tersenyum sambil membetulkan duduk, bimbang dia terlihat dibawah skirt pendek walhal jika tabib itu membuka segala aurat dan mempelawa sekalipun dia tidak akan sudi. Hari ini. Esok, lusa belum tentu. Jenaka yang di kongsi dengan dirinya.

Oh! mereka sehat, bahkan amat sehat.' kata tabib.

Mereka! Bukan dia, mereka!

Dia berkira-kira untuk segera menalipon ibunya. Menalipon adik perempuannya. Dan yang paling penting, dia mahu menulis dan menceritakan kegembiraannya kepada pembacanya!

Dia menyeluk talipon di saku. Dalam gementar kegembiraan, talipon terlepas dari tangan.

Prangggggg!!!!

Pinggan di tangan perempuan itu jatuh ke lantai.

Dia terjaga.

Hey Opie! Opie! kamu rasa? Kamu rasa sakit aku! Hah?


p/s: 'secankir teh dari sheffield', walau kedengaran amat puitis namun tidak dapat membuka hari saya untuk menjadi tamu kamu faezathul, kecualilah teh secankir itu di hidangkan selepas kamu menjamu saya dengan gulai lemak telur itek. Salam untuk laki kamu.

Sunday, May 07, 2006

membuatkan

Dia turun dari kereta tanpa bumbung dengan dada yang telanjang. Dihamparkan baju yang tadinya diikat di pinggang dan berbaring di atas rumput di bawah terik matahari.

'wah! Inggeris benar aku,' katanya di dalam hati.

3 minit kemudian.

'Whoa! bro, macam mat salleh.' kata satu dari tiga gadis Melayu yang lalu.

'38C, 26A, 40D,' tambah hatinya.

'bro, bontot kalau hitam jangan perasan la.' tambah gadis tadi seraya ketawa birah.

'pundek kamu.' katanya kepada gadis-gadis itu.

Gadis-gadis itu terdiam dan kemudian tertawa beramai-ramai. Birah mereka menjadi-jadi.

Hottest Day of the Year. Abbey park. 05/05/06

Thursday, May 04, 2006

aku

Mak Yang Mee : Mu besar esok, jangan buat kerja tak berfaedah.
abdullahjones: Kerja apa tak berfaedah Mak Yang?
Mak Yang Mee : Wartawan Hiburan.
abdullahjones: Kenapa pulak tak berfaedah?
Mak Yang Mee : Mu pernah dengar Wartawan Hiburan masuk sorga?
abdullahjones: Mana Mak Yang tahu Wartawan Hiburan tak masuk sorga?
Mak Yang Mee : Aku tahu, aku ada kawan sana?
abdullahjones: Mana? Sorga?
Mak Yang Mee : Ho, aku dah janji nak jumpa dia ssana.

Mak Yang Mee gila meroyan. Sebelum sakit, dia adalah penjual mee. Mee goreng paling sedap di dunia pada saya.Dia tidak ada kedai cuma menjual dari rumah. Kami yang membeli, pergi kerumahnya setiap pagi sebelum ke sekolah.

Wednesday, May 03, 2006

tidur

'Jadi perempuan mesti senantiasa sopan?' Tanya perempuan itu. Dengan tegas saya menjawap 'YA' walaupun sebelum itu saya tertawa kepada jenaka sendiri. Mengharapkan kamu tertawa bersama saya seperti mengharapkan hujan di musim kering. Kamu faham jenaka Afdlin Shauki, saya gemar jenaka Khairul Azhar.

Puncanya adalah apabila saya secara melawak menceritakan pengalaman dalam tandas yang saya anggap lucu dan dia menganggapnya sebagai tidak senonoh. Lalu dia berkata, 'jika saya yang menceritakan begitu kepada kamu, pasti kamu marah'. 'Ya.' Jawab saya dan dia berkata seperti diatas.

Saya ini golongan lama yang percaya dan mahu semua perempuan berada di dalam keadaan yang sangat sopan. Perempuan yang beraku-engkau sesama mereka juga amat tidak saya senangi.Saya tidak pernah mendengar emak saya beraku-engkau semasa berbual dengan teman-temannya walaupun tidak berpuan atau bertuanhamba. Ber-saya sudah cukup memadai kerana mengabdullahjoneskan diri sendiri walaupun kedengaran amat manja terlalu memualkan.

Perempuan biasanya tidak tahu di untung. Hak mereka sudah lama di bela. Sudah lama di letakkan di tempatnya. Malang sedikit sekarang ini mereka merasakan perlu untuk bangkit dan memperjuangkan apa yang pada mereka adalah hak yang di ambil. Kakak-kakak kamu di dalam Islam adalah contoh terbaik di Malaya. Bodohnya mengalahkan si baghal yang mati. Terjerit-jerit minta perhatian. Apa yang mereka mahu tidak di ketahui. Mungkin gatal di tempat yang bukan-bukan tidak dapat di tanggung maka mereka perlu tangan kasar jantan untuk menggaru.

Apakah saya mahu perempuan hanya diam apabila dizalimi? Tentu sekali tidak. Tetapi saluran yang di benarkan luas. Tidak perlu terjerit-jerit. Tidak perlu maki-hamun. Tidak perlu mengaibkan diri sendiri.

Apakah saya ingin memulakan perdebatan gender di sini? Tidak. Kerana perdebatan gender adalah kerja yang tidak berfaedah. Cuba kamu katakan kepada para perempuan kamu yang akal mereka di kuasai oleh nafsu, bukan,bukan maknanya mereka lebih gemar berjimak dari berfikir. Maksud kata nafsu bukan hanya bermaksud alat/lubang kencing, seperti mana kamu faham maksud nafkah bathin ,saya percaya kamu lebih faham maksudnya. Maka akan tegang segala urat yang kendur mereka mempertahankan apa yang dibenarkan oleh semua ahli agama.


Saya juga tidak senang apabila ada perempuan dengan sangat bebas menceritakan perihal kedatangan haid mereka. Mengapa perlu di hebohkan? Saya bukan suami kamu. Dan jika saya suami kamu sekalipun, saya tidak ambil peduli. Saya ada mata. Saya tahu bila kamu tidak sembahyang. Mungkin ini agaknya hikmah bersembahyang. Tidak diberitahu pun suami akan tahu.

Jadilah perempuan yang sopan.

Apakah lelaki tidak perlu bersopan? Sangat perlu tetapi sopan lelaki dan sopan perempuan adalah berbeza. Cuba bayangkan lelaki yang tersipu-sipu apabila lalu didepan kamu. Sopan?

Aurat yang wajip di tutup itu rasa saya termasuk sopan.


p/s: abdullahjones kenyit mata pada ujang dan faisal tehrani.