Wednesday, May 24, 2006

tidak

Sekiranya semua laporan yang di buat kepada pihak polis berkenaan kes memasukkan anu ke anu secara tidak halal di halusi , (kamu semua kan sopan, malu meyebut atau membaca perkataan 'rogol'. Kamu bimbang berdosa) saya percaya cuma satu atau dua sahaja kes yang benar-benar menepati kehendak kes.

Selebihnya adalah kes memasukkan anu ke anu secara rela dan laporan polis hanya di buat setelah ibubapa si perempuan mendapat tahu akan hal itu. Aci potong anu saya kalau ada ibubapa pihak lelaki yang membuat laporan polis jika mengetahui anak mereka meng-anu-kan anak perempuan orang.

Inilah sebenarnya punca masalah. Ibubapa yang mempunyai anak perempuan.

Kerajaan sepatutnya mendidik ibubapa yang mempunyai anak perempuan. Mereka (ibubapa) wajip di ajar mengenai hak asasi manusia. Meng-anu adalah naluri manusia, seperti makan nasi. Selepas berhenti menyusu, Ditahan lagu mana sekali pun, di hantar atau terlantar kemana sekalipun, walau makan sekarung kentang goreng sekali pun, orang Melayu tidak akan merasa kenyang selagi tidak makan nasi.

Begitu juga dengan meng-anu, apabila sampai masanya, semua manusia tidak dapat tidak mesti meng-anu. Tidak boleh di tahan-tahan. Bahaya. Ada yang menjadi gila kerana menahan naluri itu. Sungguh! Pi tanya Dr. Ismail Thamby (Mat Jan, kali ini saya tidak salah) jika tidak percaya.

Ibubapa yang mempunyai anak perempuan harus di ajar, harus di beri pendidikan tentang anu. Kerajaan melakukan kesilapan besar apabila mencadangkan pendidikan anu d sekolah. Semua, saya ulangi, semua pelajar sekolah tahu tentang anu. Tidak perlu di ajar. Yang bangang tentang anu adalah ibubapa mereka. Ajar mereka. Bawa mereka kesekolah. Atau paparkan di segala media milik kerajaan ( itu bermaksud semua media).Ulang siar barang dua tiga juta kali sehari di tivi. Beli iklan di semua majalah separa telanjang keluran kumpulan kerangkeras. Ceritakan betapa pentingnya ibubapa yang mempunyai anak perempuan faham yang meng-anu adalah seperti makan nasi. Berdosakah makan nasi? Tentu sekali tidak, bahkan kadang-kadang menjadi haram tidak memakan nasi. Begitu juga meng-anu.

Jika semua ibubapa yang mempunyai anak perempuan faham tentang pentingnya meng-anu di dalam kehidupan anak-anak perempuan mereka, saya yakin statistik jenayah memasukan anu-ke-anu secara tidak halal akan menurun secara mendadak.

Masih ingat slogan hari merdeka tahun lepas? Saya yakin kamu lupa. Saya yakin kamu lupa semua slogan-slogan kempen kerajaan. Kamu memang tidak tahu di untung. Oleh itu saya mencadangkan kepada kerajaan supaya slogan hari merdeka tahun ini sebagai ANU IALAH NASI. Atau jika kamu bercakap berdepan-depan dengan saya, saya akan katakan begini:
'saya mencadangkan slogan hari merdeka tahun ini sebagai 'kocak ialah nasi'.

Kamu mungkin marah, kamu mungkin menggangap saya pengotor, kaki lucah atau apa saja, tapi saya percaya jauh di sudut hati kamu setuju yang slogan hari merdeka itu tidak akan kamu lupakan selagi hayat kamu di kandung badan.

Dengan slogan ini, kerajaan akan dapat menanamkan pentingnya meng-anu. Dan ini akan membantu kerajaan membanteras jenayah memasukkan anu-ke-anu secara tidak halal.

Selamat hari merdeka.


p/s: pak Keng. agar-agar hanya ada satu warna, biru.

33 comments:

tuan tanah said...

Jones, saya tak dapat berfikir secara waras lepas baca entry ini.

yang saya mahu lakukan sekarang ialah ketawa sepuas-puas hati.

sarkastik! sarkastik!

hahaha

Amir Mukhriz said...

ok aj, kali ni, saya setuju. seratus persen. puas? hahaha.

BooK said...

jones:
aku senyum ni.

Pegawai Khalwat said...

Ha ha ha...

Aku tak dapat nak bayangkan, bila pertandingan melukis kanak-kanak, dengan tema Kemerdekaan tahun ini.

'Anu Ialah Nasi'

Apa agaknya budak-budak tu lukis?

Pss.... lucah yang sarkastik.

ontahsapo said...

anu...! saper nama si anu tu...?

Bukunota said...

barangkali. che lah tak punya anak perempuan. barangkali sajalah.

Anonymous said...

blur....blurr......

naimisa

Anonymous said...

blur....blurr......

naimisa

dahrie said...

ceh, aj ccarukkk..

Emphbone said...

wah,
anu rulesss!

zizie ali said...

anunymous said...

Anonymous said...

'tis is sexist!!!

bunga rampai said...

Cadangan slogan tahun ini: "Berladang"


Ibubapa yang ada anak lelaki juga harus diajar supaya mendidik anak-anak lelaki mereka cara bercucuk tanam yang tidak haram.

Salam pak dollahjones :)

sinaganaga said...

>>"Aci potong anu saya..."

Aci mana pula ni? Ha ha.

Anonymous said...

definitely MCP. Perempuan jugaklah aje yang salah.

Anonymous said...

hoho..sarkastik!! sarkastik!!
bersopan santun sungguh bahasa kamu..syabas!!

rimanilzah said...

kalau saya buat phD, saya nak kaji gaya sarkastik aj ... tapi sayang hanya kalau

Tok Rimau said...

Bulan Mei dah sambut merdeka? Atau AJ hari2 sambut merdeka?

semut said...

anu..hmphhh..alah..si anu tuh. dia dah masuk ke dalam anunya si anu.

psst..anunimus...hahaha

gitartong said...

Kalau hendak meng-anu, yang halal, kahwin. kalau hendak kahwin, kena kursus, sebelum nikah. sebelum nikah, kena bertunang dan bincang hantaran. kalau duit.. bla.. bla.. panjang ni jones!

tgazfa said...

anu tu apa? kalau google, dapat apa?

Anonymous said...

aj,

saya sedang ketawa

uipts
sedang di malaya

Anonymous said...

Jiwa karat!

obefiend said...

hmm lama sudah saya tidak melawat blog encik AJ

semakin disilusioned saya dengan penulisan beliau. jika dulu penulisannya waras dan ada idea bernas tetapi kini semakin melilau seperti peluru PDRM bila nak menembak orang

maaf encik AJ tapi saya ikhlas mengatakan blog entry ni BODOH

kenapa saya kata bodoh?

kenapahanya ibu bapa beranak perempuan sahaja harus diajar. jika ANU itu naluri manusia bukankah anak lelaki juga harus diajar sekali.having said that i do think a regular collum in a major newapaper is a step up on the right direction. tapi jika kamu ada membaca akhbar MATAHARi anda akan sedar satu fenomena yang agak kuning

ada satu ruangan Q&A dalam akhbar itu. tiap mingu ada saja ruangan remaja bermasaalah. often times instead of telling these teenagers to abstain from sex they would harp the gospel of rubber! sigh! so apa nak jadi

im not saying rubber is wrong. jauh sekali tetapi cuba mudahkan pembelianya. ni letak kat kounter bayaran.malu lak nak beli nanti. HAHAHAHAHA. saya tak malu. saya suka beli saja saja dan tengok reaksi orang. kalau saya beli semua pandang macam saya mat seks. kalau AH LENG beli semua macam "oh biasa la tuh". kalau ROBERT beli perempuan tengok " wow estra huge fit!" .. kalau Aisyah beli semua tengok " oh pelacurnya dia

dah la! merepek lagi saya kan AJ. saya dah 4 mingu tidak menulis. terlebih lebih pulak jadinya!

gitartong said...

jones, siap!

Sayuti said...

haha

sungguh anu dan meng-anu-kan tulisan kali ini.

saya sangat setuju dengan punca sebenar masalah memasukkan anu ke anu secara tidak halal yang diutarakan encik abdullah jones iaitu ibu bapa yang mempunyai anak perempuan.

walau bagaimanapon, saya rasa sebenar-benar punca ialah bapa yang mempunyai anak perempuan sahaja, bukan ibu mereka. ibu yang mempunyai anak perempuan juga seperti anak2 perempuan masing2. jadi, ibu anak2 perempuan ini tidak boleh dikatakan punca sebenar.

bapa2 yang mempunyai anak perempuan adalah punca sebenar-benarnya masalah jenayah memasukkan anu ke anu secara tidak halal. kadang2, bapa itu yang melakukan jenayah memasukkan anu ke anu secara tidak halal kepada anak perempuan sendiri. ibu, tak dapat melakukan jenayah itu.

bapa kepada anak2 perempuan ini jugalah merupakan orang yang mempunyai kuasa untuk memudahkan lelaki2 yang berkeinginan menganu anak perempuan mereka secara halal dan tulus ikhlas. tapi, ramai bapa yang pilih cara yang susah. bapa2 ini sangat sayang kepada anak perempuan mereka untuk mengizinkan lelaki sembarangan menjadi peng-anu rasmi anak perempuan mereka tersebut. lalu, akibat faktor keperluan meng-anu (seperti kata dr ismail thamby) terjadilah jenayah memasukkan anu ke anu secara tidak halal ini.

tapi saya kurang setuju dengan cadangan slogan hari merdeka encik abdullah jones. kurang 'catchy'. cuba lagi.

saya juga setuju jugaklah dengan komen2 yang mengatakan encik abdullah jones makin tajam sindirannya.

saya tak setuju dengan komen eff (sori dude)

p/s:
1. nama seorang kenalan perempuan saya ialah anusha.
2. merdeka! merdeka? merdeka...

stillconfuse said...

tak paham...blurr...
mesti datang kursus bahasa-bahasa abdullah jones la kalau gini.

Anonymous said...

perlu 2 pihak untuk membuat anu to anu relationship...lalu kenapa hanya menyalahkan perempuan

Anonymous said...

I have been looking for sites like this for a long time. Thank you!
Voice over ip broker providers Fax software for os x long term care insurance tucson arizona Dickison insurance agency dimond back fitness equipment Binbrook insurance insurance quote Hybrid au ecollege university exam devry Taiwan long stay holiday insurence Hummer rentals in orlando Fliss insurance Insurers reinsurers insurance reinsurance Insurance and bonding for pet sitters

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. honda outboard engines Installing heater coil on 93 oldsmobile

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »

Anonymous said...

Very nice site! » »

Anonymous said...

Enjoyed a lot! video editing schools