Sah! Dia tengok dengan mata kepalanya sendiri. Dua objek tergedik-gedik. Ada nyawa belum punya roh. Bukan kerana kini terbukti dia jantan tetapi dia gembira kerana pengesahan itu menambah syukur dia, syukur perempuan itu.
Kelmarin,perempuan itu, keluar dari tandas dan hampir-hampir menjerit. Meluru memeluknya. Menciumnya bertubi-tubi. Kemudian tergesa-gesa sujud berkali-kali.Tanpa di beritahu pun dia tahu mengapa perempuan itu sujud di luar sembahyang. Tanpa wuduk tanpa mengkana. Dia senyum. Bukan kerana terbukti dia bukan pondan tetapi gembira kerana melihat perempuan itu menjadi nanar.
Kemudian perempuan itu meluru ke talipon. Membuat temujanji dengan tabib untuk pengesahan.
'Melekatkah?' Tanya dia kepada tabib. Bukan, bukan dia tidak percaya, cuma dia bimbang di uji berulang-ulang.Lima tahun lamanya dia menunggu. Dia bimbang dua nyawa itu berkongi apa-apa organ. Dia bimbang tidak tahan cubaan.
Tabib tersenyum sambil membetulkan duduk, bimbang dia terlihat dibawah skirt pendek walhal jika tabib itu membuka segala aurat dan mempelawa sekalipun dia tidak akan sudi. Hari ini. Esok, lusa belum tentu. Jenaka yang di kongsi dengan dirinya.
Oh! mereka sehat, bahkan amat sehat.' kata tabib.
Mereka! Bukan dia, mereka!
Dia berkira-kira untuk segera menalipon ibunya. Menalipon adik perempuannya. Dan yang paling penting, dia mahu menulis dan menceritakan kegembiraannya kepada pembacanya!
Dia menyeluk talipon di saku. Dalam gementar kegembiraan, talipon terlepas dari tangan.
Prangggggg!!!!
Pinggan di tangan perempuan itu jatuh ke lantai.
Dia terjaga.
Hey Opie! Opie! kamu rasa? Kamu rasa sakit aku! Hah?
p/s: 'secankir teh dari sheffield', walau kedengaran amat puitis namun tidak dapat membuka hari saya untuk menjadi tamu kamu faezathul, kecualilah teh secankir itu di hidangkan selepas kamu menjamu saya dengan gulai lemak telur itek. Salam untuk laki kamu.
Wednesday, May 10, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
????????????????What?
malangnya ia mimpi...
Huummm.....
Aku nak ambil part tabib dalam cerita ni.
Encik Abdullah,
For a minute there u really make me smile but after reading the whole entry aku rasa amat kechewaa
*sigh*
Perempuan itu tidak keseorangan.
tak paham ayat yang dekat-dekat last tuh.
Hey OP! OP! kamu rasa? Kamu rasa sakit aku! Hah?
siapa sakit?
Pabila membaca cerita-cerita Tuan AJ yang sebegini teringat kepada hasil tangan sutradara (sutrateruna?) Quentin Tarantino, Pulp Fiction. Begitu hippy skaley.
"2 objek tergedik-gedik"...
hahahahahahahahaha...tak pernah terfikir dik kita nak guna ayat tu utk menerangkan embryo di dalam rahim..
pak dollah, you never failed to amaze me..
nef
ahhh... mimpi saja?
Mimpi permainan tidur... dan Tidur padang permainan mimpi...
mimpi?
dah berape ramai blogger klentong aku begini. mimpi sudah nya. macam tonton filem melayu. :P
tak paham. tak best.. saya ikhlas kali ini. makin merudum saje penulisan AJ ni. hahahha
Ermmmm...
Cubalah lagi.
Kata si Liverpool, "we never walk alone!"
He he. (Aku tak berani ketawa berdekah-dekah untuk kali ini).
cerita ini menjadikan saya turut resah gelisah. memikirkan nasib saya. mudah2an sehat.
Tuan AJ,
Saya suka. Semacam membaca "Cinta Fansuri" novel A.Samad Said yang amat saya senangi. Namun AJ tetap AJ ... tetapi percayalah ... peminat tuan tak gemar tulisan sebegini. Mereka belum disediakan untuk membacanya. Mungkin gitu.
susah nak paham la...aku ni lemah nyer...
encik AJ kepanasan tu.
hehehe.. jones, saya dah mulakan dan hampir siap.. hehehe..
semalam, kawan lama yang baru 5 bulan pulang dari cardiff menelefon.
"5 tahun aku buat kat sana. tak menjadi. sungguh. nak jugak rasa anak aku beranak tempat orang putih. tup tup semalam check, dah 2 bulan.. telur aku tak tahan sejuk kot gamaknya..."
dan ketawa pun berderai...
:-)
aku selalu menganggap jones tidak bermimpi. part mimpi hanya sengaja diada-adakan agar watak jones tetap blur.
entri kali ini amat menarik. kisah seorg isteri teruja amat sesudah scan(ultra sound?) rahimnya. di kesan kembar. namun beliau dilanda kebimbangan kalau-kalau kembar siam. watak lelaki (jones?)yg bangga kerana berjaya membuktikan kelakiannya hanya watak sampingan. usah dipedulikan.
AJ horny?
er bukan Op kan? hehe.
.ni kali pertama masuk web ni.menarik.sangat menarik,saye bukan orang sastera tapi saye minat sastera.nak cari suhaimi meor hassan.skali sesat masuk webni.
.ni kali pertama masuk web ni.menarik.sangat menarik,saye bukan orang sastera tapi saye minat sastera.nak cari suhaimi meor hassan.skali sesat masuk webni.
You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it skating dresses youth Burgundy cocktail dress only nude latin women San francisco web promotion company Hockey tech Infiniti palm beach demetrious dresses Swimsuits for larger breasts jessica mclintock bridesmaids dresses disposible waterproof cases for kodak digital cameras bar of xanax
Post a Comment