Wednesday, May 03, 2006

tidur

'Jadi perempuan mesti senantiasa sopan?' Tanya perempuan itu. Dengan tegas saya menjawap 'YA' walaupun sebelum itu saya tertawa kepada jenaka sendiri. Mengharapkan kamu tertawa bersama saya seperti mengharapkan hujan di musim kering. Kamu faham jenaka Afdlin Shauki, saya gemar jenaka Khairul Azhar.

Puncanya adalah apabila saya secara melawak menceritakan pengalaman dalam tandas yang saya anggap lucu dan dia menganggapnya sebagai tidak senonoh. Lalu dia berkata, 'jika saya yang menceritakan begitu kepada kamu, pasti kamu marah'. 'Ya.' Jawab saya dan dia berkata seperti diatas.

Saya ini golongan lama yang percaya dan mahu semua perempuan berada di dalam keadaan yang sangat sopan. Perempuan yang beraku-engkau sesama mereka juga amat tidak saya senangi.Saya tidak pernah mendengar emak saya beraku-engkau semasa berbual dengan teman-temannya walaupun tidak berpuan atau bertuanhamba. Ber-saya sudah cukup memadai kerana mengabdullahjoneskan diri sendiri walaupun kedengaran amat manja terlalu memualkan.

Perempuan biasanya tidak tahu di untung. Hak mereka sudah lama di bela. Sudah lama di letakkan di tempatnya. Malang sedikit sekarang ini mereka merasakan perlu untuk bangkit dan memperjuangkan apa yang pada mereka adalah hak yang di ambil. Kakak-kakak kamu di dalam Islam adalah contoh terbaik di Malaya. Bodohnya mengalahkan si baghal yang mati. Terjerit-jerit minta perhatian. Apa yang mereka mahu tidak di ketahui. Mungkin gatal di tempat yang bukan-bukan tidak dapat di tanggung maka mereka perlu tangan kasar jantan untuk menggaru.

Apakah saya mahu perempuan hanya diam apabila dizalimi? Tentu sekali tidak. Tetapi saluran yang di benarkan luas. Tidak perlu terjerit-jerit. Tidak perlu maki-hamun. Tidak perlu mengaibkan diri sendiri.

Apakah saya ingin memulakan perdebatan gender di sini? Tidak. Kerana perdebatan gender adalah kerja yang tidak berfaedah. Cuba kamu katakan kepada para perempuan kamu yang akal mereka di kuasai oleh nafsu, bukan,bukan maknanya mereka lebih gemar berjimak dari berfikir. Maksud kata nafsu bukan hanya bermaksud alat/lubang kencing, seperti mana kamu faham maksud nafkah bathin ,saya percaya kamu lebih faham maksudnya. Maka akan tegang segala urat yang kendur mereka mempertahankan apa yang dibenarkan oleh semua ahli agama.


Saya juga tidak senang apabila ada perempuan dengan sangat bebas menceritakan perihal kedatangan haid mereka. Mengapa perlu di hebohkan? Saya bukan suami kamu. Dan jika saya suami kamu sekalipun, saya tidak ambil peduli. Saya ada mata. Saya tahu bila kamu tidak sembahyang. Mungkin ini agaknya hikmah bersembahyang. Tidak diberitahu pun suami akan tahu.

Jadilah perempuan yang sopan.

Apakah lelaki tidak perlu bersopan? Sangat perlu tetapi sopan lelaki dan sopan perempuan adalah berbeza. Cuba bayangkan lelaki yang tersipu-sipu apabila lalu didepan kamu. Sopan?

Aurat yang wajip di tutup itu rasa saya termasuk sopan.


p/s: abdullahjones kenyit mata pada ujang dan faisal tehrani.

24 comments:

Anonymous said...

its almost 12 hours!!!! and somebody is yet to comment....no one dares??? biasanya berebut2 nak jd pengomen pertama. WHY???
is it bcos it is so TRUE?? methinks so.And our kakak2 dlm islam,with the lastest supporters they roped in,they r getting stronger...a threat to islam in malaya indeed.

Pegawai Khalwat said...

Hoh..... pengkomen pertama rasanya.

Ha ha ha.... Mr. AJ, mengaku tidak memulakan sesuatu adalah paling mudah untuk memulakan sesuatu. Provokasi tuan sangat menyengat.

Saya setuju yang perempuan perlu sopan. Tapi saya juga setuju yang perempuan (zaman sekarang) perlu terbuka. Sebab itulah ada perbincangan tentang haid dan sebagainya.

Tapi berpada-padalah. Berceritalah pada yang perlu, yang tahu menutup aib orang lain dan yang penting tahu menjaga nafsu.

Psss.... saya aga konfius dengan statement alat/lubang kencing sebagai kaitan dengan nafsu.

Alat itu ya.... lubang kencing?

Pegawai Khalwat said...

He he he.... tak sempat jadi pengomen pertama, cuma ada tambahan.

Saya tak setuju sangat dengan kakak-kakak dalam Islam itu. Orang yang bukan ahli, cetek ilmu bercakap seolah mereka tahu apa yang mereka cakap.

Aku pun bukan esktrem, tapi... biarlah yang ahli dalam satu-satu perkara buat kerja masing-masing.

Anonymous said...

Kakak dalam Islam konon... tudung pun tak pakai cet podah!

-bas

Sir Mute Key Chicks said...

piirahhh.haha.

sopan perempuan..
jiran datang rumah,makan minum disediakan.selesai menghidang,masuk semula ke bilik dengan menunduk.jiran yang bertandang seraya berkata.."sopannya anak dara kamu"..

Sopan lelaki..
jiran datang rumah,makan minum ibu sediakan.dia cuma menyambut seraya berkata "terima kasih" dan terus menghidang. kemudian bersembang atau bercakap-cakap dengan jiran tersebut walaupun jirang yang datang itu kawan bapak dia.

erk..aku ngarut ker nih.huhu

Anonymous said...

kadang-kadang aku rasa bukan islam lebih mengerti hukum islam berbanding kakak-kakak dalam islam ni..entahlah

-mang

Bunga Rampai said...

Salam. Menarik hujah pak dollah jones itu.

Hebatnya perempuan, mertabatnya tinggi sekali dalam Islam. Sopan wanita dalam Islam melambangkan kelembutan agama itu sendiri.

Era kini memerlukan perempuan berfikiran terbuka, namun wajarlah bertempat pada jalan yang tepat berlandaskan aqidah yang benar.

Dan perangai kakak-kakak itu yang berteriak sana berpekik sini satu dunia, memang tiada sopan hanya mengaibkan adik beradik perempuan mereka sendiri!

Aduhai.

Anonymous said...

saya rasa saya ni sopan habis dah ni...

ontahsapo said...

dah susah nak jumpa kesopanan sekarang ni....

Anonymous said...

Salam Pak Dollah,
kakak -kakak dalam islam tu terlalu jauh perginye dan negara islam malaya belum jatuh hukum ajaran sesat macam ajaran ayah pin...tah apa yang mereka tunggu....

Akak

Anonymous said...

assalammualaikum, tumpang lalu..

Anonymous said...

Tuan Jones,

Istilah "nafkah bathin" mempunyai makna yang sangat berbeza bagi lelaki dan perempuan. Disebabkan pakar2 fiqh adalah lelaki, maka tafsiran lelaki yang digunakan. Pakar2 fiqh itu tidak bertanya kepada perempuan, nafkah apakah yang paling dideritai oleh perempuan apabila tidak dibekalkan oleh suami.

Sayuti said...

ketika membaca entry ini, saya rasa macam ada isi2 yang pernah dibaca ditempat lain semalam. sampai ke p/s; "ohh..." panjang saya.

pakar perempuan,
nafkhah batin itu memang mendalam maksudnya. bukan setakat perempuan saja, malah lelaki pon berkehendakkan yang sama. sedangkan khalifah amirulmukminin pon bertanya kepada anak perempuannya, inikan pula ahli fiqh.

apa ahli fiqh takde isteri dan anak perempuan ke?

BooK said...

pakar perempuan:
kamu salah kan ahli fiqh?
la la la la la

Obefiend Weiland said...

ah.. komen pertama saya hari ni setelah 3 hari menetang raksasa photoshop

saya seorang yang liberal. maka pendapat saya juga liberal. saya gemar wanita yang outspoken, mannish, robust dan juga bermulut lantang

saya cukup tak suka wanita uang terlalu sopan. bukan maknanya saya suk wanita separa bogel dan bermulut lancang memaki. maksud saya ialah wanita yang moden. bukan tersipu sipu malu bila ditegur sedikit. erti kata sopan tradisional rasnay begitu. kena malu malu segan segan bila ade lelaki depan mata. saya cukup geleman dengan wanita begini

yes abudllah jones

megabdullahjones kan diri sendiri amat la geli

" tapi tadi Sarina pegi tempat abang Sarina tak nampak banag pun..penat Sarian carik"

urghh..... macam tadika!

saya tak kenal kakak islam. yang saya tahu kakak islam nenangis di Parlimen kerana bill poligami tempoh hari.siap jumpa menteri di lobi sambil ada press conference.Allahyarhamah isteri PM dulah pun tak silap saya SII jugak.. bila kita kata perempuan terlalu emosi depa marah. tapi memang mereka emosi. gunakan air mata untuk raih simpati. syukur saya lelaki. thank you god!

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

Saya lak bangga dijadikan wanita. Alhamdulilah, kalau dijadikan lelaki, sudah pasti boring. muahhahahaha. *just messing*

Kakak in Islam tuh zionist. Kononnya nak equality but for crap-sake langsong xfaham what it means to be a woman in Islam.

Better call themselves- Confused Femininist-

*peace*

Anonymous said...

suatu hari seorang kawan ibu(perempuan) datang bertandang ke rumah.. ibu pergi masuk untuk solat.. saya melayan kawan ibu tersebut dengan baik.. semasa ibu menghantarnya pulang ibu dapat lamaran untuk menjadikan saya menantu dia.. hahahaha.. sebab saya melayan dia dengan sopan dan berbudi bahasa.. tetapi maseh ternampak kegagah perkasaan saya.. hehehe..

kisah benar nihhh..

Anonymous said...

suka ngan entry nie..setuju, perempuan memang perlu bersopan..tapi biarler berpada...

kakak kakak dalam islam tu terlalu taksub dengan ide mereka sendiri..sampai lupa asal kejadian diri..

Zackyun said...

kakak dalam islam?
eh, aku nie memang islam?tapi tue bukan kakak aku...

aku tak hidup dalam apartheid sebagai seorang muslimah di Malaysia..tapi kesian kakak2 tue sebab terbelengu dalam penjara khayalan...

Anonymous said...

er er er .. tinta (tinta, tinta dan tinta), dah biasa memanjakan diri di alamaya dan siberloka, tak kira pada nenek tua atau perempuan muda atau anak hingusan atau baby terlentang. Ermm .. tak rasa golipung? :D

yang lain2, aku setuju sama engkau. (boleh terima?);))

Anonymous said...

Islam itu dah lengkap, sempurna..Semua hukum hakam yg ditentukan Allah tu ade hikmah tersendiri yg manusia leh kaji dan fikirkan.(dengan izin-Nya). Allah dah janjikan kebahagiaan dunia akhirat untuk sesiapa yg ikut jalan-Nya dan rasul-Nya.

what else could we ask for ???

Anonymous said...

Kakak-kakak dalam Islam bermaharajalela di luar sana, abang-abang dalam Islam pula buat apa? Sekadar merapu meraban dalam blog?

Anonymous said...

sii, kumbang yg sibuk menolak tahi kehulu hilir
tahi kencing dari barat yg disangka berguna

Anonymous said...

That's a great story. Waiting for more. Free online horse jumping game 9 volt lithium batteries Wheel chairs woburn mass http://www.bell-radar-detectors.info/Mitsubishi_dealer_cleveland.html Zantac prilosec nexium 2006 hot swimsuits zocor dispace craps muay thai pants http://www.payperclickprogram4.info/Pee-accident-pants-desperation.html flat screen tv display driver windows me oldsmobile intrigue forums Computer game poker strip Mobile phone directory uk